"Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. Aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu"
Sinopsis Belakang Buku :
Maksud saya, kawan2 Ana terdiri daripada gadis2 yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.
Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.
Kadang-kadang kita perlukan drama dalamhidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!
Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.
Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.
------------------------------ Seorg guru pernah memberitahuku. "Tulislah apa yg kamu tahu." Aku tahu perasaan menjadi gadis yag tidak punya apa-apa kelebihan menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara org lain mendapat tumpuan. Aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorg Plain Jane. Namun aku bertuah kerana mempunyai keluarga yg memahami kamhuanku dan mempunyai teman2 karib yg sanggup meredah api utkku. Aku juga tahu bagaimana rasanya tiba2 mendapat sesuatu yang hanya wujud dlm mimpi. Dan aku mahu berkongsi apa yg aku tahu dgn beribu org lagi yg mungkin berkongsi rasa yg sama. Novel ini buat Tn. Haji Kamarudin dan Puan Latipah; satu2nya pasangan suami isteri yang masih menggunakan komik, hikayat rakyat dan cerita seram utk memupuk minat membaca anak-anaknya. ~Nurul Syahida~
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
Kisahnya ringkas. Tentang seorang gadis yang sederhana dari semua aspek. Terlalu sederhana. Seorang Plain Jane, sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku ,secara perlahan-lahan menukar corak hidupnya yang sederhana itu.
Kehadiran seorang Mr. Darcy. Lelaki yang sempurna. Idaman hati semua wanita. Dan Kis bukan lagi seorang Plain Jane. Perkenalan secara tidak sengaja dengan Zaniel membawa sesuatu yang baharu di dalam hidup Kis. Dunianya jadi indah. Dan Zaniel, dia ibarat putera raja yang datang menunggang kuda putih, lalu membawa Kis keluar dari zon selesanya.
Tapi… perubahan yang mendadak biasanya akan ada kesan sampingan. Kis di persimpangan. Di antara kenangan atau masa hadapan. Yang mana satu perlu dia pilih? Menjadi seorang yang sempurna keluar daripada kesederhanaan atau menjadi diri sendiri yang di takuk lama?
Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang buku ini, izinkan saya membebel sedikit. Ceritanya begini. Sudah agak lama saya ingin membaca naskah daripada saudari Nurul Syahida ini semenjak terbaca beberapa ulasan tentang keistimewaan tulisannya. Ya, sangat teringin. Jadi, sebelum membeli saya ada bertanyakan pada rakan-rakan di sini. Antara semua naskah NS, yang mana yang terbaik. Rasanya, saya bertanya pada Airina dan Juliza.
Setelah menimbang (eceh!), saya membeli Valentina Nervosa. Tapi, sayang… setelah membaca bab pertama saya seperti hilang fokus. Jadi, pembacaan dihentikan. Sehinggalah baru-baru ini ke Karnival Karangkraf saya terpandang naskah ini. Dengan harga RM 10 Plain Jane menjadi milik saya. Memandangkan ia naskah yang nipis mekasuratnya, maka saya bukakan hati membaca.
Untuk permulaan, perjalanan ceritanya biasa dan perlahan. Tiada sebarang kejutan. Hanya kisah Kis seorang gadis sederhana. Yang saya perasan waktu itu cumalah gaya bahasa NS, ringkas dan senang difahami namun tidaklah terlalu biasa. Bahasanya disusun dengan cantik. Semakin lama meneroka isi Plain Jane, saya dapati naskah ini hidup. Seolah watak-wataknya sedang berinteraksi dengan saya.
Zaniel yang menggoda. Lilee yang baik. Si kembar yang protective namun adakala menyakitkan hati. Ibu dan bak yang penyayang. Ana yang diva sangat. Malah watak Khir itu pun dapat dirasai ke-poyo-an-nya. Oh, tak lupa watak Arman si jejaka kacak berdarah tanah seberang yang pandai menyanyi dan bermain alat muzik itu. Semua perasaan ini berjaya dikongsi dengan baik sekali.
Sekali lagi saya katakan ini adalah cerita yang biasa. Tiada graf naik turun seperti roller coster. Cerita kehidupan yang antara kita pernah lalui. Namun yang biasa-biasa itu sentuhannya lebih meyakinkan. Lebih segar kerana kita sendiri pernah alaminya. Bukan cubaan yang dibuat-buat.
