Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bingkisan Dari Hati

Rate this book
PESANAN QADIR JILANI
Hajar, seorang penulis tersohor, dilanda masalah. Kiri kanan menikam. Ada yang mengambil kesempatan. Setegas mana jiwa wanitanya, dia kadangkala kalah dengan resah jiwa. Kata nenek, dia perlukan seseorang yang jujur, yang cerdik untuk membantu. Di mana mahu dicarinya orang yang jujur tetapi cerdik itu?
Hadi, seorang lelaki yang tegas pada prinsip, ditemui dengan secara tidak sengaja. Pada mulanya tidak ada rasa antara mereka. Tetapi Tuhan telah mengaturkan sesuatu yang cantik dan molek di sebalik pertemuan itu.


TERAWIH TERAKHIR
Qushairi, seorang sahabat sejati di sisi Anwar Arasy. Sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat temannya itu terus hidup. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi sebuah kehilangan satu-satunya sahabat yang pernah susah senang dengannya. Dalam meniti hujung usianya, Anwar Arasy isikan dengan segala amalan dan kebaikan. Segala peluang dan kesempatan direbutnya. Dan sebelum tiba masanya, hanya satu yang ingin dihajatinya... menyempurnakan terawihnya hingga ke akhir...

293 pages, Paperback

First published June 1, 2010

13 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (38%)
4 stars
6 (23%)
3 stars
9 (34%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
May 15, 2013
Terawih Terakhir - sangat menyayat hati. Hari-hari akhir Anuar Arasy sebelum dia meninggal dunia dipenuhi dengan amal dan ibadat. Banyak pengajaran yang saya dapat dalam cerita ini. Sungguh tersentuh dengan kecekalan hatinya menumpuh saat-saat akhirnya.

Pesanan Qadir Jilani - adalah mengenai perjalanan Hajar Jilani sebagai seorang penulis yang ditindas oleh orang yang tamak seperti Abraham dan Sitiah. Mereka mahu mengaup keuntungan tanpa mengira halal-haram. Hanya kenangan dan pesanan si ayah yang membantu dia dikala kecewa dan rundum. Dia ketemu dengan Hadi yang juga utamakan keluhuran serta kejujuran dalam setiap perbuatannya terutama dalam perniagaannya. Hadi tengah kecewa dengan Fuad yang berani memberi rasuah tanpa takut akan dosa. Mereka berdua mahu menjalani hidup berlandaskan cara Islam. Dan Tuhan telah menemukan mereka berdua. Mereka bernikah dengan restu orang tua Hadi dan nenek Hajar. Akhirnya, yang benar menang. Bapa Hadi juga menyesal kerana telah meninggalkan ibunya kerana rasa rendah diri kepada sang isteri yang ada kelebihan dari segi wang ringgit serta pangkat suatu ketika dulu. Isteri baru yang dirasa lebih baik tidak memperdulikan dirinya.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 30, 2010
Banyak pengajaran yg boleh digarap dari kedua-dua cerita dalam novel ini.
Profile Image for Fadilah Tahir.
14 reviews2 followers
February 9, 2011
2 Cerita yang meletakkan seluruh pergantungan hidupnya kepada Allah, dan sungguh! Allah tidak pernah menghampakan umatnya yang bertaqwa
Profile Image for Hajare.
9 reviews
March 5, 2013
lain dr pada yg lain...buku NORHAYATI BERAHIM mmg best..mesti baca..bnyk ilmu boleh dpt dr situ^^
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.