What do you think?

Air Mata Kasih
- GenresNovels
First published December 1, 2012
About the author
Norhayati Berahim
65 books209 followersNovelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
October 18, 2015
Penjenamaan Semula katanya.
Mencari-cari kalau ada perbezaan/penambahan ermmm tak ada beza rasanya,
dan tiada apa yg ditambah. Cuma perasaan membaca kisah ini masih sama
mcm ketika membaca versi Alaf 21.
P/S yg berbeza itu harga bukunya *Ngeeee

June 8, 2015
Kasihan Farah Diba. Kewujudan Farah tidak diraikan ayah kandung (Fakrulrazi ) kerana dia anak perempuan. Sampai satu tahap Farah hampir dihantar kepada paklong (sebelah ibu) untuk dibela. Apabila bertembung ada sahaja perkara yang hendak digaduh. Pelik , si ayah mendendami dia padahal tidak ada salah silapnya Farah kerana dia adalah anak sah. Yang peliknya isteri dan ibu tidak pula dimusuhi Fakhrurazi. Hanya anak perempuan dan perempuan-perempuan diluar sana dia cukup anti sampai semua pekerja di syarikat adalah lelaki. Untungnya mama Farah ini tidak dimadukan disebabkan persepsi ayah terhadap perempuan. Tapi malang bagi Daniel, ayahnya sampai berkahwin 4. Kasihan ibu yang sakit.
Pada Cik Pah, kekuatan cerita ini adalah keinginan pembaca untuk merungkai asbab musabab Fakrulrazi memusuhi perempuan. Kehilangan Fakrulrazi bersama 2 orang anak lelaki dan rakannya (ayah Daniel) di Australia telah menyebabkan Farah Diba tiada pilihan menanggung kerja menguruskan syarikat pembinaan ayah. 2 bulan mungkin tempoh terlalu awal untuk dia mahir bidang pembinaan sedangkan dia hanya membuka perniagaan menjual kucing untuk sara hidup dia selepas keluar dari rumah untuk hidup sendiri. Tapi kemungkinan terdesak menyebabkan seseorang itu akan lebih cepat belajar menguasai bidang yang tak pernah dipelajari. Banyak masalah dalam syarikat yang dia perlu selesaikan kerana ada pihak yang telah diberi kuasa oleh ayahnya cuba menangguk di air yang keruh. Tekanan-tekanan daripada paklong sebelah ayah yang ingin merampas syarikat ditepis Farah dan ibunya. Untungnya Farah, dia dibantu ramai kakitangan yang sememangnya berkaliber dan Daniel kenalan yang ditemui dikala dia berurusniaga kucing turut membantu.
Ingatkan apabila dah selamat balik Malaysia, Fakrulrazi insaf. Sama saja layanan dia terhadap Farah. Bukan nak ucap terima kasih penat lelah Farah bahkan mengguris hati Farah dengan sekeping cek. Cerita ini buat orang menangis bila Farah kritikal demam denggi. Masih ego lagi lah seorang ayah apabila satu-satunya anak perempuan yang ada sedang bertarung nyawa? Dalam masa yang sama rahsia masa silam makin terbongkar dengan kehadiran mereka di wad ICU.
Alkisahnya Daniel berjodoh dengan Farah disebabkan Daniel ingin membeli kucing untuk kekasih hatinya Zira. Huh sebut pasal minah ni, rasa macam nak campak dia dari tingkat 10. Kejam sangat dengan kucing. Gila kah apa sampai tak ada hati dari tingkat 3 dicampaknya Didi si kucing selepas bergaduh dengan Daniel. Tak sampai hati nak bayang kalau Bella (kucing Cik Pah) yang kena. Rasanya Mama K dan Papa R pun singsing lengan baju nak ganyang Zira.

