Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme

Rate this book
Buku yang amat sesuai bagi pemerhati politik Malaysia.

194 pages, Paperback

First published January 1, 2010

2 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Mujahid Yusof Rawa

13 books21 followers
Dr. Mujahid Yusof Rawa, anak kelahiran Pulau Pinang merupakan Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusuf Rawa yang pernah menjadi Presiden PAS dari 1982 hingga 1989. Beliau mewarisi kepimpinan bapanya dengan menyertai politik demi cita-cita mahu menyumbang kepada tanah air yang dicintai bertunjangkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya.

Berkelulusan Ijazah Sastera Bahasa Arab daripada Universiti al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Akhirnya beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syariah daripada Universiti Malaya (UM) melalui tesisnya yang bertajuk Pengurusan Konflik Dalam Parti dan Kesannya Kepada Perubahan Organisasi: Kajian Kes PAS di Melaka.

Buat julung kali terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 2005, jawatan tersebut disandang sehingga kini. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan posisi itu telah memberi ruang kepadanya menerokai platform pembentukan Kelab Penyokong PAS pada 2004 yang berakhir dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada Mei 2010. Usaha bersungguh beliau yang tidak kenal erti jemu ini telah berjaya menarik minat masyarakat bukan Islam kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti masyarakat Melayu-Islam semata-mata.

Selain keterlibatan politik, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti memegang pelbagai jawatan dalam NGO termasuk mewakili negara dalam banyak misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah. Beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (15%)
4 stars
17 (38%)
3 stars
16 (36%)
2 stars
4 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
January 3, 2011
Buku yang menarik. Cuba menulis sejarah PAS dan cuba memberi arah tuju baru buat parti itu. Ada beberapa fakta dalam buku ini yang saya rasa hanya pendapat penulis, bukan berdasrkan fakta. Buat mereka yang mengikuti dan mendokong PAS sejak sebelum Pak Yusuf Rawa mungkin mempunyai pendapat berbeda.


Apapun, ini satu karya yang baik yang memberi dimensi berbeza. Pendapat penulis yang mahukan kepimpinan ulamak diberi definasi dan makna baru menimbulkan rasa kurang senang di kalangan sesetengah ahli PAS. Mo0ga cetusan beliau itu akan mencambahkan diskusi dan perbincangan secara bersungguh-sungguh.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
January 16, 2011
Ghairah untuk memburu buku yang kontroversi ini bermula dari cakap-cakap dalam alam siber yang banyak menjurus kepada ketidak penerimaan ahli-ahli PAS mengenai sesetengah buah fikiran yang diutarakan oleh penulis - Dr. Mujahid Yusof yang merupakan anak kepada bekas Presiden PAS Ustaz Tuan Haji Yusof Rawa.

Sebenarnya hampir sebahagian kandungan di dalam buku ini merupakan teks tesis beliau untuk Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya dan pada bahagian akhir dimuatkan dengan rencana-rencana beliau yang telah terbit di Malaysian Insider. Seperti yang dijanjikan oleh editor buku ini Dr.G.Manimaran, adaptasi tesis kepada buku ini telah melalui proses rombakan beberapa kali agar kandungannya tidak terlalu memenatkan bakal pembacanya nanti. Al-maklum apabila sebut tentang tesis sudah pasti mengenai ayat-ayat yang berulang-ulang bagi menebalkan teks tesis tersebut. Namun walau apa pun Lekuk Teori Pembelajaran atau Lekuk 'S' yang di ketengahkan oleh penulis berjaya diolah dengan baik dan mudah untuk difahami konsepnya sekurang-kurangnya kepada saya sebagai pembaca.

Beberapa bab awal dalam buku ini banyak menceritakan sejarah PAS dan konfliknya yang sememangnya amat bernilai lebih-lebih lagi kepada orang muda lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli PAS 'Junior'. Bagaimana PAS sudah lama mencuba untuk mendekatkan diri mereka kepada bukan Islam melalui penubuhan CCC (Chinese Consultative Council) dan direalisasikan akhirnya melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Mengenai isu-isu kontroversi yang hangat diperkatakan, bagi saya kebanyakan perkara-perkara konflik yang di ketengahkan sememangnya sudah diketahui umum lebih-lebih lagi di dalam media siber melalui blog-blog pro PAS. Jadi tidak ada apa pun yang perlu dikhuatirkan lebih-lebih lagi mengenai pendapat 'Jangan Memberi Peluru Kepada Pihak Lawan'. Ianya adalah SEJARAH dan darinya kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Untuk saya mungkin ada fakta atau maklumat di dalam buku ini yang memeranjatkan saya seperti bagaimana berlakunya transformasi pendirian yang berlaku ke atas Khalid Samad (sekarang Ahli Parlimen Shah Alam). Dari seorang yang meragui akan keberkesanan CCC (lewat 80'an) kepada pembela Kuil kaum India di suatu kawasan di Shah Alam.

