Peringatan: Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini, dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.
Seronok sebenarnya baca diari orang lain walaupun ia kisah orang biasa-biasa. Bonus, dapat refresh ilmu BMT kerana keseluruhan catatan ini ditulis dalam format tersebut. Walaupun menggunakan BMT, saya masih terhibur. Humornya datang dari monolog Rayyan dan sikapnya yang agak lurus dan slow (lebih-lebih lagi apabila melibatkan perempuan).
Naskah pecah rekod: i) Paling nipis ii) Paling murah iii) Kulit luar dan layout printing paling memikat iii) Paling LAMA diperam!
Mungkin kerana terlalu banyak bergelumang dengan Majalah Gila-Gila, Ujang, Lanun, Din Beramboi etc etc, aku agak teragak-agak dengan gaya bahasa yang digunakan. Ini diari BTM yang pastinya kurang sesuai untuk pembaca 'berotak kartun' seperti aku ;). Atau mungkin aku lebih sukakan diari seorang lagi Mat yang lebih santai dengan selitan jenaka (yang tidak disengajakan) dalamnya.
Ramai yang meminta aku membaca karya penulis yang sedang meningkat naik ini. Tanpa mahu dipengaruhi oleh sesiapa, aku bermula dengan DMD dahulu. Tak dapat dinafikan yang salah satu sebab aku mudah membelinya kerana kulit buku menarik di samping harganya yang murah.
PELIT - Apakah sebenarnya PELIT ini? PELIT adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' atau dalam bahasa Melayunya, Jurnal Peribadi. PELIT merupakan suatu genre penulisan baru yang cuba diperkenalkan oleh PTS One Sdn Bhd. Gaya penulisan yang lebih memiripi penulisan diari dan blog. [Dapatkan maklumat lanjut di PTS]
Aku tertanya-tanya juga siapa golongan sasaran sebenar buku comel ini? Kalau melihatkan cover, memang untuk anak sekolah dan remaja. Namun kalau melihatkan isi kandungannya, aku kira ia lebih sesuai untuk pembaca dewasa. Walau bagaimanapun cerita ini memang sesuai dibaca sebagai bahan untuk memotivasikan diri sendiri. Sarat dengan kata-kat sinis yang penuh teguran dan nasihat. Sekaligus mengajak para pembacanya menjadi sang pemikir ketika membacanya.
‘Buku laporan Sains’ ini menampilkan Idlan Rayyan [bukan nama sebenar, seperti yang ditulis di dalam buku], berusia 24 tahun, masih bujang dan masih dalam proses mengenali diri. Walaupun mempunyai ijazah, dia tidak pula memilih kerja lantas menjadi seorang mat despatch. Dalam pada itu Idlan masih juga mencari peluang kerja lain untuk menambah pendapatannya. Impiannya untuk menjadi editor sambilan tetapi dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi [BMT].
Demi mencapai impiannya, Idlan cuba menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan BMT. Setiap apa yang terjadi ditulis semula di dalam diarinya. Namun Idlan hanya mampu bertahan selama 11 hari sahaja menulis diari. Peristiwa yang terjadi kepada dirinya pada hari kesebelas itu telah mematahkan kekuatan dan kesungguhannya untuk terus menulis diari. Ha, nak tahu apa yang terjadi? Sila dapatkan di pasaran!
Di penghujung diarinya, Idlan ada menulis yang dia akan menyambung semula tulisannya. Bagaikan simbolik bahawa akan ada sambungannya. Pastinya aku juga turut menanti sambungan diari mat despatch dari Liverpool ini :D
Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa [page 91]
Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba [page 93]
Ps: Terasa kerdil diri bila membaca cerita yang menggunakan BMT
Pertama kali baca buku tulisan Bahrudin Bekri lepas baca ulasan daripada orang ramai yang rata2 cakap bukunya kelakar dan memang betul pun Haha. Tak megecewakan betul. Dengan harga murah dan banyak pengajaran yang boleh didapati. Buatkan kita muhasabah diri balik supaya lihat pada perspektif orang lain dan belajar jadi lebih baik. Muslim yang sempurna? Dan plot twist cerita diari ni pun bukan biasa2 ya. Buku ni layak diberi 5 bintang ya. Huhu
Membaca catatan orang orang biasa memang mendatangkan rasa kebersamaan kerana kita juga melalui landas hidup yang lebih kurang sama. Saya kira saya sedang membaca buku yang tepat pada masa yang tepat dengan rasa dan pergolakan yang sama. Diari ini turut menjawab sisi sisi pergolakan dalaman yang kadangkala sulit untuk ditanyakan. Terima kasih kepada penulis.
Antara keistimewaan DMD ialah falsafah yang diterapkan, nilai dan humor. Awal penceritaan agak perlahan dan buat saya rasa geram dengan naifnya Idlan. Namun, sekiranya ada Idlan dalam kehidupan realiti, saya ingin sekali berjumpa dengan beliau. Walau buku ini mempunyai 152 muka surat, saya kira lebih 20 pelekat ditanda kerana gemar akan bahasa, falsafah dan nilai yang ditunjukkan.
1 - Kulit buku menarik 2 - Harga murah: RM10 3 - Kata-kata paling selalu bermain sewaktu pembacaan: Allah bersama orang-orang yang benar dan sabar 4 - Ada tip-tip Bahasa Melayu Tinggi 5 - Mat Despatch ini pandai menjaga diri dan melakukan banyak refleksi diri kepada apa yang berlaku dalam kehidupannya seharian. Saya suka pemikiran dia.
Yang tak berapa suka: 1 - Membaca diari orang lain setiap hari selama sebulan bukanlah perkara yang menarik sangat, lainlah kalau dia superstar kacak atau orang yang kita betul-betul minat atau kagumi.
2 - Kalau tidak kerana lawak selamba Mat Despatch dari 'Liverpool' ini mungkin saya akan 'kurung' buku ini bersama-sama beberapa lagi yang juga membosankan.. bwahahahaha
ok. ni buku pinjam. lepas je baca 'lelaki baik(2)' ak terus nak baca novel ni plak. walaupun housemate ak kata buku lelaki baik tu lagi best tapi ak masih rasa yang ni lagi best (memang taste kami berbeza pon tapi kenapa ak selalu percaya). ak baca kejap je. bagi aku walaupon buku ni simple tapi ayat dia agak terbelit2. kena baca berulang jugak untuk faham dan untuk mengelakkan salah faham. berbalik kepada novel ni mengisahkan seorang lepasan ijazah yang terpaksa bekerja sebagai mat despatch dan sedang berusaha untuk menjadi editor sambilan. sebab itu lah die buat diari. sebagai latihan penulisan. katanya. kadang-kadang bila baca rasa penulis ni dekat dengan kita. sapa kata orang skema je boleh ada diari.
Saya suka buku ini kerana harganya murah dan bukunya nipis, saya mampu menghabiskannya pada sekali duduk. Saya menang buku ini di dalam peraduan ulasan yang disertai (terima kasih Raina!). Sejujurnya, sekiranya mengharapkan cerita ini luar biasa/menggeletek jiwa, tidak ada yang luar biasa. Barangkali kerana bukunya lebih kepada catatan jurnal peribadi yang agak kelakar.
Tertarik dengan sinopsis di bahagian belakang buku, aku terus beli buku ni. Harga murah, penyampaian santai namun sarat makna dengan penggunaan BMT . Tapi sedikit terganggu dengan font yang digunakan dan garisan ala-ala buku latihan sekolah tu.
Buku Bahruddin Bekri memang tak pernah bosan dibaca. Susunan cerita yang seronok dibaca dan penuh dengan pengajaran dan juga perkara yg aku turut persoalkan diberi jawapan oleh penulis. Aku perempuan yang bagaimana dan lelaki bagaimana yang aku mahu.