Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangan untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat ADRIANNA berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
SYAFIK merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya.
RAZIF pula cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi.
FIRAS, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki ini mampu menganggu konsentrasinya.
Akhir sekali, EIZLAN yang muncul secara misteri, dan kini mula menghantui hidupnya!
Perempuan bak bunga di taman Menulis dengan jiwa Lelaki pula bak kumbang berterbangan Menulis dengan apa adanya
Bukannya mudah untuk mendapatkan apa yang diimpikan dalam hidup kita. Adrianna, mengimpikan seorang lelaki yang romantis dan menyintainya sepenuh hati sebagaimana yang paparkan di dalam semua karyanya. Pengalaman cinta lalu bersama Syafik dan Razif, menjadikan Adrianna seorang yang berhati-hati dalam perkenalannya dengan Firas yang juga merupakan 'hero' dalam novelnya yang ke-3. Sebagai penulis novel, Adrianna tidak dapat lari dari berdepan dengan karenah peminat-peminat yang bermacam-macam perangai. Eizlan, peminat misteri yang begitu memuja Adrianna telah menjadikan hidup Adrianna begitu tertekan. Insiden yang menimpa Adrianna telah menyedarkan Syafik akan keluhuran cinta Adrianna itu terhadapnya.
Kalau hati ini terasa rindu Apakah ubatnya? Kalau cinta ini tak mahu pergi Apakah yang harus kulakukan?
Cukup teruja untuk mengetahui kesudahan jalan cerita novel ini dan aku hanya mengambil masa setengah hari saja untuk menyudahkan pembacaanku. Pengolahan cerita yang lain sedikit dari novel-novel yang pernah aku baca dan ali rasa ia merupakan karya terbaik dari AE untuk semua peminatnya.
Laksana jentayu menanti hujan... Kehadiranmu... bagaikan memukau hidupku... hanya terdaya untuk bernafas hanya dengan kehadiranmu.....
p/s: perkataan baru - terlolos; menggeligut; berondak-ondak; dipalis.
This story is a bit different than what I'm beginning to get used to, as far as Malay novel goes. Ia ada sedikit unsur thriller because one of Anna's many admirers turn out to be a creepy stalker. Memang meremang jugaklah bulu bila baca sebab takut ada benda yang bukan2 berlaku pada Anna or her loved ones.
And the ending, oh wow! Sangat tak expect! What a twist!
Kalau ikutkan, cerita ni memang deserve dapat 4-5 stars tapi N tak berkenan dengan watak Anna. Dia sangat shallow! I'm surrounded by people like that in real life so I don't want to get to know another one, even in the world of fiction.
Suasana dalam novel ni memang buat aku teruja. Mana taknya hampir kebanyakan plot mengambil tempat di public transport – LRT, Komuter dan ERL hik3 lalala5 Barangkali kerana selalu menggunakan perkhidmatan ini, aku jadi senang dengan perjalanan cerita ni hik3 lalala5
KLB mengisahkan Adrianna; seorang penulis novel romantic-thriller. Dalam kesibukan mencari idea untuk novel terbarunya. Dia bertemu dengan Firas yang mempunyai karakter yang amat serupa dengan watak utama novelnya itu. Jadi Adrianna menggunakan Firas sebagai tempat rujukan. Membayangkan Firas sebagai hero novel seterusnya mengadaptasikan setiap pertemuan mereka ke dalam novel. Kejam pula aku rasa si Adrianna ni! Sebab dia dah mengambil kesempatan ke atas Firas yang baik hati tu.
