What do you think?

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Dunia Adalah Sebuah Apartmen
Dunia Adalah Sebuah Apartmen, kumpulan cerpen Sasterawan Negara Anwar Ridhwan memuatkan 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpennya merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.
- GenresShort Stories
292 pages, Hardcover
First published January 1, 2005
About the author
Anwar Ridhwan
58 books62 followersDr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.
In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
November 24, 2020
Cerpen-cerpen yang mengiringi kehidupan. Membacanya adalah kesedaran bahawa dalam suatu perjalanan singkat, adanya suara dan imej memberat yang mudah didapati tetapi bukan dalam satu lapisan kerana selalunya, di penghujung itu bukanlah bermakna satu pengakhiran.
Ia adalah antara perkara yang sentiasa berlegar dalam kesedaran saya untuk terus menghargai cerpen yang sedemikian ; menyelitkan makna dalam sekecil ruang.
Oleh kerana kumpulan cerpen ini adalah pilihan-pilihan khas yang termuat dalam satu buku, ada cerpen yang dipinjam daripada naskah lain yang saya kira ada kekuatan nya tersendiri jika dibaca bersama dalam kumcer nya sendiri, yang menambah rasa untuk membaca kumcer yang lain itu, Sangkar dan Naratif Ogonshoto misalnya.
Cerpen sedemikian adalah antara pilihan yang terbaik saya kira, tanpa membayangi kehadiran cerita-cerita yang lain. Cerpen Jika Esok Tiba adalah yang paling disukai, latarnya sentiasa membekas dalam kepala, meninggalkan makna yang akan selalu diimbas kembali, untuk suatu masa nanti.

August 4, 2017
Kumpulan cerpen yang menarik juga lah.
July 9, 2018
Sangat gemar latar yang dipilih oleh AR - Manhattan, apartmen dan keheningan kota.
March 3, 2023
Bahagian terakhir berjudul Naratif Ogonshoto #7: Hering yang pernah disiarkan dalam Dewan Sastera, Ogos 2000 itulah kemuncak kesedapan dalam buku ini. Wajar dibuat filem atau telemovie.
July 11, 2013
"Ambil martini ini. Lenyapkan dukamu. Barangkali dukamu bisa dibasuh oleh segelas martini."
Aku paling gemar akan cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (yang menjadi judul untuk kumpulan cerpen ini). Ayat-ayatnya pendek-pendek. Unsur erotis disampaikan secara minimal. Ada martini. Ada "bastard"! Adakah ini yang dikatakan penulisan minimalis?
Oh ya, aku merasakan Love of the Dragon itu ialah sekuel untuk cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen. Cerpen ini menarik. Kerana menggunakan "second-person POV". Amat jarang sekali aku bertemu dengan naratif yang menggunakan sudut pandang ini.
Aku sebenarnya gemar juga akan cerpen-cerpen yang berlatarkan Amerika Syarikat seperti Muzik Manhattan dan Menjadi Tua (yang ini menarik) -walaupun kedua-dua cerpen ini tergantung- kerana seolah sedang menonton filem-filem Hollywood.

April 28, 2013
Walaupun hampir semua cerpen yang terkandung di dalam kumpulan cerpen ini pernah saya baca melalui kumpulan cerpen lain penulis iaitu Sangkar dan Naratif Ogonshoto, ia tetap sebuah karya yang berbaloi untuk diulang baca.
Paling terkesan dengan dua buah cerpen iaitu Dari Kijev ke Moskva dan Puisi Terakhir di Makedonija yang merupakan tunjang utama kepada persoalan tajuk yang dibawa. Cerpen yang menceritakan pengalaman bertemu dengan masyarakat setempat di negara yang beliau lawati. Perbualan yang membutirkan sesuatu yang bermakna mengenai konflik sebenar di negeri sendiri dari kaca mata seorang penduduk tempatan, kebimbangan semasa dan tentang cabaran masa hadapan

August 31, 2010
Koleksi cerpen moden yang menarik. Tema yang pelbagai. Namun hampir kesemua "tergantung" pengakhirannya. Mungkin ini sudah gaya beliau. Bahasa yang sederhana, tidak berat. Tema yang dipilih menarik. Namun kadang-kadang terlalu banyak "flashback" hingga memeningkan pembaca. Keseluruhannya, boleh dianggap koleksi cerpen yang harus dimiliki oleh semua peminat sastera bahasa Melayu.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews