Jump to ratings and reviews
Rate this book

Percayalah...Akhirnya

Rate this book
Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan,
berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan
itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki
Eropah romantisnya tidak setanding dengan lelaki tempatan.
Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.
Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~
Danial Wolfgang

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan
ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati,
kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada
maknawi.

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini?
Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****
Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi
kisah Nur Atiqah.

627 pages

First published January 1, 2009

1 person is currently reading
18 people want to read

About the author

Ruby Hazri

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (19%)
4 stars
13 (31%)
3 stars
15 (36%)
2 stars
4 (9%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews106 followers
January 2, 2020
3.5 bintang

Sungguh, kita hanya mampu merancang, tapi ketentuan itu datang dari-Nya.

Saya tidak pernah menyangka bahawa buku ini yang pertama berjaya dihabiskan untuk tahun 2020 sebab ada beberapa buku lain yang saya baca terlebih dahulu dan hampir menghabiskan bacaan. Hebatnya kuasa Allah menyusun kejadian yang tidak disangka oleh kita yang kerdil. Walaupun nampak perkara remeh - buku mana yang berjaya dihabiskan dulu - tapi hikmahnya untuk sesiapa yang ingin berfikir.

Buku ini dapat dihabiskan dengan cepat, kerana separuh pertama agak mendatar dengan penerangan yang meleret-leret dan pergerakan yang perlahan. Malahan saya mula berputus asa dan mula 'menyelak' ke halaman belakang.

Tapi, ehh...macam banyak perkara yang terjadi kerana isinya tidak selari dengan separuh yang telah dibaca. Lalu saya pun mula semula di tempat berhenti tadi 😅😅.

Rupanya separuh pertama tu seperti bahagian pengenalan (yang sangat panjang pastinya). Konflik sebenar bermula di separuh yang kedua. Dan separuh kedua ini saya baca sungguh-sungguh.

Beratnya dugaan buat seorang Nur Atiqah. Kalau tiada iman yang kuat, mampu menggugah hati. Beratnya liku yang perlu dia tempuh untuk mencapai kebahagiaan semula. Atiqah dan Danial, kuat sungguh ikatan jodoh mereka.

Dan sekali lagi, benarlah, kita manusia hanya mampu merancang, ketentuan tetap Dia yang aturkan.


Ps - dah bertahun saya cuba pinjam buku ni, selepas baca buku pertama dulu tapi asyik tak available.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
December 9, 2020
Atiqah ni, kata sayang dekat suami Jerman dia. Tapi bila suami Jerman dia, Danial, disyaki menjadi nahas pesawat, cepat pula Atiqah kahwin dengan Khairil. Tak sampai 3 tahun dah kahwin lain. Lepas tu, kalau dah tahu tak sayang Khairil, kenapa pergi terima lamaran Khairil. Kesian Khairil. Sampai terasa hati, sampai memilih untuk ceraikan Atiqah sebab tak terima layanan sebagai suami.
Profile Image for Tigrisliyana.
16 reviews2 followers
June 9, 2015
announcement.. i want to sell this novel for RM 15. anyone who is interested please leave the message here
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.