Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.
Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?
Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
Safiah Shuhaimi [ Safi], seorang novelis yang ambitious. Dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Dan dia selalunya menjadi tempat rujukan buat dua teman baiknya; Helmi dan Iza apabila kedua-duanya berdepan dengan masalah cinta. Pada Safi itu semua dapat diselesaikan dengan mudah kerana ‘diakan seorang novelis!’, novelis cinta lagi *wink*
Tetapi kepakaran menyelesaikan masalah cinta bagaikan tergugat dengan kehadiran seorang pemuda rambut yang lebih merah dari api. Lelaki yang pada Safi adalah lelaki paling pelik yang ditemuinya. Roul; lelaki ini dikenalkan oleh Helmi dan Iza. Sudahlah dia sedang berdepan dengan masalah writer’s block, ini pula perlu menghadap lelaki yang tak normal tu! Sungguh tak sangka dua temannya itu mengenenkan dia dengan lelaki seperti itu. Alahai!
Aku harus akui tak semua gadis sanggup keluar bertemankan lelaki yang rambutnya merah, mata sebelahnya merah dan telinga bertindik. Hmm, mungkin kalau gadis itu seperti itu juga rasanya tak menjadi masalah. Tetapi ini Safi... Safi si penulis novel yang ada kelasssss kih5 ;P Lagipun Roul tu suka sangat bercakap lepas, tanpa tapis-tapis langsung.
Namun Roul yang sememangnya tak pernah makan saman, sudah jatuh hati pada Roul. Dan kerana Safi tak suka panggilan ‘lu’ dan ‘gua’ yang digunakan, Roul sanggup memanggil Safi dengan ‘Lulu’... wah! Lelaki alien pun ada taman dalam hati hahaha5 Jadi bagaimana Safi mahu menyelesaikan ‘masalah’ cintanya? Sila... sila baca novel ni.
Sesuatu yang refreshing. Ringkas dan comel. Ini pendapat peribadi aku. Walaupun pada asalnya aku kira jalan ceritanya biasa-biasa saja tetapi mungkin kerana cara penyampaian penulis ini buat aku rasa ianya nampak baru, berbeza dengan novel-novel cinta yang lain. Apatah lagi gaya bahasa yang penulis gunakan lebih santai, dan ada sesetengah ayatnya berbentuk sinikal yang mampu buat aku tergelak sendiri. Good job sis! ;D
Dah baca separuh lepastu dengan confident-nya cakap cerita ni slow betullah dah macam kita sekali nak kena tolong dan fikir bersama Safi masalah percintaan Si Helmi dengan Iza. Nanti dah habis baca nak rate 3⭐️!
Lepastu kan!! hahahaha (macam biasalah hero penulis ni di tengah cerita baru nak muncul) barulah muncul si Roul ni, penat betul gelak bila ada Roul ni. Dengan rambut panjang warna merah menyala, sebelah mata lens merah sebelah lagi warna asal, dengan cakapnya gua-lu-gua, carutan di mulut memang idoklah Si Safi nak berkenan dengan si Roul ni. Dah macam baca cerita komedi. 😂
‘Gua fikir, since lu tak kasi gua panggil lu ‘lu’ kan, gua ingat nak panggil lu, Lulu. So Lulu, apa kita nak buat hari ni?’ - Roul
‘Gua tipu dulu. Gua tak ada band. Gua kata gua ada band sebab perempuan suka bila lelaki rupa pelik kata dia ada band. Nampak lebih seksi. Lulu tak marah?’ - Roul
Ye kawan-kawan, sampai ke sudah Si Safi tu dapat gelaran Lulu 😂😂
Brb, nak kena sambung baca Aku Keliru pulak lah ni ehhh?
WARNING: 1. Review ini akan fokus pada Safi&Roul. 2.Set kat minda ini cerita Safiah 3.Safiah akan jadi watak utama dalam review ni walaupun banyak cerita watak lain dinyatakan pada 57 bab awal _____ Setelah menghabiskan satu malam membaca naskhah ini, aku tak rasa 4 bintang cukup :))
By the way, it seem we (Nurul Syahida& me) don't have personality clash. :)) Oh, banyak sangat smiley! Itu menyatakan yang aku dalam happy mood., euphoria etc.
