Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah:185)
1. Selamat Datang Ramadan 2. Apa Itu Puasa? 3. Sejarah Puasa 4. Suai Kenal Ramadan 5. Banyaknya Kelebihan Ramadan 6. Rahsia Puasa Ramadan 7. Hikmah Puasa 8. Peristiwa Besar pada Bulan Ramadan 9. Puasa Daripada Perspektif Kesihatan 10.Puasa Daripada Perpektif Psikologi 11.Bagaimana Cara Berpuasa? 12.Mengenali Puasa Wajib 13.Perkara Penting Sebelum Berpuasa 14.Ganjaran Bonus 15.Doa Orang Berpuasa 16.Apa yang Membatalkan Puasa? 17.Puasa Ganti 18.Kesimpulan: Puasa Dan Latihan Diri
Mengupas misteri bulan Ramadan dan amalan puasa yang menjadi salah satu daripada rukun Islam. Huraian penulis merangkumi sejarah Ramadan, puasa dan hikmahnya daripada pelbagai perspektif. Penulis juga menerangkan isu-isu yang signifikan berkaitan tatacara dan amalan berpuasa puasa yang sebenar. Diolah menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin mendapatkan impak puasa yang optimum.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.
Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.
Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.
Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.
Tentang dia yang datang setahun sekali singgah selama 30 hari membawa pelbagai hadiah menarik untuk kita. Terserah pada kita untuk menerimanya atau membiarkan saja dia berlalu.
Tak kira berapa kali kita dengar cerita tentang Ramadhan, pasti ada sesuatu yang mengujakan.
Mungkin kita sudah tahu atau mungkin kita terlupa... buku kecil ini memgingatkan kita tentang Ramadhan :-)