Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
'Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tetapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menentukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat membuktikan bahawa mereka tidak mahu!" Juara mengisahkan konflik dalam masyarakat Melayu Pattani yang berkesudahan dengan tragedi. Pergolakan terjadi disebabkan timbulnya perasaan ingin membalas dendam akibat kematian salah seorang yang bergelar pahlawan lembu. Pembunuhan demi pembunuhan terus dilakukan oleh kedua-dua puak, yang akhirnya membawa kepada penyelesaian yang dramatik. Novel Juara ini telah difilemkan oleh U-Wei Haji Saari dengan tajuk Jogho

220 pages, Paperback

First published January 1, 1976

13 people are currently reading
220 people want to read

About the author

S. Othman Kelantan

29 books33 followers
Dilahirkan sebagai Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S. Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999).

S. Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antaranya ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1976), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003). Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (39%)
4 stars
44 (37%)
3 stars
21 (18%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
March 29, 2020
Pertama kali baca plot pasal laga lembu. Cerita berlatar di Kelantan dan Siam dengan naratif sebelum dan selepas merdeka, hal-hal politik kampung dan negeri, tentang anak-anak muda jaguh laga lembu yang kemudian dipalit gaduh hingga menyebab kematian. Latar kampung dicerita dengan bagus dan perinci, dapat lihat sekitar kehidupan masyarakat Melayu-Siam masa dulu, susur ekonomi dan sosial juga hal persahabatan dan keluarga yang banyak bermain emosi. Tertarik dengan peribadi setiap karakter yang kesemuanya penting dalam perkembangan plot. Mamat yang berdendam dengan Isa yang membunuh Lazim setelah lembunya kalah berlaga di bong. Dari hal lembunya diberi tuak dan kematian orang kanan Isa sehingga ditangkap serdadu Siam, penulis mengalur narasi pada setiap senggang hidup Mamat-- ada imbas semula waktu Mamat di dunia politik dan bagaimana hidupnya terarah ke laga lembu kemudiannya. Tak pernah tonton filem Jogho yang terinspirasi dari buku ini namun dapat baca naratif literaturnya sudah memadai. Aku bagi 3.8 bintang.
Profile Image for ainisreading.
86 reviews10 followers
February 9, 2024
"Dulu dengan undi. Sekarang dengan kelewang"

Sebuah novel karya sasterawan negara yang menceritakan kehidupan seorang pejuang yang tidak didendangkan. Pak Mat (Mamat) yang dahulunya sangat aktif dalam perjuangan di gelanggang politik Kelantan sewaktu menuntut kemerdekaan tanah itu, kini telah berhijrah ke wilayah selatan Siam bersama isteri dan anak-anaknya setelah dia kalah dua kali dalam pilihan raya. Berundurnya dia ke daerah baru kerana rakyat sudah tidak mahu lagi menerimanya. Jika dahulu namanya bergema di medan politik kini dia menjadi juara di gelanggang lembu. Bagi Pak Mat gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu kalah orangnya pun kalah. Kalau politik kalah orangnya pun kalah.

Melalui kekalahan dalam arena politik itu juga, Pak Mat belajar. Dia berpesan, kita mesti bekerja keras. Kekalahan itu mengajar kita supaya jangan terlalu yakin. Walaupun keyakinan itu meletakkan kejayaan akan tetapi kedudukan kita selama lima tahun, tidak berbuat apa-apa, inilah menyebabkan kita jatuh. Kejatuhan ini bukan oleh rakyat, tetapi oleh tangan kita sendiri.

