Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komando #1

Jauh Kau Pergi

Rate this book
Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?


Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

528 pages, Paperback

First published January 1, 2010

27 people are currently reading
385 people want to read

About the author

Dhiya Zafira

23 books191 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
216 (63%)
4 stars
88 (25%)
3 stars
30 (8%)
2 stars
3 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
March 21, 2020
Reread: 21 Mac 2020

Dari belek-belek terus melekat. Hahahhahaha

Dan sesungguhnya karya yang hebat tidak pernah pudar rasa teruja membacanya.

Tahniah CikPuan Penulis. Can't wait for Eddie :)


Review: 4 Jan 2018

^_____^

Ada pelbagai rasa. Semuanya bercampur aduk. Ada tawa dan senyum sungging dalam diam ketika membacanya.

Ada juga debar yang buat berkisar saat-saat Rif-Ari menjadi tawanan Tengku jahat tu. (Walaupun dah berulang kali baca naskhah asal - Jauh Kau Pergi sekitar 2012).

Yang pasti KakChik puas hati. Walaupun cerita aksi tidaklah sebanyak mana tapi kita ambil tahu bila seorang yang diberi amanah dan kerahsiaan tiada yang menjadi galang ganti bagi mereka. Jadi respect.

Dan KakChik boleh tak perasaan langsung di mana penambahan yang dibuat dari karya asal. Asyik sangat membaca sehingga KakChik tak ada terlintas langsung nak membanding karya yang diterbitkan semula ini dengan karya asal.

Tahniah CikPuan Penulis. Can't wait for HaqIII

GRC: #1/15
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 24, 2018
4.5 star

Sejujurnya aku rasa terkilan. Kenape aku tak kenal nama Dhiya Zafira dari dulu lagi. Masa aku mula2 berkecimpung dalam dunia novel ni. Serius rasa rugi sangat2. Baru tahun ini aku kenal siapa DZ ni. Itupun lepas aku jatuh cinta dengan genre2 thriller.

JKP merupakan second novel yang aku baca dAripada DZ. Yang first aku baca Setiap Detik Nafasku.

Novel ni tidak telan dek zaman walaupon usianya hampir memasuki 9 tahun. Sesetengah novel lama, tidak relevan dah nak dibaca pada masa kini. Bukan apa, kadang2 topik tu dah lapuk. Hanya hot pada zaman itu. Tapi JKP ini masih mampu menarik minat aku.

Kisah tentera. Serius aku suka. Walaupon part2 aksi dea tidakla terlalu ekstrem. Tapi sungguh mengasyikkan😆

Aku jadi nak tau apa sebenarnya yang terjadi. Menyebabkan aku tak mampu nak stop. Kalau boleh bila dah hadap tu taknak berhenti. Tapi apakan daya. Ada kewajiban lain yang perlu diutamakan.

JKP ini ada versi baru kan. Diterbitkan under Poreng Kertas. Tapi aku hunting yang under alaf ni. Idk why. Mungkin aku jatuh cinta dengan covernya. Tengkiu to akak tu sebab jual novel JKP + Tertulis Buat Kita dengan harga berbaloi2.

Next nak fokus pada TBK pulak. Nak tau kisah Jimmy. Kisah Afi & Rif dah settle. 😍

Sorry kak DZ. Andai akak baca komen ni. Saya nak ucapkan syabas. Sebab akak mampu menghasilkan karya yang tak telan dek zaman ni. Maafkan saya sebab lambat kenal akak. For ur information, peminat akak dah bertambah sorang lagi😆
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
October 30, 2018
Disebabkan JKP versi Alaf21 aku bagi 5 bintang, maka versi yang inipun kenalah bagi jumlah bintang yang sama jugak. Ater, dah jalan ceritanya sama je. :)

Tercari-cari jugak kelainannya sebab khabarnya ada sedikit kelainan tapi tak jumpa pulak. Jika nak kata rahsia fasal Nadia tu yang kelainannya, rasanya yang versi Alaf21 pun ada kot kisah tu. Ke, aku yang tak perasan? Pelik jugak kalau tak perasan sebab versi tu aku dah baca lebih dari sekali.

