Imrah bangkit berdiri dalam satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih berpijak dalam lingkungan tradisi kampung yang bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh amalan adat resam orang-orang tua, tetapi dengan menggunakan kekuatan yang luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yang diamalkan di kota-kota yang telah diresapi oleh unsur-unsur dengan kakinya yang sebelah lagi.
Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah untuk mencantumkan dua impian kehidupan yang bercanggah ini adalah ombak-ombak yang menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorang perempuan, dia memulakan perjalanan baru yang bertolak dari satu soalan, "Di manakah penyudahnya hidup seorang perempuan?".
FATIMAH BUSU dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru untuk beberapa tahun. Pada awal dekan 1970-an, Fatimah Busu menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM.
Dalam jagat kesusasteraan tanah air, genre cerpen dan novel telah menonjolkan bakat kepengarangan Fatimah Busu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980), Yang Abadi (Teks Publishing, 1980) dan Al-Isya' (Teks Publishing, 1985). Sebanyak 10 buah cerpennya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen yang berjaya ialah "Mawar Yang Belum Gugur." (1971); "Nasinya Tumpah" (1972), "Freshie" dan "Lambaian Tanah Hijau" (1973); "Bunga-bunga Pulau" dan " Sampah Yang Hanyut" (1974); "Anak Bumi Tercinta" dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975); "Mahar Asmara" (1983/1984) dan "Al-Amin" (1984/1985). Manakala genre novel yang dihasilkan, iaitu "Ombak Bukan Biru" dan "Kepulangan". Antologi puisinya yang terbaru "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" telah diterbitkan pada tahun 2004.
Sebagai ahli akademik atau sarjana, beliau telah melaksanakan penelitian ilmiah dengan menghasilkan buku yang berjudul "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992). Buku ini, kemudiannya memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1992/1993.
Kini, dua buah cerpen beliau yang pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia menjadi bahan teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat STPM. Cerpen-cerpen itu ialah "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001) dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)
Hasil pena terkini Fatimah Busu ialah "Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004), "Salam Maria" (Absolute Publications, 2004), "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004) dan "The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).
Rupanya novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1977 (lagi tua berbanding usia aku sekarang)! Terima kasih bebanyak kepada penerbit Jiwa kerana sekali lagi menerbitkan semula buku - buku sastera seperti ini untuk tatapan anak muda (purba) seperti aku.
Ombak Bukan Biru mengisahkan perjalanan hidup Imrah, seorang guru Melayu yang berani, kuat, tapi emosional. Lepas putus cinta dengan tunangnya, Yamin, dia membawa diri ke Pulau Pinang. Kat situ dia berkenalan dengan Celine, dan melalui Celine, Imrah bertemu pula dengan Lawrence, seorang jejaka British. Pertemuan ini mencetuskan asmara yang kemudian menjadi obsesi yang memakan dirinya. Selain kisah cinta, novel ni juga menyentuh isu kekeluargaan dan budaya di era 70an - di mana Imrah berhadapan tentangan orang tua yang konservatif terhadap hubungannya dengan Lawrence yang bukan beragama Islam, walaupun Lawrence kemudiannya memeluk Islam. Konflik ini mendorong Imrah untuk memilih antara restu keluarga atau cintanya.
Plot OBB terstruktur dengan baik, tapi quite klise, sebab kita baca ni pun pada tahun 2025, 48 tahun selepas ia diterbitkan. Part yang menarik perhatian aku adalah pada pertengahan plot - apabila Imrah tekad untuk bercinta dengan Lawrence walaupun ditentang keras oleh ayahnya. Keputusan Imrah ini kemudiannya membawa Imrah kepada siri peristiwa tragis dan pendedahan kepada realiti pahit perkahwinan campur tanpa restu keluarga.
At the end of the novel, konflik memuncak dan Imrah dihadapkan pada consequence keputusannya. Walaupun Imrah selalu buat pilihan dan tindakan yang melulu, novel ni diakhiri dengan refleksi tentang accountability, self-awareness, dan batasan dalam pergaulan serta agama.
Disebabkan naratif dalam novel ini diceritakan dari sudut pandang Imrah, ia memberi gambaran yang mendalam dan berjela tentang perasaan, pemikiran, dan pergolakan batin Imrah. Gaya penceritaan Fatimah Busu pada awalnya amatlah straight to the point, adakalanya aku rasa sangat naif. Tapi bila sampai ke bahagian yang perlu staight to the point tu, gaya bercerita ini berjaya membenamkan aku dalam dunia dan emosi Imrah dan realiti sosial tahun 70an.
