Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sepupuku Suamiku

Rate this book
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.


Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.


Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.


Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

542 pages

First published January 1, 2010

43 people are currently reading
538 people want to read

About the author

Lynn Allyna

5 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
98 (40%)
4 stars
55 (22%)
3 stars
60 (24%)
2 stars
23 (9%)
1 star
8 (3%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
May 15, 2012
Bagi hamba tidak mudah untuk menetapkan bintang atau menulis review tentang novel popular ini kerana hamba sendiri tidak pasti hamba menyukainya atau tidak (secara totalnya). Dan jujur, pembacaan hamba untuk Sepupuku Suamiku tidak selancar yang hamba harapkan.

Novel ini mengangkat sebuah lagi tema klise tentang perkahwinan yang bermula tanpa cinta (paling tidak untuk satu pihak). Selain tajuknya yang cukup magnetik untuk dicapai dari rak kedai buku, hamba tidak merasakan jalan ceritanya berbeza dengan novel-novel lain yang bertema serupa. Maaf.

Perjalanan cerita yang tidak banyak berbeza dan boleh diramal ini sebenarnya menyumbang kepada sebab kenapa hamba merangkak-rangkak untuk sampai ke muka surat akhir. Perjalanan cerita sudah cukup elok pada pandangan hamba. Tidak cepat dan tidak pula terlalu lambat. Hanya kekadang hamba kebosanan membaca babak-babaknya yang sudah boleh dijangka.

Ada satu perkara lagi yang agak menganggu hamba tentang Sepupuku Suamiku iaitu bagaimana tidak adilnya penulis mengolah kisah Johan. Masakan Johan digambarkan begitu menjengkelkan oleh watak utama, Nana pada hampir keseluruhan cerita tetapi di penghujung boleh pula Nana bergembira apabila Johan mengahwini kawan baiknya. Sekali lagi, KAWAN BAIK! Adakah maksudnya awak tak cukup baik untuk saya tapi sangat padan untuk kawan baik saya? Tidak adil bukan meski penulis berjaya menunjukkan sisi manis Johan melalui watak ibunya.

Namun, gaya bahasa santai yang diketengahkan oleh penulis dalam karyanya ini boleh hamba terima tanpa banyak masaalah. Malah inilah syarat pertama yang akan hamba tanda pada check list untuk sebuah bacaan ringan. Y(^-^)Y

p.s Hamba tidak kisah sebenarnya apa jua tema, bahan cerita malah penamat apa sekalipun yang diingini penulis untuk bukunya asalkan penulis tahu menyuntik sesuatu yang berbeza, unik dan sedikit identiti peribadi dalam karya mereka. Dan, yang penting membekal sedikit sebanyak pengajaran berguna untuk pembaca belajar bersama. Oh ya, gaya bahasa dan tatabahasa yang betul juga. [Cerewet itu menjengkelkan, hamba sedang mengingatkan diri sendiri dalam hati] (-_-")
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Di atas saranan beberapa orang kawan, aku juga tak ketinggalan mendapatkan novel ini terus dari penerbitnya. Sebenarnya cover novel ini memang serupa sangat dengan koleksi gambar yang aku ada [aku pernah tulis tentang cover ini di MP:]. Jadi pastinya aku mengharapkan cerita ini seindah dan secomel kulit novelnya.

Cerita ini mengisahkan Nana yang menjadi pengganti isteri kepada Hisyam merangkap sepupunya. Hani; tunang Hisyam telah bertindak membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga Hisyam pula tak mahu menanggung malu lalu meneruskan juga perkahwinan yang telah dirancang. Dengan persetujuan Hisyam, Nana yang dipinang. Nana pula yang memang menyimpan perasaan pada sepupunya hanya menurut.

Semenjak bergelar suami kepada Nana, Hisyam sudah pun melupakan bekas tunangnya. Hidupnya kini diserahkan kepada perkahwinannya dan hatinya mula belajar mencintai isterinya. Tak susah nak suka pada isterinya itu kerana Hisyam memang mudah terpaut dengan gelagat comel Nana itu. Pasangan ini berjaya mencari bahagia yang dicari.