Lepas ni, harapnya penulis teruslah buat kisah baru. Hero baru, heroin baru, yang takde kaitan dengan hero dan heroin dari novel terdahulu tapi masih mengekalkan kisah aksi. Jika boleh, bagilah cerita yang aksinya lebih melampaui batasan. Biar pembaca nak bacapun rasa ngeri!

--------------

Update.

Oo.. Rupanya rahsia Rif tu fasal hubungan tidak baik dia dengan ayah dia. Tapi kenapa aku macam pernah baca je fasal tu? Mungkin sebab tu aku tak perasan yang itulah rahsianya.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
November 6, 2015
Antara Tersangat Suka dan Suka. Aku kat tengah2.

Suka dengan permainan tarik tali antara Afi ngan Rifqi. Walaupun scene bergula antara depa x la bersudu-sudu, tapi yang secubit itu lebih bermakna. Dah tua ni x leh ambil gula bebanyak, takut penyakit oooooo.....

Yg x suka.... Ini karya pertama penulis ini bagi aku. Masih x dapat membiasakan diri dengan plot gohead-gostan terutamanya untuk naskah action-thriller seperti ini. Selalu teknik pi-depan-balik-belakang ni yang diguna pakai untuk genre lovey-dovey je... Itu x pa, senang faham. Yang ni? Mencabar la jugak, hampir berputus asa sekerat jalan dek ke-lari-an fokus pembacaan.

Nasib baik diselamatkan oleh gula secubit tersebut.

Peace
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
September 4, 2022
"Kita akan bahagia, Afi. Kita akan bahagia,"
ujarnya berulang kali. Cuba meyakinkan hati sendiri sebenarnya.

Ni karya Dhiya Zafira yang pertama aku baca and i really really really love it!!!!!! Cukup rasa sangat karya ni. Part suspense, part sweet , part sedih (especially first 100 pages) dan part lawak yang melibatkan kawan-kawan abang Afi (yang merupakan komando juga). Macam yang ada di sinopsis buku ini, Haiyan Rifqi atau Rif yang diamanahkan untuk menjaga Afiqah Najwa atau Afi selepas kematian abang Afi ni dalam sebuah operasi.

Perwatakan Rif ni aku sukaaaaaa sangat. Dia serius tapi time sweet dia tu pun memang berjaya la buat aku cair 😆. Rif ni ada kisah silam yang boleh dikatakan tragis jugaklah yang bila kita baca kita sebagai pembaca ni akan rasa ‘oh patutlah perwatakan dia macam tu’. Rif ni jaga Afi dengan baik sangat dan dia memang sentiasa ada dengan Afi.

Perwatakan Afi ni pulak aku geram sikit sebenarnya especially part lepas kahwin di mana sebelum Rif berterus terang tentang kisah silam dia. Afi ni dia macam tak faham suami dan ada beberapa part dia macam mendesak suami dia sedangkan dia pun tahu si Rif tu komando, orang penting jadinya tak semua perkara boleh diberitahu. Tetapi lepas Rif dan Afi ni berterus terang antara satu sama lain, aku suka Afi sebab dia dah lebih memahami. Menjadi seorang Afi ni best sangat. Lepas apa yang jadi kat abang dia, semua kawan baik abang dia memang jaga Afi betul betul dan dia sangat lahhhhhh dilindungi dengan baik.

Watak Cougar ni pulak, aku memang dah rasa sesuatu sebenarnya dengan dia ni tapi tak sangka lah betul sangkaan aku tu rupanya.