Fatimah Busu mahir dalam menggunakan metafora dan simbolism, terutamanya dalam menggambarkan alam dan warna. Contohnya, warna pinang masak, bibir madu lebah - wah, indah dan imajinatif. Walaupun dikarang pada tahun 70an, ada part dalam novel ini yang menggambarkan Imrah ni mudah sangat ditawan nafsu, ini memberi cerminan sosial pada zaman tu - the morality, freedom, dan batas sosial dan agama pada era tersebut.
Sebagai main character, Imrah ni seorang wanita yang sangat sangat kompleks, dia kental dalam menghadapi cabaran hidup, tapi dalamannya rapuh, emosional, dan pendek akal. Dia ada cela dan parutnya, dia lelah bergantung pada lelaki, dalam masa yang sama, dia rebel terhadap norma - norma sosial pada zamannya. Aku dapat dengar jeritan pemberontakan dalam perwatakan Imrah. Aku rasa satu persoalan yang wujud di otak aku usai pembacaan adalah adalah wanita ini pada dasarnya lemah? Kalau Imrah ada peribadi yang kuat - kenapa dia tersilap langkah berulang kali? Ada kontradiksi pada character Imrah yang aku rasa part ini mungkin harus diperhalusi. Maksud aku - dia memberontak atas dasar apa apa? Ini tidak hadir dalam novel pada pengamatan aku.
Mungkin novel sengaja memberi cerminan jujur tentang kekusutan jiwa seorang wanita yang mencari identiti dan kebahagiaan dalam masyarakat yang sedang menjadi lebih kompleks. Mungkin benar ombak tidak sentiasa biru, ombak juga gulungan berpasir keruh dan berdebur sumbang. Tapi, jujur ia kurang menyakinkan aku.
Harus diingatkan bahawa novel ini ditulis dengan ciri khas penulisan sastera Melayu lama yang kaya dengan metafora, personifikasi, dan simile. Bahasanya puitis dan jujur, kekadang lugas dan menyindir secara halus. Pada usia aku sekarang, aku menikmati estetika sesebuah penulisan bukan hanya pada isinya semata, juga bahasanya. Ini adalah novel yang biasa, tapi nilai estetikanya tinggi kerana bahasanya, selain mendekatkan aku dengan suasana kampung yang aku tak pernah rasa.
Antara tema lain yang harus disebutkan ialah pertembungan arus pemodenan, asmara dua dimensi, agama, budaya, dan jati diri. Apabila berdiri di fine line tradisi dan kemodenan - buruk akibatnya kalau gagal diimbagi.
Kalau kau menghargai sastera lama yang kaya dengan bahasa, you will like it.
Tertarik dengan latar dan tema ceritanya yang di sekitar tahun 70an tentang isu kekeluargaan dan perhubungan— kisah Imrah yang putus cinta dengan Yamin disebabkan orang ketiga dan melalui Celine, gadis Eropah yang dikenalinya sewaktu diminta mengajar tarian Melayu, Imrah berkenalan dengan Lawrence semasa dia ke Pulau Pinang menerima jemputan Celine yang mengajaknya bercuti.
Penceritaannya berlatar emosi dan agak intens di pertengahan plot bila Imrah tekad mahu meneruskan perhubungan dengan Lawrence walaupun tak dipersetujui ayahnya yang konservatif dan skeptikal dengan perhubungan berlainan agama. Suka dengan cara penulis selitkan kritik sinis hal moraliti pada karakter Imrah dan perihal budaya dan adat Melayu di antara sela babaknya. Dinamik Imrah agak bagus dan teliti, nuansa perspektifnya santai tapi cukup menggugah bila dia dihadap imbalan nasib yang agak tragis selepas berkahwin dengan Lawrence. Eksplorasi karakternya perinci dan ada juga sentuh tentang masalah kesihatan mental; anxiety dan halusinasi disebabkan depresi.
Suka dengan watak Rusli yang banyak membantu dan karakter ibu Imrah yang tegas tapi sangat penyayang. Refleksi dan impak konflik pada watak-wataknya juga ada pengajaran yang bagus— tentang tanggungjawab anak, ibu dan bapa juga seorang suami dan isteri, hal persahabatan dan sosialiti, tentang kerjaya dan kesedaran individu dalam menjaga batas pergaulan dan kemuliaan agama; tertarik cara penulis riaskan plot dengan dua pandangan/cara keluarga Lawrence dan Imrah menjaga kepercayaan masing-masing.
