Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.
Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.
Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Penceritaan yang disampaikan oleh penulis Abdul Latip Talib amat dekat di hati. Pengunaan bahasa yang mudah dan jalan cerita yang sangat tertib membawa pembaca merasai dan menjiwai setiap detik dan ketika Perang Badar berlaku pada zaman Rasulullah. 👏👏👍👍
Antaranya, Nabi Muhammad mengadakan hubungan diplomasi dengan qabilah-qabilah di sekitar Madinah. Ini menguatkan lagi kedudukan dan kedaulatan Madinah sebagai negara Islam.