Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ada Surga di Rumahku

Rate this book
Ada ungkapan, ”Kalau ada surga di dunia, itulah keluarga yang bahagia. Dan kalau ada neraka di dunia, itulah keluarga yang berantakan.” Melalui buku ini, Amru Khalid ingin menghadirkan surga itu ke rumah-rumah kita dan mengusir jauh-jauh panasnya api neraka darinya!

Jalan ke surga itu sebetulnya dekat, tapi banyak manusia gagal meraihnya karena tak tahu arah ke sana. Kadang pula tersesat di tengah jalan oleh tipu daya setan yang tak henti menyanyikan irama pengkhianatan. Maka, untuk membantu setiap ayah, ibu dan anak-anak, Amru Khalid berusaha memancangkan tiang-tiang penunjuk arah ke surga dunia itu di buku ini.

Dengan gayanya yang khas, da’i paling berpengaruh di dunia ini meracik tips-tips praktis bagi setiap Muslim untuk bisa membangun surga di rumah tangga masing-masing. Antara lain meliputi ibadah berjamaah, berbakti kepada orang-tua, mendidik anak dengan kasih sayang, menjauhi pengkhianatan, dan lainnya. Cinta dan kasih sayang memang kunci dari semua itu, tapi Amru Khalid merincinya dalam tataran praktis.

Amru Muhammad Helmi Khalid lahir di Iskandariyah (Mesir) pada 5 September 1967. Awalnya ia adalah seorang akunting, tapi kemudian terjun sebagai aktifis dakwah. Cara dakwahnya yang moderen, penuh dengan pesan-pesan moral yang memotivasi, dan dipadukan dengan teknologi digital terbaru, terbukti telah menyihir jutaan kaum muda Arab dan Muslim. Tak heran kalau ia pernah terpilih sebagai di urutan ke-13 ’orang paling berpengaruh di dunia’ oleh Majalah Time, dan dijuluki sebagai ”pengkhutbah televisi satelit paling terkenal di dunia” oleh The New York Times.

317 pages, Paperback

First published March 1, 2010

7 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Amru Khalid

31 books36 followers
Nama diberi Amru Muhammad Hilmi Khalid atau lebih dikenali sebagai Ust. Amru Khalid. Beliau merupakan seorang ustaz dan da’I muda Mesir yang banyak berkecimpung dalam medan “pengurusan kalbu”. Beliau dilahirkan di Alexandria, Mesir pada 5 September 1967. Amru Khalid pernah aktif mengisi pengajian di masjid-masjid sekitar Kaherah. Da’i yang memiliki hobi olahraga tenis dan squash ini menjadi penyampai di salah satu acara televisyen paling popular di Timur Tengah, Shuna’ul Hayah (Pengurus Hidup).

Beliau sangat disukai oleh semua lapisan masyarakat, atas mahupun bawah, kecuali pemerintahan sekular yang tidak menyukai orang-orang yang menganjak masyarakat, khususnya golongan muda ke jalan kebenaran kerana hal ini akan mengancam kesetiaan mereka kepada pemerintah (sekular). Disebabkan beliau dilarang keras berceramah di dalam negeri Mesir, seperti yang berlaku kepada Dr. Yusuf Al-Qardhawi, da’i yang satu ini akhirnya memilih untuk tingal di Birmingham, England sambil meneruskan pengajiannya.

The New York Times Magazine, merujuk kepada populariti beliau di negara-negara Arab, menyifatkan beliau dalam isu April 30, 2006 sebagai “pendakwah televisyen Islam yang paling terkenal dan berpengaruh di dunia.” Amru Khalid baru-baru ini telah dipilih sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time. Beliau telah memberi inspirasi kepada belia Arab untuk menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi negara dengan melancarkan konsep “Lifemakers”.

Pendidikan:
Beliau berkelulusan dari Universiti Kaherah pada tahun 1988 dengan ijazah dalam Perakaunan. Pada tahun 2001, beliau menerima diploma dari Institut Pengajian Islam. Beliau menerima Ph.D beliau di Universiti Wales, Lampeter pada Mei 2010 dengan gred A. Beliau mula mengajar di masjid-masjid pada tahun 1990 ketika masih bekerja sebagai seorang akauntan. Pada tahun 1998, beliau berpindah ke dakwah sepenuh masa, terutamanya di televisyen satelit. Kuliah popular Khaled, yang dapat dilihat pada saluran Iqraa TV melalui siaran satelit langsung Nilesat, juga diedarkan melalui Internet dan pada pita kaset audio dan video.

Pekerjaan:
• Akauntan awam untuk syarikat dan yayasan di Pejabat Biro Akauntan Arab, Mesir (1998).
• Menyampaikan ceramah umum secara rutin selama dua tahun di Mesir, dengan anggaran jumlah hadirin mencapai hingga 35,000 hadirin (2000-2002).
• Penyampai dan pengaturcara bagi acara “Shuna’ul Hayah”.
• Pengasas laman web miliknya, yang merupakan salah satu laman web peribadi paling popular di seluruh dunia. Lebih dari 2 juta pengunjung setiap bulan.

Pengalaman berorganisasi:
• Ketua Himpunan Mahasiswa Fakulti Perdagangan Universiti Kaherah (1988).
• Wakil Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Kaherah (1988).

Penghargaan:
• Penghargaan dari WHO dalam Peringatan Hari Bebas Rokok Antarabangsa atas dedikasi beliau dalam program “Shuna’ul Hayah” (Mei 2004).
• Beliau terpilih sebagai orang kedua paling popular setelah Presiden Mesir dalam sebuah tinjauan pendapat yang dikendalikan oleh Majalah Asy-Syabab, salah sebuah majalah Arab popular.

Program televisyen:
Amru Khalid juga adalah seorang pendakwah Islam dan penceramah motivasi. Program televisyen beliau dibawa pada IQRAA TV dan penyiaran melalui satelit di seluruh dunia Islam. Beliau juga menerbitkan laman web sendiri, buku, CD dan kaset. Walaupun ceramah beliau biasanya dihantar dalam bahasa Arab, program sering sari kata dalam bahasa Inggeris. Laman web beliau membawa artikel dalam hampir 20 bahasa.

Kementerian & Penonton:
Amru Khalid menolak ekstremisme . Beliau mengumumkan bahawa orang Islam Arab mahu hidup aman dalam kewujudan bersama dengan Barat. Ajaran utama beliau kekal sama seperti orang-orang terdahulu dalam media yang lebih moden, bercakap tentang tindakan setiap hari untuk lebih dekat kepada Allah seperti kejujuran, merendah diri, dan bersikap sopan. Beliau percaya bahawa untuk memperbaiki masyarakat ia mesti berubah dari akar umbi (dari bawa

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (58%)
4 stars
4 (23%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
1 review
July 14, 2010
Seorang ulama mengungkapkan sebuah kata mutiara yang indah, “Sesungguhnya di dunia ini terdapat sebuah surga. Barangsiapa yang belum memasukinya, maka dia tidak akan masuk ke dalam surga akhirat.” Surga di dunia yang dimaksudkan oleh ulama tersebut adalah surga keluarga dan kerukunan yang terjalin erat di dalamnya.

Ada pula ungkapkan yang sangat mendalam, “Kalau ada surga di dunia, itulah keluarga yang bahagia. Dan kalau ada neraka di dunia, itulah keluarga yang berantakan.”

Kedua ungkapan di atas sangat cocok dengan topik yang diangkat oleh Amru Khalid, da’i kondang asal Mesir, dalam buku yang aslinya berjudul “Al-Jannah fii Buyuutinaa” ini. Buku yang diindonesiakan dan diterbitkan oleh Khatulistiwa Press ini menyajikan 16 bab yang semuanya bermuara pada bagaimana membangun sebuah keluarga bahagia. Bukan hanya keluarga kecil yang terdiri dari ayah, ibu, dan anak, tetapi mencakup juga keluarga besar dan bahkan karib kerabat.

Dalam menulis buku ini, da’I paling berpengaruh di dunia versi The New York Times ini tidak mau terjebak pada bahasan detil tentang problematika suami-istri atau sebuah rumah rumah tangga, tetapi lebih focus pada solusi masalahnya. Peraih predikat urutan ke-13 ‘orang paling berpengaruh di dunia’ versi Majalah Time itu memberi banyak tips praktis untuk mengatasi problema actual di dalam keluarga Muslim.

Dari seluruh tips yang diberikan oleh penulis, kata kuncinya terletak pada kasih saying. Yakni, bagaimana menumbuhkan kembali kasih sayang antara suami dan istri, orang tua, dan anak, serta di antara seluruh karib kerabat. “Kami akan memberikan kunci-kunci sukses dalam mengembalikan keutuhan rumah tangga yang retak dan menghidupkan kembali rasa kasih saying di dalamnya.” (hlm 3)

Salah satu hal yang ditekankan oleh penulis, dan merupakan kaidah pokok untuk menciptakan surga di rumah adalah beribadah secara berjamaah. Ada lima ibadah yang sangat penting dilakukan secara berjamaah, yakni membaca Al-Qur’an, shalat, berzikir, berdoa, dan makan.

Seperti ditegaskan sendiri oleh penulisnya, buku ini ditujukan untuk seluruh anggota keluarga. Ayah, ibu, dan anak (pemuda dan gadis), semuanya perlu membaca buku ini, agar secara bersama-sama mampu menciptakan rumah yang seindah surga, tidak hanya di dunia, melainkan juga di akhirat. “Rumah Anda merupakan tempat kebahagiaan yang utama di bumi ini.

Satu hal yang paling kita impikan adalah dapat menjadikan rumah kita ini ibarat surga dunia. Yakni surga yang insya Allah akan mengantarkan kita masuk ke dalam surga Alah SWT yang hakiki kelas, di akhirat nanti.”

Buku ini sangat inspirasional, dan layak dibaca oleh mereka yang mendambakan rumah tangga yang bahagia di dunia dan insya Allah bahagia di akhirat pula.*
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.