Novel yang bagus kalau nak cuba baca gaya cerita dan laras bahasa penulis lama; fiksyen keluarga dan perhubungan yang mudah dihadam dengan tema plot yang menghampiri realiti dan masih relevan sehingga ke hari ini. 4 bintang untuk naskhah ini!
Pertama sekali, saya mengharap kan karya berunsur sastera seindah tajuknya. Tanpa baca terlebih dahulu reviews oleh pembaca terdahulu dan sinopsis buku, sungguh saya fikir Ombak Bukan Biru sebuah kisah kehidupan bersulamkan cinta manis dan sayang agung keluarga.
Pabila mula faham sikap Imah yang boleh tahan kasar (bagi saya), mungkin dia jenis anak bongsu manja (spoilt) yang rebel dalam hati. Mungkin Rubiah betul buat gila dengan Yamin walaupun tiada penerangan lanjut membuktikan keadaan ini. Mungkin iya Imah dibuat oleh orang yang dengkikan dia. Namun saya masih rasa terlebih sangat cemburunya Imah. Dimaki cerca hamunnya Rubiah-si Israel - perampas dan Yamin lingkang-jijik,dalam hati, macam lah dia baik sesuci Puteri kayangan. Saya cenderung mengatakan Imah seorang yang cacat akhlak walaupun dia dinyatakan tak tinggal solat. Imah terlalu mudah menyerah kepada nafsu walaupun hatinya jadi jelly dan bukan main dia baik hati melayan Celine, makcik Elle dan makcik (saya tak ingat namanya) padahal dengan kakak-kakak darah daging sendiri, tak tega dia nak berbaik. Biar lancang bagaimana pun mulut Kak Rohaninya, biar jahat macam mana pun... Imah lebih rasa dia yang betul, orang lain boleh pergi mampus. Pabila Imah pilih Lawrence berbanding ayahnya tanpa fikir panjang, sah lah.
Perangai rebellious Imah menangani episod Lawrence bercanda dengan perempuan muda mat Salleh yg menggodanya, waktu dah hampir bersalin naik bas dari Tanjung Bungah ke KL, bayi baru tak sampai sebulan dibawanya naik bas ke Hulu ke hilir, menyokong tanggapan saya bahawa Imah bukan seorang wanita yang matang. Dia lebih senang ambil jalan mudah, lari, lepaskan diri dari masaalah, ikut kepala dia saja
Itu hanya pandangan saya tentang watak Imah. Apapun, saya masih juga tertarik untuk baca lanjutan dari cerita Ombak Bukan Biru, lebih kepada nak tahu tentang tindakan Lawrence.
OBB merupakan karya yang dah lama nak kubaca. Akhirnya dapat juga beli walaupun hanya buku second-hand, rasanya berbaloi juga sesi pencarian novel ni ;D Satu kepuasan bila selesai membaca novel ini. Novel lama atau baru, tidak bawa banyak kesan bila membaca sebuah karya yang aku kira masih relevan di waktu masa kini.
Mengisahkan tentang Imrah; heroin cerita ni berasal dari Kelantan. Nun jauh di bumi Cik Siti Wan Kembang, aku tak dapat lari daripada membayangkan Imrah itu bertudung litup sejajar dengan konsep Islam di negeri itu. Namun semuanya itu tidak tepat. Imrah gadis yang berdiri di garisan tradisi lama dan kehidupan moden di bandar.
Ketika dia berkasihan dengan Yamin, muncul krisis. Terserempak dengan Rubiah dan Yamin di bandar menimbulkan salah faham. Tanggapan yang diberi menyatakan yang Yamin itu sudah pun curang dan Rubiah si Israel yang merampas! Akur dengan itu, Imrah bangun dan terus berdiri. Hidup perlu diteruskan walaupun tanpa cinta di hati. Nama Yamin diusir jauh-jauh.
Imrah berkenalan dengan Celine, gadis Eropah yang mengunjungi Kota Bharu kerana amat berminat dengan kesenian Melayu. Imrah jadi senang dengan kehadiran Celine kerana salah satu sebabnya, dia dengan mudah dapat memadam kenangan indah bersama Yamin. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Celine mengundang Imrah ke Pulau Pinang. Dengan rasa yang cukup berbunga-bunga, Imrah bersetuju menghabiskan cuti penggalnya di sana.
Di saat itu tanpa sedar hidupnya mula berubah. Hatinya turut terkesan dengan kehadiran jejaka mat salih bernama Lawrence. Dalam malu dan takut, dia sudah terpaut pada Lawrence. Bukan bertepuk sebelah tangan, mereka rupanya saling memendam rasa. Cinta itu perlu dimerterai dan itu yang Imrah mahukan walaupun bukan dengan restu ayahnya!
Kesukaran Pak Haji Awang Mahmud menerima kehadiran orang putih yang pernah menjajah tanah airnya buat Imrah perlu memilih antara satu. Keluarga atau cinta? Dia tegar memilih cintanya maka tinggallah ayah dan ibu. Sudah takdir, hidup dengan cintanya bukanlah mudah. Pertembungan dua dunia yang cukup berbeza diharungi walaupun ia bagai duri. Bagaimana akhirnya kehidupan Imrah bersuamikan Lawrence tanpa restu ayahnya? Bahagia atau cintanya juga ikut musnah dengan kematian ayahnya?
Novel sastera yang diterbitkan semula di bawah rumah penerbitan Jiwa. Sejujurnya saya suka dengan tajuknya, Ombak Bukan Biru. Sangat puitis.
Berkisar tentang perjalanan hidup Imrah yang punya suka dukanya yang tersendiri. Sejujurnya pada permulaan cerita saya sukar mahu menghadam lenggok bahasa penulis. Terlalu jujur. Haha. Namun semakin alur cerita diselusuri, sebenarnya inilah tulisan yang bagus sekali. Jujur terus terpanah ke dalam hati pembaca. Memang terasa benar perbezaan gaya bahasa penulis terdahulu dengan zaman sekarang. Cerita ini mengangkat tema semangat juang seorang perempuan Melayu.
Kesimpulannya, bagi saya novel setebal 300+ halaman ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan bagi mereka yang meminati karya karya sastera terdahulu. Tahniah buat penerbit Jiwa dalam usaha mengembalikan kegemilangan zaman penulisan terdahulu. Semoga lebih banyak karya sastera dapat diterbitkan semula.
Cerita tentang Imrah, seorang guru yang baru putus kasih. Kemudian membawa diri ke Pulau Pinang dan bertemu dengan jejaka Inggeris. Tanpa jangka, Lawrence menjadi ketaasuban yang memakan diri.
Dr. Fatimah Busu berjaya buat saya sayang dan benci pada Imrah. Watak yang dikarang sangat baik walaupun dia wanita yang ada cela dan parut. Wanita yang lelah bergantungan dan pasrah haluan hidup yang dituruti kerana lelaki. _____________________ Novel ini padat dengan kritikan sosial. Jelas dan ada yang tersirat untuk pembaca menimbang sendiri. Pertembungan arus pemodenan, dua dimensi asmara, agama, budaya dan jati diri. Bukan mudah untuk wanita kekal teguh dengan pegangan hidup.
Penulis menyelami kusut jiwa seorang wanita. Siapa aku? Impian aku? Apa aku mahu? Babak-babak terakhir menghentam pelbagai persoalan.. prejudiskah aku terhadap Imrah, pada keputusannya? Adakah aku lebih baik dari Imrah? _____________________ Saya amat kagumi Dr. Fatimah Busu mampu menerbitkan cerita suara wanita 'memberontak' ketika era 70-an. Ia cerita dari wanita kepada wanita. Kami tidak sentiasa berombak biru, kami juga gulungan ombak berpasir keruh dan berdebur sumbang.
Terima kasih pada @izzlcw yang turut sama naik gelora Ombak Bukan Biru bersama saya! Kami telah menjadi fans Dr. Fatimah Busu tanpa sedar 🤭
Di awal pembacaan, saya anggap Imrah merupakan wanita yang keras hati dan berpendirian. Tapi semuanya meleset selepas pertemuannya dengan Lawrence; Imrah jadi terlalu mudah dan hanyut dengan perasaan cintanya terhadap Lawrence walaupun dalam masa singkat. Pada babak pertengahan cerita, memang frust betul saya pada watak Imrah ni yang mana pada saya, kenapa Imrah jadi terlalu naif dan mudah menyerahkan hatinya kepada Lawrence? Bertambah geram dengan tindak tanduknya melayan Yamin seolah-olah memberi harapan palsu kepadanya. Terasa seperti cinta itu pada Imrah terlalu mudah dan dia juga terlalu rapuh untuk bercinta walaupun usianya telah matang.
Rasa agak cringe dengan dialog antara Imrah dengan Lawrence. Mungkin saya dah lama tak membaca novel cinta dalam bahasa Melayu jadi saya berpendapat banyak scene bermesra tidak perlu diceritakan di sini. Mungkin tak sesuai kerana watak Imrah itu sendiri melambangkan gadis Melayu yang berkerjaya dan dididik dengan adat ketimuran dan Islam yang kuat. Mungkin juga penulis berniat untuk tunjukkan watak Imrah yang keliru dengan perasaannya, tidak selari perbuatan dan tutur katanya (berdoa pada Allah tetapi dalam masa yang sama bermesra dengan Lawrence) dan betapa naifnya Imrah dalam novel ini.
