Jump to ratings and reviews
Rate this book

Impuls/Roh

Rate this book
Bahawa otak menguasai anggota tubuh, mind over matter. Oh, sungguh benarkah?

Perdebatan falsafah ini sudah terlalu lama. Sejak hujah Plato dibantah. Dan dunia sains yang berakarkan materialisme terbius bingung, merumus-rumus formula tentang nyawa, tentang otak. Rumus yang tak kan terbinakan, tak kan terlawankan kuasanya Tuhan, bahawa hakikat kejadian insan diiringi roh, entiti supramateri daripada sirr Allah al-Musawwir.

148 pages, Paperback

First published July 9, 2010

3 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

24 books262 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (13%)
4 stars
17 (36%)
3 stars
21 (45%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 28, 2018
Sebuah novel remaja yang ringkas, namun penuh dengan sains fiksyen dan pengajaran. Mengisahkan Ahmad Fahim, yang ditugaskan dalam satu misi untuk menyelamatkan ayahnya, seorang siainstis yang terlibat dalam projek IMPULS. Dalam masa yang sama, ibunya yang sedang koma turut di bawa bapanya ke sana.

Walaupun bertemakan sains fiksyen, namun sesuai dengan novel remaja, ianya ringkas dan mudah untuk difahami. Tiada istilah yang terlalu berbelit-belit, jalan cerita yang langsung dan diselang-seli dengan peringatan yang bersesuaian.

Sebuah karya yang segar dan berbaloi untuk dibaca, sebuah escaperism yang berbaloi, andai lelah menelusuri kisah cinta fiksyen yang acapkali dipersembahkan dipasaran. Tahniah, penulis!
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books55 followers
July 19, 2021
Judul buku: Impuls/Roh
Penulis: Sri Rahayu Mohd Yusop
Terbitan: Utusan Publication & Distributors
Tahun terbitan: 2010 / Cetakan pertama
Jumlah muka surat: 148
Tarikh baca: 03 Julai 2021 - 11 Julai 2021
Nama pengulas: Norsamila Samsudin

Ulasan:
Sebuah kisah sains fiksyen yang turut membawa mesej dakwah. Kisah anak muda bernama Fahim, lulusan Maktab Perisikan Diraja Malaysia yang berdepan dengan konflik diri. Berpunca daripada satu peristiwa di antara dia dan ibunya. Menyeret kepada perubahan sikap ayah yang kemudian perlu diselamatkan. Bukan hanya diselamatkan daripada musuh nyata yang membiaya dana projek eksperimentasi mencabar hukum, tetapi juga menyelamatkannya daripada akidah yang terpesong.

Cerita yang bukan sahaja ditulis dengan bahasa saintifik, tetapi juga dengan rentak thriller. Banyak menyangkut tanda tanya di benak sebelum bacaan digerakkan ke fasa seterusnya.

Cerita ini juga menyelongkar hati seorang anak terhadap ayahnya. Ketidaksefahaman itu sering berlaku seiring masa dan peristiwa. Salah seorang, yang rasional perlu memainkan peranan melerai kekusutan.

Fahim menyahut cabaran demi kasihkan ayah. Dia menerima tanggungjawab berat dalam misi menyelamat.

Kemahiran sebagai perisik dimanfaat. Bukan hanya kecepatan fizikal, malah kekuatan mental dan ketahanan jiwa digabung bersama.

Sebijak mana pun otak manusia, tidak akan mampu menandingi apa yang Allah ada. Manusia boleh mengkaji tentang kewujudan roh, tetapi untuk menciptanya bukan jangkauan minda. Kebijaksanaan manusia punya had.

Takut jika memiliki yang banyak, hasad mengambil tempat. Mengkucar-kacirkan dunia tanpa mementingkan keperluan manusia sejagat. Hanya kepentingan diri. Kerana itu Allah mengehadkan apa yang manusia perlu tahu.

Bacalah dengan nama Tuhan agar ilmu itu bukan beban soalan di hari kemudian.
.
Ulasan dalam bentuk video boleh ditonton melalui pautan di bawah:

https://youtu.be/TFZlS32TLkw
.
.
#ulasanbuku #impulsroh #srirahayumohdyusop #utusanpublisher #booktuber #malaysiamembaca #ulasanbuku #resensi #selangormembaca #pnm #komunitibuku #booktubemy #norsamilasamsudin
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews2 followers
February 15, 2018
Mengisahkan Dr. Faruqi yang terjebak dalam penciptaan sistem IMPULS, iaitu sistem ruang realiti maya yang didalangi musuhnya sendiri, akibat kemalangan yang menimpa isterinya. Anaknya, Ahmad Fahim berusaha untuk menyelamatkan ayah dan ibunya dengan bantuan skuad KASTRIA.

Sebuah novel fiksyen sains bertempo pantas yang memaparkan mengenai roh manusia, serta membangkitkan persoalan adakah jangka hayat manusia bergantung sepenuhnya kepada otak serta isyarat impuls daripada organ deria dan sistem saraf manusia.

nota : KOLEKSI SENDIRI
(tak tulis nota ni karang ada orang ingat saya tak ada novel 😏😼 )
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
March 31, 2013
Satu percubaan fiksyen sains (f.s.) dari Sri Rahayu Mohd Yusop, yang masih memerlukan ruang untuk penulis ini memperbaiki karya serupa ini pada masa akan datang.

Tidak dinafikan yang f.s. kebiasaannya ditulis dalam gaya bahasa yang bertempo rancak, namun ini tidak bermakna keindahan bahasa itu harus dicantas dari keseluruhan karya. Saya mencintai karya Sri Rahayu yang terdahulu bukan sahaja dari keindahan gaya bahasanya, tapi kebijaksanaan penulis menggunakan dosej yang tepat: dialog yang kemas, penggambaran sifat dan perwatakan watak yang cukup kadarnya dan selebihnya terpulang kepada imaginasi pembaca, dan ayat keseluruhan cerita yang tidak terlalu ringkas tetapi tidak pula terlalu berbasa-basi. Cukup-cukup sahaja sekadar yang perlu. Namun reseipi ini sayangnya tidak hadir dalam Impuls/Roh.

Ada bab yang saya rasakan penulis terlalu cepat hendak memasakkan ideanya kepada pembaca, sedangkan saya belum bersedia dan mahukan penjelasan yang lebih panjang mengenai situasi dan konflik yang dihadapi oleh Ahmad Fahim, si watak utama. Seolah-olah baru sebentar tadi saya berkenalan dengannya, tiba-tiba terus dipaksakan menerima konflik yang memerlukan pembaca meneka sendiri pucuk pangkalnya. Mungkin kelihatan seolah penulis ingin menguji ketangkasan minda pembaca menangkap intipati cerita, namun hati saya serasa membangkang tindakan ini sehingga ia berkata, 'nanti dulu, belum habis cerita lagi, takkan terus ke situ?'

Sementara ada pula bab yang pembaca terasa seperti terpaksa berada di dewan kuliah untuk sebuah ceramah sains, terperangkap untuk memahami satu penjelasan saintifik yang panjang dan berat dan diasakkan secara bertalu-talu. Aduh, memang saya benar-benar pening sekejap untuk bab yang ini.

Puan Sri Rahayu, mohon panjangkan sedikit novel f.s. seperti ini di lain kali. Tidak mengapa ia tebal sekalipun kerana sesungguhnya dengan itu mungkin saya lebih santai menikmatinya, daripada tersentak dengan novel yang amat pendek dan tiba-tiba saja sudah sampai ke penghujungnya.
(Sudahlah menunggu karya Puan Sri Rahayu ini ibarat orang bercinta layaknya, setahun sekali baru ketemu yang baru. Aduhai!!)
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books386 followers
October 17, 2021
𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐒 𝐑𝐎𝐇

𝑩𝒆𝒏𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒐𝒕𝒂𝒌—𝒎𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒆𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒍 𝒍𝒊𝒑𝒊𝒅 & 𝒎𝒐𝒍𝒆𝒌𝒖𝒍 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒊𝒏— 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒋𝒆𝒎𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒎𝒑𝒖𝒍𝒔; 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒓𝒐𝒉?