THE PLOT TWISTTTTTT AJWUQGWUJWJWHWKQSHW. Aku rasa macam membazir je air mata aku menangis di awal penceritaan rupa-rupanya…. Banyak sebenarnya yang aku suka tentang buku ni. Rasa macam baca buku yang realistik sangat tau even ni buku fiction. Takde anak datuk datin macam typical malay books dan aku buat pilihan yang tepat untuk baca karya ini selepas menonton perarakan Merdeka 2022 sebab senang nak imagine watak-watak tu punya uniform dan pakaian lengkap sebagai komando 🤪. Aku seorang fast reader tapi aku ambil masa jugak untuk menghabiskan buku ini sebab aku taknak habiskan bacaan dengan cepat 😭 I want more of themmmmm 😭💗

Overall, buku ni antara my best read this year 💗💗💗💗💗

♾/5
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
October 30, 2018
Mula-mula baca entah kenapa sendu sangat. Meleleh air mata dibuatnya. Afi yang tinggal sebatang kara setelah kematian Jimmy. Kehilangan seseorang yang kita sayang bukan perkara mudah.

Sepanjang pembacaan, kisah banyak tertumpu kepada Afi dan Rif. Bagaimana kehidupan Afi selepas kematian abang kembarnya, Jimmy serta kemunculan Rif selepas lima tahun menghilang yang tiba-tiba selalu ada untuk mengawasi Afi. Perkahwinan antara Afi dan Rif pada mulanya hanyalah berdasarkan satu misi rahsia. Sungguh la bila baca tu memang rasa macam tertipu, apa lah yang banyak rahsia sangat Rif dengan si Afi tu. Apa yang terpendam dalam hati Rif? Apa yang berlaku sebelum Rif menghilang selama 5 tahun? Kenapa tiba-tiba ajak Afi berkahwin? Tambah lagi dengan karakter Rif yang misteri. Ada jugak rasa menyampah dengan budak berdua ni, seorang tu tau menangis yang seorang lagi dengan misi rahsianya.

Tapi keadaan yang macam tu yang menjadikan pasangan ini saling memerlukan dan melengkapi. Walaupun pada mulanya tak cinta, tapi kasih sayang itu ada. Bila dah masing-masing terbuka hati untuk berbicara hati ke hati itu pun dengan bantuan Jimmy baru lah hubungan suami isteri itu pulih.

Kisah persahabatan antara Jimmy, Rif, Helmi, Luqman dan Eddy, aku rasa macam kurang lah. Tak berapa nak jelas dengan perwatakan antara mereka yang dikatakan sahabat dunia akhirat. Its okay, aku puas hati sebab ini first novel DZ aku baca.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
January 19, 2018
Saya tak pernah baca JKP versi alaf sebab zaman tu zaman puasa novel sekarang baru aktif balik. hehe.. so saya tak boleh compare apa perbezaannya dengan yang lama.

Plot citer yang menarik, hero yang awesome dan penulisan pun ok. cuma terlalu banyak flashback. Nak kena cantum sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

Saya tak tahu skop kerja komando macammana so terima sajalah apa yang dihidangkan oleh penulis. Apapun memang boleh jatuh cinta dengan sikap heroic dan kecekapan Rif sebagai komando. Cuma heroin tu asyik nangis je. Faham situasi sukar yang dialami tapi penat jgak bila asyik duk bayang dia nangis je.. Sebagai adik dan wife komando mestila kena kuat 💪
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
July 6, 2023
"Kita takut sama-sama, okay?"

Alahai...

Ada bahagian dalam buku ni buat aku teringat scene dalam Queen Charlotte yg I will stand with you between the heavens and the earth tu. Masa tgk tu aku nangis, baca buku ni pun nangis :')
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
February 16, 2023
What made me decide to buy this? The cover. Not the red one as displayed here, but this.


See how handsome the cover is?



So this is the first book written by Dhiya Zafira that I read. And my impulse self decided to grab the series - yes the other characters in this book have their own story, how exciting is that? 😍😍

Okay let's talk about the plot.

To be honest, the first 40% of the book is filled with things that are left unanswered. I had many questions, but it didn't stop me from reading. The fact that I kept thinking about continuing my reading while still at work speaks volumes. But it was after 40% that my emotions began to tumble. My eyes became misty every few pages. When Rif began opening up about his inner conflict....



I can't. I just can't.



But all in all, I'm just a tad bit annoyed with Afi's crybaby behavior. Yes, I know she is all alone after her brother, Jimmy's death but maybe it's just me, hoping to see the FMC to toughen up with life. And don't get me started with Rif's secretiveness, masking his behavior and actions behind what he calls his ‘mission’. Tumbuk kau situ, baru tau.

The grammatical mistakes... Hmm. Porengkertas might need to hire a better proof reader and editor. Just because the book gets reprinted, doesn't mean it is free from error. Pay close attention to the spelling, as well as the English grammatical mistakes.

Overall, it was a superb read! Let me bask in my feelings before I hop onto the next book~
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
January 8, 2023
My own rate for this book: 5/5

Buku pertama karya Kak Dhiya Zafira yang aku baca dan buku ni tak mengecewakan. Genre aksi-thriller-romance memang favourite aku, selain Kak Sara Aisha, author ni pun dah jadi author 'Auto Beli' aku lepas ni 🤭

Buku ni best yaaaa. Aku tak sangka actually buku ni agak 'pain' ya. Aku jenis yang tahu genre, pastu nampak menarik aje tgk org beli, aku pun try tanpa tahu byk pasal buku tu. Jd, aku selalunya mmg baca tanpa tahu apa2 dan aku tak expect yang cerita ni dia punya 'angst' tu menusuk ya. Aku suka plotline cerita ni, aku suka watak2 yang ada dalam cerita ni, semuanya aku suka kecuali villain la 😂 Relationship ML dan FL, aku sukaaa. Relationship FL dengan abg dia. Relationship dengan kawan2 diorang, beruntungnya ya Afi ada 'abang2' yang akan protect dia selalu 🤌

Ok, tak sbr nak sambung Commando Series yang seterusnya 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
Read
August 2, 2018
Full review: 2/08/18

JKP edisi revamp.
Hmm,
apa yang harus aku katakan?

Orang kata cinta pandang pertama tu susah nak dilupakan. Apatah lagi hujan membasahi bumi saat pertama kali ‘bersua.’ Ecehhh sebijik macam filem Hindustan kan? Haha😆

Tapi, itu memang ‘perkenalan’ pertamaku bukan saja dengan Kapten Rifqi tetapi Kak DZ juga. Jadi sudah pasti dengan edisi terbaru ini aku ingin mengenang kembali kisah yang manis lapan tahun sudah.

Jadi, apa rasanya?
Rasa yang kekal sama. Mahal tau perasaan tu. Terima kasih untuk itu wahai puan penulis. Moga terus sukses dan kami menunggu kesinambungan Haq.

Eh, mana review? Tak yah la kan, sebab rasa yang sama jadi boleh tengok review lamaku. *peace*
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
June 27, 2023
Buku kedua DZ selepas Kief. Afiqah Najwa & Haiyan Rifqi 🤌🏻 (kenapa nama watak sedap nak mampos)

Ramai yang kurang gemar watak Afi tapi aku rasa Rif lagi mmmhh. Tiada kejujuran dalam perkahwinan Rif dan Afi. Terutama dari Rif. Bila Afi pujuk dia untuk berbincang tapi Rif menolak.

Tindakan Rif untuk berahsia dengan Afi tentang trauma dan 'tuttttt' bukan tindakan bijak ye.

"Perkahwinan kita? Termasuk dalam tugas yang 'terpaksa' abang lakukan?"

Rif diam dan diam. Tak salah bagi aku kalau Afi nak jaga hati dia sebelum jadi lebih parah bukan?

'Namun, Afi tidak seperti dahulu lagi. Dia juga tidak seperti dahulu. Jadi... antara mereka, siapa yang berubah sebenarnya?'

Ha fikirlah sendiri 😌

JKP 85% cinta 15% aksi.

Nak kata tak suka, habis pulak aku baca. Aku lebih tertarik dengan monolog Afi kot. Selain menangis, Afi cuba banyak cara untuk dekati Rif.

Ya, Afi melampaui batas (tak nak cakap pasal kerahsiaan tugas tentera tapi lebih kepada hubungan Rif dan Afi) Afi ada inisiatif untuk baiki hubungan mereka. Ya lah dorang kahwin pun bukan sebab cinta kan? Macam Afi kata, hanya sorang saja perlu untuk gagalkan hubungan ini. Dia tak nak jadi orang tu.

