Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Rate this book
Hasil karya Za'ba ini menyimpulkan kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Za'ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.

Apa lagi agaknya yang kurang dengan orang Melayu? Buku ini menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki, sekaligus sebagai penunjuk arah kepada muhasabah diri dan bangsa, agar tidak terus alpa dan ditinggalkan bangsa-bangsa lain.

"Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendeta kepingt-keping kertasnya. - Za'ba."

142 pages, Paperback

Published January 1, 2009

96 people are currently reading
1060 people want to read

About the author

Za'ba

17 books67 followers
Zainal Abidin Ahmad, juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Za'ba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Za'ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918), Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923), Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1924), Jabatan Maklumat, Singapura, (1939 sehingga 1942), Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London (1942 sehingga 1951), dan Universiti Malaya, Singapura sehingga (1951 sehingga 1959).

Za'ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
208 (53%)
4 stars
132 (34%)
3 stars
30 (7%)
2 stars
4 (1%)
1 star
12 (3%)
Displaying 1 - 30 of 72 reviews
Profile Image for Haziq Fikri.
7 reviews18 followers
August 5, 2016
Karya Za'ba ini pada pandangan aku, boleh jadi alternatif kepada silibus usrah - di kampus, di sekolah atau mungkin dalam kerangka jemaah (mungkin). Isinya tidak mengongkong, membuka kepada perbahasan sihat dan menjelaskan tentang peri-pentingnya kita untuk bergantung kepada diri sendiri baik dalam semua segi kehidupan.

Bacalah, sekejap pun boleh habis. Cuma untuk menerangkan isinya dengan panjang lebar, perlukan perbincangan bersiri rasanya ;)
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
February 27, 2018
Hampir dua bulan saya membaca buku ini. Kandungannya tidaklah berat, namun mesejnya memerlukan pembaca duduk dan berfikir, mempersoalkan dan mencari jawapan. Saya kira itulah perkara yang sebaiknya dilakukan apabila membaca buku sebegini hikmahnya. Buku ini dikeluarkan pada tahun 1981 dan kemudiannya diulang cetak sehinggalah ke hari ini. Saya dapati isi kandungan buku ini masih relevan (menakutkan!) sehinggakan saya duduk dan bertanya kepada diri sendiri, adakah saya bias sebenarnya? Terpengaruh kepada persepsi dan generalisasi negatif tentang kaum Melayu hinggakan saya bersetuju dan mengiyakan saja apa yang disebut? Secara jujurnya, generalisasi ini disebarkan dari mulut ke mulut, media ke media dan diturunkan dari generasi ke generasi, maka ia menjadi satu anggapan umum yang diterima pakai. Namun adakah ia betul? Itu persoalan yang saya cuba jawab dan cuba saya berlaku jujur dengan diri. Teruk sangatkah kaum Melayu hinggakan makalah yang ditulis pada era 1900-an masih terpakai dan relevan ke hari ini? Sudah tentu tidak. Banyak perubahan dan kemajuan telah dilalui dan dialami oleh kaum Melayu. Itu perlu diakui melalui kisah kejayaan anak-anak Melayu dan betapa ramai yang sebenarnya hidup senang sekarang. Cuma barangkali disebabkan masih ada segelintir berperangai begitu (tidak perlu pergi jauh, baca saja di media sosial), maka persepsi negatif dan generalisasi ini sukar diubah. Saya sendiri dikelilingi dengan rakan-rakan yang saya kira hebat, dan berjaya dalam bidang masing-masing. Saya sendiri turun padang melihat nasib kehidupan mereka yang lain yang serba kekurangan. Namun apabila bercakap tentang nombor, ya saya kira nasib kaum Melayu amat baik sekarang. Cuma yang segelintir yang mengharapkan bantuan orang lain semata-mata, yang itu perlu kita bimbing. Buku ini buku yang amat menyedarkan. Dan menakutkan. Dan menyedihkan.
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
November 17, 2017
Buku self-help yang ringkas tapi padu. Za'ba suruh kita berfikir & berusaha demi memajukan diri kita sendiri, berjaya tanpa menjatuhkan orang lain & yang paling penting jangan bergantung dengan orang.

Sikap hina diri (inferiority complex) yang terlalu tebal perlu dikikis. Sikap malas yang seakan sinonim dengan "Melayu" perlu diubah. Begitu juga dengan taklid buta kita selama ini; belajar la guna otak, jadi lebih kreatif dan kritis. Sampai bila nak berharap kena spoon-feed dan "bertongkat" ni?

Oh, satu lagi part menarik: menurut Za'ba, kebajikan (kebaikan) ni ada 3 peringkat. Sama juga dengan kejahatan, pun ada 3 peringkat.

Semoga kita dapat berubah menjadi lebih baik di kemudian hari.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
November 8, 2016
Sudah lama juga mahu review buku ini. Dibeli semasa Pesta Buku Selangor yang lalu. Sudah lama juga diusung ke sana ke mari, perlahan-lahan cuba menghadam. Apabila dapat tahu Jejak Tarbiah akan buat wacana tentang tajuk ini, semakin bersemangat membacanya.
Membaca Pengenalan oleh Asmah Haji Omar dalam buku ini pun dah cukup menarik. Beliau cuba menyimpulkan karya bermakna Zaaba ini dalam 18 muka surat yang pertama. Sudah dapat sinopsis gambaran tentang buku ini bila kita membaca bahagian pengenalan.
Zaaba menulis buku ini 80 tahun yang lalu, tetapi betapa isi dalam buku ini masih kekal relevan malah banyak 'penyakit' yang disebut Zaaba dalam buku ini berterusan menimpa orang Melayu zaman berzaman. Inilah beza penulis berkualiti yang kritis dengan penulis yang menulis hanya sekadar boleh menulis.
Perangai suka bergantung pada orang lain ini timbul daripada dua faktor. Faktor pertama ialah tiada keyakinan diri dan faktor yang kedua terbit daripada sikap yang digambarkan dalam simpulan bahasa "seperti kutu di atas kepala".
Sikap hina diri timbul daripada faktor pertama tiada keyakinan diri manakala sikap malas adalah faktor kedua yang digambarkan sebagai kutu di atas kepala.
Zaaba menulis, orang Melayu kehilangan sikap bergantung kepada diri sendiri ini bukan sahaja dalam hal keduniaan, kemajuan diri dan bangsa, malah juga suka bergantung kepada orang lain untuk kesejahteraan Akhirat.
Zaaba mengkritik orang Melayu yang agak lembap dalam menjalankan amal ibadat untuk diri sendiri seperti yang diperintah Allah SWT, sebaliknya mereka suka memohon doa dari orang lain orang alim bahkan apabila sudah meninggal dunia pun masih mengharapkan orang hidup sedekahkan "Qul Hu" kepada arwah mereka.
Beginilah kritisnya Zaaba lama dahulu.

