"kutemani tidurmu dengan rinduku, kurawat lukamu dgn cintaku."
Sinossis Belakang Buku :
Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.
natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?
natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.
Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.
Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.
Mula-mula baca 1 bintang, pertengahan 2 bintang, ending 3 bintang. Hampir tak nak habiskan sebab bab pertama tu macam kurang skit. Awal-awal bab tu kisah pertemuan Natasha dan Zaimir. Pastu Zaimir meninggal akibat kemalangan sewaktu Zaimir cuba menjernihkan hubungan mereka kerana salah faham.
Cerita seterusnya adalah berkenaan Micheal Tan dan Natasha. Dipejabat Micheal Tan adalah pengurus bank dan bos kepada Natasha tetapi realitinya dia adalah Mohd Firdaus saudara baru aka tunang Natasha yang disembunyikan identitinya. Natasha terpaksa menerima peminangan Firdaus melalui bapa angkat Firdaus Hj Dollah merangkap kawan emak abahnya. Walaupun 4 tahun berlalu Tasha masih mengingati kekasih hatinya Zaimir dan tidak dapat menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.
Dalam tempoh 4 tahun yang lalu juga Firdaus jatuh cinta pandang pertama sewaktu terpandang Natasha di masjid selepas solat terawikh. 2 tahun kemudiannya Firdaus bertemu kembali Natasha ketika Natasha melaporkan diri di pejabatnya.
Beberapa bulan selepas bertunang, identiti Firdaus terbongkar di majlis ulangtahun perkahwinan bakal abang dan kakak ipar Natasha. Perkahwinan tanpa cinta diteruskan dan Firdaus sedaya upaya memikat hati isterinya. Iskandar pula hadir mengingatkan Tasha kepada Zaimir kerana rupa parasnya yang mirip. Kemelut rumah tangga berlaku apabila Tasha terjumpa gambar Firdaus bersama wanita dan seorang anak.
---Spoiler----
Tu ler dalam rumahtangga kena saling percaya mempercayai. Kena selalu berkomunikasi untuk elakkan salah faham. Rugi je larikan diri, dosa pun dapat. Rupa-rupanya perempuan dalam gambar tu adik Firdaus dengan anak buahnya. Firdaus pula sebenarnya anak taukeh Kilang Minyak dan dia berurusan dengan adiknya untuk membeli syer syarikat bahagian adiknya untuk dihadiahkan kepada Tasha. Iskandar pula memang dah berkahwin dan ada 2 orang anak. So bab Iskandar ni tak jadi kudis sangatlah.