Namun begitu, pengajaran yang dapat dikutip dari novel ini wajar dipuji. Jangan membelakangkan ibu bapa kita selama kita masih bernafas. Saya beri ⭐️⭐️⭐️ untuk novel ini.
Ombak Bukan Bisu pertama kali diterbitkan pada 1977 dan diulang cetak oleh Pekan Ilmu. Saya menjangkakan ini antara karya terawal Fatimah Busu, atau mungkin percubaannya menghasilkan novel selepas banyak menghasilkan cerpen. Maka atas jangkaan itu, novelnya ini kelihatan naif dan tidak kemas dari segi penyampaian. Berkisar kepada seorang perempuan yang tersepit antara dua cinta dan akhirnya memilih pemuda Inggeris, dia memilih untuk bercerai kerana cemburu tidak bertempat. Watak perempuan sebagai pemeran utama hidup dalam persepsi dan sering membuat tanggapan bukan-bukan sehingga sering membuat andaian yang tidak menentu terhadap orang lain. Saya cuba meletakkan diri pada zaman 70-an dengan kemudahan teknologi yang kurang. Namun itu tidak mampu menggembirakan hati lalu memaksa diri menghabiskan buku ini secepatnya supaya tidak tertekan dengan watak dan plot yang klise. (Semoga penulisnya tak baca komen ini!)
Aiseh..., bersambung pulak kisah ni.. Dan kisah sambungannya sudah out of print la pulak.. Kalau ada yang nak jual sekalipun, tentu harganya bertus-ratus.. . Takpe la, cukuplah berpuas hati dengan naskah yang ini sahaja walaupun kesudahan ceritanya masih lagi menjadi tanda tanya.. hmmm..
Buku ini ditulis pada tahun 1977, tetapi persoalan-persoalan yang diajukan penulis masih relevan dengan konteks semasa. Adakah bahagia bagi seorang perempuan terletak pada lelaki yang bersilih-ganti, atau anak-anak yang ramai? Atau bagaimana?
Walaupun ia buku lama yang dicetak semula, ia sebenarnya buku baru bagi saya. Hal ini kerana, saya baru sahaja tahu akan kewujudannya. PBAKL 2025, Ombak Bukan Biru menjadi antara buku yang saya sasarkan. Alasan utama hendak memiliki dan membacanya adalah kerana ia ditulis oleh orang lama. Saya memang suka akan penulisan orang lama.
Selain faktor bahasa, penulisan orang lama penuh metafora, personifikasi, simile, sinis yang berlapik, kritik yang kena pada zaman.
Penulisan orang lama juga mendekatkan kita dengan alam melalui perlambangan.
Juga, terasa kejujuran penulisan melalui tajamnya sindir kata dan beraninya ia diketengahkan dalam karya.
Sebagaimana jangkaan, Ombak Bukan Biru memiliki semua yang dinyatakan. Malah, satu kepuasan membacanya apabila saya menemui pilihan perkataan yang sama makna, diguna dalam mengulang atau memberi penekanan pada satu-satu perkara.
Contoh, ayat pada halaman 22:
Hatiku luka mengingatinya dan jantungku kembali bergemuruh mengenangkannya.
Lihat pada perkataan 'mengingatinya' dan 'mengenangkannya'. Ia perkataan yang sama makna, tetapi kerana ingin menekankan perasaan watak yang tidak boleh lupa pada hal tersebut, ia diulang. Tetapi, pengulangannya menggunakan perkataan yang berbeza.
Ada beberapa contoh lagi di dalam karya Fatimah Busu, Ombak Bukan Biru.
Novel ini juga mendekatkan pembaca dengan suasana kampung. Mengenalkan kita dengan jenis-jenis tumbuhan.
Saya tidak pernah mendengar orang menyebut rambutan betawi. Yang selalu disebut orang, yang sampai di pendengaran adalah rambutan gading (berwarna kuning) dan rambutan merah. Tetapi, Ombak Bukan Biru memberikan saya perkara baharu. Satu ilmu. Saya, jauh daripada kehidupan kampung. Tetapi, melalui pembacaan novel, ia dekat. Pengetahuan saya bercambah.
Satu perkara lagi yang menarik tentang Ombak Bukan Biru adalah apabila penulisnya menggambarkan sesuatu, menggunakan warna benda.