Dalam sebungkah daging, tiada apa yang berupaya menaakul imej. Tiada kesedaran bergelar "aku".

Bila difikirkan semula, tak logik untuk sebuah atom mencerap imej: kerana atom tidak bermata! Tidak ada deria!

Dunia luar yang terbentuk dalam otak manusia adalah respon terhadap isyarat² elektrik yang dihantar oleh saraf² deria: kehijauan daun, kelembutan kapas, kepanasan cerek. Maka, "realiti" kita terbentuk dari cerapan dalam kepala.

Atom tak bernyawa, maka tak mampu mencerap. Roh bernyawa, maka ia mampu mencerap. Atom=materi, roh=supramateri.

Pening kan? Tetapi korang kena baca 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟎𝟗 ini!

Kekurangan novel: Separuh pertama novel bermula dengan canggung, pembaca macam tiba-tiba dicampak ke konflik. Jadi kita akan terpinga-pinga sehinggalah di pertengahan novel bila penulis mula menjelaskan apa yang berlaku dengan jelas. Naratif tak licin, tetapi perbahasan agama/sains sekitar otak, nyawa & roh memang letup minda / 𝒎𝒊𝒏𝒅𝒃𝒍𝒐𝒘𝒏!
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 13 books123 followers
May 26, 2019
Konsep idea menarik. Plotnya jelas. Saya suka. Tetapi naratifnya macam ada banyak cantas. Seakan tidak memberi ruang untuk watak-watak hidup dalam cerita. Tup-tup, dah selesai baca. Kalau beri perumpamaan filem, ibarat sedang tonton dalam mod fast-forward.

Secara peribadi, saya rasa Impuls/Roh boleh ditulis semula dengan lebih tebal.
Lebihkan interaksi sesama watak. Lebih "show, don't tell" terutamanya untuk kisah silam keluarga Ahmad Fahim, Parcival.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
503 reviews43 followers
October 23, 2025
Ahmad Fahim kini dalam misi menyelamatkan ayahnya sekaligus ibunya. Datin Afraa dilarikan oleh Dr Faruqi semasa sedang koma di hospital. Dr Faruqi ingin menjalankan satu eksperimen yang di luar batas moral hanya kerana tidak dapat menerima keadaan isterinya itu.

Kekesalan yang menghuni di hati Fahim hampir membuatnya kehilangan kedua orang tuanya. Tetapi begitulah manusia. Kita sering kali tanpa sedar mengambil ringan kehadiran orang yang kita sayang. Tatkala ujian menimpa barulah kita mula tersedar akan hakikat tersebut.

Cinta yang keterlaluan buat pasangan atau ahli keluarga mampu membuatkan kita membenarkan segala tindakan kita meskipun ianya di luar garisan moral. Akan ada pelbagai alasan yang cuba beri kepada diri sendiri bahawa tindakan itu tidak salah. Itulah apa yang terjadi kepada Dr Faruqi. Cintanya buat sang isteri terlalu dalam hingga dia sanggup melakukan apa sahaja supaya mereka dapat bersama kembali.

SH suka dengan ujian yang diberikan oleh KASTRIA untuk memperkukuh hubungan di antara ahli-ahlinya. Ujian itu mampu membantu mereka mengenali satu sama lain dengan lebih baik tanpa adanya prasangka. Kerana prasangka kecil yang wujud dalam hati mampu membiak dan menghancurkan sesuatu organisasi.
Profile Image for Naimisa.
19 reviews3 followers
September 30, 2010
Buku fiksyen sains seputar persoalan roh. Mampukah manusia mencipta satu alat daya bantu untuk memanjangkan hayat manusia? Benarkah hayat bergantung kepada gerak saraf otak (impuls)? Atau penentuan hidup itu bergantung hanya kepada roh?