Walaupun kehidupannya banyak dihabiskan di gelanggang politik dan lembu, namun Pak Mat merupakan seorang yang berwawasan dan mementingkan pendidikan.
Kata Pak Mat, kegagalannya dalam bidang politik adalah kerana kegagalan pelajarannya. Jadi dia tidak mahu anak lelakinya, Jusuh turut menghadapi kegagalan itu. Kata Pak Mat lagi, kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya seorang ini, akan hilang semua keturunannya yang selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat rambut pun. Dia mengharapkan biarlah Jusuh akan dapat mencapai taraf pelajaran yang lebih tinggi untuk hidup dalam negara Tanah Melayu yang merdeka. Biarlah anaknya ini menjadi manusia yang sebenarnya.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
October 1, 2014
Kisah juara politik dan juara di pentas laga lumba bagaikan banyak persamaannya. Tikam menikam, bunuh membunuh, menanduk atau ditanduk.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 6, 2020
Buku kedua dari S. Othman Kelantan yang telah dibaca selepas Perjudian. Selepas baca Perjudian, rasa teruja la juga nak seterusnya baca buku ni sebab tertarik dengan komentari-komentari sosial yang terselit dalam buku tu. Tapi lepas dah habis baca buku ni rasa sedikit hampa pula. Entah la, mungkin ada yang aku terlepas pandang dengan cerita ni.

Watak-watak dalam buku ni boleh tahan ramai juga. Tapi yang menjadi masalah bagi aku bila setiap watak seolah-olah tidak diberi ruang untuk menyerlah. Setiap kali satu perenggan tu cerita pasal satu-satu watak ni, ayat seterusnya akan kena hijack dengan bercerita tentang watak-watak lain. Dan walaupun masa tu fokus dialih kepada satu watak macam watak Mamat contohnya dalam bab yang dikhususkan cerita tentang dia, watak tu lebih banyak dihabiskan untuk bercakap pasal watak lain pula. Jadi, aku rasa watak-watak dalam buku ni tak cukup hidup bagi aku untuk ambil peduli dan sekaligus turut memberi kesan juga la untuk aku peduli dengan cerita yang nak disampaikan.

Cerita pada awalnya juga aku rasa terlalu berulang-ulang perkara yang sama. Okay, ada orang mati. Okay, ada lembu mati. Daripada cuba nak bercerita apa yang jadi seterusnya, beberapa muka surat dan seterusnya bab dihabiskan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi mengingatkan ada orang dan ada lembu mati. Kali pertama tu adalah rasa macam déjà vu sikit, tapi kali seterusnya dan seterusnya tu aku mula meragui memori aku sendiri. Sebab rasa macam dah baca pasal ada orang mati, pasal ada lembu mati. Sampai bila dia nak ulang benda yang sama ni.

Beberapa subjek yang menjadi fokus dalam beberapa bahagian buku ni juga aku rasa tidak diceritakan dengan lebih terperinci. Sekurang-kurangnya bagi aku dengan perincian yang buatkan aku berminat dengan subjek yang diangkat dan seterusnya menjadi fokus jalan cerita. Macam laga lembu tu, aku tak rasa banyak penjelasan yang diselitkan pasal benda ni yang buatkan aku cukup teruja nak ambil tahu. Kebanyakan masanya, cerita di sekitar lawan lembu ini disampaikan dengan apa yang sedang terjadi dan juga suasana serta reaksi orang-orang menyaksikan perlawanan lembu tu. Seperti melihat perlawanan permainan yang aku tak tahu asal-usul dan peraturannya tapi dipaksa bersorak sebab orang sekeliling tengah bersorak.

Buku ni dah dijadikan filem. Mungkin nak kena tonton filem tu pula la kot untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas dan boleh lebih hargai apa yang buku ni cuba nak ceritakan.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
June 23, 2025
48/2025

-Juara
-S. Othman Kelantan

Kalau dilihat di muka hadapan, kita sudah tahu isinya tentang lembu. Dari awal cerita, hingga ke pengakhiran, semuanya berlaku di tempat lembu berlawan. Kisah Mamat dan masyarakat sekitar yang ingin mencari keadilan atas kematian sahabatnya Lazim. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah tentang zaman di mana Mamat pernah bergelar ahli politik.