Mungkin agak terlambat untuk ucapkan tahniah buat penulisnya. Tetapi saya tetap mahu katakan juga. Tahniah saudari Nurul Syahida untuk naskah yang digarap penuh dengan rasa ini. Saya analogikan naskah NS ini seperti andai belum sampai waktu untuk jodoh bertemu, walau di hadapan mata ia tetap takkan kelihatan. Bukan kita tidak mahu memandang, tetapi waktu itu pintu hati masih belum terbuka.
Dan saya sangat sukakan penamatnya. Ringkas. Tiada madah berhelah mahupun janji setia. Tetapi tetap manis dan rasa bahagia itu berjaya tersebar ke segenap hati yang sedang membacanya. Oh! Lagi satu. Saya suka pada “milo kotak” yang comel dan manis dengan gayanya yang tersendiri ^_^
Pada hamba Plain Jane tidaklah sebagus Aku Kan Novelis! (AKN) dan tidak juga semantap (hehe) Valentina Nervosa (VN) tetapi Plain Jane tetap berada di kedudukan pertama buku kegemaran hamba dari penulis bernama Nurul Syahida Kamarudin (NSK). Dan, buku inilah yang sebenarnya memulakan status 'wajib beli' hamba pada setiap buku tulisan NSK yang lain termasuk Soalnya hati (SH).
Hamba menyukai Plain Jane terutamanya kerana buku inilah satu-satunya - ketika hamba membacanya - hamba merasakan seperti cik penulis sendiri sedang duduk bersila di hadapan hamba, memegang mikrofon dan berkisah tentang cerita seorang Balkis bersama Zaniel, Khir dan tidak lupa Apis Milo. Mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi begitulah dekat perasaan hamba dengan cerita ini.
Plain Jane seakan bercerita tentang dia, tentang mereka, tentang hamba sendiri, tentang kita semua yang pernah (atau masih?) menjadi seorang plain jane di mata orang sekeliling. Buku ini seakan berdiri di hadapan dan bercakap bagi pihak kita - tentang cerita kita walaupun mungkin kisah Balkis tidaklah 100% serupa dengan kisah setiap dari kita terutamanya bab Zaniel yang tersangatlah dazzling (hehe) itu. ~ Teringat bagaimana NSK selamba mengutuk betapa kisah cinta Balkis-Zaniel sebagai sangat klise dalam VN.
Selain itu, seperti kebiasaannya dalam novel-novel NSK, anda tidak perlu meneka siapa sebenarnya si hero yang akan bersama si heroin kerana itu hanya akan benar-benar pasti apabila anda sampai ke bab terakhir. Jangan terkejut jika si hero itu mungkin ada dengan tiada saja malah cuma menguasi cerita sebanyak 20-30%. Namun dalam peratus sedikit itu NSK masih berjaya menjadikan hero ciptaannya tidak kurang dazzling *wink*. Itulah yang hamba fikir menjadi satu tanda istimewa tentang tulisan NSK yang dia perlu kekalkan sampai bila-bila ;-). ~ Setakat ini cuma Pyan (dalam SH) dan Roul (dalam AKN) yang berjaya 'membodek' NSK untuk memberi peratusan kemunculan yang lebih sedikit. Hehe.
Kadang-kala terlintas di kepala hamba, betapa liciknya NSK. Dia tidak leceh-leceh memperincikan keistimewaan hero dalam bukunya yang mana memungkinkan si hero menjadi igau-igaun/angan-anganan pembaca. Itu hero ciptaan dia jadi yang berhak untuk suka lebih-lebih cuma heroin ciptaan dia sajalah, kan? ~ Inilah yang terjadi bila hamba terlalu lapang masa untuk membuang masa dengan membuat fikiran yang aneh-aneh. Huhu.
p.s Sebenarnya semua buku NSK hamba berikan 5 bintang (kecuali SH yang memang hamba ingin beri 4 bintang saja) tetapi oleh kerana Plain Jane istimewa (penjelasan di perenggan dua dan tiga di atas) makanya hamba membezakannya dengan kelebihan 1 bintang *wink*.
Sebenarnyakan bila saya baca Aku Keliru, Zaniel tu memang saya tak berapa nak berkenan even dia agak charming. Tapi, dalam cerita ni memang berganda rasa tak berapa berkenan saya tu haha (nasib dah berubah hasil didikan Safi, silalah baca Aku Keliru!). Dah tahulah kenapa boleh ada perasaan macam tu.