September 26, 2017
Lama dulu, pernah pinjam satu novel dari kawan. Rasanya dia pun pinjam dari orang lain hehehe. Sebab saya tak sempat habis baca pun. Tapi saya tetap ingat, buku tu keluaran Alaf21, nama watak utamanya Farah Diba yang tak disukai oleh ayahnya tanpa sebab kukuh tetapi sanggup berkorban menguruskan syarikat ayahnya ketika dia hilang di Australia dan heronya Daniel, yang banyak membantu Farah tentang perjalanan syarikatnya serta kedai kucing. Apa yang saya lupa adalah nama penulisnya.
Dan, ketika saya dipertemukan semula dengan naskhah ini (dengan bantuan Goodreads, pastinya), saya amat terkejut. Tidak menyangka sama sekali penulisnya adalah Puan Norhayati Berahim, yang terkenal dengan karya yang penuh isu kemasyarakatan dan suaranya agak lantang mengkritik kepincangan yang banyak berlaku di sekitar kita. Amat berbeza sekali naskhah ini dengan tulisan-tulisannya yang lain yang pernah saya baca.
Kerana ingin tahu sambungan cerita Farah Diba dan Daniel yang saya tinggalkan bertahun dulu, akhirnya saya ambil keputusan untuk membeli jua novel ini yang telah diterbitkan semula oleh NB Kara. Dan ya, memang betul ini bukunya hahaha.
Seperti biasa, penulis mengangkat tema kekuatan seorang wanita yang selalu direndah-rendahkan keupayaannya. Farah Diba membuktikan, walaupun dia hanyalah penjual kucing, namun semangat dan ketabahannya untuk menguruskan syarikat pembinaan ayahnya sepanjang ketiadaannya tidak boleh diperkecilkan. Walaupun menghadapi tentangan dari beberapa pihak, Farah tetap teguh menjalankan tanggungjawabnya sepenuh hati.
Saya beri 4 bintang kerana buku ni mampu buat saya baca laju-laju. Dalam kesibukan tugas harian yang turut mempengaruhi tabiat membaca saya, kisah ini berjaya mengikat saya untuk membacanya sehingga habis. Saya pejamkan mata dengan sikap Daniel yang agak melampau tu (pada pandangan peribadi sayalah) kerana buku ini ditulis pada awal tahun 2000 dulu. Haishhh...suka-suka hati nak pegang-pegang nak peluk anak dara orang. Tengok la orangnya dulu, jenis yang menjaga aurat dan batas pergaulan, bukannya jenis sosial berpakaian seksi sebagaimana teman-teman wanitanya sebelum ni yang banyak dikenali di kelab malam*gelengkepala*

August 26, 2010
Karya lama NB yang sudah selamat berada dalam koleksiku. Gila agaknya aku ini, sibuk mencari karya-karya terdahulu sedangkan novel-novel baru makin melambak di pasaran hik3 lalala5 ;P
AMK cerita tentang konflik yang melanda Farah Diba dan ayahnya; Fakhrulradzi. Konflik ini tercetus kerana dendam ayahnya terhadap kakaknya sendiri. Walaupun itu kisah hitam bertahun-tahun yang sudah, Fakhrulrazi masih menyimpan dendam. Akibatnya dia terlalu membencikan kaum wanita. Padanya semua perempuan itu akan membawa bencana. Malah di dalam syarikatnya pun, semua pekerjanya adalah kaum lelaki.
Jadi, bila dapat anak perempuan dia ‘buang’ anaknya sendiri jauh-jauh. Cuba disembunyikan Farah Diba daripada sesiapa dan memang ketara sangat yang anak perempuannya itu selalu dilayan serba tak kena. Mungkin juga kerana wajah Farah Diba memang saling tak tumpah seperti kakaknya itu, jadi dia makin membenci darah dagingnya sendiri.
Walau apa pun yang terjadi, Farah Diba gadis yang cekal hati. Tanpa merasai kasih sayang daripada seorang ayah, dia tetap bahagia menempuh kehidupan. Apatah lagi ibu tersayang sering saja di sisi. Farah Diba membuka sebuah kedai kucing hasil titik peluhnya sendiri. Bukan mahu berlagak tapi tanpa bantuan ayahnya, dia mampu hidup sendiri. Kasihan! Dah serupa macam anak tiri je.
Kehilangan Fakhrulrazi bersama-sama anak lelakinya Fuad dan Farid di Whitsunday Island, Australia membawa satu episod baru dalam hidup Farah Diba. FAS Holding; perniagaan ayahnya perlu dikendalikan, mahu atau tidak Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu.
Pertemuan Farah Diba dengan Daniel aku anggap hanyalah sekadar penyeri. Bermula dengan kisah Daniel beli kucing di kedainya. Kemudian dibambu oleh Farah Diba kerana sikap girlfriend Daniel yang selamba badak baling kucing keluar tingkap. Kejam gila! Bila kehilangan ayah dan abang-abangnya barulah tahu yang ayah Daniel turut sama hilang dalam kejadian itu. Hubungan mereka makin rapat, malah Daniel yang banyak membantu Farah Diba dalam menguruskan syarikat.
Dalam keseronokan Farah Diba membimbing syarikat, ayahnya kembali. Dalam diam, luka lama berdarah kembali. Farah Diba akur. Dia bukan anak kesayangan ayahnya.

January 9, 2014
Nipis saja novel ni tapi sarat dengan pengajaran. Kisah yang berkisar tentang kekeluargaan ini memang sering berlaku di masa kini. Walaupun anak sendiri, tetapi kadangkala ibu bapa ini... dalam sedar atau tidak sedar, mereka tidak adil dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Begitulah yang terjadi di antara Farah Diba dan ayahnya Fakhrulradzi.
September 3, 2015
Juga novel kegemaranku..:)
October 2, 2017
Farah yang kental semangat, berhati batu dan bila angin panas hatinya sampai, habis keluar mulut lasernya. Namun Farah berhati tulus, penyayang pada kucing-kucingnya, dan walaupun tak mudah memaaf atau melupakan orang yang menyebabkan deritanya, dia masih boleh tenang menggalas tanggungjawab sebagai anak. Syarikat contractor ayahnya dibersihkan dari unsur penipuan dan undang-undang baru dibuat supaya tak ada orang yang boleh mengambil kesempatan. Itupun ayahnya masih tak pandang dia sebelah mata. Sedih sungguh hati Farah. Mengapakah ayahnya begitu buta menilai? Dendam ayah terhadap orang lain, Farah pula yang terpaksa membayar. Daniel yang nakal sering mengusik dan Farah tak mudah lentok dengan godaan. Cinta yang tak mengenal erti putus asa dari Daniel akhirnya dapatkah melembutkan hati Farah?
May 19, 2013
Best! Farah Diba dibenci oleh ayah sendiri. Ayahnya begitu kerana terkenangkan kakaknya yang pernah menconteng arang kemuka keluarga dan juga menyebabkan ibunya menderita lalu meninggal dunia. Lalu Farah keluar dari rumah dan menyara hidupnya sendiri sehingga dia berjaya membuka sebuah kedai menjual kucing. Ayahnya lebih sayangkan abang-abangnya, Fuad dan Farid. Suatu hari ayah dan abang-abangnya hilang semasa menyelam di Australia. Farah di minta oleh umi dan bapa saudaranya untuk menerajui syarikat ayahnya sementara ayahnya tiada. Mereka tidak mahu syarikat itu jatuh ke tangan Uncle Kassimnya, abang kepada ayahnya. Farah melakukan yang terbaik untuk syarikat ayahnya walaupun tidak tahu untuk menguruskan syarikat besar. Banyak perubahan yang dilakukan untuk melindungi syarikat itu dari kerugian. Bila ayah dan abang-abangnya ditemui, dia terus meletak jawatan. Tetapi Abang Fuad masih dalam keaadan koma. Farah sentiasa berbual dengannya untuk mengembalikan semangatnya. Suatu hari Daniel dapati Farah deman teruk sehingga pengsan. Rupa-rupanya, dia mengidap deman denggi dan keadaannya sangat genting. Ramai yang datang melawatnya. Disitu, ayah Farah berjumpa dengan kakaknya yang telah lama menghilang. Barulah dia dapat tahu mengapa kakaknya telah meninggalkan mereka sekeluarga. Dia baru sedar bahawa dia selama ini telah tersalah sangka dan Farah telah menjadi korban salah sangkanya. Dia meminta maaf kepada Farah. Dia mahu Farah kembali tinggal dirumah dan menjaga Fuad yang telah sedar dari koma. Farah rasa tertekan. Dia meluahkan perasaannya kepada Daniel. Daniel memberi dia kata-kata perangsang. Farah kembali bersemangat dan mengaku dia menyayangi Daniel. Daniel rasa amat bahagia sekali dan tidak sabar untuk menunggu hari bahagia mereka.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews