Jump to ratings and reviews
Rate this book

Datang Dengan Indah

Rate this book
Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

523 pages, Paperback

First published June 1, 2010

4 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Sarnia Yahya

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (23%)
4 stars
24 (46%)
3 stars
13 (25%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 21, 2010
DDI ni macam kisah kahwin paksa juga. Mana taknya si adik kena menggantikan tempat sang kakak yang lari daripada majlis kahwinnya sendiri. Yang pelik tu kakak tu nak kahwin dengan pilihan hati sendiri bukan kerana kahwin aturan keluarga. Sebagai anak yang baik; Ardini rela berkorban demi menyelamatkan maruah keluarganya. Majlis perkahwinan antara Ruzana dan Izzuddin masih diteruskan cuma pengantin perempuannya saja yang sudah bertukar. Rela dalam paksa Izzuddin menerima Ardini sebagai isterinya.

Perkahwinan tanpa cinta memang menyukarkan. Apatah lagi sikap Izzuddin yang acuh tak acuh dengan kehadiran Ardini sebagai isteri. Dia menyimpan dendam. Kakak dan adik sama sahaja. Suka menyakitkan hati dan menyusahkan. Namun tidak pula pada Ardini. Hatinya dibuka sedikit demi sedikit. Pasrah dengan ketentuan, dia mula belajar menerima hakikat. Belajar untuk menyayangi dan menyintai suami sendiri.

Mujur saja pasangan ini duduk bersama keluarga Izzuddin, makanya ada juga tempat Ardini berkongsi rasa. Ibu mentuanya memang menyenangi kehadiran Ardini. Seboleh mungkin dia menjaga Ardini. Cuma dia terkilan kerana Izzuddin tak pernah cuba membuka hatinya untuk mengenali Ardini. Dan permintaan Ardini yang inginkan dirinya dilepaskan memang amat mengejutkan. Tak disangka ada perjanjian itu antara Izzuddin dan menantunya. Izzuddin berjanji akan menceraikan Ardini selepas sahaja Ardini tamat belajar.

Izzuddin mula menyedari sesuatu. Usia perkahwinan dengan Ardini sudah menginjak lima tahun. Sedar yang janjinya dulu pada Ardini harus diselesaikan. Namun jauh di sudut hati ada rasa yang tak enak. Dia tak dapat menipu diri yang dia tak mampu melafazkan talak pada Ardini. Apatah lagi keprihatinan Ardini yang menjaganya ketika dia sakit membuka matanya. Hatinya cair dengan kebaikan dan ketulusan Ardini. Dia tahu Ardini tak salah. Dia saja yang buta dalam menilai permata di depan mata.

Kebencian yang ditanam selama ini bertukar menjadi cinta. Namun macam-macam cara yang harus Izzuddin lakukan untuk menambat kembali hati seorang isteri. Payah sebenarnya nak mencapai kembali cinta Ardini apabila si isteri pula yang membenci. Tetapi hati perempuan Ardini mula terusik. Cinta yang disangkanya sudah pergi mula bertamu kembali di hati. Akhirnya dia mengalah. Akur kerana sesungguhnya dalam hati Ardini, sudah terpahat nama Izzuddin.

Kemunculan Ruzana ketika pasangan ini sedang berbahagia mengusik rasa. Ruzana iri hati dengan kemesraan Ardini dan Izzuddin. Ruzana bertekad untuk mengambil haknya kembali. Dah tak betul agaknya si Ruzana ni! Dia yang tinggalkan Izzuddin ada hati pula nak kata yang Ardini merampas haknya? Aduhai… kasihan Ardini! Izzuddin pun satu tak reti-reti nak jaga hati isteri sendiri. Makanya bagaimana kisah cinta Ardini dan Izzuddin? Terus mekar mewangi atau kecundang dengan kehadiran bekas kekasih?
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews376 followers
September 19, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Penulisan Sarnia Yahya memang tidak mengecewakan. Penggunaan bahasanya mudah tapi amat berkesan. Jalan ceritanya juga tidaklah serumit mana tapi impaknya terasa.
Image Hosting Site
Cuma N kurang puas hati dengan ending cerita ini. N rasa ia agak abrupt. Merajuk dan membawa diri, alih-alih terus epilog dan Dini dan Izz happy. N rasa kalau ada satu chapter lagi sebelum epilog untuk menunjukkan bagaimana Izz berjaya pujuk Dini kembali, lagi best!
Image Hosting
Lima tahun Dini dan Izz berkahwin, dan selama itulah Izz tak pernah menerima Dini sebagai isteri. Hanya selepas Izz kemalangan dan melihat sendiri kebaikan hati Dini, barulah dia sedar Dini adalah yang terbaik untuk dirinya. Saat dia mula mencintai isteri, Dini cuba menjauhkan diri.