Okay berbalik pada plot, bagi aku Jimmy watak utama dalam JKP. No Jimmy no plot gitu. Aksi dalam JKP tak mendebarkan bagi aku. Terlalu pendek.

Aku harap dalam CTK, CIA ada banyak aksi dan plot twist yang lebih mantap.
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
June 1, 2023
We will get through this together.
.
Kisah tentang Rif yang ingin melindungi Afi dari bahaya yang datang dari insan yang tak terduga.

Di suku awal pembacaan, saya rasa kisahnya agak perlahan. Masih lagi bercerita tentang Rif dan Afi, diselang-seli dengan misteri dan klu. Saya kira, klu yang diberikan hampir ke separuh buku, menyebabkan saya geram (sebab, bilanya penulis nak beritahu apa sebenarnya yang berlaku??).

Nak masuk separuh masa kedua, barulah penulis mula dedahkan satu persatu apa kisah di sebalik segalanya. Kebenaran tentang kembar Afi. Kebenaran tentang perasaan Rif. Dan kebenaran tentang masa silam Rif.

"Keadaan kita dahulu seribu kali lebih baik dari sekarang."
Ya, Afi. Saya setuju. Dek kerana tugas, Rif terpaksa merahsiakan semuanya dan Afi terpaksa faham, faham dan fahamkan tugas Rif. Rif tersepit, tapi Afi juga tersepit.

Tentang villain kisah ini pula, saya rasa endingnya terlalu ringkas dan mudah. Sama seperti kisah CIA. Macam tak puas.

Meskipun kisah Rif-Afi masih tak dapat tandingi CIA (pada pandangan saya), tapi saya enjoy juga menghabiskan naskah JKP ini, sebab abe Rif ni molek sungguh. Dahlah macho. AHAHA.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
September 8, 2022
Everything is good good you know. Cumanya bila si Afi ni sikit sikit nak menangis tu terus rasa alahaiiii kenapalah FL cengeng sangat sampai kita pulak naik rasa menyampah opps.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 8, 2010
Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.

Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai teman rapat iaitu Haiyan Rifqi [Rif], Eddi, Lukman dan Helmi. Masing-masing sudah berkerja dengan pihak ATM. Cuma Afi je yang jadi pustakawan. Kematian Najmi membuatkan Afi hilang arah. Dia dah tiada sesiapa nak menumpang kasih apatah lagi kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dari seorang yang ceria Afi kini jadi sangat sensitif.

Disebabkan kematian Jimmy yang secara tiba-tiba, Afi sukar menerimanya. Rif pula dan teman mereka yang lain mula syak sesuatu. Ada yang tidak kena dengan kematian Jimmy. Apatah lagi Rif mula rasa Afi juga diancam bahaya. Mereka berempat berusaha melindungi Afi. Tapi Afi ni kalau nak tahu degil juga. Orang dah pesan jangan ke mana-mana seorang diri, dia main belasah je. Sudahnya Rif juga yang susah. Ingat lagi scene Rif menyelamatkan Afi. Dia bawa Afi terjun dari apartment 10 tingkat dengan cara rappelling malam-malam buta. Gila lah! Afi pula kerjanya asyik nak melawan. Tapi aku memang rasa tak boleh bla la bila membayangkan Afi dipaksa terjun dengan keadaan pakai seluar tidur gambar Popeye tu hahaha

Satu-persatu cubaan cuba membunuh Afi dapat ditangkis oleh Rif. Tetapi dia gusar lagipun mereka bukannya mahram. Rif mengambil keputusan untuk mengahwini Afi. Sebenarnya masa tu pun Rif macam tercabar bila tengok ada kawan lelaki pejabat Afi yang cuba mengurat Afi tu. Tetapi macam Rif aku pun rasa tiada lelaki lain yang lebih sesuai daripada diri Rif sebenarnya. Sebab musuh yang nak membunuh Afi ni memang sangat-sangat bahaya lagi kejam.