Bila Firas mengetahui kisah sebenar, dia amat-amat kecewa. Mana taknya watak tulisan Adrianna memang bagaikan cermin dirinya siap dengan nama dan kerjaya lagi. Firas terasa dipermainkan dan ditipu hidup-hidup. Kecewa dengan sikap Adrianna, dia bertindak menjauhkan diri. Dia tak lagi menggunakan perkhidmatan komuter. Merajuk la kononnya hik3 lalala5 ;P
Adrianna berasa amat bersalah. Tapi dia pun tak cuba untuk memperbaikinya. Segan barangkali. Apatah lagi dia selalu mengatakan hubungan mereka sekadar kawan namun bila kehilangan Firas barulah dia tahu yang dia sudah ada rasa pada Firas. Sebelum ini, Adrianna pernah bercinta dengan Syafik, namun hubungan mereka putus bila masing-masing sambung belajar. Dia jatuh hati pula pada Razif yang pandai berpuisi tetapi Razif pula meninggal dunia. Adrianna kemudiannya berkenalan dengan Eizlan; salah seorang peminat novelnya. Menggunakan Eizlan sebagi tempat dia meluahkan rasa rindu pada Firas. Aduhai, Cik Adrianna ni mudahnya jatuh suka!
Nasib baik Adrianna dan Firas berbaik-baik semula. Dengan erti kata lain, masing-masing dah mengaku rasa hati. Adrianna pun dah menceritakan segala kisah silamnya pada Firas. Dengan senang hati mereka menempuh alam baru iaitu perkahwinan. Tetapi, sungguh tak disangka si Razif yang mati muncul kembali. Malah Eizlan pula makin obses dengan Adrianna. Kedua-dua lelaki ini mula jadi pemburu dalam hidup Adrianna. Hubungan Adrianna dan Firas berantakan lagi!
Ps: Novel ni telah diangkat menjadi drama dan sedang ditayangkan di RTM TV2
Novel Kau Laksana Bulan mengisahkan tentang kisah Adrianna, seorang penulis novel yang boleh dikatakan takut untuk jatuh cinta. Macam dalam novel ni, banyak kali pembaca diberitahu, walaupun Adrianna tu reti menulis kisah cinta, tapi diri sendiri tak reti nak bercinta! Kisah silam sering datang menghantui dirinya. Syafik, kekasih pertama dia masa kat sekolah. Then lama-kelamaan Syafik hilang macam tu je tanpa ada apa-apa penjelasan buat Adrianna. Dalam itu, Adrianna berkenalan dengan seorang jejaka romantis di internet, yang sering berpuisi untuk luahkan perasaannya terhadap Adrianna. Namanya Razif. Mereka bertemu dan masing-masing suka antara satu sama lain. Namun, setelah itu, Razif juga menghilang. Apabila mendapat berita, Razif dikatakan telah meninggal dunia. Fuh sedih tak terkata.
Adrianna menyambung pengajian masters di UM. Setiap hari, dia akan menaiki trem dan disitu lah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Firas Ali. Dalam mereka berkenalan, ternyata Adrianna hanya menggunakan Firas sebagai idea untuk novelnya sahaja. Bila Firas tau, memang kecewa la dia. Merajuk sampai ke sudah. Adrianna serba salah dengan apa yang dia buat. Tak sengaja. Bila Firas dah tak selalu berhubungan dengan dia, dia sunyi. Masa tu dia tau, dia sayangkan Firas. Namun, muncul pulak seorang peminat Adrianna, yg bernama Eizlan. Watak Eizlan dalan novel ni psiko gila. Kat mana-mana je Adrianna pergi, Eizlan mesti ada.
Adrianna dengan Firas berbaik semula bila Firas tolong dia settle kan tentang Eizlan. Setelah disiasat, Eizlan tu ada masalah sikit. Haha. The ending, paling aku suka. Adrianna dengan Firas got married. But still, ada masalah bila Firas dapat tau yang Adrianna sorok about Razif masih hidup. Merajuk merajuk lagi. Glad, lastly diorang percaya antara satu sama lain bila Adrianna explain apa yang jadi sebenarnya. Banyak twist dia. Apapun, cerita ni best and must read ok :)
1st time baca buku Aina Emir. Tak tahu nak cakap macam ne, memang best la. Romance Thriller. Jalan cerita yang simple. Terus tuju pada point cerita. Takda nak pusing-pusing sampai nak tebalkan novel.
