Tafsir Sufi adalah terjemahan dari kitab asal bahasa Arab berjudul At-Ta'bir Fit-Tadhkir, sebuah karya imam yang terkenal, iaitu IMAM AL-QUSYAIRI. Beliau dengan gaya serta kearifannya telah berupaya memberikan tafsiran yang luas dan tajam tentang 99 NAMA-NAMA ALLAH YANG INDAH. Kendunganya banyak memberikan tafsiran-tafsiran yang sukar diketemui pada abad ini.
Kitab asal yang berbahasa Arab itu telah dikhabarkan terdapat hanya dua naskah sahaja dalam simpanan. Naskah yang satu terdapat di Perpustakaan Negeri Mesir, sedang yang satu lagi terdapat di Perpustakaan Al-Firdausi di kota Dusyambih, di Rusia.
Ramai antara kita yang kurang pasti dengan fadhilat di sebalik NAMA-NAMA ALLAH. Dan tidak sunyi juga yang mencari-cari Fadhilat sesuatu ASMA' ALLAH yang tertentu sebagai wadah atau bekalan untuk dirinya dan juga mereka yang dikasihinya. Maka itu disamping buku Tafsir Sufi pada bahagian kedua, dicantum FADHILAT-FADHILAT 99 NAMA ALLAH agar yang membacanya dapat menikmati serta berpeluang untuk beramal dengan ASMA' ALLAH tertentu.
Semoga buku ini akan bermanfaat kepada yang membacanya.