Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.
Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”
Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
seperti karya abdul latip yang lain, penulisan yang diguna mudah dihadam oleh pembaca. Seronok pula dapat tahu banyak perkara tentang sejarah-sejarah islam. walaupun imam hanafi seorang ulama yang baik-baik tetap juga dimusuhi oleh orang yang tamak. punya baik imam abu hanifah, beliau tak pernah benci atau berkata buruk tentang orang-orang yang memfitnah beliau. malah, imam cakap "Tuhan, berilah mereka hidayah kerana mereka tidak tahu."
karya yang mudah, senang difaham dan sangat seronok penceritaan which make us eager to read for next chapter... very interesting book for myself who is less knowledge about islam and still searching the ilm... recommended to read to learn the history of islam... the glorious come after we learn from the history...
Penulisan Pak Abdul Latif, mmg mahsyur yang berkaitan dgn sirah2 dan baca buku sirah tentang Imam Abu Hanifah sangat layan sebuah bilik imaginasi saya sepanjang perjalanan pulang menuju ke KL
Watak ibu dan ayah Imam Hanafi dlm buku ini disampaikan dgn penuh tersirat yang menunjukkan di mana posisi ibu bapa perlu ada di saat anaknya sedang tumbuh membesar. Saja bacaan santai2 😁
Bila baca buku sirah ni kita dpt la kenal sikit2 kat mana khurasan, kat situ ramai org bangsa apa dan sebagainya
menarik.Abdul Latip Talib pandai menghasilkan novel sejarah islam sebegini.santai dan ringkas.cukup untuk sekadar tahu tapi tidak untuk yang benar-benar belajar ilmu agama.kagum dengan Nukman bin Tsabit