Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memoir Anak Setinggan

Rate this book
Melalui kaca mata Nuar, bersama dengan dua orang teman baiknya, Mamat dan Bain, kemiskinan serta penderitaan ditertawakan. Mereka berada di tengah-tengah tarik tali kehidupan antara pemerintah dengan penduduk setinggan, pembangunan materi yang pincang dengan pembangunan jiwa yang menyeluruh. Di satu sudut cita-cita mereka dibangunkan namun pada masa yang sama dibunuh oleh sistem yang keliru tumpuan dan matlamat. Nuar, Mamat dan Bain kanak-kanak yang polos, nakal dan serba mungkin. Di taman kehidupan di ‘Setinggan’, mereka membesar bersama kanak-kanak lain dan membina peribadi masing-masing. Menelusuri pengalaman kanak-kanak mereka tidak terhenti setakat melaga ayam dan spider tetapi turut mengulit sama perjuangan ibu bapa, budaya masyarakat dan sistem berat sebelah yang hanya menjadikan yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah miskin. ‘Memoir Anak Setinggan’ dicoret dengan perasaan seorang kanak-kanak menjadikannya lucu, mengharukan dan ‘basah’ untuk dibaca. Diinspirasikan daripada pengalaman sebenar…

193 pages, Paperback

First published January 1, 2010

18 people want to read

About the author

M.S. Anuar Mahmod

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (30%)
4 stars
11 (55%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
April 8, 2014
Akhirnya habis jugak baca buku ni.Walupun bilangan mukasurat 193 je,tapi punyala takde masa nak membaca.Amaran,ini adalah ulasan yang agak panjang.Mohon jangan tidur.hehehe..

Buku ni lebih kepada kisah atau coretan hidup Nuar iaitu penulis sendiri semasa tinggal di Kampung Setinggan Bumiputera (aku rasa mungkin Kg Baru sekarang).Bagaimana zaman-zaman kanak-kanak penulis dihabiskan bersama rakan iaitu Mamat dan Bain serta cinta monyet beliau dengan Lalitha.Mungkin pada zaman itu, Kuala Lumpur masih sedang membangun,tetapi cerita penulis tentang hidup masyarakat setinggan sangat menyentuh hati.Bagaimana mereka terpaksa berkongsi 2 paip air untuk 60 buah rumah,dan tidur dengan lampu minyak tanah di malam hari. Berjiran dengan pelbagai kelompok masyarakat seperti orang Jawa,orang Madura,orang India,walaupun berbeza tapi semua bersatu-padu,hidup harmoni walaupun hidup mereka pada masa itu sangat daif dan dbelenggu kemiskinan.Zaman kanak-kanak penulis mengingatkan aku pada memori kanak-kanak sendiri,main parit dan bendang,tangkap ikan,tapi aku tak lah main laga ayam,laga labah-labah dan berjudi macam penulis tu..hehe..tu agaknya permainan budak laki kot.

Kisah penduduk setinggan yang membantu dalam membina Kuala Lumpur sehingga maju spt sekarang lalu ditidakkan hak mereka ke atas tanah yang mereka duduk.Rumah sengaja dibakar kerana tidak mahu berpindah,dirobohkan sesuka hati,tar yang baru diturap dikorek semula,agaknya kalau aku berada di sana masa tu,aku juga mungkin akan turut menangis macam Nuar sebab ditindas begitu rupa.

Coretan penulis mengenai setinggan ini mengajar aku bahawasanya kita perlu menghargai orang lain,walaupun mereka taraf hidupnya lebih rendah.Mungkin kehadiran mereka lebih penting dari kita.Contohnya, aku kenal beberapa warga Indonesia yang datang bekerja di Malaysia dan aku lihat mereka lebih rajin berbanding rakyat Malaysia sendiri.Agaknya mungkin kebanyakan orang di sini sama seperti pepatah 'sudah terhantuk,baru tengadah'...bila dah susah,baru nak rajin.Banyak iktibar boleh diambil dan direnungkan bersama.
Profile Image for Topek Ketopekan.
32 reviews4 followers
June 6, 2011
Sama. Iras-iras. Hampir persis. Begitulah kehebatan cerita yang dibawa oleh M.S Anuar Mahmod ini hampir serupa dengan cerita kawasan perkampungan setinggan berdekatan rumah saya. Membacanya, seolah-olah mengingatkan saya tentang suka, duka, manis, pahit dan segala kenangan mengenai 'tapak' kawasan perkampungan setinggan tersebut yang kini dibangunkan perumahan pangsapuri. Ada juga sebahagian kawasan tersebut yang dibiarkan sepi. Bersemak. Kosong. Tidak berpenghuni.

Jalan cerita yang tersusun dan menarik membuatkan saya terus baca dan baca dan habis membaca. Isinya memang cukup baik. Mesejnya pula sungguh bagus. Pengajarannya pula sungguh bermanfaat. Bagi saya, penulis telah 100% berjaya membawa pembaca ke dalam watak yang diceritakannya. Saya berjaya menyelami kehidupan dan perasaan seorang penduduk setinggan. Tahniah!
Profile Image for SinudaMN.
40 reviews1 follower
June 13, 2011
Kisah ini dekat dengan hati saya kerana saya juga seorang anak setinggan. Jadi hampir semua kisah yang dilalui watak saya juga lalui. Penulis berjaya buat saya tersenyum dan sebak pada masa yang sama. Saya rasa keseronokan yang sama, saya rasa kesakitan yang sama.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.