Contoh, penulis menggambarkan baju yang dipakai oleh watak Pat, berwarna pinang masak. Penulis tidak terus menulis warna itu sendiri. Sebaliknya mengajak pembaca membayangkan warna pinang masak untuk melihat pakaian watak.
Contoh lain, penulis menggambarkan bibir Pat dengan warna madu lebah. Ia antiklise kerana biasanya bibir digambarkan dengan warna biji delima.
Penulisan begini memang mendapat tempat di hati saya. Cuma, kerana ceritanya berbeza zaman, kehidupan sosialnya seperti jauh daripada kehidupan beragama seorang Islam, saya sedikit terganggu.
Watak utama, Imrah, walau anak seorang haji dan hajjah, walau sepatutnya tahu apa yang agama larang, tetap hidup seperti seorang yang dalam kejahilan. Tiada rasa bersalah atau percubaan menghindar setelah berlaku kemungkaran. Dia tahu tentang dosa ketika dia dicium (cara orang Perancis) oleh Joe atau Lawrence. Tetapi, rasa berdosa itu hanya seketika. Malah, dia semakin jatuh cinta pula kepada lelaki Inggeris itu.
Cerita ini mungkin sebuah cerita kritikan sosial yang dipaparkan melalui watak Imrah. Dan, kritikan itu pula mencetuskan geram pada saya yang membacanya. Sehingga hampir ke penghujung cerita, watak Imrah terus-menerus membuat keputusan yang salah.
Dan, watak-watak lain gagal menyedarkannya. Dia hanya tersedar setelah semuanya selesai. Namun, masih mengulang dosa yang sama. Malah, lebih berdosa kerana ketika Yamin mencuri bibirnya, Imrah masih memegang status seorang isteri.
Sungguh, cerita ini membuatkan saya tertanya, sebegini terukkah keadaan wanita Islam pada zaman 70-an? Ia juga mungkin tak lebih tak kurang dengan zaman sekarang. Batas sentuh tidak dijaga, hidup bebas bercampur sehingga tak dapat beza dosa pahala.
Kita belajar daripada setiap suasana, hatta tentang kejahilan manusia.
Semoga Allah jaga kita. Semoga kemodenan tidak menjauhkan kita daripada-Nya. Semoga dengan ilmu, kejahilan sirna.
"Cinta biasanya membuat manusia menjadi buta dan bingung".
Novel ini mengisahkan tentang Imrah seorang guru di Kota Bharu yang membelakangkan keluarga demi mengejar cinta, Lawrence. Sebelum bertemu dengan Lawrence, Imrah telah putus cinta dengan Yamin berpunca daripada Rubiah yang seolah-oleh ingin merampas Yamin daripada Imrah. Lalu Imrah telah berkenalan dengan Cik Celine dan telah dijemput oleh Cik Celine ke Pulau Pinang dan akhirnya Imrah telah berjumpa dengan Lawrence lalu jatuh cinta padanya.
Pada pendapat saya, saya tidak suka dengan watak Imrah. Bagi saya dia seorang yang suka menyalahkan orang lain. Segala musibah yang terjadi ke atas dirinya semua dia salahkan orang lain sedangkan terang-terangan semuanya adalah salah dia.
Selain itu, mungkin saya ini terlalu berhati lembut atau sensitif sampai saya merasakan pov Imrah, monolog Imrah ni ayat dia terlalu kasar. Contohnya, apabila dia menggelarkan Rubiah sebagai Yahudi. Wahh dahsyat sungguh. Rasa sangat kasar di hati saya.
Seterusnya, kanapa buku ini tiada trigger warning ataupun tagging untuk pembaca matang? Saya sudah cari dari kulit ke kulit memang tiada. Saya sangat terkejut dengan scene-scene yang terdapat di dalam buku ini. Saya tak pasti orang lain rasa biasa dengan scene sebegitu tapi saya tak biasa dan sangat terkejut.
Akhir sekali, saya suka sangat penulisan novel ini. Gaya penulisan sedap dibaca membuatkan saya cepat untuk menghabiskan novel ini. Emosinya sampai dengan jiwa saya.
Pengajaran yang saya dapat daripada buku ini ialah: - Jangan terlalu ikut nafsu - Jangan membelakangkan keluarga - Jangan cepat menyalahkan orang lain - Sebagai wanita, jagalah kehormatan diri
🌊 Pabila sasterawan negara yg menulis sebuah novel yg jalan ceritanya sabgatlah best dan perkataan dan juga ayat² yg digunakan pula sangatlah mantap... Kau akan dpt rasa 1 pengalaman yg baru.
