"Tak mungkin kau adalah rindu yang kutinggalkan kerna namamu sudah terukir di hatiku."
Sinopsis Belakang Buku :
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.
Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.
Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?
Mengenai Penulis Gandingan minat dan pendidikan formal dalam bidang penulisan telah mencipta identiti AYU EMELDA.
Ayu Emelda merupakan puteri tunggal daripada lima adik-beradik. Hobi membaca akhirnya mencetuskan naluri untuk berkarya. Ijazah Komunikasi Massa (UiTM) juga banyak membantu. Walaupun sebelum ini pernah menghasilkan beberapa artikel, secara peribadi masih ada sesuatu yang dicari.
Keinginan begitu mendalam untuk mengutip pengalaman yang lebih luas, terutamanya menghasilkan sebuah penulisan yang mempunyai nilai sentimental. Kerana desakan keinginan, lahirlah Lagu Rindu. Namun, menjadi seorang novelis bukannya mudah seperti yang diduga.
Apalagi sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan masa yang besar. Menulis memerlukan jiwa, perasaan dan penghayatan selain akal serta fikiran.
Watak Puteri Adalea dan Tengku Iman Aqmal tampil dengan kesempurnaan dan kekurangan. Kedua-duanya punya personaliti menarik, baik, penyabar dan punya aura tersendiri. Namun lumrah kehidupan, manusia tidak terlepas dari sifat cemburu, marah dan dendam dalam mencari kebahagiaan.
Lagu Rindu adalah langkah pertama untuk mendekati dunia penulisan kreatif secara lebih dekat. Ternyata masih banyak yang perlu dipelajari. Betapa kekurangan diri telah mencetuskan kesedaran, selagi bumi ini berputar selagi itulah ilmu terus berlegar. Kita hanya perlu berusaha mencari.
Semoga para pembaca sudi untuk menghayati bersama karya ini. Sesungguhnya yang baik itu diilhamkan daripada ALLAH, dan segala kekurangan adalah hakikat kelemahan seorang insan.
I'm surprised no one on my f'list has read this book...
Nak review banyak sangat tak boleh sebab N tengah sakit. Tapi cukuplah N kata N sangat berpuas hati dengan jalan ceritanya.
It is basically how two good friends berkahwin atas kertas kerana Budreez taknak berkahwin dengan pilihan keluarganya, Maria. Tapi selepas beberapa bulan berkahwin, Dani mula jatuh cinta pada Budreez. Malangnya, Budreez pulak dah jatuh cinta dengan Maria kerana Maria bukan lagi seperti gadis yang dikenalinya dulu.
Budreez tekad akan menceraikan Dania untuk mengahwini Maria. Tapi dia takut sebab rasa sayang dah mula berputik pada Dania, and family Budreez suka sangat dekat Dania. So basically, Budreez ni dalam dilema antara sayang dan cinta.
Lepas Budreez realized yang dia dah fall in love dengan Maria, N rasa betapa bodohnya lelaki ini. Pandangannya mudah dikaburi dengan sikap manja dan lakonan sopan Maria. Rasa frust sangat sebab nasihat kawan2 yang lain pun dia tak mau dengar!
Tapi dalam tengah2 frust pun, still rasa suka sebab Dania pandai memikat hati Budreez sampai tercabar kelakiannya!
Dyra Dania a.k.a Danny a.k.a Dania, BFF kepada Amir Budreez. Budreez memohon pertolongan Danny untuk berkahwin kontrak dengannya kerana menolak Maria, calon menantu pilihan si ibu. Maria ditolak kerana Budreez adalah mangsa bulinya ketika zaman persekolahan. Trauma yang menyebabkan Budreez gagal bergaul dengan spesis berlainan jantina. Rapat dengan Danny kerana perwatakan tomboy yang dibawanya.
Danny akhirnya bersetuju dengan cadangan Budreez dengan alasan membalas budi Budreez yang pernah menyelamatkannya daripada diperkosa rakan2 se-karate. Setelah total makeover dibuat, Danny diperkenalkan kepada keluarga. Akhirnya kahwin juga dengan syarat hidup sendiri, sendiri jaga.
Maria (anak kepada jiran sebelah keluarga Budreez) bertemu dengan Budreez apabila menyampaikan barang yang dipesan. Ohhh... si caterpillar dah berubah menjadi rama-rama yang cantik. Siap ngan tudung lagi. Budreez jatuh cinta pandang pertama. Menyesal menolak calon menantu pilihan ibu tanpa bertemu dahulu. Mula menjalin cinta dan semakin melupakan Danny (dah bertukar menjadi Dania).
Kepulangan Dania dan Budreez ke kampung ketika si bapa kecelakaan, mula merapatkan hubungan mereka. Dania ketika itu sudah jatuh terlentok angaukan suami sendiri. Cuba sedaya upaya agar Budreez menjadi hak milik mutlaknya. Adegan goda-goda manja antara Dania n Budreez memang SWEEEETTTTT....
Maria yang punya agenda tersendiri mula tercabar dengan Dania. Mula mendesak Budreez untuk menceraikan Dania. Budreez serba salah kerana keluarganya amat rapat dengan Dania. Maria menyusun rancangan untuk membolot harta Budreez. Dengan alasan tidak serasi dengan housemate, Maria ditawarkan untuk menginap di banglo Budreez. Budreez pula pindah ke rumah Dania. Kebetulan si ibu dan bapa ingin menziarah anak menantu mereka.
Maria memasukkan sesuatu dalam minuman Budreez bertujuan mendapatkan t/tangan Budreez atas borang Pindahmilik banglo Budreez. Borang ditandatangan tapi kesan ubat tersebut dilampiaskan kepada Dania. Mereka bersatu jasad tanpa sedar.
Budreez bertekad mengahwini Maria bila pasti yang Dania tidak hamil. Tembelang lakonan Maria pecah ketika terserempak dengan Dania. Dania merayu agar Budreez tidak meneruskan niat untuk mengahwini Maria tapi ditolak Budreez.
Dania yang kecewa melarikan diri ke US bersama anak dalam kandungannya.
Maria setelah berjaya memperoleh hakmilik banglo Budreez mula melarikan diri. Pelbagai alasan diberi untuk menangguhkan perkahwinan tersebut. Budreez yang sedar dirinya ditipu, mula menyesal.
Atas bantuan seorang rakan, Budreez berjaya menjejak Dania di US. Setelah puas dengan sesi pujuk memujuk, x jalan.... Dania jatuh nasib baik x keguguran. Bayinya selamat. Pulang ke pangkuan Budreez.
Maria? Pindahmilik banglo tersebut tidak sah kerana t/tangan yang berbeza (masa tu kan Budreez di bawah pengaruh ubat). Maria gila bila hamil tetapi ditinggalkan teman lelaki barunya.
Happy ending... the end.
*********
Jika kau suka gelodak jiwa wanita, naskah ini memang berjaya. Jika kau suka penyesalan seorang lelaki, naskah ini menghukum secukupnya.
Aku? Tema berebutkan lelaki biarpun tahu lelaki itu tidak berbaloi untuk direbut.... just not my cup of tea...
Secara jujurnya, saya seronok membaca buku ini. Watak gadis ‘tomboy’ sering menarik perhatian saya. Melihat transformasi seorang tomboy kepada gadis yang sopan-santun menjadi santapan mata saya ketika membaca buku ini. Watak Dania yang sentiasa diuji sejak kecil dengan kematian ayah , kemudian cubaan meragut kehormatannya oleh bekas teman lelaki dan musuhnya membuatkan dia berasa fobia untuk bercinta . Wataknya mempunyai persamaan dengan hero kisah ini Budreez. Budreez juga mempunyai masalah takutkan kaum yang berlainan jenis dek kerana menjadi mangsa buli sewaktu kecil. Saya berasa geram dengan watak Budreez yang melulu dalam membuat keputusan telah menyebab rumahtangga yang terbina hampir tergadai.Dania pula, walaupun memilki watak yang keras merupakan seorang yang sangat bertimbang-rasa dan cukup pemaaf walaupun dilukai beberapa kali. Konflik yang ditimbulkan juga tidaklah memeningkan kepala.Bagi saya watak antagonis di dalam novel ini tidaklah sebijak mana.Matlamatnya hanya satu, kekayaan.Namun jalan yang dilakarnya hanya mampu memberi kesenangan sementara.
hurmm..jalan cerita ok blh kira menarik juga awal2. tp xsuka watak heronya and rasanya xberbaloi pon dania kembali pd budreez....well xsusah mn pon dania nk blk kpd heronya bpe page je.... xbyk konflik. dan dania yg kasar blh berubah santun tp dr seorang gadis yg kuat blh jd lemah. i didn't like how dania jd blh bertukar kpd gadis yg lemah(bkn tenaga) tambah2 pula untuk lelaki macam hero2. well xberbaloi langsung nk fight. mgkn novel ni just not my cup of tea