MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menghabiskan buku ini dikala masa senggang saya.Ye,saya menghabiskan masa yang agak lama untuk saya menghabiskan buku yang tidaklah setebal mana,kerana tujuan saya membaca sesebuah buku bukanlah untuk dihabiskan dengan cepat dan menulis review buku tersebut di goodreads dan menambah koleksi buku saya dan kemudian mencapai target saya 60 buah buku dalam setahun walaupun ada kalanya saya berniat sedimikian.
Sesebuah buku motivasi seperti Langit Illahi 3 ini perlu dibaca,difahami,dihayati maksud penyampaian serta ditanam pasak dalam diri pembaca untuk mengutip serpihan-serpihan ilmu yang ada didalam buku ini lalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian pembaca.Jadinya setiap perubahan dalam diri pembaca perlu dibuat sedikit demi sedikit supaya perubahan itu akan kekal berlangsung sepertimana sedikit demi sedikit pembaca membaca setiap helaian topik dalam buku ini dan kemudian berhenti membaca,memahami,me'reflect' kembali sikap pembaca,kehidupan harian pembaca dan kemudian mengubah sedikit demi sedikit yang pembaca mampu dan meneruskan semula pembacaan buku ini.
Karya Hilal Asyraf ini tetap ingin saya puji sepertimana yang pernah saya tulis dalam 'review' buku dan novel beliau sebelum ini.Penulisannya yang santai ,mudah difahami malah dekat dihati pembaca untuk menjiwai penulisan beliau.Benarlah apa yang pernah didengar sebelum ini, "menulis itu perlu dari hati supaya isi yang disampaikan juga sampai ke hati pembaca".
Saya merupakan orang yang kedua membaca buku ini selepas dibaca oleh ibu saya sendiri kerana apabila saya menyelak helaian2 buku ini didapati terdapat beberapa garisan yang telah ditanda oleh ibu saya.Daripada situ saya dapat melihat hebat ibu saya!!hebatnya kerana usia beliau tidak menghalang diri beliau daripada mengambil cebisan ilmu daripada penulis muda seperti Hilal sendiri.Betapa ibu saya pula tidak lokek untuk berkongsi buku ini dengan saya malah beliau pernah katakan bahawa beliau membeli buku ini selepas terdengar daripada radio ikim berkenaan buku ini dan mengagumi penulis buku ini.Ini yang menjadikan saya ingin menjadi seperti beliau yang tidak sombong dengan ilmu yang beliau miliki dan sentiasa tidak rasa malu untuk mengutip ilmu daripada orang muda seperti penulis buku ini. :)
Buku ini menyajikan 60 artikel berbentuk tazkirah berkaitan pengalaman penulis semasa di sekolah MATRI dan di Jordan sebagai seorang mahasiswa. Banyak beliau menyelitkan kata-kata hikmah, motivasi dan cerita yang beliau peroleh daripada guru-guru, pensyarah dan teman-teman beliau. Artikel disampaikan dalam bentuk santai tetapi bahasanya puitis dan menarik.
Seperti biasa, hilal asyraf dan buku motivasinya berdasarkan pengalaman beliau di MATRI dan sewaktu belajar di Jordan. Banyak memetik kata kata daripada guru beliau dan dijadikan pedoman dalam buku ini.
Highly recommended for those who have low motivational level in life.