Aku baca Aku Kan Novelis sebab 1.Roul 2.Roul 3.Safiah witty conversation 4.Perumpamaan/ironi yang sangat simple tapi buat aku nak google cari siapa yang dia ni maksudkan. 5.Start point couple yang paling buat aku nyampah manja dalam novel selepas ini –Helmi&Iza 6.Tips cinta dari pakar. he he
FYI, aku dh ada buku ni sejak Karnival Karangkraf awal tahun lepas. Tapi baru sekarang terasa nak baca. Kenapa? -Sebab aku 'terrrrrr'baca 30 bab awal Aku keliru! dalam Ilham.[lepas tu kena 'bakar' lagi dengan Kak Norazah punya review. Thorrrbaekk dia kasi aku tak senang duduk]. Terus aku jatuh cinta pandang pertama kat Roul dan Safiah. Tapi mungkin sebab aku dah baca Aku Keliru! tu dulu, terus aku rasa, ironi pelik dan kelakar dalam Aku keliru! lebih mantappppp!!!
Tapi Aku Kan Novelis! pun tak kurang hebatnya. Aku ketawa sampai stress otot perut bila Safiah jumpa Roul. Oh~so amazingly sweet and funny! Tapi tunggu...korang hanya akan jumpa nama Roul dalam bab 58 jadi tak boleh nak samakan 'keterujaan' aku untuk bertemu lelaki syaitan kepala merah@Johnny Depp ni, sebab aku dah baca 30 bab awal Aku Keliru!. [Patutkah aku terus order je novel ni kat kedai?]
Kalau ada vote untuk heroin yang punya dialog yang gila-gila tapi genius/ heroin yang genius, aku akan pilih Safiah nombor satu :). Sebab cara dia bercakap seperti dia kenal semua orang dalam dunia dan tahu semua perkara dalam dunia. [mungkin sebab wataknya seorang penulis]. Terasa macam baca 'The Rosie Project' balik.
Aku tak boleh paksa orang baca buku ni dan aku takkan kasi aturan baca macam kak Norazah sebab ternyata aku dah langgar fatwa haramnya. He he. (Sorry kak!) Sebab cara kita menikmati bahan bacaan kita berbeza. Tapi aku rasa sebab aku dah jatuh hati kat Safiah& Roul buat aku terus bagi 5* tanpa perlu baca habis Aku keliru tu… A keeper.
Oh, lupa nak cakap :) Pernah tengok kdrama Coffee House?Safiah adalah jelmaan Lee Jin-soo versi wanita. Dan aku sangat suka drama tu.
mungkin aku patut buang skeptisme aku terhadap novel 2 Karangkraf sekarang…emm
Gua memang gila. Gila dan gila. Tapi gua SUKA (sekadar meminjam bahasa penulis :)
Rasa macam menghadap semangkuk ABC; aisnya dikisar halus, extra jagung, extra gula merah...or 'semua lebih' (tanpa ice-cream tentunya). Naskah dengan gaya bahasa yg fresh, captivating, tanpa ayat bergula.
Aku suka style penulisannya. Aku suka bila Safia mentertawakan hidupnya. Aku suka bila penulis berinteraksi dengan pembacanya. Aku suka dengan cara penulis mengolah naskahnya. Aku suka dengan setiap kisahnya.
Aku ter-pana dengan keikhlasan Helmi membantu Danny n Jia Huey biarpun dialah 'kambing hitam' antara mereka.
Aku ter-sayu dengan Iza dan penantiannya. Hati aku ter-sakit bila Hisham membelakangkan Iza bila dia bertemu dengan Eliz. Jiwa aku ter-lompat bila Iza menolak lamaran Hisham.
Aku ter-tawa dengan gelagat Roul yg jitu tekadnya.
Aku ter-sendu dengan kisah Safia dan Fakri. Aku ter-tumpah air mata ketika Safia mengucapkan 'selamat tinggal' untuk Ari dan kisah mereka.
Aku memang gila. Tapi apa kan daya, aku dah ter-SUKA.....