Kata-kata kejam Izz yang dilemparkan padanya selama lima tahun masih berbekas. Dia sedar siapa dirinya. Dia hanya pengganti untuk menutup malu keluarga kedua-dua pihak. Kebaikan yang ditunjukkan oleh Izz membuat dia rasa takut. Dia takut untuk jatuh cinta dengan suami sendiri kerana dia yakin Ruzana akan kembali. Jika ia berlaku, bagaimana dengan kedudukan dirinya sebagai isteri Izz?
Free Image Hosting
Yakin dengan cinta Izz, Dini dan Izz mulakan hidup rumah tangga yang baru. Enam tahun berkahwin, barulah mereka rasa erti rumah tangga yang sebenar. Tiba-tiba Ruzana muncul kembali dengan niat untuk mendapatkan semula haknya.
Free Image Hosting
Ruzana memang tak tahu malu. Dia cuba merampas Izz. Padanya, Izz adalah haknya dan Dini ialah perampas. Ruzana ni agak psycho jugak lar sebenarnya. Orang dah tak mahu, tapi masih terhegeh-hegeh.
Free Image Hosting
Nasib baik jugaklah penggodaan Ruzana tak berjaya. Izz tetap setia dan rasa cintanya pada Ruzana telah lama pergi. Dalam hatinya cuma ada Dini. Malangnya kesabaran Dini tercabar apabila asyik melihat suami dan kakak sendiri berkepit almost sepanjang masa.
Profile Image for nilam.
363 reviews70 followers
April 6, 2013
Kisah bermula bila Ardini trpaksa menjadi ganti kakaknya Ruzana sbg pengantin. Ruzana tiba2 hilangkan diri. Ardini yg ingin menutup malu keluarga terpaksa menerima takdir Izzudin sbg suami. Izzudin sebelum ni mmg dianggap sebgai abg..jadi mmg dia x de apa2 perasaan.lagipun Dini mmg ada boyfren, Farhan.

Selama 5 tahun Dini x pernah dilayan sbg isteri oleh Izzudin. Disebabkan kebencian terhadap kakak nya Dini dijadikan sbg galang ganti kemarahan tersebut. Dini pula terima dgn hati yg sbr bila suaminya herdik, tengkingnya.

Satu masa tu, Dini mula pikir adakah hubungan dia dan Izzudin akan begitu selamanya..dan Dini mula teringat Izzudin pernah berjanji selepas tamat belajar Dini akan dilepaskan tetapi janji tersebut tidak ditunaikan. Dini mula mengingatkan Izzudin tentang janji tersebut. Izzudin pula mula berasa berat hati nak melepaskan Dini. Dia mula berpikir Dini mmg tidak pernah salah dan patut bersyukur kerana Dini yg telah menutup malu keluarganya. Dengan keperibadian Dini juga yg selama ini sentiasa sabar dan tidak melawan.

Tiba2 Izzudin kemalangan..dan semasa di hospital Dini la yg menjaga Izzudin. Pada masa itu lah perasaan Izzudin telah berubah dan mula menyayangi isterinya. Dia mula meminta maaf kepada Dini dan Dini cakap dia akan memaafkan Izzudin jika dia dilepaskan. Izzudin semakin serba salah dan mula mngakui perasaan hatinya.

Dan selepas itu mulalah rancangan Izzudin memikat isterinya. Dini pula semakin resah dgn perasaan hatinya dan akhirnya terima Izzudin sebagai suami yg sbenar-bnrnya.

Selepas berbahagia, Ruzana kembali yg menyesal dan mahu memiliki Izzudin walaupun tau Ardini telah menjadi isteri Izzudin. Dini pula merasa serba salah terhadap kakaknya...

Cerita ni simple je..x peningkan kepala..cuma yg xpuas hati Dini yg suka sgt mengalah dan susah nk percaya kat suami yg mmg cintakan dia sorang. Izzudin pulak x abes2 baik sgt kat Ruzana...ni yg geramm..grrr..tapi nasib baik dia mmg syg sgt kat Dini n mmg da lupa kat Zana tu..

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 25, 2016
Bila diri jadi galang ganti buat menutup malu keluarga, merana lah menahan herdikan selama 5 tahun. Boleh pulak Ardini bertahan. Tabahnya...

Bila hubungan semakin pulih di tahun ke 6, kakak pulak kembali membuat onar. Ingin merebut bekas tunangan.

Sebaik2 Izzudin ada bodohnya juga. Macam mana lah boleh kasi menumpang di rumah keluarga. Walau atas dasar kakak ipar pun bukan takde abang si Ruzana ni.

Bagus juga jodohnya dgn Ardini..menghormati orang tua..si Ruzana, tak hormat langsung mak Izzudin..Katanya, dia tetamu Izzudin, not his mom..alahai..munasabahlah sikit..dah tentu tinggal di rumah Izzudin and family. Hormatlah orang dlm rumah.