Berkenaan lagu Negaraku, Perlembagaan Persekutuan dan proses menasionalisasikan ahli PAS, pada saya itu adalah konsep yang boleh dipertimbangkan dalam itinerari perjalanan PAS menuju ke Putrajaya. Lagipun itu kan satu pandangan dan pendapat dan masih boleh dibahaskan.

Akhirnya oleh kerana 'Kontroversi', buku ini berjaya mempublisitikan dirinya ke satu tahap yang membanggakan bukan sahaja kepada penulisnya malah Parti PAS itu sendiri.
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Impresi pertama saya terhadap cover buku ini ialah wow!...saya suka grafik dan warna pada design kulit buku ini. Imej seorang remaja berseluar pendek lepas kepala lutut membawa bendera PAS jelas membawa mesej bahawa kandungan buku ini ialah tentang perubahan dan masa depan parti itu sendiri.

Kandungan buku ini seperti yang dimaklumkan dibahagian kata pengantar ialah berdasarkan tesis penulis tentang pengurusan konflik dan perubahan dalam organisasi parti PAS yang, menurut editornya dipermudahkan agar dapat dibaca oleh khalayak umum.

Teori lekuk pembelajaran (Lekuk S) yang mendasari penulisan buku ini disampaikan dengan jelas oleh penulisnya. Memberi gambaran bahawa PAS sedang berhadapan dengan kemunculan lekuk ke tiga selepas mengharungi dua lekuk awal sepanjang pembabitannya dalam arena politik Malaysia.

Pandangan penulis berkaitan pendefinisian semula Kepimpinan Ulama dan pandangan beliau agar parti PAS berubah menjadi parti yang lebih bersifat nasional adalah pandangan segar dan menarik untuk direnung. Lebih penting lagi, pandangan itu adalah lahir dari penulis yang merupakan salah seorang aktivis dan pemimpin PAS sendiri.

Walaupun saya mengharapkan analisis yang lebih tajam berkaitan rasional penulis menjangkakan kewujudan lekuk ketiga (kebanyakan rasional kepada jangkaan tamatnya lekuk kedua adalah berdasarkan pandangan secara umum tanpa disertakan fakta atau contoh-contoh yang kukuh serta boleh dipertanggungjawabkan) itu serta cadangan yang lebih detail tentang bagaimana parti PAS harus mengurus perubahan serta konflik dalam mendepani lekuk ketiga itu, namun secara kasarnya saya berpendapat penulis telah memberikan satu sudut pandangan yang wajar dibincang dan direnung oleh ahli-ahli parti itu, penganalisis politik malaysia dan sesiapa sahaja yang berminat dengan politik Malaysia amnya dan parti PAS khasnya.

Pembacaan yang pastinya akan membuka minat saya untuk mendapatkan bacaan-bacaan lain berkaitan parti ini.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
December 14, 2010
Pemerhati politik Malaysia wajar membaca buku ini. Sejarah PAS dari kacamata orang yang sangat hampir dengan organisasi politik itu merupakan satu perkara yang menarik kerana kita akan terdedah dengan peristiwa tertutup yang tidak dibuka secara umum..

Buku ini mungkin lebih mengulas mengenai krisis yang berlaku di dalam PAS. Dr Mujahid nyata seorang yang sangat memandang masa depan PAS malah sangat yakin akan kebangkitan lekuk ketiga PAS. Namun sangat mendukacitakan kerana buku ini masih ditahap permukaan sahaja "surface" sahaja bukan terlalu dalaman..

http://farizahrin.blogspot.com/2010/1...
Profile Image for Web Sutera.
Author 35 books65 followers
April 9, 2011
Kepimpinan ulamak mesti tetap teguh menjadi jantung dan tunjang sesebuah harakah Islam. Bagi saya ini tiada kompromi kerana ulamak adalah pewaris nabi. Kalau bukan ulamak yang menjadi kolam rujukan dan pendinding, siapa lagi? Bukankah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) merupakan nabi dan rasul Allah yang terakhir? Justeru ulamaklah sebagai penunjuk arah dan obor menerangi manusia dan perjalanan gerak kerja Islami PAS. Mengapa Dr. Mujahid membuat tempelan yang bukan-bukan kepada ulamak dan institusi ulamak?

BACA LAGI >> http://pasalbuku.blogspot.com/2011/03...
Profile Image for Ilham Nur.
8 reviews6 followers
December 29, 2010
Seolah-olah penulis bukan seorang ahli PAS apabila membaca buku ini. Berani, cukup berani. Tidak menghairankan jika buku ini menjadi kontroversi dan menimbulkan polemik dalam PAS.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.