Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (PTS 2008-2010) #3

Sherlock Holmes: Wira Kota London

Rate this book
Sherlock Holmes seorang detektif fiksyen terkenal pada akhir kurun ke-20. Dia mula dikenali dalam dunia penerbitan pada 1887. Sherlock Holmes adalah watak ciptaan seorang penulis dan ahli perubatan kelahiran Scotland, Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal kerana kebolehan luar biasanya dalam menyelesaikan kes-kes berat.

Conan Doyle menulis 4 novel dan 56 cerita pendek yang mengandungi Holmes. Hampir kesemua cerita kecuali 4 disampaikan dalam bentuk cerita oleh rakan Holmes dan penulis biografinya iaitu Dr. John H. Watson. 2 Cerita disampaikan oleh Holmes sendiri manakala 2 cerita lagi ditulis oleh orang ketiga. Bagi buku yang kita tatap ini disampaikan oleh Dr. John H. Watson. Cerita pertamanya muncul dalam bentuk cerpen di Beeton’s Christmas Annual pada tahun 1887. Walaubagaimanapun, karekter itu mula terkenal dengan permulaan siri pertama cerpen, The Strand magazine pada tahun 1891. Kes Sherlock Holmes yang diceritakan merangkumi tahun 1878 hingga 1914.

195 pages, Paperback

First published July 8, 2009

21 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.3k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (37%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
5 (31%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Niena Aniesza.
195 reviews7 followers
August 1, 2020
Dalam buku ini ada empat cerita pendek.

1) Kisah Charles Augustus Milverton: Dalam cerita ini, Holmes tidak menunjukkan kemahiran penyiasatannya. Sedikit negosiasi dibicangkan antara Holmes dan pemeras ugut. Gagal meminta pemeras ugut bagi mengurangkan jumlah pampasan bagi pihak kliennya, Holmes pergi ke rumah pemeras ugut bagi mendapatkan kertas yang mengandungi rahsia klien itu. Di situ pemeras ugut dibunuh, dengan Holmes dan Dr. Watson yang menyorok di belakang langsir menjadi saksi mata.

Mangsa tidak melaporkan perbuatan pemeras ugut kepada polis kerana hukuman untuk pemeras ugut adalah penjara dalam tempoh yang singkat, sedangkan hidup mangsa telah musnah akibat daripada rahsia yang didedahkan apabila mangsa tidak mampu membayar wang tebusan. Lalu mangsa mengambil tindakan sendiri bagi menegakkan keadilan buat dirinya. Holmes membawa peralatan mencuri terbaik pada zaman itu serta kemahirannya menceroboh ke rumah orang adalah sangat menakjubkan. Sekiranya Holmes menggunakan kebijaksanannya bagi membuat jenayah, pastinya dia sangat sukar untuk dijejaki.

2) Misteri di Sekolah Swasta Priory: Penculikan anak kepada seorang bangsawan yang akhirnya menjadi kes pembunuhan. Hal ini berlaku apabila orang yang diupah bertindak melangkaui arahan orang yang mengupah lalu membunuh seorang guru yang mengekori penculik. Kisah iri hati kepada adik-beradik dan sikap tamak haloba tidak menguntungkan sesiapa. Dalam kes ini, Holmes mengesan kesan tapak kaki kuda dan tapak kasut. Memang hebat sebab segala jenis corak tayar basikal ada di dalam memori Holmes, tanpa merujuk pangkalan data. Penemuan mayat bermula apabila Holmes melihat bunga dan pokok renek di tepi laluan yang mempunyai tompokan darah.

Kata Holmes, "Sebelum meneruskan siasatan, kaji semula semua maklumat yang sudah ada di tangan, dan pisahkan fakta utama daripada fakta sekunder." Cara Holmes menyorok di tepi bukit bagi mengintai siapa yang datang ke rumah orang yang disyaki membuahkan hasil. Ada plot twist di penghujung cerita.

3) Misteri di Reigate: Holmes pergi bercuti dan berehat setelah pulih dari sakitnya. Namun Holmes menikmati percutiannya dengan cara menyelesaikan kes, apabila ada kes rompakan dan kemudian pembunuhan berdekatan kawasan tersebut. Masih lagi perebutan harta menjadi motif utama. Holmes mula merasa aneh apabila dia diberitahu pencuri masuk ke rumah semasa tuan rumah masih berjaga dan lampu menyala.

Kertas pada genggaman si mati menjadi klu penting dalam menyelesaikan kes ini. Luka tembakan pada badan si mati menunjukkan si mati ditembak pada jarak yang jauh, jadi pergelutan tidak berlaku seperti yang didakwa oleh tuan rumah. Bahkan, ketiadaan kesan pada lokasi pencuri masuk juga menambahkan keraguan Holmes terhadap keterangan tuan rumah itu. Selain itu, Holmes menggunakan sedikit helah dengan menulis nota yang salah supaya tuan rumah itu akan membetulkan nota itu. Dengan cara ini, Holmes mendapatkan tulisan tangan tuan rumah bagi membandingkannya dengan tulisan tangan yang ada pada cebisan kertas di tangan si mati.

4) Triti Angkatan Laut: Cerita tentang kehilangan dokumen penting kerajaan. Ini cerita kedua yang saya baca melibatkan kehilangan dokumen penting. Sebelum ini, cerita Pembunuhan di Westminster juga adalah mengenai kehilangan dokumen penting. Oleh kerana pegawai itu memberitahu yang dia tidak mendedahkan tentang dokumen itu kepada sesiapa, Holmes berpendapat penjenayah ada di dalam rumah itu sendiri. Ini adalah tentang jenayah yang berlaku tanpa dirancang dan dibuat apabila peluang ada di depan mata.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.