Jump to ratings and reviews
Rate this book

Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia

Rate this book
Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?

Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalahkan oleh mana-mana karya ciptaan manusia.

"Siapa yang ingin rasa dekat dengan Nabi, bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya."

244 pages, Paperback

First published September 1, 2009

2 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Nik Abdul Aziz Nik Mat

50 books92 followers
According to Hussain Yaacob (1992), Nik Abdul Aziz B. Nik Mat was born in 1931 at Pulau Melaka, a village located about 7 km from Kota Bharu town. His father, the late Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar is a famous Islamic Scholar at that time. The late Haji Nik Mat Alim was the founder for Pulau Melaka Islamic School or Sekolah pondok (hut type school). Haji Nik Mat really serious about his sons Islamic education and this is one of the factor that contributed to the style of leadership perform by Tok Guru Nik Aziz. He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days.

Furthermore, Tok guru Nik Aziz also had been sent to learn Islamic knowledge from To Khurasan, one of the most famous ‘Guru’ in Kelantan at that time. Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah.

After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject After 4 years, this brilliant Tok Guru managed to pass and finish his Bachelor Of Arts and Master of Art in Islamic law. In 1962, Tok Guru Nik Aziz went to Malaya (now Malaysia). Tok Guru Nik Aziz can speak a few foreign languages such as Arabic, Tamil, Urdu and English.

In 1963, Tok Guru Nik Aziz married with Tuan Sabariah Tuan Ishak (at that time his wife was 14 years old). Now, both of them got 10 children (5 daughter and 5 sons). According to Tok Guru Nik Aziz, all his children took Islamic education as their main subject.

Career path

After coming back from Egypt, Tok Guru start his work as the full time religious teacher and become an Islamic preacher, to full fill his father ambition. In the middle of 1960, Tok Guru Nik Aziz was a part time teacher and teaches the adult class people for one year (Guru kelas dewasa KEMAS). He agreed to be the teacher because they (the class supervisor) allow him to gave his lectures without any term and condition (Tak payah ikut telunjuk atau arahan orang kemas, so dia setuju, jangan silap faham pula macam MB Kedah tu selalu do kata) .

Political Career

Tok Guru Nik Abdul Aziz seriously join the Parti Islam Semalaysia or PAS after resigned as the adult class teacher. In a few month after that, i.e. in 1967, he was offered as the candidate for by-election for Kelantan Hilir (now Pengkalan Chepa) parliamentary seat. He has won the by-election at Kelantan Hilir or Pengkalan Chepa parliamentary seat from the year 1967 and every time there was another election, he won the seat until 1986 when he was transferred to another parliamentary seat in Bachok, Kelantan.

Nik Aziz as the Central Ulamak Council Chief

Tok Guru Nik Aziz has been elected as the Central Ulamak Council Chief from 1968 until now. This position give him authority to advice all matters pertaining to Islamic faced by the party and the followers.

Nik Aziz as the Kelantan’s PAS Commisioner

As a good leader, Tok Guru Nik Aziz’s followers has request to the top party’s leaders to appoint him as the Kelantan state party commisioner. They (the followers) need a leaders that was well versed about Islam and they did not want any secular leaders anymore. At last, the top party’s leaders had agreed to appoint him as the Kelantan’s PAS commissioner, a strong position that give him certain power to manage and control the party’s activities particularly in Kelantan . Compare to the other state, Kelantan is the only state in Malaysia with the biggest PAS followers. In another words, the position as Kelantan’s PAS Commissioner is actually a big opportunity and not so many opposition party leader in Malaysia ca

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (87%)
4 stars
2 (8%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Damaisuria.
77 reviews12 followers
November 26, 2010


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu, seorang rasul
dari golongan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu,
sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang
yang beriman". (At-Taubah: ayat 128)

Muqaddimah

Begitulah gambaran dari ayat Quran yang memperihalkan seorang manusia yang bernama Muhammad diutuskan ke bumi sebagai Rasul membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda terlalu sayang kepada umatnya. Kasih sayangnya tidak bertepi dalam menuntuni peradaban yang baik sama ada pada umat Islam mahupun bukan Islam. Ada waktunya baginda memimpin pengajaran agama. Ada ketikanya baginda membantu hal ehwal masyarakat. Adakalanya Rasulullah SAW pergi berperang. Ada saatnya baginda berukhuwah dengan keluarga. Ada ruang pengisian dalam kehidupan Rasulullah SAW bagi bertaqarrub kepada Allah SWT. Ada semuanya panduan kehidupan pada diri Rasulullah SAW yang menjadi sunnah untuk diteladani. Sedekah baginda tidak terhitung banyaknya bagi memunculkan Islam sebagai agama yang benar, mengeluarkan manusia dari dunia jahiliah dan khurafat kepada kehidupan berlandas syariat, bebas dan berakhlak mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mengikut jejak langkah apa yang disampaikan baginda.