Watak Anna yang memang ala-ala gila punya fe'el. Ego & pentingkan diri sendiri serta suka gunakan orang untuk keselesaan sendiri. Tapi watak yang baik, suka mengkaji, ramah. Sebab watak yang diceritakan Anna seorang penulis novel thriller. Tu yang rajin mengkaji.
Pastu watak Firas lak, memang sweet betul la. Boleh cair perempuan kalau Firas depan mata. Hensem & bijak susun kata bagi manis. Memang jenis cakap lepas. Bergula kata kau.
Susunan polot baik. Separuh awalan semuanya sweet muwit. Sepatuh penghujung banyak konflik. Dari satu ke satu konflik. Cemas jugak yang membacanya. Cemas sebab risau, Anna tak dapat kawin dengan Firas. Haha.
Sebenarnya, tersalah beli buku. Tapi dah ada, baca je la kan. Btw, buku yang sangat bes. Tu je kot.
Aku suka cerita ini sebab jalan cerita dia sangat unexpected yang akan menyebabkan kau takkan stop baca novel ini! SO for those yang tertanya sama ada worth the reading and the money ke tak? Aku boleh cakap worth gila! Aku prefer baca yang eBook punya sebab boleh tahan lama sikit novel ni sebab aku nak baca banyak kali lagi! Sebab kalau buku biasa risau basah and etc. So if korang jugak ada masalah macam aku...Jom baca novel ini versi eBook di link berikut:- https://www.e-sentral.com/book/info/3...
Novel ini antara favourite aku sebab jalan cerita dia x cliche. First time aku baca novel ni dalam bentuk eBook dekat https://www.e-sentral.com/book/info/3... aku terus suka gila dengan novel ni sebab bahasa melayu dia memang serious 'wow' aku cakap. So sesiapa yang rasa nak baca tapi risau tak jual dah dekat kedai buku, korang boleh klik je link ni https://www.e-sentral.com/book/info/3...
citer ni tgk drama dulu...suka chemistry ayu raudhah dgn zulhuzaimy... baru hbs baca...byklah babak drama n novel serupa... oklah novel ni. cuma kkdg rasa annoying dengan anna sebab dia yg cari masalah dgn lelaki pastu pening sendiri...😂😂
Yg pertama karya Aina Emir. Tak pasti jika buku beliau yang lain dari genre apa. Yang pasti suka sangat yang ini, genre utama romantic thriller. Seorang penulis novel menulis kisahx2 romantic thriller, berjaya, malah watak hero novel ketiga diberi nama dan character serupa dengan kenalan barunya, Firas Ali. Semua cool, beliau sendiri menjalani kehidupan yang awalnya romantik dan sedikit melucukan (watak emak Andriyanna iaitu Makcik Salmah saya sangat suka), kemudian Anna terpaksa melalui keadaan yang mendatangkan ketakutan juga. Rasa saya suspense dia memang terasa .... meremang juga bulu tengkuk memikirkan siapa Razif, siapa Eizlan, kenapa dan kenapa. Puas hati baca. Cuma tajuknya rasa saya tak suai la.
Kau Laksana Bulan memang sebuah cerita yang unik. Penceritaan di dalam penceritaan. Cerita yg menunjukkan kuasa Allah tiada siapa boleh menidaknya. Di dalam sebuah karya, semua didalam tangan penulis. Penulis paling berkuasa. Tapi di dalam kehidupan kita semua nya di bawah ketentuan Allah SWT walau sehebat mana kita di bumiNYA.
Adrianna seorang novelis yang hebat. Karya meletop-letop tapi kehidupan yang hambar. Menginginkan seorang kekasih/suami yg romantis lebih kurang ala-ala hero ciptaannya. Namun, jodoh semua ditangan Allah.
Selain unsur kekeluargaan, romantis, thriller juga ada diselitkan membuat novel ini lebih menarik dan mendebarkan.
mendebarkan..mengagumkan..!yg paling penting biar buta mata,asalkan tidak buta hati..seandainya tersalah langkah harulah hidup ini,mencari cinta hati biarlah sejati yang sememangnya bukan abadi..kerna hanya cinta kepada-Nya kekal abadi..:)