Namun kemunculan semula Hani memburukkan keadaan. Nekadnya Hani untuk kembali pada Hisyam menyebabkan rumah tangga pasangan ini mula berkocak. Kehadiran Hani dengan pelbagai helah berjaya menggugat ketenangan dalam diri Nana. Mudah sangat Nana percaya pada tiap omongan Hani itu. Kemuncak konflik dalam hubungan Nana dan Hisyam di saat Nana keguguran dan Hisyam pula ditangkap basah bersama Hani.

Sedikit tertanya-tanya mengapa pula Hisyam senang sangat diperdaya oleh Hani. Dia kan seorang doktor. Masakan doktor tak mampu mengesan sama ada Hani itu benar-benar mengandung atau pun tidak.

Cerita ini kemas dengan disuntik sedikit elemen thriller. Cuma ada di sesetengah plot disampaikan terlalu laju dan sebahagiannya pula terlalu mendatar. Namun garapan pertama penulis ini boleh dibanggakan walaupun aku sebenarnya gagal mengesan ‘rahsia misteri’ yang menyebabkan novel ini laris di pasaran. Mungkin saja citarasa aku yang berbeza menyebabkan aku tidak menemuinya hik3 lalala5 :)

Tak tahu pula ini juga merupakan naskah e-novel di awalnya sebelum diterbitkan. Pastinya penulis ini boleh berbangga dengan hasil karya pertamanya yang menduduki carta pilihan MPH untuk tempoh masa yang agak lama. Satu permulaan yang baik untuk penulis baru. Tahniah :)
Profile Image for Mslvoe.
2,081 reviews201 followers
May 31, 2013
" Kita sebagai hamba Allah memang tak boleh lari daripada masalah & dugaan. Itu semua ujian daripada Allah untuk menguji sekuat mana kita sebagai hamba-Nya. Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui. Para nabi juga ditimpa dugaan. Mereka tak pernah mengeluh kerana dugaan itu tanda sayang dan cinta Allah kepada hamba-Nya"



Ada part yang mendatar.. ada part yang laju penyelesaiannya.. ada part thriller, ada part yang menyedihkan sha bila heroin berpisah dengan hero.

Untuk buku pertama beliau tidaklah begitu mengecewakan kerna penulis masih baru. Kisah santai yang tidak perlu kita berfikir. Tapi kisah keluarga yang penuh dengan kasih sayang, kesabaran & nilai persahabatan.

Nana & Hisyam = Sepupu --> Hani memutuskan pertunangan pada saat² terakhir --> Nana & Hisyam berkahwin --> bahagia --> berpisah kerna perangkap Hani --> rujuk semula --> happy ending :-)


 photo tumblr_md193xULHG1rhkjrgo1_250_zpsc310079c.jpg

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 14, 2012
Diana Syakira (Nana) dan Hisyam (Abang Syam)adalah sepupu. Abang Syam adalah cinta pertama Nana. Nana kecewa bila Abang Syam bertunang dengan pilihan hati. Bila tiba-tiba Nana disuruh gantikan calon isteri Abang Syam dua minggu sebelum hari pernikahan Abang Syam, dia rela jadi galang gantinya. Cinta mula bersemi. Kebahagiaan mereka tidak lama. Berbagai dugaan yang dihadapi sehingga terlerai ikatan yang suci. Nana kehilangan buah cinta mereka, Abang Syam ditangkap berkhalwat, Hani mengandung anak Abang Syam dan keselamatan diri serta orang-orang yang disayangi diugut, Nana minta dilepaskan. Hidup mereka tertekan kerna masing-masing sangat merindui. Akhirnya, kebenaran terbongkar! Mereka kembali bersatu. Emotionally draining... Klimaks cerita ini yang best.. bila Nana diserang dirumah dan Abang Syam tunggu diluar rumahnya. Tapi, yang sangat menyentuh hati ini ialah cinta mereka tidak pudar, masih ada kasih, saling memerlukan.. cuma yang kesal, mereka tidak pandai untuk berkongsi cerita dan perasaan... Mungkin ini adalah salah satu ikhtibar dari cerita ini..
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
January 29, 2018
Ibarat bulan jatuh ke riba, bila tiba-tiba Nana diminta menggantikan calon isteri sepupunya Abang Hisyam. Dia yang selama ini dalam diam menyintai abang sepupunya itu dengan rela hati sudi menjadi galang ganti. Hani, tunang Hisyam telah mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka disaat-saat akhir. Demi menjaga air muka mereka sekeluarga dari menanggung malu, Nana adalah calonnya bagi menyelamatkan keadaan.