Sebagai orang Melayu, pernahkah kita mendengar bidalan Melayu ini?
"Berharap kepada anak, buta sebelah mata;
Berharap kepada orang, buta mata keduanya."
Ini adalah antara bidalan Melayu yang dinukilkan oleh Zaaba ketika mengulas tentang perangai bergantung pada diri sendiri dalam buku beliau ini dalam bab pertama, Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan.
Perangai bergantung pada diri sendiri itu boleh dikatakan akar tunjang atau umbi kepada kejayaan. Kerana itulah asas tempat berdiri segala kemajuan.
Perangai ini tidak akan memberi peluang kepada tabiat suka bertawakal buta atau berserah kepada nasib semata-mata.
Bangsa itu pula ialah suatu tubuh atau kumpulan yang terjadi daripada perhimpunan diri-diri tunggal. Maka diri-diri tunggal yang bekerja dengan usaha yang kuat dan cergas, apabila banyak bilangannya dalam bangsa itu, tetaplah akan menjadikan bangsa itu kuat dan cergas pula. Begitulah sebaliknya.
Zaaba juga ada menukilkan bidalan Arab ini yang sekali baca rasa macam lawak, dua kali baca terasa betapa pentingnya bergantung pada diri sendiri.
"Tidak ada orang yang boleh menggaru gatal kulitmu
Sama seperti kuku tanganmu sendiri ;
Sebab itu buatlah olehmu sendiri
Segala kerja tanggungan dirimu."
Demikianlah, bertegasnya Za'ba tentang peri pentingnya perangai bergantung pada diri sendiri ini.

Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
October 6, 2016
Sangat padu sekali kritik Za'ba ke atas Melayu Muslim untuk bangkit dengan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Kita harus mengambil kritik ini sebagai upaya untuk terus bangun. Kita harus berhenti dari bersikap merasa inferior dan perlu percaya diri.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
March 26, 2016
Sekali lagi kepentingan menguasai Bahasa Arab ditekankan oleh penulis buku ini. Jika sesiapa pernah membaca karya al-Ghazali, Prof. Syed Naquib al-Attas dan HAMKA, pasti perkara yang sama turut dilontarkan iaitu untuk memahami agama Islam, seseorang itu perlu cuba sedaya upaya mempelajari bahasa ini kerana sumber rujukan agama ini yang tahan ribuan tahun diturunkan dalam Bahasa Arab. Penulis malahan mewajibkan umat Islam untuk mempelajari persuratan Arab dan paling kurang pun mempunyai cita-cita dan semangat untuk menguasainya biarpun memakan masa yang lama.

Mungkin apabila orang Melayu sendiri yang menyebut tentang hal ini, ianya lebih terkesan. Pendeta Za'ba membangkitkan hal ini kerana sifat orang Melayu ini yang suka bergantung kepada orang lain dalam banyak perkara. Maka melalui karya ini, beliau melontarkan satu lagi persoalan yang signifikan iaitu bangsa Melayu perlu benar-benar menguasai bidang yang didalaminya. Menguasai dengan 'immersed' ke dalam wacana-wacana bidang tersebut sahaja tidak cukup, tetapi seseorang itu perlu mengembangkan dan membuat pembaharuan dalam bidang tersebut. Inilah proses sebenar dalam berguru. Bukan sekadar bertaklid buta kepada guru semata-mata walaupun terdapat kesalahan padanya.

Penulis juga begitu lantang mengkritik salah faham golongan yang menganggap berbuat kebaikan itu adalah dengan perlu banyaknya menunaikan amalan fardu ain, berzikir dan berwirid sedangkan memungkiri janji, tidak kompeten dalam bekerja, tidak amanah, tidak melakukan persediaan dalam hal-hal keduniaan dan perkara-perkara lain dibuat endah tidak endah sahaja.

Secara total, penulis persis HAMKA di Malaysia ini menyeru pembaca untuk cuba sedaya berdiri atas tapak kaki sendiri dan petikan senarai beberapa tokoh penting Islam dalam bidang akidah, fikah, tasawuf, falsafah, pecahan mazhab yang kian hilang ditelan zaman (al-Shu'bi, al-Zuhri, al-Auza'i, Sufyan al-Thauri, Imam al-Laith dan Dawud al-Zahiri) dan pecahan tariqat mungkin merupakan bahagian yang paling menarik sekali dalam buku ini bagi mengkaji pemikiran Za'ba.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
May 25, 2019
Wah, setahun lebih baru habis baca buku ni. Nampak benar beratnya 😅

Buku yang nipis tapi meninggalkan kesan yang tebal. Banyak pemerhatian Pendeta Zaaba yang menyentuh hati dan menyentap minda.

Apa keburukan tabiat bergantung pada orang lain?
Apa tingkat kebaikan dan kejahatan?
Apa salah faham yang kita ada tentang maksud “kebaikan” dan “kejahatan”?
Kenapa umat Islam daripada kuat menjadi lemah?
Apa yang perlu umat Islam lakukan untuk kembali kuat?

Semua jawapan kepada soalan di atas ada dalam buku ini.

Bacalah. Tak akan menyesal.
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
October 10, 2018
Sangat disyorkan untuk dibaca walaupun sekurang sekali, kerana untuk satu naskhah nipis, dengan font agat besar, buku ini padat dengan isinya serta penting dalam pembentukan worldview Melayu Islam ke arah progresif tanpa mengambil haluan pemikiran fatalistik liberal.

Sebagai Ex-UM yang pernah menginap di Kolej Zaba (who is unaware of him at that time). Ini satu penghormatan (tribute), semoga الله يرحم ditempatkan di makam yang tinggi, hanya Allah yang dapat membalas jasa.
Profile Image for Nur Aimuni.
31 reviews
October 31, 2016
"Pendeta Za'ba, seperti pengarang-pengarang lain yang sezaman dengannya, melihat orang Melayu tahun 30-an begitu lemah, miskin dan mundur, terutama dalam hal keduniaan. Kemiskinan dan kemunduran orang Melayu menurut Za'ba, mempunyai pertalian yang erat dengan fahaman takdir yang dianuti" - Petikan komen Hassan Ahmad. Hidup ini ibarat satu perlumbaan. Dan perlumbaan ini hanya ada dua kemungkinan, samada kita menang atau pun kalah.

Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
February 23, 2017
Kritikan-kritkan ZA'BA terhadap bangsa Melayu. Sangat menarik. Boleh dijadikan 'buku wajib baca'.
Profile Image for Rehan Abd Jamil.
655 reviews34 followers
April 23, 2018
Finally! Feels like dragging myself to read this..but surprisingly I love it! Especially about the adat 'fidyah' and 'bertaklid buta'..hmm..this is how I read it. I start from front page, few chapters then flipped back page and read few chapters also..then meet at the middle hahaha
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
March 29, 2020
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Kekuatan seseorang itu terletak pada usaha diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain bagi melakukan sesuatu dan bersedia menanggung segala baik buruknya apa-apa yang dikerjakannya itu. Sifir mudahnya; akal dan kekuatan yang diberi oleh Allah itu dipergunakan sepenuhnya dalam melakukan tiap-tiap perkara kecuali perkara yang memerlukan pertolongan orang lain.

Begitulah juga dalam hal agama, penulis menyeru orang Melayu (Islam) untuk berusaha sendiri sedaya mungkin dalam melakukan ibadat dan beramal tanpa bergantung pada doa orang lain sahaja, berharap pada sedekah tahlil setelah kita mati dan sebagainya.