Perkahwinan yang dibina atas dasar itu sebenarnya rupanya hanya mencelarukan perasaan masing-masing. Rif ni dulu pernah bertunang tapi tunangnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia rasa dia tak akan pernah dapat mencintai Afi lagi. Namun tidak pada Afi. Dia pula sebenarnya pernah ada rasa suka pada Rif waktu mereka remaja lagi. Cuma orang lain tak tahu saja.

Plot-plot seterusnya lebih kepada rasa Afi terhadap Rif. Bagaimana hidup mereka setelah berumah tangga. Dan juga misteri tentang kemunculan Cougar yang gila punya kejam. Cubaan Cougar dalam nak membunuh Afi sering saja tersasar disebabkan Cougar tak sanggup apabila melihatkan wajah polos Afi.

Kalau nak tahu, kematian Jimmy sebenarnya bersangkut-paut dengan Tengku Azhar. Ada rahsia sulit Tengku Azhar yang disimpan oleh Jimmy. Dan disebabkan Tengku Azhar yakin yang rahsianya sudah berpindah pada Afi, dia menjadikan Afi pula buruannya. Klimaks pastinya di saat Afi diculik oleh Tengku Azhar. Apa kesudahannya? Dapatkah Rif menyelamatkan Afi dan juga kandungannya? Dan siapa sebenarnya Cougar tu kan? Pastikan anda semua mencari novel ini tetapi macam biasa jangan risau sebab Alaf 21 memang pasti akan kasi happy ending buat para pembacanya :D

Tetapi aku rasa ada sedikit kesalahan di muka awal, ada typo. Sepatutnya bukan OC [pegawai pemerintah; level Kapt/Mejar] tetapi CO [pegawai memerintah; Lt Kol]. Harap diperbetulkan bila diulang cetak nanti. Apa pun karya terbaru penulis ni dah berjaya buat aku nak pergi cari novelnya yang terdahulu. Nasib baik cuma ada 3 buah, kiranya sempat lagi nak dicari buat koleksi :))

Ps: Aku sudah jatuh cinta pada Komando hik3 lalala5 :P
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
March 31, 2024
What I had discover about myself is aku sebenarnya tak suka uniform punya buku. I thought I liked it 😆

Buku ni patut habis a year ago. Pastu reading slump, terus tak continue.

Rif memang cool tapi bila dia dalam dunia tu and tak nak komunikasi dgn Afi, buat aku geram sikit dengan dia.

Afi pulak manja. Sikit2 nangis. Sabooo je la
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
May 22, 2022
Kapten Haiyan Rifqi (Rif) dan Afiqah Najwa (Afi). Rif, Jimmy, Eddie, Luqman dan Helmi berkawan rapat. Bila Jimmy dibunuh, siapa yang perlu jaga Afi. Rif teringat akan janjinya pada Jimmy. Lalu dia mula bertekad untuk jaga Afi. Dia sanggup buat apa saja asal Afi selamat termasuk mengawininya. Tetapi hidup mereka tidak seperti pasangan lain. Banyak rahsia dan dugaan. Bolehkah mereka harunginya bersama? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan?
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
June 6, 2023
✨Jauh Kau Pergi by Dhiya Zafira✨
Bila takdir mengubah seorang sahabat menjadi perlindung hidupnya.
.
Tak salah kalau dikatakan yang antara kesemua novel yang ditulis DZ, JKP adalah salah satu karya yang mempopularkan watak tentera dalam penulisan novel. Pada saya, walaupun sekarang dah ada banyak cerita tentang watak hero yang bekerja sebagai tentera, JKP tetap menjadi karya kegemaran yang tak jemu untuk dibaca berulang kali.

JKP merupakan siri pertama komando karya DZ yang mengisahkan tentang Rif salah satu daripada lima sahabat komando(Jimmy,Eddie,Luqman dan Helmi) dan kisah percintaannya dengan Afi. Bersahabat baik sejak berusia 9 tahun, hubungan mereka semua tak ubah seperti saudara. Kematian Jimmy kemudiannya mengubah status hubungan Rif dan Afi daripada sahabat kepada suami isteri.

Berkahwin tanpa cinta seperti Rif dan Afi mungkin plot yang klise. Tapi yang memberi kelainan dan menjadikan kisah cinta mereka menarik bila JKP diolah dengan babak aksi dan misteri yang seimbang sehingga ke penghujung cerita.Pertembungan Rif dan Cougar di wad Afi dan serangan komando di kapal milik Tengku Azhar antara aksi yang pada saya paling thrill dalam JKP.

Misteri watak antagonis, Cougar dan misinya untuk membunuh Afi pula menguatkan perhatian dalam pembacaan yang sebelum ini penuh dengan kesedihan kerana kematian watak Jimmy.

Identiti sebenar Cougar yang tiba-tiba sahaja datang atas arahan geng Tengku Azhar, pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan Jimmy semasa bertugas sudah boleh diagak melalui beberapa 'hint' yang terjadi setiap kali dia memandang wajah Afi.

Bila kebenaran terbongkar,perasaan saya bercampur baur sama seperti apa yang Rif luahkan pada Cougar.Tindakan yang Cougar buat mungkin dikira pengorbanan pada negara tapi kesannya melukakan Afi.Kenyataan yang sebenarnya bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat oleh sesiapa pun.

Rahsia yang Rif simpan pula menjadi penghalang untuk dia mencintai Afi.Jujur walaupun watak Rif digambarkan sebagai seorang sahabat dan suami yang baik tapi Rif terlalu melayan perasaannya pada masa lalu sampai dia tak sedar Afi adalah masa depannya.Mujur Afi tak lelah mahu memujuk Rif untuk memaafkan dirinya sendiri.
.
ps: my thoughts before reading CIA
Setiap kali baca JKP, saya masih tak boleh faham dengan cara Rif yang tiba-tiba menjauhkan diri daripada Afi bila bertunang dengan Nadia. Malah lepas kematian Nadia, Rif terus menghilangkan diri sampai ambil masa lima tahun. Hanya Afi seorang je yang tak diberitahu apa-apa tentang Rif padahal Afi adalah kawan baik dia sama seperti Jimmy, Eddie, Luqman dan Helmi.
.
Adakah sebab Afi satu-satunya perempuan dalam kumpulan mereka? Atau sebab Rif sedar yang Afi menyimpan perasaan padanya jadi merahsiakan pertunangan dengan perempuan lain dikira tidak menyakiti hati Afi?
.
Kata kawan baik tapi hal sebesar tu dirahsiakan daripada pengetahuan Afi. Bila meletakkan diri di tempat Afi, rasa macam kecewa sangat bila kawan baik buat macam tu. Kalau Rif berahsia dengan semua orang mungkin tak sedih sangat tapi bayangkan cuma Afi yang tak tau apa-apa. Regardless of his reasons, he should tell her about everything especially after Nadia's death, instead of losing contact with her. Lima tahun tu lama ya bukan lima bulan.
.
So did I actually missing something here about their friendship? Or am I not mature enough to understand this? Adakah persahabatan yang cuba disampaikan melalui kisah Rif bermaksud tak semua benda perlu dikongsikan dengan kawan?
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 5, 2018
Jauh kau pergi, tengok tajuk macam novel cinta tapi bila baca fuh menangis. Novel ini memberi kelainan, awal-awal lagi dah begitu emosi. Garapan yang cantik dari penulis. Konsep cerita tentang kembar Afi dan Jimmy sangat menyentuh hati. Hero pulak seorang komando manakala heroin seorang pustakawan. Watak atau bidang kerja yang jarang diketengahkan dalam novel fiksyen melayu.

Rif mengalami kisah hidup kanak-kanak yang tragis. Sering dipukul oleh ayahnya menjadikan dia seorang yang memendam rasa. Afi dan Jimmy serta ibubapanya adalah keluarga ke-2 dia. Bila sesuatu terjadi kepada Jimmy, dia harus mengotakan janjinya untuk menjaga Afi. Namun kisah 5 tahun yang lalu sering menghantui hidupnya. Beban yang ditanggung tidak mampu diluahkan kepada sesiapa.

