16 Cerita Jiwa Resah memaparkan cerita-cerita pendek yang kritis, unik, lucu dan sedih. Setiap cerita terdapat di dalamnya unsur keresahan yang tertentu.
Dalam Celupan, misalnya, Isa Kamari menjadikan ulat sutera sebagai protagonis ; yang memperjuangkan hak kebebasannya. Jika ulat sutera lain selesa hidup dalam jaringan dan rela di'celup' untuk mendapatkan benang sutera, 'ulat' itu pula mahu keluar dan menjadi rama-rama.
Bacalah buku ini. Mungkin terdapat dalam jiwa anda keresahan yang tidak disedari.
Penggunaan bahasanya yang mudah menjadikan pembaca begitu santai dan akrab untuk menghadami naskah ini. Ada kisah yang meruntun jiwa seperti kisah Kaca, Klinik dan Pekebun yang hanyut membuai perasaan. Tentang kekecewaan ataupun pengharapan. Selain itu, unsur-unsur humor dan satira turut diselitkan dalam beberapa buah cerita seperti kisah Angin dan Pintu. Dalam kisah Angin, Isa Kamari berhumor tentang pandangan manusia yang jelek kerana membuang angin (kentut). Walhal, jika manusia tidak membuang angin, angin itu akan terkumpul di dalam badan, menyekat salur urat dan akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri. Bukankah membuang angin itu sudah tuhan jadikan sebagai suatu fitrah kepada tubuh? Mengapa kita perlu berasa jijik dengannya?
saya adalah peminat cerpen dan saya teruja apabila kumpulan cerpen 'jiwa resah' Isa Kamari diterbitkan. sebelum ini saya telah membaca 2 buah novel beliau iaitu Memeluk Gerhana yang sangat terkesan dalam diri saya dan Tawassul.
apabila kumpulan cerpen ini saya pegang dan baca, saya mengakui ia kurang memberi kepuasan kepada diri saya. tetapi ada beberapa cerpen yang benar-benar memberi kesan mendalam seperti 'Arkitek' dan 'Pintu'
Buku ini memuatkan 16 buah catatan berupa cerita pendek yang menjurus kepada persoalan kegelisahan penulis mengenai kehidupan makhluk-mahkluk di sekelilingnya. Gaya bahasa yang mudah dan jalan cerita senang difahami. Terselit pengajaran yang amat berguna. Sekali sekala kelucuan seperti dalam Angin sebenarnya banyak memberi pelajaran betapa nikmat kentut perlu dihargai demi satu kesihatan yang amat diperlukan oleh insan bernama manusia.