Namun kebahagiaan mereka tak kekal lama. Hani kembali mengganggu. Sengaja dia memporak perandakan rumahtangga bahagia Nana dan Hisyam. Dugaan demi dugaan melanda mereka sehinggakan mereka hampir-hampir berpisah.

Mampukah mereka tempuhi segala rintangan dan dugaan yang mendatang..? Sebuah kisah yang santai dan pembaca pasti boleh mengagak kesudahan jalan ceritanya. Satu perkara yang saya suka tentang novel ni, ianya bukan kisah cinta semata-mata. Sarat dengan kisah kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang, erti sebuah pengorbanan dalam sebuah perhubungan dan betapa bernilainya erti sebuah persahabatan.

DONE
1 review
April 26, 2020
Good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for eazdunnnnn.
2 reviews1 follower
July 29, 2021
BROOOOOO MY FIRST NOVEL TIME DARJAH 6 DOOOOO 😭😭😭😭 IGT LAGI HISHAM NANA NGN HANIIIIIIII PERGHHH NOSTALGIC GILAAAAAAAAA BACA 5 KALI TK PENAH MUAK.
24 reviews3 followers
August 2, 2011
Nana mencintai sepupunya, Hisyam dalam diam. hisyam pula dalam masa yang sama telah bertunang dengan Hani. The something happened, Nana jadi bidan terjun, menikah dengan Hisyam. jeng3..

*********
buku ni saya kategorikan sebagai bacaan ringan. sedap dibaca but nothing much. kandungan yang agak simple, tipikal, dan keanak-anakan sikit.
mungkin sesuai untuk remaja. Kalau orang mengharapkan sesuatu yang lebih dari sebuah cerita yang 'sedap', novel ini bukan pilihan.

Saya mengharapkan pengarang novel boleh kasi kita sedikit input bila membaca. Ada sesuatu yang kita boleh belajar, sealalunya pengarang veteran akan selitkan unsur ilmiah dalam penceritaan.



apapun, buku ni sedap dibaca atas gaya bahasa yang santai. ^_^
Profile Image for Zeeqa.
6 reviews3 followers
April 21, 2011
Walaupun sepupu, Nana dan Hisyam sangat menyintai satu sama lain. Kasih sayang antara mereka memang tidak dapat dihalang dan segala halangan dan rintangan yang dilanda oleh mereka dalam menjalani kehidupan berumahtangga dapat ditangani walaupun terpaksa berpisah buat sementara waktu.
Profile Image for Adda Carllisha rose.
12 reviews1 follower
September 7, 2014


Baru habis baca novel ni last week ..
Oklah Jalan cerita novel ni ..tapi bagi saya ending untuk Johan tu macam tak best ..
Sebab Sebelum tu macam Beria-ria benAr nak rampas nana,tpi last2 Terima macam tu je ..

2 reviews5 followers
May 5, 2011
Great book. I almost cried reading it.
1 review
Want to read
October 16, 2015
bagus banget tapi aku belom baca pas waktu konfliknya karena belom ada di internet adanya dinovel pdhl cerita nya bgs tapi aku belom baca konfliknya huwaaaa pingin nangis deh
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.