Buku Muhammad SAW - Jejak Junjungan Mulia memasuki jilid ke-2 dengan sirah perjalanan Rasulullah SAW menegak agama Islam di muka bumi ini. Jika buku jilid pertama - Muhammad SAW, Insan Teladan Sepanjang Zaman banyak mengisahkan perjuangan baginda dalam siri peperangan Islam, maka kali ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (penulis) mengajak para pembaca untuk menelusuri beberapa siri peperangan lagi disertakan kehidupan baginda di tengah-tengah masyarakat ketika itu. Di samping itu, dicatatkan hikmah di sebalik tugas yang dikemukakan Rasulullah SAW dan bagaimana umatnya mengikut penyuluh jalannya. Buku ini juga menceritakan detik-detik kewafatan nabi yang amat menyentuh hati dan bagaimana pemerintahan baginda disambung oleh Empat Khalifah Ar-Rasyidin yang utama. Perjalanan baginda terlalu banyak untuk dikisahkan, namun suka saya mengambil iktibar dari buku ini melalui peristiwa Tabuk.


Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku sekitar bulan Rejab, tahun ke-9 hijrah. Wahyu diturunkan Allah SWT melalui malaikat Jibril agar Muhammad SAW bersiap sedia bagi menentang puak musyrikin di medan Tabuk, sebuah tempat padang pasir yang jauh lagi menyukarkan para musafir, berdekatan dengan Teluk Aqabah. Perang Tabuk bermula disebabkan kerajaan Rom dengan empayarnya kuat waktu itu, telah mengumpulkan pasukan perangnya bagi melebar jajahannya ke tanah-tanah arab serta memerangi Rasulullah SAW dan kerajaan Islam. Apa yang tersurat dalam nama peperangan ini, adalah Tabuk sendiri berlaku dalam keadaan destinasi tempat jauh dari Makkah dan Madinah berserta cuaca yang terlalu panas. Bayangkan di jazirah tanah Arab dengan padang pasir, bergurun kering dan kontang. Ditambah persekitaran yang panas terik sangat menguguh jiwa yang merasainya menghadapi kerahan pasukan Rom yang jauh berganda-ganda dari kaum Muslimin.

Pada masa yang sama, peperangan Tabuk ini berlaku dalam suasana musim menuai buah tamar dan anggur sudah tiba yang bagi sekian lamanya tanaman diusahakan oleh kaum muslimin ini telah masak ranum dan sedia untuk dipetik. Jika terlewat dituai, sudah pasti buahnya akan luruh dan rosak. Kaum muslimin ketika itu berasa serba salah antara mengikut perintah Rasulullah SAW untuk berperang dalam cuaca panas atau bersiap untuk memungut hasil tanaman. Hasil tuaian yang diperolehi ini merupakan sumber rezeki dan ekonomi bagi kaum muslimin. Peristiwa ini benar-benar menguji keimanan orang Islam.

Selain daripada itu, terdapat golongan munafikin yang menghasut golongan mukminin supaya tidak berperang dengan memberi pelbagai alasan seperti panas terik dan kesusahan yang ditanggung oleh mereka yang berjuang kelak. Allah SWT menempelak golongan ini melalui wahyuNya:

“Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu,
merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang
Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan
jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: ‘Janganlah
kamu (pergi berperang) dalam panas terik ini’. Katakanlah:
‘Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya), jika mereka
mengetahui.’ Maka hendaklah mereka tertawa sedikit
dan banyak menangis, sebagai balasan dari apa yang
selalu mereka kerjakan (At-Taubah: ayat 81-82)

Maka, atas keimanan kepada Allah SWT yang tinggi dan dasar kecintaan kepada Rasulullah SAW melebihi dari dunia seisinya, para penduduk mengikuti junjungan mulia ini bagi membenteng pertahanan dari ancaman musuh musyrikin dari sewenang-wenangnya menjajahi bumi Islam. Sifat pengorbanan dan dermawan para sahabat menjadi contoh bagi memperjuangkan Islam ke jalan Allah. Umpamanya dalam peristiwa genting ini, Saidina Usman bin Affan r.a. memberi 300 ekor unta dengan kelengkapan muatan perang. Beliau juga tidak lokek menderma 200 ugiah (10,000 dinar). Umar ibnu Al-Khattab r.a datang kepada Rasulullah SAW dengan menyerah separuh hartanya untuk jihad fisabilillah. Abu Bakar As-Siddiq r.a. pula menyerahkan apa saja yang dimiliknya, lalu perkara ini ditanya Rasulullah SAW. “Apakah yang tinggal untuk ahli keluargamu?” Jawab Abu Bakar, “Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang ku tinggalkan untuk keluargaku”. Menginfaq harta benda untuk tujuan murni ini tidak lain tidak bukan hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT.

