Jump to ratings and reviews
Rate this book

Armagedon: 2012

Rate this book
Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 hari Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis

560 pages, Softcover

First published July 1, 2010

13 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Muhammad Alexander

6 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (42%)
4 stars
28 (34%)
3 stars
12 (14%)
2 stars
4 (4%)
1 star
3 (3%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for nUr.
20 reviews12 followers
January 25, 2012
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (surah Al-A'raf:187)
Profile Image for Imran Azmi.
3 reviews3 followers
September 3, 2010
Sedar ataupun tidak, perbahasan kiamat semakin menarik perhatian beberapa pihak. Cari dalam search engine akan jumpa banyak countdown kiamat 2012. Buku ini menjawab kecelaruan yang berlaku malah menghurai kronologi bagaimana kiamat berlaku dengan cara yang mudah difahami.
3 reviews
March 2, 2012
buku ini membahaskan tanda2 kiamat,sperti dukhan (asap) dengan sangat ilmiah dan kadang2 terlalu kompleks utk difahami org awam
Profile Image for Keme Hakim.
2 reviews2 followers
July 20, 2013
i think this book can be a reference for those who not believe in hereafter due to the scientific prove which present very clear by the author.
1 review
March 6, 2015
Menarangkan mengenai hari kiamat dari sudut agama, sains, politik dan pelbagai lagi. Sangat digalakkan untuk membaca buku ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.