Pertama sekali, aku nak utarakan perkara yang paling mengganggu pembacaan aku adalah penggunaan bahasa SMS/ Yahoo! Messenger yang betul-betul ikut bahasa slanga mesej. Serius??? Walaupun ia adalah SMS dan mesej pada Yahoo! Messenger, tapi untuk sebuah novel, tak perlulah tulis perkataan singkat-singkat. Jujurnya, aku tak faham satu dua perkataan yang diletakkan. Dan aku rasa marah. Okey.
Kedua, aku suka cerita ini. Gaya bahasanya santai tetapi melucukan. Ia bukan sebuah kisah yang sedih walau ada diselitkan beberapa babak sedih. Apa yang lucu? Watak-watak yang ditonjolkan lucu selain daripada penulis pandai bermain dengan gaya bahasanya. Boleh nampak dalam novel ini penulis seorang yang berilmu. Tapi, penulis tak cuba bersyarah dalam ceritanya.
Ketiga, watak-watak utamanya termasuk si hero dan heroin dilakar sebagai seorang yang bukan serba sempurna seperti watak dalam cerita novel cinta fantasi wanita. Kita boleh perasan watak-watak novel ini ada di sekeliling kita. Malah, ia mungkin juga diri kita sendiri.
Keempat, kata si penulis dalam salah satu wataknya, dia belajar untuk ketawakan kehidupan dan menganggap hidupnya sebagai satu komedi. Bukan tragedi semata-mata.
Kelima, benarkah gerakan feminisme membuatkan lelaki menjadi semakin malas? Itu satu pertanyaanku apabila penulis mengeluarkan kenyataan tersebut dalam novel ini. Aku perlu bacaan lanjut walaupun di satu sisi, aku bersetuju juga.
Keenam, ini antara novel cinta Melayu yang aku suka. Cinta itu luas dan memerlukan pengorbanan.
Ceritanya hidup. Lari dari novel melayu tipikal yang fokus pada lelaki kacak dan kaya dan seangkatan dengannya.Satu-satunya buku yang aku mampu ulang baca banyak kali. Orang yang tak percaya cinta jatuh cinta dengan mamat paling selekeh sekali yang bercakap guna gua-lu dengan gadisnya.
Manis, ini manis.
Sampai sekarang, tiap kali aku pergi Midvalley, lalu Pasar Seni, Istana Budaya, aku cuma harap dapat jumpa laki-laki rambut merah compang-camping yang akan panggil aku Lulu.
Raof tu memang bukan lelaki idaman saya dan juga Safiyyah sebenarnya . Dengan rambut merah, bertindiknya lagi. Memang tak sesuai sangat tapi saya rasa dia sweet dengan cara dia yang tersendiri nak-nak bila dia panggil Safi dengan nama Lulu sebab Safi tak suka dia bahasa 'lu' dengan Safi.
Paling suka ayat yang ni, "Tepi sikit, awek gua nak lalu."
Walaupun aku lagi suka novel Uncle Bos Mama, tapi AKN pun syok dibaca.
1. Sebenarnya permulaan baca, agak slow sikit sbb kali pertama baca POV 1 Nurul Syahida. Makin lama, makin best.
2. Part paling kelakar, teori Safiah tentang otak dan cirit birit😆 Berdekah aku ketawa😂
3. Cerita simple, tapi aku seronok baca sebab pandangan Nurul Syahida tentang sesuatu perkara, yg kita kadang² tak terfikir pun.
4. Separuh dari novel ni, cerita pasal masalah percintaan Iza dan Hisyam, juga Helmi yg syokkan seorang amoi. Safiah dapat idea untuk match kan Helmi dan Iza.
5. Hero untuk Safiah cuma muncul 3/4 daripada buku, iaitu Roul. Jujur, aku terhibur dengan watak Roul hahahahha! Dengan rambut merahnya, lepas tu panggil Safiah, Lulu😆
Aku harap kisah Safiah dan Roul lebih banyak.... then aku baru tahu ada sambungannya dalam novel AKU KELIRU. Next, nak buru novel tu pula😍
Saya suka buku ini sebenarnya, nak pulak tajuknya bagi semangat pada saya untuk teruskan menulis.
Tetapi :) makin saya baca buku ni, makin geram pula saya.
Plot buku ni sepertinya lari fokus, saya jadi sangat keliru akan kewujudan Safiah sebagai watak utama buku ini. Permulaan bab awal buku ini sudah disajikan dengan masalah teman-teman Safiah tetapi lama-kelamaan saya jadi letih untuk baca kisah selanjutnya.
Kemudian, penggunaan POV 1 dan bercampur aduk POV 3 amatlah mengganggu saya sebagai pembaca. Untuk pengasingan POV pada setiap bab tu saya boleh terima, tetapi macam mana dalam penceritaan pada masa yang sama boleh bercampur POV 1 dan POV 3? Kita sedang baca sudut pandang siapa ni sebenarnya?
Tak boleh saya teruskan lagi pembacaan ni, tapi sebenarnya saya suka humor penulis dan juga bebelan Safiah yang saya kira sangatlah pandai seperti orang ekonomi.
Saya suka ayat Safiah yang ini "Feminisme tidak banyak membantu wanita sebenarnya. Ia hanya membuat kaum lelaki menjadi semakin malas."
Mungkin saya perlu cuba baca buku penulis yang diterbitkan baru-baru ini, sebab buku ini diterbitkan empat belas tahun yang lalu yang mungkin gaya penulisannya saya kurang gemar.
Buku ni dah lama dah aku baca. Tiba-tiba teringat nak buat review. :)
Aku suka jalan ceritanya. Novel ni heronya bukan lelaki kacak anak dato bawak kereta mewah. tapi lelaki pelik rambut merah, compang camping dan cakap, ya Rabbi, kasar. Gua-Lu je. Aku suka babak dorang tersekat dalam jem. hahaha! moment yang comel pada aku.
Dan aku suka persahabatan dorang berempat. Menarik. Buku ni kerap diulang baca. Sangat sayang.
Kalau korang bukan penggemar novel melayu dan teringin nak baca, carilah buku ni. memang superb!
Mula rasa slow sangat cerita ni. Bila masuk watak roul baru la rasa ok sikit… roul lelaki berambut merah yang asalnya dikenalkan oleh helmi. Tujuan asalnya nak cari pasangan untuk safi supaya tidak menganggu hubungan antara helmi dan iza. Helmi iza dan safi ni berkawan baik. Bila helmi dan iza bercinta mereka masih keluar bertiga. Jadi sebab tu la helmi dengan iza ni nk carikan pasangan untuk safi. Dalam pada mulanya safi memandang serong terhadap lelaki berambut merah dengan gaya percakapan pun gua dan lu.. Tapi jauh di sudut hati safi tak mampu membenci roul.
Aku suka penulisnya olah cerita ni. Cara dia menyampaikan kehidupan watak sama seperti kehidupan realiti, maksud aku. Banyak benda yang ditulis sesuatu yang kita kerap lakukan, habit kita, tapi kita sendiri tak sedar. Pada bab pertama dah pun dia tunjukan dimana aku juga alami perkara yang serupa. Kemudian, aku suka part twist dimana, seorang yang tak percayakan cinta merupakan penulis novel cinta. Safiah, bagi aku dia penasihat cinta yang bagus, walaupun dia sendiri tak percayakan cinta. Tapi tak boleh salahkan dia jugak, sebab kisah silam dia yang jadikan dia macam tu, dan kehadiran Roul memang merubah hidup dia. Oh. Aku suka penggunaan bahasa gua lu yang Roul gunakan. Aku sangka, dia akan ubah pengunaan bahasa dirinya bila dia mula sukakan Safiah. Tapi tak, cuma dia ubah panggilan kepada 'Lulu'. Sweet kan? Hahaha Cerita ni klise? Mungkin boleh dikatakan sedikit klise, tapi penyampaiannya berbeza, dan berlainan. Kira up-to-date sikit. Aku suka.