Jikalau kita sendiri tidak berusaha melakukan ibadat tersebut, melakukan kejahatan seperti iri hati, mungkir janji, mengumpat, tidak membayar hutang dan sebagainya, lalu mengharapkan doa orang alim ternyatalah teruk sungguh hidup kita.

Apatalah lagi mengharapkan syafaat Nabi s.a.w semata-mata untuk masuk ke syurga bukan dengan amal sendiri seolah-olah umat Nabi s.a.w bangsat belaka, tidak ada amal dan kelayakan sendiri.

Tambahan lagi, penulis mengkritik kebanyakan orang Melayu bertaklid buta dalam beragama. Malas berfikir, malas menuntut ilmu (membaca) sehinggakan mengikut dan menerima apa sahaja tanpa soal jawab dan mengerti hujung pangkal kecualilah jika kita jahil pekat tidak ada barang sedikit ilmu dan fikiran sendiri.

Berfikir itu bukanlah bermaksud sehingga berselisih pada perkara yang asas, tetapi pada perkara yang sentiasa memerlukan perubahan, maka daya fikir inilah yang diperlukan.

Sebagai contoh penulis meletakkan parti politik yang mempunyai ideologi dan fahaman tersendiri. Mereka berselisih hanya pada fahaman dan jalan, tetapi asas dan tujuannya satu iaitu hendak memberi kebajikan bagi rakyat dan negara.

Walaupun buku ini ditulis (sekitar 1974) untuk dirinya sendiri sementelah kandungannya sukar diterima orang Melayu ketika itu sebelum ditemui penerbit selepas kematiannya, namun idea yang dibawa oleh Pendeta Za'ba sangatlah meninggalkan kesan buat pembaca.

Kritikan terhadap orang Melayu ketika itu bukanlah dilempar membuta tuli, sebaliknya ia adalah pemerhatian beliau ketika itu yang menyaksikan orang Melayu malas befikir, terlalu bergantung pada orang lain dan sebagainya. Tetapi itu bukanlah bermakna orang Melayu dewasa ini (tahun 2020) seperti sebelumnya, kerana banyak perubahan dan daya usaha yang telah dilakukan demi mencapai kemajuan masing-masing.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
October 9, 2021
Isi yang 80% sama dengan buku Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat, namun tetap dengan kelebihannya masing-masing yang tersendiri.

Isi buku ini telah disiapkan gemulah sebelum beliau meninggal dunia lagi namun tidak diterbitkan beliau (sehingga 7 tahun selepas gemulah pergi). Isi dari buku Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat juga merupakan isi yang sama, cuma dipersembahkan bab per bab di dalam majalah Qalam sekitar tahun 1952-1953, lalu dikumpul & dibukukan oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Isi yang sama, huraian yang sama, namun dengan satu dua isu tambahan yang berbeza di antara keduanya.

Jika anda telah membaca salah satu buku ini, anda mungkin boleh menjangkakan isi dari buku yang satu lagi.

Ulasan terperinci mengenai isi buku ini telah saya huraikan di buku Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat tersebut. Boleh rujuk disana.

Apa yang pasti, pemikiran Pendeta Za'ba, ahli falsafah terulung kita ini sememangnya melangkaui zaman. Beliau sedia maklum kekuatan dan kelemahan bangsa Melayunya, dan beliau berani untuk mengkritik mana yang perlu diperbaiki oleh bangsanya. Walaupun beliau tidak dapat melihat sendiri hasilnya kini, namun saya pasti gemulah pasti boleh berbangga dengan pencapaian bangsanya 50 tahun selepas kritikannya. Jauh lagi dari sempurna, namun tetap ada peningkatannya.

Semoga naskhah penting gemulah ini mampu menjadi karya rujukan penting buat menjadi penjentik, penyedar buat bangsa kita & orang Islam selama-lamanya.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
January 7, 2023
"𝙅𝙞𝙠𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙩𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜"! - 𝙞𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙟𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙝𝙞𝙣𝙖!

Secara peribadi, saya ingin kategorikan buku ini sebagai buku self-help untuk orang Melayu dan Islam. Kandungannya padat dengan teguran dan langkah pendeta Za'ba bagi membangunkan sikap upaya diri bangsa Melayu.
_____________________
Bedilan panas Za'ba tentang sikap orang Melayu yang gemar bergantung pada orang lain jelas digambarkan. Saya juga mula memahami kesannya kepada sentimen Melayu malas dan lupa.

Hidup dalam pengharapan menadah tangan semata-mata hanya memberi kemajuan seperti '𝘬𝘢𝘪𝘴 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘨𝘪, 𝘬𝘢𝘪𝘴 𝘱𝘦𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘵𝘢𝘯𝘨'. Za'ba tidak mahu orang Melayu sentiasa merasa puas. Cari dan gali lebih dalam lagi tentang apa jua kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Kesan yang saya sendiri sedari bila kita suka bergantung pada orang lain. Hilang sifat tanggungjawab, cetek ilmu dan wujudlah tabiat menunding jari. Usaha dari upaya diri sendiri jugalah permulaan meningkatkan taraf hidup.
_____________________
Melalui buku ini juga, Za'ba mengajak berbuat kebaikan. Lakukan ia dengan ikhlas dan jauhi sifat riak.

Risalah Kebajikan dan Kejahatan merupakan kegemaran saya. Berbuat baik/adil pada diri sendiri, orang lain bahkan pada Allah SWT juga merupakan latihan kekuatan kemajuan hidup. Yakni dari segi akhlak sebagai seorang Muslim.

Bahkan ia laluan untuk memperoleh keredhaan-Nya.

"...𝘽𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙞𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 (𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜) 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙏𝙖𝙖𝙡𝙖 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪" - 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘘𝘢𝘴𝘢𝘴 𝟤𝟪:𝟩𝟩

Tingkat-tingkat baik dan jahat yang dibahaskan turut membuka mata hati saya tentang berakhlak murni pun sebahagian dari amal soleh.
_____________________
Penulisan Za'ba yang saya baca kali ini tidak lain tidak bukan, ingin memperkasakan orang Melayu dan Islam di dunia sekaligus ke akhirat.

Pesanan yang sentiasa merentas masa, tidak jemu dan berjaya melucutkan yang lemah pada jiwa saya.

Terima kasih buat DBP kerana tidak jemu mencetak khazanah yang berharga ini dan tidak lupa, penghargaan kepada adik Syazwani mencadangkan buku ini untuk saya. Alhamdullilah ✨

Karya yang mustahak untuk diulang kaji.
_____________________
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
May 5, 2024
Pendeta Za’ba mengkritik dengan tajam (yang menikam) berkenaan sifat-sifat buruk orang Melayu. Tempoh hari, ketika saya mendengar ulasan Ustaz Noor Derus terhadap buku ini, menarik kata-kata beliau, bahawa setiap bangsa perlu ada pemikir khusus yang membicarakan permasalah-permasalahan yang wujud dalam bangsa sendiri kerana “lain padang, lain belalang”.

Permasalahan khusus yang dihadapi oleh pemuda Timur Tengah pasti berbeza dengan pemuda di Asia, dan begitulah seterusnya. Maka, Pendeta Za’ba adalah pemikir Melayu. Analisis beliau terhadap orang Melayu masih terpakai sehingga sekarang.