🌊 Okay straight to the point, nivel ni menceritakan tntg seorang gadis bernama Imrah yg perlu mengharungi segala cabaran ombak yg selalu mendatangi hidupnya. Ombak yg tidak semuanya biru...
🌊 Dimulai dgn putus hubungan diantara dia dan kekasihnya, Yamin. Sudah dijangka Yamin tidak setia. Walaupun sukar utk Imrah move on tapi dia cuba juga.
🌊 Dia pergi membawa diri ke Pulau Pinang bersama dgn Cik Celine. Berkenalan pula dgn keluarga Lawrence ataupun Joe yg dulunya bekas kekasih Cik Celine. Semuanya berjalan dgn lancar. Sedikit demi sedikit Imrah berjaya merawat hatinya yg luka.
🌊 Kehadiran Joe di dlm kamus hidupnya telah berjaya menambah perisa gula. Mujur ahli keluarga Joe turut menyenangi kehadiran Imrah. Namun, rasa khuatir di dlm diri Imrah utk menjalinkan hubungan yg lebih jauh bersama Joe turut menyelubungi diri.
🌊 Masakan tidak, ayah Imrah merupakan Imam dan kiranya kuat agama. Ayahnya juga tidak berapa berkenan jika org lain yg berkahwin dgn Imrah selain drpd Yamin. Lebih² lagi org tersebut bukan org Islam.
🌊 Okay setakat situ je aq nak spoil. Overall aq suka dan jujur ckp rasa sebak ye bila baca sbb bagi aq jln cerita mcm ni banyak yg berlaku dlm dunia realiti. Mmg tidak dinafikan banyak ego yg menguasai diri masing² yg secara tidak langsung menyebabkan perkara seperti ini berlaku.
🌊 PS: banyak bahasa baku ye bila baca novel ni. Unik! 😅
#Buku ni sepatutnya kena ada trigger untuk pembaca matang, serius terkejut ada scene yg gitu.
Buku ni menggunakan ayat sastera lama. Tajdelah sastera sangat tapi iyalah orang lama tulis. Jadi, awal-awal tu rasa susah sikit nak faham sebab confuse dengan susun atur ayat tapi lama-lana okey je bila dah dapat rentak. Senario yang berlaku dalam buku ini pun masih sesuai dengan konteks semasa.
Secara ringkasnya, buku ini menceritakan tentang seorang perempuan bernama Imrah. Imrah seorang wanita moden tetapi masih menjaga nilai-nilai tradisional. Dia sangat menjaga solatnya tetapi tidak sealim seperti bapanya. Betul la orang kata, iman itu tak dapat diwarisi. Saya tak suka dengan watak Imrah. Dia seoarang guru tapi tak pandai berfikiran rasional. Cemburu buta dan kemaruk cinta, paling geram tika dia betul-betul dah gila bayang dengan Lawrence. Tapi saya faham kenapa dia kemaruk cinta dengan Lawrence. Lawrence kan mat salleh, hensem, tinggi dan kaya sedangkan dia orang melayu biasa. Pengajaran paling besar yang saya dapat sebagai seoarang perempuan. Jangan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan apatah lagi kalau melbatkan perkahwinan. Fikir panjang-panjang, jangan terlalu mengikut hati dan perasaan yang sedang membuak-buak rasa cinta tu. Kalau tak puas hati, cakap. Jangan pendam dan lari lepastu hadap penderitaan seorang. Lari dari masalah bukan saja merosakkan emosi tapi emosi orang disekelilingi kita juga.
Saya bagi 5/5 sebab geram dengan watak Imrah. Jangan jadi macam Imrah kemaruk cinta, cemburu buta dan lari dari masalah. Cinta tak buat kita bodoh, kita yang suka membodohkan diri.