Ceritanya hanya berputar pada lembu dan politik sahaja. Namun, penulis sedikit sebanyak berjaya mencuit hati pembaca dengan watak watak yang ada di dalamnya terutama Mamat yang punya semangat patriotisma dan setia kawan yang tinggi.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
December 16, 2018
Karya hebat dari Sasterawan Negara S. Othman Kelantan yang berjaya melakarkan kisah masyarakat Melayu di Selatan Thailand yang bergelumang dengan laga lembu.

Dan karya ini jugalah hang diadaptasi ke bentuk filem oleh Uwei Haji Shaari bertajuk 'Jogho'.

Kisah ini berkisar kepada Mamat yang merupakan lelaki Melayu yang terkorban dalam arus politik yang akhirnya memilih untuk mengabdikan diri di bon lembu. Menarik apabila pengarang turut menyorotkan ketekalan Mamat di medan politik walaupun akhirnya terbuang selepas tewas dalam pilihanraya. Tapi ketekalan itulah akhirnya berjaya meniupkan nafas baru ke dalam jiwa Mamat di tengah bon lembu.

Kisah kehidupan masyarakat Melayu Selatan Thailand yang seakan menumpang di bumi orang ditonjolkan menerusi watak-watak seperti Minah si isteri yang cuma mampu menumpang nasib pada si suami dan anak-anak mereka yang bergantung harap pada rezeki ayah di hujung tanduk lembu. Bagaimana di bumi orang masyarakat Melayu hidup dalam satu jaringan fabrik kemasyatakatan yang cukup rapat walau akhirnya hasad dan panas darah ternyata terlalu tajam menikam-nikam ikatan tersebut.

Pengarang ternyata berjaya menceritakan dengan penuh teliti dunia laga lembu termasuklah aturannya, pantang larangnya dan bagaimana taruhannya sehinggakan kita seperti turut sama melihat tanduk Aral menjamah leher aduannya.

Sememangnya sebuah karya wajib baca bagi semua yang tahu berbahasa Melayu.
Profile Image for khalifah.
33 reviews18 followers
Read
May 28, 2011
i won this book as a present during Kuiz Sastera (peringkat negeri Kelantan). That was in year 2004, long ago. Buku ni pelik, tapi memberi saya gambaran latar dan pemikiran masyarakat era lampau. campur sikit dengan dialek kelantan..siam..menarik lah.
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
February 3, 2011
dah tgk filem "Jogho" oleh U-Wei Hj Shaari?
ini dia novel asal cerita. cerita konflik masy Malay Pattani.

*buku ni pon ada cop library sekolah rendah aku la. entah bila terambil
Profile Image for Shahmi Fadzli.
94 reviews
December 11, 2024
Suka betul dengan cerita mcm ni. Dan laga lembu ini memang ada dekat pantai timur. Bahasa yang senang dan perkataan baru yang dipelajari seperti ayan, kamkam, dan yang lain (itu sahaja ingat).
Profile Image for Faiz • فائز.
361 reviews3 followers
April 1, 2025
Syed Othman Kelantan merupakan sasterawan negara yang ke-9 dan Juara (novel ini) adalah antara karya beliau yang terkenal. Di Goodreads, novel ini menduduki carta pertama sebagai karya yang paling banyak dinilai, jauh melebihi dua karyanya yang lain yang sering disebut-sebut iaitu Wajah Seorang Wanita dan Angin Timur Laut. Disebabkan novel ini yang paling banyak dinilai, saya mengira bahawa ia adalah karya yang baik. Namun, jangkaan saya meleset sama sekali.

Novel ini mengisahkan Mamat, seorang ahli politik yang kecundang dalam dunia politik, kemudian beralih angin dengan menceburi bong lembu (bong ialah perlawanan dalam dialek Kelantan). Mamat masih mengekalkan sikapnya yang sama dalam politik iaitu menipu-helah ketika memperadukan lembu miliknya. Setiap bong lembu, akan ada sejumlah wang yang dipertaruhkan. Mamat menang, namun ia turut mengakibatkan kematian seorang sahabatnya iaitu Lazim. Cerita kemudian berkembang tanpa hala tuju. Sangat perlahan bagi saya.

Keseluruhan cerita berpaksi hanya kepada lembu dan dendam (dalam cerita ini, dendam dilunakkan sebagai "perjuangan" oleh watak utamanya). Tiada pengajaran dan wacana, melainkan hanya "ketelitian" yang berlebih-lebihan seperti perbualan antara watak dan adegan laga lembu, yang menurut saya diperbesar-besarkan tanpa tujuan.
Profile Image for Kataklicik.
940 reviews18 followers
March 16, 2020
My first read from S. Othman Kelantan, and definitely will not be my last. You know there are books that you just don't want to end? Well, this was one of those.

Despite approaching my waning years, I am somewhat embarassed to admit that I'd never picked this up, or watched the movie 'Jogho' that it inspired, even when it was so acclaimed.

But this, this is a grand book, in the small scale of things. It is perhaps just a small slice of what life is for folk of southern Thai (and perhaps it is too presumptuous of me to suppose that things have not changed much since this was written) but because it involved lives, events that unfold shakes the very core of human sentiment.

Politics and politicking is pervasive in this story - be it politics at the community level (Mamat serves his kampung), politics at a national level (Mamat loses in 2 elections), as well as politics at intra-State level (the invisibility of boundaries between Kelantan and southern Thai). Politicking between stratas in society also rears its head (Mamat's relationship with other senior contemporaries in the bull-fighting stratosphere, as well as his relationship with the younger men he grooms according to their abilities). And then, of course, there is the politics of family.

The story reads like a thriller, which I LOVE for the simple reason that Malay literature tends to veer towards the romantic and towards sentimental ennui.

And of course, there's the bull-fighting lingo.

LOVE. Bacalah, weii, best buku ni!!
Profile Image for Azzan Aznan.
36 reviews
July 2, 2025
Karya ini benar-benar dekat dengan jiwa saya. Ianya berlatarkan masyarakat Melayu di wilayah selatan Thai. Watak utama pula Pak Mat, anak jati Kelantan yang berhijrah ke Selatan Thai selepas ‘bersara’ dari kehidupan politik dek kerana dua kali kalah Pilihan Raya.

Dari seorang politikus, menjadi seorang Juara atau Tok Jogho yang bijak melatih lembu untuk tujuan diadukan didalam perjudian bong.

Plot yang dibahagi mengikut Bab teramatlah tersusun rapi.

Satu lagi karya SN S Othman Kelantan yang hati saya ‘berat’ untuk belek muka surat akhirnya.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
April 18, 2024
Tentang perlagaan lembu. Bagaimana orang-orang yang terlibat menggunakan segala akal dan kudrat untuk mendapatkan kemenangan. Tapi seluruh cerita lebih kepada konflik kemanusiaan. Plot laju dan penuh debaran. Demikian perjudian apa pun akan melibatkan ketidakwarasan manusia sehingga sanggup membunuh.

Profile Image for Hazrie Ayup.
13 reviews
September 10, 2021
Kau tidak jujur dengan lembumu. Kau cuba menipu!

Kau juga menipu dalam caramu!

Tapi kau telah membunuh Lazim!

Kau juga telah membunuh Dolah!

Dan, kau telah melarikan dirimu lebih setahun!

Sekarang aku datang!
Profile Image for Chairil Aiman.
2 reviews
May 1, 2018
Baguslah ada cetakan semula karya lama. Tapi banyak sangat typo error
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
November 12, 2020
3.5⭐️ untuk naskhah ini.
Filemnya aku dah tonton dua kali. Itu sajalah nak beritahu.
1 review
October 7, 2016
i want to read this book because i want to finish my proposal
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.