What do you think?
Rate this book


528 pages
First published January 1, 2006
So novel ni mengisahkan si Emelda yang sanggup membuang harga diri, dihina ramai dan berkorban bertahun2 demi kakaknya.
Emira, si kakak tu melahirkan anak kembar luar nikah tapi takut nak ngaku depan parents diorang sebab takut dibunuh bapak dorang, so si Emelda yang cerdas ni pun gi la ngaku yang anak-anak tu anak dia demi kakak tercinta. And parents tu okay je, takda nak ngamuk2 apatah lagi nak bunuh orang. Tapi still si kakak yang pengecut tu tak pernah nak jelaskan perkara sebenar kepada parents diorang sampaila dia meninggal, manakala si adik pulak dengan kurang siumannya sedia mengorbankan masa depan dan maruahnya demi si kakak. Macam takda harga diri, menerima je hinaan dan makian orang ramai dengan tangan terbuka. Katanya untuk menjaga aib si kakak, tapi di mana pointnya di situ, I pun tak tau. Ingat boleh sembunyikan benda tu seumur hidup ke? Dokumen kelahiran tulis pakai tangan, takyah letak maklumat ibu sebenar ke? Taknak bagitau kepada orang luar I can understand, tapi menipu keluarga sendiri tu apa faedahnya? Dengan sel otak yang kurang berhubung tu, tak tahu kat mana si Emilda ni dapat konfiden level nak sembunyikan perkara sebesar itu daripada semua orang. Delusional much? Dahtu pulak merungut-rungut kenapa hidup dia asyik derita je padahal jalan tu dia sendiri yang pilih.
Next, takdir menemukan Emelda dengan si Aril seorang doktor tak guna, one night stand si kakaknya yang menyebabkan kakak dia termengandung tu. And guess what? Dia gi kawen pulak dengan jantan tak guna tu konon-kononnya demi si kembar. Berpura-pura jadi Emira sebab si Aril tak ingat pun wajah si kakak tu. Entah di mana otak si Emelda ni semasa buat keputusan tu sebab dia pun tahu yang ianya boleh jadi masalah besar jika si Aril mengetahui perkara sebenar, tapi dia tetap gak buat keputusan untuk kahwin dengan si Aril yang langsung dia tak kenal tu, katanya takut tak dapat jumpa anak-anak lagi lepasni (habistu kenapa gatal nak bagitau pasal identiti budak tu kepada bapak dorang, bukan bapak dapat claim pun bila anak tak sah taraf... bab tu boleh jujur pulak, bab dia bukan mak budak-budak tu berkeras taknak bagitau orang lain). Lepas kawen pulak seperti biasa dorang tak bahagia (semua bermula dengan penipuan, so nak expect apa lagi?). Si Aril acah-acah nak kawen dengan si Emelda demi anak-anak mereka tapi dia tak kisah pun dengan anak-anak sebab sibuk menggatal dengan si Emelda lepas tu cemburu buta dan membaran sana sini. Ada masalah je, si Emilda jadi mangsa baran si Aril. Tapi takpa, si Emilda tanpa sel otak ni bersedia memaafkan 24/7 tak kira besar mana kesilapan orang kat dia. Disepak terajang pun dia tak kisah katanya.
Berkat hinaan bertubi2, kekasaran fizikal dan sebuah tamparan berdarah dari si Aril, last-last otak si Emilda pun bergegar hebat membuatkan dia jatuh cinta kepada suaminya itu dan akhirnya dorang pun bahagia happy ever after.