Setelah mengumpul kekuatan dan kelengkapan, Rasulullah SAW bersama 30,000 bala tentera Islam memulakan perjalanan ke medan Tabuk. Saat melalui perjalanan jauh kira-kira 3,000 batu dari kota Madinah dengan suhu panas membara, tentu sahaja junjungan besar Rasulullah SAW bersama kaum muslimin mengharungi kesabaran dalam perjalanan berliku itu. Cabaran kekurangan air terpaksa dihadapi dengan keperluan dan kelengkapan yang terbatas. Terdapat juga segelintir daripada mereka terpaksa berkongsi unta secara bergilir-gilir. Namun semangat kental umat Islam yang ditunjukkan amat menggerunkan musuh apabila mengetahui persiapan tentera Islam diketuai Rasulullah SAW sedang menuju ke Tabuk. Walaupun tentera Rom dengan jumlahnya yang sepuluh kali ganda banyaknya, namun mereka amat bimbang, gusar dengan keberanian umat Islam yang sentiasa bersedia berjihad dengan segala kesungguhan yang dibina. Mereka (pasukan perang Rom) tidak jadi berperang lalu berpatah balik. Setelah itu penguasa Yuhanna, Gabenor Ilah dari kerajaan Rom meminta perdamaian dengan baginda dan bersetuju membayar jizyah.

Perbandingan orang Islam yang berperang dengan orang musyrik yang berperang ada jelas perbedaan kedua-duanya. Walaupun orang musyrik berperang mempunyai kelengkapan yang baik ditambah pasukan yang terdiri ramai, namun mereka sebenar takut akan maut menimpa diri mereka. Manakala bagi umat Islam yang berjihad ke jalan Allah, mereka mengorban apa sahaja termasuk jiwa dan raga. Kematian umat Islam dalam jihad menentang musuh merupakan syahid di sisi Allah SWT yang mendapat tempat dan naungan di akhirat kelak. Dalam Islam, jihad bukan sekadar berperang semata-mata. Jihad Islam boleh dipanjangkan kepada berdakwah dalam agama, mewakaf harta benda, memajukan sistem pendidikan negara, membantu umat Islam tertindas termasuk meningkat taraf kehidupan rakyat.


Hikmah dari Tabuk

Dalam lipatan sejarah, peperangan Tabuk merupakan peperangan tanpa pertumpahan darah. Persiapan awal dengan persediaan dari segi jasmani dan rohani kaum muslimin untuk ke Tabuk ada hikmahnya. Allah SWT sengaja menguji umatnya bagaimana hamba-hambaNya bersedia untuk berperang dan berkorban dalam suasana persekitaran yang mencabar. Dalam situasi berbeza pada masa serentak, antara tibanya musim menuai buah yang membolehkan kaum muslimin menikmati rezeki bersama keluarga mereka atau bersiap siaga untuk berperang ke jalan Allah dengan menempuh perjalanan sukar lagi jauh. Hakikatnya, kaum muslimin yang teguh imannya memilih jalan yang ditunjuk oleh RasulNya. Rasulullah SAW dalam hal ini sentiasa memberi motivasi dan dorongan kepada kaum muslimin bagi membela agama Allah ini. Seandainya tiada sebarang langkah dari orang Islam membuat persiapan ke Tabuk, sudah pasti tanah-tanah arab akan dimasuki gerombolan musuh dari kerajaan Rom. Kemaraan mereka itu dikhuatiri bakal menggangu gugat kedamaian umat Islam di kota Makkah dan Madinah. Ia secara tidak langsung membawa gambaran benteng Islam sebenarnya lemah, tidak sekuat mana pada mata dunia.

Dalam Quran disebut, supaya umat Islam menyediakan segala jenis kekuatan dan kelengkapan bagi menggerunkan musuh. Dengan kekuatan dan pertahanan ini membolehkan musuh-musuh Islam takut untuk mengugat umat Islam. Dalam konteks hari ini, jika penelitian terhadap ayat di bawah, umat Islam wajib membina kekuatan dalam perpaduan, penyelidikan, pertahanan, sains dan inovasi yang dapat menggerunkan anasir-anasir luar yang sentiasa mengintai dan cuba mengambil kesempatan.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan
itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh
yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang
kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu dan kamu tidak
akan dianiaya." (Al-Anfal: ayat 60)

Al Quran juga mengingatkan kita supaya tidak lalai dengan nikmat kesenangan hidup. Lantaran kemewahan membawa umat Islam lupa dan alpa terhadap perkara ibadah dan agama. Nilai-nilai ini lama kelamaan menjerumus kepada kepentingan diri sendiri.