Ardini, terlalu memendam rasa..marah dlm diam..at last..burst..sampai keguguran..tak suka cakaplah..dah ajak berbincang tapi buat bodoh..salah siapa kalau mental dan jiwa kacau..hmmm


NLB
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,315 reviews67 followers
May 12, 2020
[BOOK 25]

Datang Dengan Indah by Sarnia Yahya.
.

Ni buku lama, tapi masih sedap dibaca. Ala-ala kahwin paksa.
.

Ardini terpaksa kahwin dengan Izzudin, tunang kakaknya selepas Ruzana menghilangkan diri. So, untuk tutup malu, terpaksa la kahwin. Bila dah kahwin, 5 tahun kot masa yang terbazir begitu sahaja. Ardini dan Izzudin tinggal serumah, tapi bukan sebilik. Mak Izzudin pun tinggal ngan dorang. Selama 5 tahun jugak la, Ardini menjadi mangsa kemarahan dan dendam Izzudin.
.

Sehinggalah, Izzudin akhirnya sedar yang Ardini ni seorang yang sangat baik dan sabar je melayan karenah Izzudin. So, masa Izzudin accident dan bersimen kaki, memang banyak la dia acah-acah buli Ardini. hahah
.

Bila dorang dah bahagia, Ruzana muncul semula. Masa ni memang bengang giler ngan Izzudin. Dia yang membuka ruang dan peluang untuk Ruzana masuk dalam kehidupan mereka. Kesian Ardini makan hati.
.

Dan ending nya sangat tergesa-gesa. Dorang masih dalam mood bergaduh, tup tup dah baik. Kasi can la Izzudin pujuk Ardini lagi.
.

Yang aku suka pasal buku ni ialah gaya bahasa yang digunakan. Sangat menenangkan. Gaya mak-mak bercakap pun sangatlah macam mak-mak kita kat kampung.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
March 25, 2012
ajuk : Datang Dengan Indah
Penulis : Sarnia Yahya
Keluaran ; Fajar Pakeer
Halaman : 523 m/s


kisahnya bermula pabila ARDINI terpaksa berkawin dengan calon suami kakaknya RUZANA yang benama IZZUDDIN. ini berlaku bila RUZANA menghilangkan diri di saat akhir majlis perkahwinan RUZANA & IZZUDDIN..sedangkan pada saat itu sebenarnya ARDINI sudah menpunyai teman lelaki bernama FARHAN.

perkahwinan mengejut itu membuka kisah baru buat mereka berdua. kehidupan ARDINI sehari-hari dihiasi dengan kata-kata hinaan bercampur marah..kerana marahkan RUZANA, ARDINI jadi mangsa..fikir IZZUDDIN-'kakak dan adik sama aje'
sampaikan ARDINI memberi gelaran 'lion king' kepada IZZUDDIN..
sering orang bertanya pada ARDINI- macam mana dia boleh tahan dengan lion king tu?
jawapan mudah ARDINI- "aku bukan satu kandang dengan dia.Dia lain kandang,aku lain kandang"..begitu cara ARDINI menpositifkan kehidupan rumah tangganya..

kemunculan FARHAN & ARDINI menuntut janji-seperti mencelikkan IZZUDDIN,rupanya ada kasih ada rasa yang wujud dalam hati IZZUDDIN buat ARDINI.

kerana satu kemalangan-menyebabkan IZZUDDIN dimasukkan ke dalam hospital.melihat pengorbanan ARDINI rasa kasih itu makin jelas..makin terjelas dalam dirinya yang banyak dosanya buat ARDINI..selepas kemalangan sikap IZZUDDIN banyak berubah..dia mencuba sebaik mungkin mengambil hati ARDINI kembali namun tidak mudah bagi ARDINI untuk memaafkan segalanya..

namun kemunculan RUZANA kembali menjadi orang ke3 dalam hubungan mereka..RUZANA begabung dengan FARHAN untuk meghancurkan rumah tangga ARDINI & IZZUDDIN..

NAK TAHU PA YANG JADI SETERUSNYA..baca buku sendiri la ye ^^

komen ainsabrina:
buku ni mengingatkan ainsabrina kepada satu kisah hindustan dolu2..sebijik la jugak..cita ni klise la tapi overallnya best la..

k that's all for today..wslm
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
Read
March 23, 2014
Love it. Tapi for me izz & dini, mengeram kan, mudahnya dini menyerah kalah dgn zana, sepatutnya pertahankan izz suaminya. Izz plak too ego, tak faham rasa inferior & the uncertainty di dlm diri dini.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
September 19, 2011
Ardini & Izzuddin

Sesuai dengan tajuk..
Datang dengan indah..
Manisnya sifat sabar..
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
May 19, 2012
Ok jugak cerita ini. Tapi bencinya untuk isteri keterlaluan sangat. Ruzana juga macam hilang kasih-sayang untuk adiknya.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.