Ombak; badainya besar di tengah lautan tapi kian menghilang di pesisir pantai. Begitulah manusia, ujiannya melambung di kandung badan tapi Tuhan itu Maha Baik, selagi Dia bersama kita peritnya usai akan menghilang di hujung masa. Cinta itu kata orang penuh dengan pengorbanan. Kemahuan dan kelepasan itu jalan seiring kerana setiap kehendak kita, kita akan belajar juga untuk melepaskan hal yang lain. Imrah telah jatuh cinta terhadap seorang pemuda Kristian yang bernama Lawrence tetapi dalam masa yang sama ayahnya tidak bersetuju terhadap hubungan mereka. Kata ayahnya, “Dia itu orang putih. Kafir. Kalau perempuan asing tidak mengapa masuk Islam. Tetapi kalau si lelaki asing yang masuk Islam, lama-lama si perempuan akan turut jadi sepertinya juga. Sudah banyak contoh yang berlaku. Katanya Islam. Sembahyang tidak. Puasa tidak. Babi makan. Anjing jamah. Arak minum. Perempuan Melayu kalau kahwin dengan orang putih selalu saja jadi mem orang putih. Kadang-kadang pun tukar pakai baju gaun.” Imrah tersepit di pertembungan antara tradisi lama dan moden. Tetapi kerana dahaganya cinta terhadap Lawrence, dia tidak kepedulian terhadap hubungannya dengan orang tua. Dia sanggup meninggalkan orang tuanya atas nama cinta. Tetapi penyudahnya tidak yang seperti dia sangkakan. Sangkanya kebahagiaan yang dirancang akan ada selama-lamanya tetapi kita ini manusia. Kita persis seperti ombak. Kita akan dipukul, dihanyuti, dibuang, diuji, dan dibawa kemana-mana. Imrah terlupa itu. Pancaroba demi pancaroba membuntuti diri—dia kini hilang mutiara hati.
Buku ni, hm. Tak berapa engaging berbanding buku-buku SN yang lain. Tak puitis sangat, jalan cerita bagi saya biasa-biasa je. Ingatkan tajuk Ombak Bukan Biru tu menggambarkan suasana kampung dan keluargaan secara total tetapi tidak. Hujung-hujung cerita baru engaging sikit.
Tak suka watak utama, Imrah sebab dia keras kepala dan perangai tak macam seorang cikgu. Self-claim diri tu masih alim (ikut definisi zaman dahulu) tapi bercintan cintun sana sini, peluk cium haram letak tepi, seksi meksi walaupun masih solat. Maybe penulis memang nak gambarkan perangai dia begitu sampai layak dapat kifarah sedemikian. Dan babak percintaan Imran dengan Lawrence membosankan dan lama betul—saya terlelap banyak kali 😂
Tapi mesej tentang kekeluargaan tu sampai, kritikan sosial pun ada juga diselitkan. Okeylah untuk buku lama kan.
Sebuah novel sastera yg berkisar pada tahun 1970an tentang seorang gadis kempung bernama Imrah. Guru muda ini merupakan seorang gadis berani, kuat tetapi beremosi.
Imrah putus cinta dgn Yamin disebabkan orang ketiga. Tekadnya Imrah dgn keputusannya menghancurluluhkan pula hati Yamin. Kemunculan Celine, seorang gadis Eropah, merubah hidup Imrah kemudiannya. Melalui Celine, Imrah berkenalan dgn Lawrence lalu mencintainya separuh mati.
Cerita ini juga tentang kekeluargaan. Sebagai orang tua yg hidup di kampung dan taat ugama, bapa Imrah tidak merestui perhubungan Imrah dgn orang putih itu walaupun Lawrence telah memeluk Islam. Katanya, lelaki itu tidak akan mampu membimbing anaknya kelak dan amat mustahil Imrah mampu juga. Ternyata, Imrah memilih cinta melebihi segalanya.
🔹🔹🔹
Penulis menyelami diri Imrah sedalamnya dan karakter Imrah terbangun dgn sangat perinci. Imrah, Imrah! Saya geram dgn dia, tapi saya juga kasihankan dia.
Saya faham jika penulis mahu mengangkat suara wanita di era itu. Namun bagi saya, watak Imrah sendiri banyak negatifnya. Melalui pembacaan, Imrah bukanlah seorang perempuan yg matang dalam membuat keputusan. Mungkinkah kerana wataknya anak bongsu, yg dimanjakan? Dia dilihat dari awal cerita sebagai seorang yg keras kepala atau 'ikut kepala sendiri'. Paling sedih, Imrah terlalu mudah menyerahkan dirinya kerana nafsu.
Nah, mungkin di sinilah pengajaran yg boleh diambil! Mungkin penulis mahu menekankan — sebagai seorang perempuan kita boleh saja tersilap langkah/tersalah membuat pilihan dalam meniti kehidupan. Namun apa yg boleh kita lakukan selepas itu?
Walaubagaimanapun, saya tetap suka gaya penceritaan & laras bahasa orang lama dalam novel ini. Saya terima iktibar yg besar sekali melalui kisah ini.
It’s slow paced but by the end of this book, i’m heavily contemplating (and leaning positively) on reading missing pieces part 1&2. Only thing is the combined book would total to nearly 2000 pages 😮💨 shoot me 😮💨 I’M REALLY CURIOUS WHAT HAPPENS NEXT TO IMRAHHHH