Kritikan Za’ba dalam bukunya ini boleh dibahagikan kepada tiga cakupan utama iaitu (1) terlalu bergantung kepada orang lain –berpunca daripada sifat “tidak percaya diri”, (2) bertaklid buta dan (3) penyempitan makna kebajikan dan kejahatan.

Manakala, dua golongan utama yang dikritik oleh Za’ba ialah (1) para ulama dan (2) orang awam. 

Berkenaan kritikan yang pertama, Za’ba melihat bahawa orang Melayu terlalu bergantung kepada orang lain dalam segala hal sekalipun. Amalan ini bukan sahaja terbatas sewaktu masih hidup, bahkan sehingga ke dalam kubur sekalipun!

Bermula daripada terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memasukkan anak ke dalam sekolah, sehingga kepada ibu bapa yang menghantarkan anaknya ke tahfiz supaya mendapat kemuliaan di akhirat kelak.

“Mengapa tidak mereka sendiri sahaja yang menghafaz al-Quran?”, ini yang dipersoalkan Za’ba. Sifat (atau amalan) ini telah menyebabkan kemunduran orang Melayu dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan agama. 

Berbeza pula dengan hal bangsa lain. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu dahulu sekadar sehelai sepinggang. Menyedari bahawa tiada jaminan perlindungan, mereka telah berusaha sedaya upaya sehinggakan sampah di tepi jalan juga boleh dijual! Terlalu banyak lagi contoh-contoh pengamalan sebenar dalam kehidupan orang Melayu yang menjunjung tinggi sifat “terlalu bergantung kepada orang lain” ini.

Puncanya? Tidak percaya diri! Menurut Za’ba, sekiranya setiap orang Melayu menanamkan sifat “bergantung kepada diri sendiri”, maka “diri tunggal” akan membentuk kekuatan yang kolektif, seterusnya diterjemahkan kekuatan itu kepada bangsa sendiri. Bangsa yang kuat terbina daripada “diri tunggal yang kuat”.

Andai diamati, orang-orang Melayu UMNO melalui buku Revolusi Mental berusaha membawa idea yang sama iaitu pengumpulan harta persendirian sebanyak-banyaknya. Individu yang kaya menjadikan keseluruhan bangsa itu kaya.

Kritikan kedua, sifat bertaklid buta. Za’ba menyatakan bahawa kita perlu mengkaji dengan bersungguh-sungguh setiap amalan atau pengetahuan yang didatangkan kepada kita. Kebenaran itu perlulah bersifat objektif, bukan diwarisi semata-mata.

Seseorang yang dikurniakan kesihatan akal perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui sesuatu kebenaran, apatah lagi sekiranya dia sudah bergelar ulama, intelektual, cendekiawan dan pemikir.

Adalah satu keaiban sekiranya dirinya berpuas hati dengan sesuatu pengetahuan yang dihidangkan kepadanya dan menerima tanpa mempersoalkan.

Kritikan terakhir, penyempitan makna kebajikan dan kejahatan. Setiap perbuatan yang baik dan buruk itu hanya dikira daripada kaca mata akhirat semata-mata. Ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan sedekah sahaja yang melayakkan manusia masuk ke dalam syurga.

Sedangkan perbuatan bercakap baik, adil kepada manusia, mengasihi binatang, bekerja dengan amanah dan pelbagai lagi amalan baik lain dilupakan. “Adakah kamu menyangka bahawa kamu masuk ke dalam syurga hanya dengan solat semata-mata?"

Terlalu banyak lagi sebenarnya ulasan berkenaan kritikan-kritikan yang diapungkan oleh Za’ba, namun biarlah kalian sendiri yang membacanya. Satu kewajiban kepada semua orang Melayu: buku ini wajar dibaca oleh semua dan tiada yang terkecuali.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
June 19, 2017
Buku ini sangat bertepatan dengan suasana ummah zaman sekarang.Menariknya buku ini ibarat membaca matan dan syarahannya.Pengenalan dari Prof Emeritus Dato' Dr Hajjah Asmah haji omar sudah mengaktifkan otak-otak kita untuk memproses apa yang mahu disampaikan oleh za'ba.

Tumpuan pada 2 perkara utama.
1.Perangai bergantung pada diri sendiri.
-menyentuh perangai buruk terlalu berharap kepada orang lain.Menyentuh dari segenap sudut keburukan sifat ini.Penularan sifat ini merebak sehingga perihal ibadah dan juga pendidikan.Malas dan tidak percaya diri sendiri adalah punca selalu berharap kepada orang lain.
2.Persoalan kebajikan dan kejahatan.
-Menyentuh salah faham ummat (terutama orang melayu) terhadap makna kebajikan dan kejahatan.Sehingga menyempitkan makna sebenarnya dari dua kalimah itu.Seterusnya memberi kesan buruk pada kemunduran dan kejatuhan ummat.

Za'ba banyak menyentuh kelemahan yang ada pada orang melayu (khusus) dan ummat islam untuk kita bersama memperbaikinya.

Cara beliau menghuraikan isi buku ini menggambarkan kemampuan serta kehebatan beliau dari segi ilmu agama,sejarah ummat islam dan ilmu bahasa (melayu dan arab).
Profile Image for Najihah.
53 reviews46 followers
May 12, 2014
Berasa sangat beruntung dapat membaca buku tokoh pembaharuan yang pernah diharam agamawan konservatif. Diakui memang terduduk mengaduh membaca pandangan jujur ZA'BA akan bangsanya yang hidup mati selamanya bergantung pada insan dan bukan berusaha sendiri sambil menyerahkan harapan pada Tuhan. Sentap yang membawa pencerahan, tak mungkin kuharamkan tulisan kebenaran seorang Pendeta.
Profile Image for Aqilah Syahirah.
16 reviews
June 13, 2022
Buku ini adalah karya satira yang menyindir diri pembaca. Terasa berat sekali kerana ini bukanlah bahan bacaan yang mudah untuk dihadam. Setiap halaman yang dibaca seperti kita membuka tiram mahal yang terdapat mutiara fikiran di dalamnya.

"mereka yang tiada bergantung pada dirinya sendiri dan tiada percaya kepada kebolehan diri sendiri- hanyalah akibatnya merendahkan darjat sendiri jua."

Buku ini ibarat menegur bangsa Melayu agar percaya kepada diri sendiri agar bangsa kita dapat kemajuan yang diingini. Lihatlah, negara lain mereka bangga dengan diri mereka terutama dalam bidang budaya dan ilmu tempatan tapi bangsa kita sendiri suka merendahkan kemampuan bangsa kita dan suka membandingkan dengan negara lain. Sekiranya kita telusuri sejarah Melayu, kita adalah bangsa yang hebat. Buktinya golongan peribumi masyarakat Malaysia bekerja keras untuk hidup sebagai manusia daripada yang kerja di tingkat atas hingga ke gerai nasi lemak di tepi jalan.

Tahukah kalian bagaimana label 'Melayu Malas' ini muncul?
Sebenarnya ideologi itu dimainkan oleh penjajah barat dengan menuduh orang Melayu malas kerana orang Melayu tidak berminat untuk masuk dalam industri perlombongan kerana mereka tahu yang kebajikan buruh dari China dan India terabai. Jadi, orang Melayu lebih selesa bekerja sebagai petani dan nelayan. Ini menunjukkan orang Melayu tidak suka bekerja di bawah orang dan suka bekerja sendiri. Sebab itu orang Melayu terkenal sebagai pelayar yang agung dan telah terbukti menjadi kuasa yang disegani suatu ketika dahulu.

Sifat malas itu bukan sifat kepada bangsa tetapi sifat yang ada dalam diri manusia. Namun, pelabelan yang dibuat oleh penjajah membuktikan mereka telah berjaya menjajah minda kita sehingga kini. Kita terperangkap dalam ideologi penjajah barat dan idea kapitalisme mereka sehingga sentimen ini bermain di mulut ahli politik sendiri.

Perhatikan muka-muka Melayu, di dalam diri mereka pasti terpancar seribu wajah. Pada tubuh orang Melayu kini tersembunyi unsur Arab, unsur India, unsur orang Putih, unsur Cina dan seribu satu unsur lain yang bercampur aduk. Adakah pencampuran dalam galur keturunan ini membuatkan pemikiran kita juga bercelaru? Tidak. Allah tidak mendikriminasi ciptaannya dengan menjadikan orang Melayu itu adalah bangsa yang pemalas.

Tujuan buku ini ditulis bukanlah untuk mengkritik orang Melayu tetapi memberi suntikan semangat agar kita dapat buang perasaan malas dalam diri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain untuk berjaya. Sepertimana yang kita tahu, Melayu telah diikat dengan agama Islam. Jadi penulis masukkan ayat-ayat al-Quran sebagai renungan dan muhasabah dalam kehidupan yang pancaroba ini. Untuk sesiapa yang rasa 'insecure', buku ini akan memandu anda untuk lebih percaya diri.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
March 8, 2023
Buku ini sangat bagus dan sepatutnya menjadi pedoman untuk mencari jati diri dalam diri anak-anak Melayu selari dengan agama yang dianuti iaitu Islam.

Permulaan buku ini dimulai dengan Pengenalan yang agak panjang, penting untuk kita baca dan fahami isi dan makna yang cuba disampaikan oleh Za'ba sebelum kita masuk ke risalah yang ditulis beliau. Buku ini terbahagi kepada dua risalah utama, pertama ialah Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri dan risalah terakhir iaitu Kebajikan dan Kejahatan. Keduanya penting untuk menerapkan sifat dan sikap yang baik kepada diri.

Za'ba banyak menekankan sikap orang Melayu, konsep dan juga akibat dari setiap perbuatan orang-orang Melayu. Risalah pertama mengkritik tentang perangai orang-orang Melayu yang suka bergantung harap kepada orang lain, termasuklah hal-hal duniawi malahan hal-hal akhirat. Perkara ini terjadi, dari dulu sehingga sekarang, bayangkan zaman sebelum merdeka, sehingga kini zaman moden masih ramai orang Melayu yang berharap-harap akan kebaikan orang lain tetapi diri sendiri malas untuk berusaha.

Ketika membaca risalah utama pertama ini, sungguh saya kecewa kerana perkara ini masih terjadi dan nasihat Za'ba ini patutnya tersebar luas untuk orang-orang Melayu. Sayangnya orang-orang Melayu masih ramai yang bermalas-malasan mencari kebenaran untuk kemajuan diri sendiri, lebih senang bertaklid buta tanpa usaha menimbang perkara itu benar atau tidak, dan mengharapkan harta orang-orang lain untuk kelangsungan hidup!

Risalah kedua pula, banyak menekankan tentang kewujudan kebajikan dan kejahatan. Kedua-duanya ada tingkat yang tersendiri. Dari yang paling rendah kepada yang lebih tinggi, dari yang buruk kepada yang lebih keji dan hina. Fahaman ini penting untuk meningkatkan kebaikan di dalam diri, saya faham tingkat kebaikan itu dan diri sendiri boleh berfikir di mana letak duduk budi pekerti diri berdasarkan tingkat yang telah Za'ba terangkan. Mahupun begitu, kejahatan itu tetap ada, di dalam risalah Kebaikan dan Kebajikan ini ada diterangkan kenapa kejahatan itu perlu ada. Semuanya cukup lengkap.

Maka sesetengah kejahatan itu pula dikira sebagai rahmat yang terselindung dikurniakan Tuhan, iaitu dibalakan-Nya di atas manusia kerana akan menghasilkan kebajikan yang terbesar kepadanya.

Za'ba banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk memberi pemahaman kepada pembaca, banyak yang saya tidak tahu kini menjadi pedoman untuk diri sendiri. Banyak persoalan selama hidup 20 tahun lebih ini berjaya saya jawab setelah membaca buku ini.

Sungguh, jika diberi kekuatan saya memang mahu wajibkan buku ini dibaca oleh anak-anak Melayu kini.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
May 5, 2017
Buku-buku karya Za'ba ni tak usah aku persoalkan betapa baik seni penulisannya. Aku selalu dengar nama Za'ba disebut-sebut hatta dalam kelas minor bahasa Melayu nama pendeta ini tak pernah lekang sebagai orang yang dikatakan banyak jasanya dalam bidang bahasa.

Dalam karya hebat ini, Za'ba menyindir masyarakat Melayu yang kebiasaannya sentiasa ingin bergantung kepada orang lain dalam apa jua perkara. Apa yang paling aku terkesan apabila pendeta ini menyindir masyarakat Melayu kita yang mengharapkan orang lain sehingga urusan-urusan akhirat juga tidak terkecuali yang mana memohon doa dari orang lain bahkan apabila sudah meninggal pun mengharapkan orang yang masih hidup memberi sedekah Qul Hu kepada arwah mereka.

Jika dilihat secara kasarnya, rutin ini merupakan kebiasaan yang dilakukan apabila ada yang dijemput Ilahi, namun apa yang ingin disampaikan oleh Za'ba ialah betapa malas dan lembabnya orang Melayu untuk menyegerakan urusan ibadat selalu bertangguh-tangguh sehingga ketika habis umur barulah sedar dan memohon disedekahkan seberapa banyak doa kepada si arwah walhal tika di dunia urusan ibadat itu dilengah-lengahkan.

****
Sepertimana kata Za'ba orang Melayu ini sifatnya malas tak mahu berusaha dan sentiasa merasa dirinya rendah kurang berkeyakinan. Asbab inilah dikatakan mengapa kita menjadi mundur dari bangsa lain di dunia ini. Ini bukan saja dilihat dalam ekonomi bahkan dalam pendidikan juga begitu. Orang kita ini adakalnya suka meminta-minta daripada berusaha mendapatkan sendiri menggunakan kudrat yang ada.

Oleh itu, di sini juga Za'ba selitkan nasihat-nasihat yang berguna untuk diamalkan oleh masyarakat Melayu agar dapat mengubah kebiasaan yang sudah lama terpasak dalam diri. Betapa pentingnya pengetahuan dan pentingnya berfikir turut ditekankan oleh pendeta ini agar ada pembaharuan dapat dilakukan oleh orang-orang Melayu.

****
Seperti apa yang kita tahu orang lama-lama ini adakala banyak kiasannya untuk menegur dan menasihati orang lain tanpa sedikit pun menggunakan kata-kata kesat. Namun dengan kiasan itulah buat orang muda seperti aku lebih merasa tertusuk dari kata-kata kesat yang dilontarkan banyak orang. Terima kasih pendeta Za'ba untuk karya hebat berusia 35 tahun ini !
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
July 18, 2017
Sebelum ini, saya telah membuat ulasan terhadap naskhah ‘Revolusi Tanpa Budi Tidak Pernah Menang’ terbitan Komuniti Jejak Tarbiah. Penulisan buku tersebut ialah hasil daripada pembacaan para penulisnya terhadap karya agung Pendeta Za‘ba yang satu ini.

Benarlah sepertimana judul buku ini, Za‘ba sangat mengharapkan anak bangsanya agar sentiasa berdiri di atas kaki sendiri (berdikari) dan tidak terlalu mengharapkan orang lain dalam mencapai kemajuan hidup. Sikap terlalu bergantung harap pada orang lain tentunya akan melahirkan generasi yang pasif, tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah, serta perasaan rendah diri yang melampau.

Yang dimaksudkan dengan ‘bergantung pada diri sendiri’ juga ialah, kita hendaklah sentiasa mengakui kelemahan diri sendiri apabila berlaku suatu kesilapan dan berhenti daripada asyik menyalahkan orang lain. Sikap sering menuding jari hanya akan melahirkan insan yang hilang rasa tanggungjawab terhadap diri masing-masing. Bukankah setiap amalan yang kita lakukan adalah bergantung pada diri sendiri jua?

Bacalah, wahai anak bangsaku! Sama-sama kita perbetul dan perbaiki diri demi kemajuan anak bangsa yang diimpikan pada masa akan datang!
Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
December 3, 2021
Dulu saya ada sebuah buku yang ditulis oleh Irshad Manji iaitu Allah, Liberity, & Love. Dan ada satu ayat dalam buku tu menjadi igauan saya sehinggalah beberapa jam yang lalu. Ianya begini 'Kita beribadat mengharapkan ganjaran ataupun kerana kasih kepada Tuhan?'. Jujur saya kata, buku ni benar-benar menjawab persoalan tu. Alhamdulillah.

Berbalik pada buku ni, Za'ba begitu tegas dalam menyuarakan pendapatnya dan menentang atau mengkritik terhadap orang-orang yang lemah keyakinan dan lebih mengharapkan bantuan orang lain.

Za'ba mahukan kita untuk berfikir dan bersendiri dalam menentukan sesuatu tetapi dengan syarat haruslah berdisiplin dengan ilmu dan akal juga berpandukan pada Quran dan hadis.

Terlalu banyak pesanan dan nasihat dalam buku ni. Tetapi stamina dan fokus haruslah tinggi sebab laras atau struktur bahasa itu berbeza dengan kita. (Saya pun pening-pening juga mahu faham)

Lepas saya baca buku ni, kita masih boleh mengangkat kembali izzah islam itu sekiranya kita benar-benar beriman dan beramal.

Za'ba pesan dunia ni bukan dicipta saja-saja untuk berseronok tetapi ia merupakan ladang untuk kita tuai kelak. Kalau kita pandang dunia ni kotor, maka kekotoran itu jugalah yang kita akan perolehi.
Profile Image for Aiman Haris.
44 reviews10 followers
January 18, 2021
Buku ini merupakan kritikan sosial daripada seorang pendeta kepada orang Melayu, dicampurkan serta dikaitkan dengan agama.

Pendeta Za'ba juga menggunakan dalil untuk menyokong hujah-hujahnya namun saya dapati ada juga hadis daif yang digunakan seperti " الاختلاف أمتي رحمة". Selain itu, terjemahan ayat al-Qurannya yang agak unik dan berbeza dengan pelbagai terjemahan yang kita dapati pada hari ini, sebagai contohnya di setiap ayat yang bermula dengan "اَوَلَوۡ ", beliau menggunakan "ha?" atau "ha? begitukah?".

Pada permulaan buku ini bertema kritikan, yang kebanyakkannya berpaksi pada sifat Melayu yang terlalu mengharapkan orang lain, serta kemalasan untuk menuntut ilmu. Di akhir buku ini lebih berbaur motivasi.

Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
December 27, 2010
Edisi khas ini mengandungi 3 risalah yang dimulai dengan risalah pengenalan dari Asmah Haji Omar (Pakar Nahu Bahasa Melayu) dan diikuti dengan dua risalah asal dari Za'Ba yang masing-masing membentangkan empat bab. Risalah pertama atau pengenalan lebih kepada huraian ringkas mengenai kedua-dua risalah yang diutarakan oleh Za'Ba pada kira-kira 80 tahun dahulu.

Risalah Kedua dengan tajuk besarnya 'Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri' telah dihuraikan kepada 4 bab masing-masing:-

1.'Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan'
Betapa perlunya kita berusaha sendiri tanpa brgantung kepada orang lain dalam menyempurnakan amalan dan pekerjaan sehari-hari.

2.'Kekurangan Kita Dalam Sifat Ini'
Perbandingan sikap orang Melayu dengan bangsa itu yang mana bangsa Melayu itu terlalu berharap kepada belas ihsan orang-ramai mahupun kerajaan baik di dalam perniagaan, pekerjaan malah persekolahan anak-anak mereka. Sedari itu sikap bergantung kepada diri sendiri itu perlu dipupuk dari anak-anak lagi.

3. 'Fikiran, Kepercayaan & Pegangan Agama'
Perangai orang Melayu yang acap kali bertaklid buta iaini mengikut & menerima sahaja tanpa banyak soal apatah lagi mengerti mengapa ianya dilakukan di dalam menerima perkara yang melibatkan hal-hal fikiran, kepercayaan dan fahaman agama. Seelok-eloknya bertaklidlah dengan pertimbangan akal dan ilmu pengetahuan sendiri bagi memikirkan patut atau tidaknya sesuatu perkara itu. Perbezaan mazhab-mazhab atas perkara tauhid & fekah terjadi atas sebab-sebab pendiri mazhab tersebut berlainan dari segi pemahaman masing-masing mengikut pengetahuan dan pertimbangan mereka sendiri pada ketika suasana zaman itu. Walaupun begitu pada asas dan puncanya, mereka masih tetap berpegang dan mengambil kedudukan di atas tapak yang sama dan satu.

4. 'Bersendiri Pada Ilmu & Amalan'
Tiap-tiap seorang itu mestilah bersendiri pada tiap-tiap kerja ibadat yang disuruh ke atasnya dan bertanggungjawab di hadapan penghakiman Tuhan di akhirat kelak. Ia tidak dikehendaki berharap kepada pertolongan orang.

Profile Image for Book Surgeon.
19 reviews2 followers
January 5, 2024
l Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba. l

Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda.