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat
dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan
mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan
keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana
engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah
engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
(Al-Kahfi: ayat 28)

Rasulullah SAW akhirnya pulang besama para sahabat setelah melalui jejak langkah yang jauh beribu-ribu batu di padang pasir yang luas dalam peristiwa Tabuk. Kemenangan umat Islam tanpa sebarang pertempuran mahupun pertumpahan darah membawa mesej peperangan tidak semestinya mengorban jiwa namun dengan akal berfikir, kebijaksanaan mengatur strategi termasuk persiapan yang rapi oleh umat Islam nyata dapat mengerunkan musuh sehingga mereka benar-benar dalam kebimbangan dan ketakutan. Negeri Jerbah dan Hadrah kembali aman. Mereka lebih senang membayar jizyah kepada kerajaan Islam berbanding kerajaan kuffar. Islam sebuah agama yang syumul, dan mereka tertarik dengan kebenaran dan keadilan yan dibawa Islam. Pembayaran jizyah ini membolehkan kerajaan Islam Madinah menaungi wilayah-wilayah di daerahnya dari sebarang anasir jahat yang mencerobohinya. Pada masa yang sama, pembayaran jizyah dengan hati terbuka oleh negeri-negeri sekitar Tabuk ini dapat menguat perpaduan, pertahanan dan dakwah Islam. Ia secara tidak langsung menjauhkan sebarang anasir-anasir luar dari meletakkan pangkalan musuh perang. Peperangan Tabuk akhirnya membawa kemenangan besar bagi umat Islam seluruhnya di bawah pimpinan Rasulullah SAW. Peperangan Tabuk dicatatkan sebagai peperangan terakhir dalam kehidupan baginda.


Menghadapi Golongan Mukhallafun

Sekembali Muhammad SAW ke Madinah, baginda menghadapi golongan Al-Mukhallafun iaitu golongan yang berkhilaf dengan Rasulullah SAW yang mencicirkan diri dengan sengaja tidak menyertai peperangan Tabuk. Di kalangan 80 orang yang tidak menyertai angkatan perang Tabuk, mereka memohon maaf kepada baginda atas ketidakhadiran mereka bersama angkatan muslimin ke medan Tabuk. Rasulullah SAW mendengar bicara mereka yang datang dan baginda memohon ampun kepada Allah SWT atas ketidakhadiran mereka dalam misi peperangan ini kecuali Kaab bin Malik, Marrarah bin Ar-Rabie’ dan Hilal bin Umaiyah. Mereka ditangguhkan kemaafannya kerana baginda menunggu ketibaan Jibril menjelaskan kedudukan mereka bertiga di sisi Allah SWT.

Walaupun dalam keadaan yang berkemampuan, sikap mereka yang meremehkan dan tidak ikut serta dalam perjuangan jihad ke Tabuk, memakan diri mereka setelah melihat hasil semangat, setiakawan dan kemenangan para muslimin dalam peristiwa Tabuk. Perkara ini memalukan mereka kerana terganggu dengan urusan duniawi bersifat sementara. Kecuali bagi golongan Al-Bakkaun, iaitu golongan yang sentiasa mengiringi setiap sesuatu dengan keadaan linangan air mata kerana sedih. Mereka terdiri dari kalangan orang miskin yang berhasrat untuk berperang, tetapi mereka tidak mempunyai harta dan kenderaan perang. Sebelum ke Tabuk, mereka menemui Rasulullah SAW sekiranya dapat disediakan kenderaan untuk pergi Tabuk, namun baginda tidak memiliki apa yang diminta oleh golongan Al-Bakkaun itu. Lalu mereka pulang dengan linangan air mata kerana tidak dapat pergi berperang bersama-sama baginda. Manakala ketiga-tiga individu tadi (menurut Bukhari dan Muslim), mereka telah dipulau oleh masyarakat Islam ketika itu selama 50 hari sehingga turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka telah diampunkan Allah SWT. Keampunan Allah SWT sememangnya sesuatu berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh mereka selama ini. Mereka bersyukur kerana taubat mereka akhirnya diterima Allah SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Profile Image for Afifah.
21 reviews
January 13, 2014
Buku yang mengisahkan perjuangan nabi junjungan Muhammad saw, tetapi aku juga melihat satu sudut lagi iaitu pencerahan kaedah politik Tuan Guru Nik Abdul Aziz, benarlah kata-kata yang aku dengar daripada seorang motivator ilmu seorang ulama itu tidak dapat dicapai oleh orang yang tidak mempelajarinya...aku sangat tersentuh dengan buku ini...kerana sebelum membaca buku ini banyak persoalan terawang-awang di minda...
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.