Dia dilahirkan diluar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki. Sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapa diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.
Sebuah lagi karya lama NB ditayang di sini ;D HSW bercerita tentang Nurain. Gadis ini lahir sebelum perkahwinan ayah dan ibunya. Dilahirkan sebegitu buat Nurain menjauhi ayah dan ibunya. Apatah lagi sikap kedua-dua ibu bapanya yang tidak begitu mengendahkan kehadiran Nurain dalam adik-beradiknya yang lain. Walaupun dia pasrah tetapi masih ada tersimpan dendam di hati pada keluarganya itu.
Nurain bekerja keras untuk mencapai kejayaan tanpa mengharapkan keluarganya yang juga mempunyai perniagaan sendiri. Dia bekerja dengan Datuk Badrul dan menjadi antara orang kepercayaan majikannya itu. Malah sebenarnya Datuk Badrul dah lama berkenan dengan Nurain. Aha, bukan untuk dirinya yang duda tu tetapi untuk anak tunggalnya; Zarul.
Aku memang tak berapa suka dengan Zarul tu. Dia ni memang terkenal dengan sikap kegatalannya! Mata keranjang tau. Walaupun segak tetapi kalau dah perangai macam tu sesiapa pun tak nak. Niat Datuk Badrul ditolak oleh Nurain tetapi apabila ibu dan ayahnya sendiri masuk campur, dalam keterpaksaan Nurain menerima Zarul sebagai suami.
Hubungan suami isteri ini memang bahagia dan romantis. Zarul menunjukkan ciri-ciri suami yang penyayang. Namun, dalam pada itu perangai Zarul yang miang keladi tu sukar diubah. Malah sikapnya yang tanpa segan silu meneguk arak dan bergaul mesra dengan pekerja-pekerjanya di majlis ulang tahun syarikat buat Nurain makin memendam rasa. Akhirnya hal kecurangan Zarul terbongkar dan mereka saling bertengkar hebat. Zarul pula memang tak reti nak kawal mulut, jadi dah terlajak kata melafaz talak. Nurain pula bukan tak sayang suami tetapi kalau talak dah diberi tak akan dia nak tunggu kan?
Maka tinggallah Zarul yang masih tak dapat melupakan Nurain. Berbagai-bagai cara yang diusahakan untuk menawan hati bekas isterinya, kan dah tak pasal-pasal jadi gila talak! Namun, ada suatu tragedi berlaku. Nurain dilaporkan menjadi nahas kapal terbang. Dalam kepayahan Zarul pasrah, rasa menyesal yang menggunung membawa dia kembali ke jalan Tuhan. Bolehkah keinsafan Zarul membawa kembali Nurain ke sisinya?
Mase baca buku br hbs sekolah..mase tu pinjam jer. Ape 2 jer novel cinta akt jer kat perpustakaan bergerak.
Nurain ank yg patuh pd keluarga disisih keluarga sendiri krn kesalahan ibu dan ayahnye pd mase lalu..
Menambat hati datuk badrul iaitu bosnye lalu dijodohkan dgn anknya zarul..saat ingin diijab kabul bile trpaksa mengguna kan wali hakim terasa hinanya nurain pd pandangan keluarga datuk badri..
Perkahwinan mrk bahagia tp panas yg di sangka smp ke ptg hanya seketika bila zarul mula menunjukkan belangnyaa kecurangan zarul akhirnya di ketahui nurain mch lg nurain blh trm tp bila zarul pulang dlm keadaan mabuk dan mula mengunkit asal keturunan nurain..smp bila nurain blh bertahan...
Perghhh sdh sgt masa ni ..plot lps ni x brp igt dah samar 2 ckt dh lme kot dr blm kawin skrg ank dh 3 heheee ..
Nurain dilahirkan sebelum ayah dan ibunya bernikah. Kerana itu, dia selalu rasa tersisih dan rendah diri. Namun dia terus berusaha untuk maju dalam pekerjaannya sehingga Datuk Badrul mahu dia menjadi sebahagian dari keluarganya. Lalu Nurain dijodohkan dengan anaknya, Zarul. Hidup mereka sebagai suami-isteri hanya bertahan untuk setahun. Zarul masih dengan cara hidupnya yang liar. Suatu hari, Zarul terlepas mengucapkan talak ketika mereka sedang bertengkar. Dia menyesal tetapi hati Nurain telah tercalar. Hatinya tidak mudah untuk menerima Zarul kembali walau Zarul telah cuba berbagai cara. Nurain semakin disayangi Datuk Badrul, Anis dan adik-beradiknya dan hubungan mereka semakin rapat setelah mereka menempuh beberapa dugaaan. Bila Anis dan Nurain dipercayai mati dalam perjalanan pulang dari bercuti, Zarul mula insaf dan rasa sangat kehilangan. Bila Nurain dan Anis muncul kembali, Zarul bertekad mahu terus berubah. Dia merayu Nurain supaya menjadi pembimbing dirinya yang telah lama khilaf. Akhirnya, Nurain bersetuju dan mereka mulakan hidup baru kembali.
Tulisan Norhayati Berahim memang aku follow dari aku tingkatan 2. Dulu aku baca dan faham dalam naluri budak tapi sekarang aku faham segala isi perit wanita juga lelaki :)
Nurain, lahir tanpa ikatan yang sah. Betul, dia tak salah. Yang salah ialah kesilapan yang dilakukan ibu dan ayah. Kesian betul nurain ni, banyak dugaan dia. Dah la tinggal dengan atuk nenek, selepas diduga dengan pemergian atuk nenek, sekali lagi nurain diduga dengan pemergian suami yang menjadi pengubat hati. Tapi, hebat nurain ni. Selain bekerja, dia jaga adik² bekas suami dia dengan sangat baik. Dilatih dengan ilmu kehidupan. Mmg terbaik la 👍
Sudah lama saya tidak baca buku tulisan NB. Buku yang ini saya rasa kurang enjoy. Saya banyak skim juga. Mungkin kerana baru baca buku Kekasih Halal Ekspres yang saya rasa lebih berwarna-warni watak wanita utamanya dan menyenangkan watak-watak utama lelakinya. Atau mungkin kerana saya baru baca buku Iron and Silk Mark Salzman yang lain betul dan exciting kisah pengalamannya di Changsha. Entahlah.