Okay berbalik kepada watak utama, Balkis yang dieja dengan K bukan Q yang merupakan seorang Plain Jane yang sederhana dari segala segi tetapi berubah menjadi seperti Cinderella apabila bertemu dengan Mr Darcy idaman hati wanita. Tetapi, perubahan yang berlaku telah menyebabkan Balkis hilang orang yang dia sayang & hilang diri sendiri. So, apa yang Balkis akan buat? Memilih Zaniel Si Mr Darcy atau .....
Dan macam biasalah, Apis Milo yang hanya muncul sekejap sahaja (typical NS & geram betul saya baca ending tu) ni sweet betul! Rajin betul buat code macam tu sebab nak luahkan perasan :')
Membaca penulisan cik penulis ini seperti membaca buku chick lit. Cara olahannya menarik dan bersahaja walaupun ada ayat2 yang panjang2 😬 Boleh click dan lepas baca baru kutahu kenapa tajuknya Plain Jane👍
Saya suka naskhah yang ini, hanya kerana saya dah baca dari urutan terbalik [ AKN>AK!>Plain Jane] jadinya Plain Jane terasa seperti terlalu plain. Tawar.
Konflik dalaman Siti Nurbalkis Bt Sulaiman ini terasa seperti tempias remaja hollywood/ drama slot Riang Ria Cuti Sekolah. Resepi seorang budak tak popular dengan mencari jati diri dalam dunia glamour (walaupun cerita ini bukan cerita glamour). Akhirnya sedar yang dia sepatutnya menjadi diri sendiri. Dan kehadiran Apis Milo yang biasa-biasa menjadi rencah yang membahagiakan.
Zaniel di sini tak terlalu charming macam dalam AK! Tapi bolehlah.Saya rasa 'bertuah' sebab kenal Zaniel dari AK! dahulu.
Ps: membaca naskhah sebelum dan selepas, saya dapat rasa yang penulisan NS semakin memikat hati.
Plain Jane kisah tentang Siti Nurbalkis Bt Sulaiman, Pelajar Jurusan Psikologi di universiti tempatan. Kisah tentang seorang gadis yang ~kalau boleh dikatakan~ mengalami 'krisis identiti', yang hidup dalam 'dunia' yang biasa-biasa ~pada pandangan mata Ana & 'wannabes group'~ tetapi mula mengalami perubahan yang dia sendiri tidak sedar atau buat-buat tak sedar setelah berkenalan dengan Zaniel seorang 'businessman' yang berjaya. Zaniel yang 'somebody', yang semua orang ingin mendampinginya.
Segala-galanya nampak sempurna pada pandangan Balkis. Namun tanpa dia sedari dia mula kehilangan sahabat baiknya Tengku Aklilee aka Lilee bahkan dia mula bersikap 'biadab' terhadap ahli keluarganya. Semuanya gara-gara Zaniel yang dicintainya. Dia sanggup berubah daripada seorang 'ugly duckling' kepada 'beauty swan' semata-mata untuk memenuhi kehendak Zaniel, 'Mr Darcy'nya.
Bagaimana kesudahan nasib Balkis, jawapannya ada dalam novel ini.
Apa yang saya suka tentang buku ini adalah gaya penulisan penulisnya. Kalau nak dirujuk pada 'isi'nya, Plain Jane ini biasa-biasa saja persoalannya. Iaitu kisah cinta si gadis di alam remaja/belia. Tapi cara Nurul Syahida menggarap cerita ini amat menarik pada saya. Dari interpretasi watak Balkis yang 'Plain' hinggalah pada falsafah hidupnya yang bersahaja namun jelas unik dan menarik. Dari seorang gadis yang terlalu sensitif pada BMI (Indeks Purata Badan) hinggalah pada sensitiviti ejaan namanya antara Q dan K.
Walaupun persoalan yang 'biasa' sahaja, tapi Nurul Syahida telah berjaya mengikat saya hingga ke noktah terakhir. Sangat menarik dan sesuai untuk bacaan santai kerana ketebalannya mampu membuatkan saya dapat menghabiskannya dalam masa satu hari.
Menarik..!! (itulah ayat saya untuk kali ini) cubalah baca.
novel pertama karya Nurul Syahida yang aku baca. yang secara tak langsung buatkan aku ketagih beli novel karya beliau. which is aku kan novelis! diikuti valentina nervosa.
gaya penceritaan Nurul Syahida dalam novel ni buat aku TERvisualise secara automatik dalam minda.
Balkis dan Zaniel, aku baca, mulanya aku benci pada Zaniel, lama-lama baca aku jatuh cinta pada watak Zaniel. (lol berapa banyak kali jatuh cinta dengan watak dalam novel) dan saat itu aku harap Balkis bersama dengan Zaniel. Zaniel nampak sempurna dengan wajah yang kacak, harta yang banyak, walhal Balkis gadis biasa-biasa dan chubby.
antara sebab aku suka Nurul Syahida adalah kerana beliau realistik dan ada falsafah unik beliau sendiri.
nah siapa kata kita perlukan sesuatu yang hebat untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna ? kadang kadang sesuatu yg hebat itu belum tentu dapat menggembirakan kita .
saya suka cerita ini ..sederhana tapi berjaya menyentuh hati diri saya yg very sederhana ni cewah .pendek cerita tak perlula mengharap sangat pada sang Mr Darcy yg sempurna kerana kadang yg cantik diluaran tu tak semestinya cantik dalaman .
Sapa sini Nurul Syahida Kamarudin..?? Awat hang tulis buku best sangat. Nasib kita terlambat aje. Tapi tak terlepas. Nasib tak miss.
Balkis with a K mengganggap diri dia biasa biasa aje. Ada bagus sebenarnya dalam sikap ni. Itu pendapat saya aje.
Namun Balkis ingin kan Getaran dalam hidupnya. Getaran yang boleh membuatnya luar biasa.
Pertemuan nya dgn Zaniel yang merupakan seorang taikoon dalam perniagaan, mengubah 360 darjah kehidupan Balkis. Dari seorang gadis yang biasa biasa aje, beliau menjadi seorang yang lebih menonjolkan diri. Pakaian lebih berjenama. Penampilan lebih menarik.
Namun semua ini, membuat jiwanya meronta ronta. Dia hilang kehidupan dan kesayangan nya yang dulu.
Zaniel ...?? Kehidupan dulu..??
Zaniel..?? Kehidupan dulu...???
Haishhh.... Mana Balkis nak pilih ni....??
Pada para remaja di luar sana ye, kita semua adalah unik. Tak de siapa yang biasa biasa aje. Tak de siapa yang luar terlebih dari biasa. Message yang sangat baik dalam novel ni.
Kita sukaaaaaaa.....
Mesti ramai dah baca kan. Kita terlambat. Lambat banyak.....Tahun 2008 Novel ni...
Really terhibur reading this book. Full of good humor with a twist of sarcasm. I like the fact that this book is probably inspired by Jane Austen’s Emma where Zaniel @ zany is trying to change Balkis’s appearance and also Jane Austen’s Pride and Prejudice by the frequent mention of “Mr. Darcy”. Really love the characters; the wacky friend Lilee, the bimbo Ana Zaniel, the zany Zaniel, the nerdy Khir, the handsome Arman and of course, Apis milo hehe.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Nurul Syahida esp Plain Jane ni bagi fresh breath bagi saya lepas cuba baca macam2 novel melayu. Novel ni lari dari kebiasaan dan tak terlalu berat utk dilayan masa free. It's been 10 years and saya still peminat Nurul Syahida dan follow buku2 dia. Nak kumpul buku dia susah sikit sebab most kedai buku tak carry!
Novel ini sarat dengan wit dan sarkasme, menolak definisi lapuk tentang “Plain Jane”.
I’m glad I chose this book as my opening read for 2026. Ternyata, buku yang bagus tidak mempunyai tarikh luput. Apa yang ada hanyalah refleksi diri dan perspektif yang terus berkembang mengikut kematangan waktu.
Ulang baca sebab hari tu rindu Roul, ulang baca Aku Kan Novelis dan Aku Keliru. Lepas baca dua novel tujadi rindu Zaniel pulak. So ulanglah baca Plain Jane.
this book become my book of philosophy during high school. yes, teens always thought themselves as a plain jane and stress about it. they want to date popular guy, having the coolest friends and achieving something great...a typical issue in girl teens especially.
so yes, this is the story of plain jane trying to be something new, something good. Balkis is unique, slowly attracting Zaniel; the perfect guy that she been dream of (Mr Darcy) and her life change. she got everything that she want. but slowly losing everything that she have.
the perfect life ain't depends on people, it depends on you. it's not about superiority tapi indifference. Mcm yg Balkis sendiri kata,dia mcm lalang yg berubah ikut keadaan (atau what Lilee called as chameleon). jadi superior tak penting. knowing who you are n staying true to yourself, is.
buku ni pon bes sbb pada ak penulis pandai selitkan sense of humors gak.die mengajar kita supaya menjadi diri kita yg sebenar. x perlu berubah kerana org menghendakinya. diri kita adalah yang terbek.