Pertama kali aku melihat kulit buku ini beserta penulisnya yang merupakan seorang tokoh yang digelar pendeta, aku mula bertarung dengan kata-kata yang dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini. Sama ada buku ini akan menceritakan berkenaan perangai seseorang yang dipengaruhi oleh dirinya sendiri atau buku ini sebenarnya ingin mengulas berkenaan perangai seseorang yang suka bergantung kepada dirinya sendiri (tidak bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu). Setelah selesai membaca, maka aku katakan definisi kedua itu lebih tepat dalam konteks penghuraian daripada penulis.

Antara perkara yang mengecewakan aku tentang buku ini ialah aku terpaksa membaca dahulu pengenalan yang ditulis oleh Asmah Haji Omar. Pengenalan ini seolah-olah cuba merumuskan intipati buku ini yang sebenarnya membuatkan aku tidak puas hati. Sesuatu buku itu cukup sekadar diletakkan prakata sebagai pembuka selera pembaca. Tidak perlu berceloteh panjang lebar atau membuat rumusan di awal buku, itu pendapatku.
Untuk mengulas berkenaan buku ini, aku memilih untuk menumpukan kepada beberapa perkara yang berkisar berkenaan intipati penting buku ini.

1. Kritikan kepada orang Melayu yang kebanyakannya selalu berharap kepada orang lain dalam mengerjakan sesuatu.

2. Teguran kepada penuntut ilmu yang taqlid buta (mengikut secara buta tuli) tanpa dipersoalkan dahulu ilmu yang dituntut itu.

3. Peringkat manusia mencapai kesempurnaan.

4. Kepentingan ‘faham’ dalam perbuatan.

5. Keistimewaan buku ini.

Pertama, kritikan kepada orang Melayu ini disampaikan dengan kiasan tetapi mesej yang cuba disampaikan berkait rapat dengan kerja buat orang Melayu pada tiap-tiap hari. Contohnya, sikap ibu bapa orang Melayu yang ingin menumpang kesenangan anak-anak, turut ditegur dalam buku ini melalui kata-kata orang tua-tua:

“Berharap kepada anak, buta mata sebelah; Berharap kepada orang, buta mata keduanya.” (halaman 6)

Kedua, Pendeta Za’ba kelihatan menegur tajam sikap orang Melayu yang hanya menurut sahaja amalan-amalan yang dikerjakan oleh orang tua-tua dahulu tanpa ditimbang dahulu rasionalnya, baik buruknya melainkan diikut sahaja bulat-bulat. Dapat dilihat bahasa yang digunakan ketika mengulas fenomena ini amat tajam dan direct. Penggunaan akal dalam meneliti sesuatu perkara sebelum diikut dan penggunaan akal dalam mengkaji ilmu-ilmu yang terdahulu samada ianya betul atau salah juga diselit kepentingannya dalam kritikan di bawah poin yang kedua ini.

“Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.” (halaman 32)

Di bawah kibaran poin yang ketiga, penulis memberikan tingkatan kebajikan dan tingkatan kejahatan yang masing-masing terbahagi kepada tiga peringkat (3 kebaikan dan 3 kejahatan). Apa yang menakjubkan aku ialah pada ketika membicarakan berkenaan hal ini, Pendeta Za’ba memberi satu perkaitan bahawa meninggalkan 3 peringkat kejahatan dan mendaki 3 peringkat kebaikan itu sebenarnya membawa kepada tahap kesempurnaan seorang insan persis seperti penciptaan alam yang mengambil tempoh 6 masa (3+3 = 6).

“Maka iaitu bersetujulah dengan suatu peraturan undang-undang alam yang masyhur yang menetapkan tiap-tiap suatu mesti melalui enam peringkat dalam perkembangan dan perjalanan kemajuannya sebelum sampai kepada peringkat kesempurnaan yang di atas sekali.” (halaman 89)

Teguran yang besar juga dilakukan pada poin yang keempat iaitu berkenaan betapa orang Melayu hanya mementingkan aspek manfaat sesuatu amalan, perbuatan atau seumpamanya di akhirat semata-mata, dan tidak memfokuskan kepada manfaatnya kepada manusia di dunia. Apabila cara fikir manusia itu mengabaikan salah satu daripada duanya (iaitu dunia dan akhirat), maka keberhasilan dalam menyampaikan manfaat sesuatu kerja buat itu kepada orang ramai akan terhalang. Mungkin perkara itu dibuat sambil lewa tanpa perancangan rapi kerana terlalu mengharap kepada habuan akhirat dan melupakan kepada kesungguhan yang perlu diberikan untuk menjayakan sesuatu di dunia supaya manusia mendapat sedikit sebanyak manfaatnya.

“Tentang adakah atau tidak manfaatnya kitabnya itu kepada orang-orang yang menggunakannya kelak tidaklah dikiranya, hanya yang diharap-harapnya pertolongan kitab itu kepada dirinya sendiri sahaja!” (halaman 111).

Aku tutup review buku ini dengan poin kelima. Di antara keistimewaan buku ini ialah penulis menggunakan rujukan ayat Quran secara terus di samping bait-bait syair Arab untuk menguatkan hujahnya. Pendedahan tentang mazhab-mazhab lain dalam Islam contohnya seperti mazhab zohiri juga dinyatakan bersama beberapa mazhab yang lain dalam usaha menerangkan kepentingan keterbukaan dalam bermazhab. Di antara keistimewaan lain buku ini ialah kritikan yang diberikan adalah berkenaan beberapa aspek yang menjadi amalan utama masyarakat Melayu umumnya, dalam usaha menyedarkan mereka bahawa mereka sedang hanyut dalam kejahilan dan kritikan itu diberikan tanpa menghiraukan pembaca akan terasa hati atau tidak.
Mungkin aku berbeza pendapat dengan penulis dalam soal berharap kepada syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat nanti dan beberapa isu yang lain, tetapi, dapat aku katakan, buku setebal 142 muka surat ini sememangnya dapat mengetuk kotak pemikiran supaya akhirnya kita menjadi lebih bersungguh-sungguh dan lebih teliti dalam amalan seharian.

Maka aku ulang kata-kata aku di awal tadi;

Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda.

Selamat membaca!

#BilisSinis
#ReviewBuku
Profile Image for Abdul Aziz.
31 reviews2 followers
October 5, 2016
Kritikan membina dari Pendeta Zaaba, di mana kita ini sentiasa berharap orang akan bantu kita, menjaga kita.

Sepertinya orang sentiasa marah dengan kerajaan kerana merasa ditindas tetapi tiada usaha untuk memajukan diri. Pendeta Zaaba juga menasihat supaya tidak bertaklid buta dalam mengambil ilmu lebih-lebih lagi ilmu Agama.

Buku ini sangat sesuai kepada yang sentiasa ingin memajukan diri.

Buku ini tidak sesuai kepada yang sentiasa mengharapkan bantuan orang, sehingga ketika meninggal dunia pun mengharap orang membaca al-Quran dengan harapan supaya pahala dapat dialirkan padanya. Tetapi ketika hidup tidak mahu melakukan kebajikan supaya mendapat ganjaran di sana.
Profile Image for Firdaus Zainal.
Author 15 books10 followers
May 5, 2025
This book is one of the most popular works written by Za’ba, who is prominently known as a distinguished Malay scholar specializing in language, religion, and economics.