Demikianlah sedikitnya ilmu manusia tentang roh. Kita tidak tahu dalam jasmani yang dipinjam dan ditiup roh ke dalamnya, tempat sebenar duduknya roh itu.

Mengisahkan pergolakan di antara seorang anak dengan ayahnya dalam misi menyelamatkan kepercayaan ayahnya terhadap roh. Apakah dia berjaya menyedarkan ayahnya tentang bahaya projek IMPULS?

Dan bagaimana kesudahan ibunya?
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
September 28, 2010
Saya menghidap pengakit 'tak-boleh-pergi-dengan-buku-sains'. Novel ini nipis, tapi saya cepat mengalah. Hampir tiga bulan baru habis. Tetapi ia sebuah novel yang mencerahkan, Sri Rahayu membawa pembaca keluar dari dimensi normal, membayangkan dunia sains dan teknologi setapak dihadapan. Dan pelaku utamanya ialah Melayu. Tidak mustahil bukan? Seperti selalu, Sri Rahayu sering memberi pembaca input baru yang membawa kelainan, menjadikannya penulis wanita yang berjaya keluar dari kepompong feminisme
Profile Image for Nisah Haron.
Author 27 books376 followers
August 8, 2010
Percubaan penulisan fiksyen sains yang sangat baik. Sayang sekali, novel ini pendek langsung membataskan ruang untuk banyak bahagian fiksyen sains yang boleh dikembangkan penerangannya. Saya membacanya di dalam kapal terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu. Temponya pantas.

By far, the best work by Sri Rahayu Mohd Yusop!

Ayu, if you are reading this, "we want more!"
7 reviews8 followers
March 9, 2011
subjek yang menarik untuk diketengahkan, mengenai kejadian roh manusia, adakah ianya dapat dicipta oleh manusia sepertimana klon manusia. namun, bagi saya ia kurang menyengat berbanding karya-karya sri rahayu yang sebelumnya. ini mungkin kerana kekangan muka surat kerana rasanya novel ini boleh ditambah dan diperkembangkan lagi jalan ceritanya supaya lebih menarik. walau bagaimanapun, usaha yang baik oleh sri rahayu dalam menongkah tema sains selepas novel kasih nan agung
Profile Image for Shah Abdullah.
44 reviews8 followers
September 19, 2010
Saya salah seorang peminat kepada Sri Rahayu Mohd Yusop. Namun, impuls/roh tidak memberikan kepuasan yang mendalam kepada saya. Saya lebih menikmati karya beliau sebelum ini seperti Kasih Nan Agung dan Warisnya Kalbu. Mungkin ini percubaan pertama penulis dalam karya sains fiksyen. Harapan karya yang seterusnya dapat mengupas sesebuah isu dengan lebih menarik :)
230 reviews4 followers
February 27, 2015
Sebuah cerita sains fiksyen yang mengetengahkan tentang isu roh yang tidak dipercayai kewujudannya bagi ramai saintis. Plotnya yang banyak menggunakan adegan-adegan mendebarkan membuat buku ini lebih menarik lagi. Ikutilah perjalanan watak utamanya dalam menyedarkan manusia tentang kewujudan roh. Kerana bukankah ia telah termaktub dalam Al-Quran?
Profile Image for Mi_kan.
51 reviews1 follower
November 23, 2010
Buku yang menarik. namun, ada sedikit kekurangan pada karya ini.bahasanya kurang berbunga-bunga. kadang kala, tidak sampai maksudnya. idea masih bagus.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
August 6, 2011
Sarat dengan khazanah ilmu! Penulis menggarap plot dengan begitu berdebar.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews