" Cinta kita yang sentiasa mekar tersemai di laman hati ini "
Sinopsis : Ternyata Cinta Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimana- pun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!
Zariel - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
Iqram - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.
Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala. .
Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.
Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.
Karya-karya Damya Hanna (setakat ini); 1. Bicara Hati (6 Mac 2003) 2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004) 3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005) 4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006) 5. Senafas Rindu (30 Apr 2007) 6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008) 7. Ilham Hati (15 Jun 2009) 8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012) .
Ok, membaca karyanya buat kali kedua buat aku rasa… ala, napa tak macam BH? hehehe… bukan apa Cuma BH bagi kesan yang mendalam tapi kali ni dalam TC, aku macam tercari2 kekuatan watak2nya. Mungkin saja sebab si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak 'reliable'.
Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan. Dia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.
Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa boss kat tempat dia tu nak dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list lelaki idaman Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kepada Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel.
Dengan dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam2 tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun ada hahaha..
Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan ‘gadis yang suka berangan’ buat aku rasa bosan. Malah tiada watak antagonis yang benar2 ‘menjadi’ yang menambah rencah dalam cerita ni buat cerita ni kelihatan hambar sekali. But, overall… ia masih tak mengecewakan.
N terpaksa minta maaf terlebih dahulu jika review ini ada yang buat orang tak puas hati. Tapi sejujurnya N kata N rasa susah betul nak habiskan buku ni. It's just not my cup of tea.
Karakter Dina yang banyak berangan dan cepat melatah tak menarik perhatian N langsung. N rasa her character was meant to be adorable and charming but honestly, I find her annoying.
Jalan cerita ni pun N tak boleh nak enjoy. Maybe it's me, or maybe I was not in the right frame of mind when I read it. But I really had to force myself to finish this, just so I can get it over and done with.
masih boleh dihadam.. cume pada awal bab terlalu berat.. agak bosan bile bace... pertengahan hingga ke akhir baru oke.. cume tak best sebab watak zariel mati camtu je... at first aku agak yg zariel ni lah hero.. tp rupenye iqram.. xsuke dgn sikap angan2 qasdina yg terlalu melampau... over nau berangannye...
Sebuah kisah yang bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan. Overall storyline ok dan banyak tauladan dalam cerita ni. Nurul Qasdina bekerja dengan gaji yang kecil untuk menanggung dua orang adiknya yang masih bersekolah. Ayah mereka, Shukri keluar dari rumah kerana takut orang datang mencarinya kerana hutang yang belum berbayar. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita dah ok tapi penceritaannya sangat perlahan, agak membosankan. Plot pun tak berkembang dan kurang jiwa. Ada bab yang meleret-leret dan banyak yang tergantung sepi. Watak Zariel dan Iqram kurang terserlah. Bagaimanapun watak Qiyanah dan Hafiz banyak menyokong dengan jalan cerita.