Cerita adalah coretan hati seorang penulis bernama Safiah Shuhaimi (Safi). Teman baiknya, Iza dan Helmi, punya masalah hati dengan teman sekerja. Safi menjadi pendengar dan penasihat mereka. Dengan pertolonganya, mereka dipertemukan dan mereka menjadi sepasang kekasih. Namun, Safi sentiasa mengganggu mereka. Lalu mereka merancang untuk pertemukan Safi dengan Roul. Roul, pemuda berambut merah, suka mencarut dan salah satu matanya, berkanta merah. Tetapi, hati Safi sentiasa mengingati dirinya. Suatu malam Roul dihentak dengan botol. Safi marah Roul kerana dia mengingatkannya dengan arwah teman lelakinya. Dia pulang ke kampung. Dia mula sedar akan perasaannya kepada Roul. Setelah berbulan, barulah Safi mula menjejaki Roul. Tapi Roul tidak kelihatan. Dia dapat tahu Roul ingin buat pameran seperti usulnya dulu. Akhirnya, mereka bertemu di pesta buku dan mereka kembali bersama.
I'm taking my sweet time reading this book not because this book bahasa dia susah, but because every single words used is very very nicely written. "Sinis dan sarkastik" -- funny!
Mula-mula I thought buku ni lain dari yang lain sebab watak utamanya -- safiah (si novellis) macam tak berapa menyerlah.infact, it's all about kawan baik safiah iza and helmi.
But boy was i wrong!! Sebabnya had it not been written that way, safiah tidak akan berjumpa dengan R.O.U.L (teenage screamsss!!) waaaahhh!!
How is it possible kawan baik safiah membuat blind date for safiah dengan lelaki yang berambut panjang, berwarna MERAH and memakai contact lens di SEBELAH MATA sahaja yang berwarna MERAH and uses gua-lu dalam percakapan?!
roul dan safiah. safiah seorang novelis. dan roul mamat yang rambutnya berwarna.
safiah seorang novelis dan dia jugalah yang berjaya menemukan dan menjodohkan Iza dengan Helmi. Iza pada mulanya suka kepada Hisham, namun kelihatannya dia bertepuk sebelah tangan dan kecewa. berkat pertolongan Safiah, Iza dan Helmi bersatu.
namun, Iza dan Helmi juga ada hadiah buat Safiah. saat itu Safiah bertemu Roul.
best. novel ni membuatkan aku rasa :
"kadangkala hero novel tak perlu kacak bergaya untuk menjadi hero."
cerita yg menarik.. sbb bukan tertumpu pada watak utama je..watak sampingn cam Helmi & Iza pun menarik..lg2 part Iza ngan Hisyam.. smpai kita x sanggup nk tutup buku..hehe..
bila munculnya si Roul yang pelik..lg la x ley nak tutup..(tp sebab sy yg agak bz skrg ni..terpaksa melewatkan pembacaan)...comel je bila Roul panggil Safi LULU walaupun Lulu tu maksud dia "LU"..:)
My first malay novel I've read, and I like it. Penggunaan ayat straightforward & very humorous. Orang boleh tengok pelik when they saw me laughed like crazy sorang-sorang. LOL
2nd novel of NS yg sy bc & my first review on goodreads. Even ini cume buku ke2 dr penulis yg sy bc & boleh dikatakan sy agak trlewat membc & bg review, boleh sy rumuskan penulisan NS mmg sgt berjiwa & "dekat" dgn kehidupan seharian kte. Watak2 yg dicipta bkn spt kebanyakan novel yg penuh dgn kesempurnaan. Dlm kata lain, sy suke novel ni. Recommended bg readers yg mencari kelainan dlm novel Melayu yg majoriti skrg brkisarkan kisah kahwin paksa.
bagi saya buku ini sangat menarik! kewujudan ROUL yg rambut berapi itu mula membuatkan saya terkejut..kerana stailnya lain daripada kebanyakan novel yg saya baca..kadang saya tertanya-tanya adakah watak ROUL itu sebenarnya wujud?seronok saya membacanya,tak perlu ambil masa yg lama untuk saya habis membacanya :)
ibarat bawang yang dikupas satu demi satu layer dengan air mata yang mengalir ada rasa sakit, ada rasa pedih tapi at last discovering something meaningful dan bolehlah digoreng bawang terbabit =p