Muhammad Fatrim lahir di Beaufort Sabah dan kini mengajar di Bumi Kenyalang Sarawak. Belajar dalam Penulisan Kreatif (Fokus Skrip Filem@Drama). Oleh kerana boleh menjana idea, beliau cuba menulis novel meskipun susah pada mulanya tapi akhirnya dapat siap juga.
Novel Asrama adalah novel panjang pertama yang dihasilkannya selama 1 tahun penulisan. Kini telah menghasilkan lebih 10 novel dan masih belajar menulis dengan membaca pelbagai buku.
yang pertama, lockdown. kisah husin dan dan rakan-rakannya terpaksa bekerja sewaktu lockdown di kilang yang beroperasi secara haram.
tapi bila seorang demi seorang hilang, ada sesuatu yang lebih besar berlaku rupanya.
kisah yang kedua, vaksin. maria dan suaminya penjual pakaian kanak-kanak dalam talian. bila bermula pkp, dia menjual topeng muka dan sanitizer dengan harga yang berlipat kali ganda. ada juga vitamin yang konon mencegah dari terkena covid turut dijual walhal benda tak mendapat kelulusan perubatan.
sesuatu berlaku dan mereka menyorokkan perkara tersebut.
dua kisah yang menurut penulis dikarang sewaktu lockdown dan pada satu tempoh masa dihadiahkan kepada pembaca. terima kasih penulis! moga akan terus hebat dalam penghasilan karya.