However, I personally came to know about Za’ba from a political perspective, as he was one of the Malays who founded UMNO many years ago. I do not follow Za’ba's work in other areas except for his contributions to Malay politics and his views on the Malays.

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri was my third reading about Za’ba. This book focuses on the attitudes of the Malays, which, according to him, must change for them to achieve success like other races.

Za’ba criticized the Malays, and I find his critiques both harsh and significant.

What Za’ba stated in his book remains relevant today, as there has been little change in Malay society.

This means that nearly 100 years have passed since the book was written (around 1929), yet Malay attitudes have not changed much.

The book is divided into two parts and consists of eight chapters, spanning 142 pages, including indexes. The two sections convey two main messages—first, regarding attitude, and second, concerning virtue and wickedness.

Za’ba criticized the Malays for adhering blindly to scholars and Islamic imams who possess saturated knowledge but refuse to expand their understanding or conduct new research.

Za’ba also reprimanded the Malays for their tendency to surrender to fate, believing that divine help would come on its own.

He described them as being distant from knowledge, indulging in comfort, and lacking determination to succeed. Moreover, he noted that the Malays have a narrow mindset and tend to trust certain scholars, religious figures, and leaders without critically reassessing their perspectives.

Za’ba’s book was written as a critique of the Malays, but the original manuscript was not published until after his death.

According to the book, perhaps Za’ba knew that his reprimand was too harsh and would be difficult for the Malays to accept. It was only eight years after his passing that DBP took the initiative to publish the manuscript.

If we compare perspectives, Za’ba’s views align with those of Tun Mahathir. The difference is that Tun M bravely voiced his criticisms publicly, whereas Za’ba conveyed them through writing, which was not published during his lifetime.

Za’ba was recognized as a scholar after his death, while Tun M was criticized because his views were seen through a political lens.

Nevertheless, both figures conveyed the same message—that the Malays need to change
Profile Image for Hafizah Ammar.
12 reviews1 follower
July 21, 2021
Tajam peringatan pendeta Za'ba dalam memperingatkan orang Melayu untuk bergantung pada diri sendiri dalam banyak hal.

Beliau menekankan bahawa kita perlu banyak bergantung pada diri sendiri untuk mendapatkan kejayaan dari segi harta benda. Bukan sekadar menghulur tangan meminta kepada yang punya, sebaliknya berusaha dengan hasil titik peluh sendiri. Tiada yang mustahil jika tersimpan keazaman yang tinggi dalam diri.

Bergantung pada diri sendiri dari segi amal ibadat turut diberatkan pendeta Za'ba. Kita terlalu bergantung kepada doa orang lain untuk mendapatkan kesenangan dan kemudahan. Sedangkan amalan kebaikan dan keburukan itu akan diukur oleh pelaksanaan diri sendiri. Jika kita berpuasa, kita yang akan mendapat ganjaran amalan tersebut, bukanlah orang lain.

Kita juga perlu banyak meneliti ilmu-ilmu yang kita terima juga ilmu yang kita amalkan. Atas dasar kita mengetahui asbab mengapa begitu dan begini. Tidaklah kta beramalan secara membabi buta. Apabila kita terlalu bergantung pada orang terdahulu dari segi ilmu, kita perlu tahu bahawa ilmu pada hari ini berubah-ubah mengikut kemajuan zaman.

Penekanan terhadap pemahaman kebaikan dan kejahatan turut dinyatakan di dalam buku ini. Di mana baik dan jahat itu mempunya tingkatannya yang paling rendah sehingga tingkatan yang paling tinggi. Tahulah kita kebaikan dan kejahatan yang telah kita lakukan itu berada di tahap yang mana.

Tidak ketinggalan juga pendapat tentang pemikiran sempit orang yang terkemudian mengenai amal ibadat khusus serta kejahatan yang akan ditimbang ketika di mahsyar kelak. Yang mana kebaikan dunia ditinggalkan sedangkan mereka mengetahui dunia adalah tempat bertanam-tanam sebagai bekalan di akhirat kelak.

Namun, kejahilan itu dapat diubat dengan perbuatan berpaling semula kepada Allah kerana ia adalah perbuatan yang sangat disukai-Nya. Kita berpaling kepada Allah dan berganda-gandalah pula Allah berpaling kepada kita.

Buku yang wajib dibaca sekurang-kurangnya sekali. Ia menyedarkan pembaca akan kepentingan bergantung pada diri sendiri sama ada dari segi usaha mendapatkan harta benda, amal ibadat, ilmu dan taubat.

Tiada yang akan dapat mengubah sesuatu keadaan melainkan diri sendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
April 30, 2023
Suka betul bab mukadimah oleh Puan Asmah Hj Omar yang meringkaskan keseluruhan intipati buku tersebut. Beliau mengeluarkan poin atau tumpuan utama daripada buku tersebut iaitu sikap yang suka bergantung kepada orang lain dan bertaklid buta. Tumpuan seterusnya ialah analisis makna 'kebajikan' dan 'kejahatan'
Buku ini penuh dengan kritikan Za'ba terhadap golongan Melayu. Menurutnya bangsa Melayu mundur disebabkan perangai yang suka bergantung pada orang lain, tidak berusaha mengubah nasib sendiri dan sering merasakan tidak layak. Penjelasannya merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Contoh aspek duniawi adalah meminta pertolongan daripada orang lain. Manakala dari aspek ukhrawi ialah mengharapkan syafaat semata-mata sedangkan usaha tidak setinggi langit. Meski tajuknya kedengaran umum namun ia lebih menjurus ke arah keagamaan. Jadi Za'ba berhujah dengan mengambil ayat-ayat daripada Al Quran.
Beliau menggalakkan kita menggunakan akal untuk mengkaji dan meneliti perbuatan dan fahaman yang telah diamalkan agar kita tidak ikut secara buta tuli. Satu perkara yang mencetus persoalan juga, kenapa umat kini kurang berilmu daripada umat sebelumnya? Ramai tokoh ulama yang terkenal pada masa dulu dapat mengkaji banyak ilmu, sedangkan umat kini yang terdedah kepada pengetahuan baru sepatutnya bertambah ilmunya.
Beliau mengambil sepotong ayat dari surah An Nahl untuk mengkategorikan perbuatan jahat dan kebajikan lalu menghuraikannya.
Tingkat -tingkat Kebajikan; Berbuat adil, Berbuat ihsan dan berbuat baik kepada makhluk Allah
Tingkat-tingkat kejahatan; Fahsya', Mungkar dan Baghy
Menarik juga bila penulis huraikan penyempitan makna yang dilakukan tanpa sedar oleh masyarakat kita. Contohnya istilah amal ibadat yang kita fikir hanya perkara fardhu semata-mata. Kita tahu setiap perbuatan yang dibuat dengan niat kerana Allah dikira sebagai ibadat. Begitu juga ibadat yang kita lakukan sepatutnya mendorong kepada akhlak dan budi yang baik.
Penulis akhiri dengan suruhan kembali ke pangkal jalan iaitu bertaubat.
Displaying 1 - 30 of 72 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.