Surah Al-Waqi’ah adalah salah satu surah di dalam Al-Quran, yang sangat diyakini secara spiritual, psikologi dan ilmiah, sebagai satu surah yang mampu memberikan kemukjizatan dan fadilat kepada kaum Muslimin dan Muslimat yang membaca dan mengamalkannya. Tidak dapat dinafikan, bahawa sebahagian besar kaum Muslimin telah mengetahui bahawa surah Al-Waqi’ah, adalah surah untuk kejayaan dan mengusir kemiskinan, tetapi bagaimana caranya? Buku kecil ini menghuraikan cara-cara meraih kejayaan itu, selain daripada menyajikan banyak pengetahuan baru berkenaan dengan fadilat dan keagungan kalam Ilahi, khususnya misteri yang terkandung di dalam surah Al-Waqi’ah, dan cara-cara memaksimakan energy spiritualnya untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu, bacalah surah Al-Waqi’ah, nescaya rezeki anda akan menjadi mudah. InsyaAllah.
Huraian yang agak meleret sehingga tidak sampai maksud isinya. Walaupun banyak hujah dari ayat Al-Quran, namun kelemahan dari segi penyusunan menjadikan buku ini susah difahami.
Buku spiritual yang bagus di bab 2 sudah banyak sekali disajikan tentang bagaimana Al Waqiah. Bagaimanapun pengalaman Al Waqiah setiap hari minimal 14 kali membuat hidup lebih berkah dan harus dihayati maknanya.