Kisah cinta thriller itu yang boleh saya gambarkan. Berbaloi baca.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 9, 2020
Superb!!! Terbaik! Ni buku pertama penulis yang sis baca, dan sis jatuh cinta dengan larya penulis. Sis kurang suka sebenarnya dengan tentera ni (ada sebab sendiri), tapi dalam buku ni buat sis jatuh cinta dengan semua lar haihh! Awal-awal bab dah buat sis emo nangis teresak-esak. Terasa sangat.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Memula baca macam rasa penulis dia ni lelaki (rupanya perempuan). Rambo bagai, serius best. Kisah cinta yang terkawal. sebenarnya semua pembaca (esp.aku) akan rasa happy bila baca novel ni.


Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 13, 2023
My thoughts?

1. As usual, karya Dhiya Zafira tak pernah mengecewakan. Storyline, plot, characters, action, dan romance buku ni semua best. I cannot put down.

2. Awal2 cerita memang bermain dengan emosi teruk. Sampai aku pun terjejas sekali haha. Afi kan rapat gila dengan abang dia, so bila abang dia dah tak ada aku macam oh noooo. Gelap gelita sekejap dunia. Tapi ciss ada plot twist rupanya 😂

2. Kapten Haiyan Rifqi, my man, I love him even though he's a broken man 😆 Geram bila dia indenial dengan perasaan sendiri. Taknak mengaku dah terfall in love dengan Afi.

3. Sangat suka friendship between Afi and all the commandos. And l love all the commandos! Diorang macam family dan semua sangat protective dengan Afi.

Personal rating:
🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews197 followers
September 16, 2025
Best jugak jadi watak Afi ni. Disayangi dan dijaga dengan baik oleh semua orang.

Karya penulis ni kita rasa dah cukup tebal bukunya tapi bila jumpa perkataan Tamat ehh dah kenapa pulak tak puashati.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
September 24, 2023
Dalam CTK, watak Afi ni jenis manja dan cengeng sangat itu yang buat aku take time nak baca buku ni. masalah bila baca buku tak ikut turutan.

tapi bila dah baca Jauh Kau Pergi, aku suka watak Afi sebab dia kuat dengan caranya tersendiri cuma geram dengan perangai Rif sebab banyak betul rahsia dia dan tak habis nak pendam seorang diri. overall, menarik jalan ceritanya.

review: https://www.tiarasaphire.com/2023/09/...
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
December 26, 2018
Resensi: April, 2011

Penulis: Dhiya Zafirra
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN 978-983-124-569-9
Harga: RM 19.90 / RM 22.90
M/S: 520
Cetakan 1 – 2010

Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta

Blurb:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.

Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi, dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia… aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia… aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti…


Kak Chik menukil:

Terkedu..terkaku..sebabnya persepsi pada karya Dhiya Zafirra ni jauh tersasar. Kak Chik ingatkan kisah biasa yang rupa-rupanya kisah yang penuh debar dan kejutan. Sungguh cermat penulis menganyam ayat-ayat sehingga Kak Chik terpaku untuk mengakhiri kisah ini.

Afiqah Najwa yang bekerja sebagai pustawan di perpustakaan UPSI, seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Dia tidak mempunyai ramai kawan kecuali dua orang teman di tempat kerja. Pemergian abang kembar tersayang mengubah perjalanan hidup Afi. Dia hidup dalam kesedihan kerana pemergian orang-orang tersayang dan menjadikan dia hidup sebatang kara. Kematian Najmi yang bekerja sebagai komando ATM ketika menjalani operasi rahsia telah menyebabkan Afi hidup dalam buruan. Tetapi siapa yang memburunya? Sedangkan selama ini dia tidak pernah mempunyai musuh.

Kemunculan Haiyan Rifqi, teman yang sama-sama membesar bersama arwah Najim, Helmi, Lukman dan Eddie yang bertindak sebagai pelindung Afi juga menjadikan Afi hidup dalam keliru. Kemunculan Rif selepas lima tahun menjauhkan diri dari teman-teman juga membuat Afi tertanya-tanya. Dan kerana mahu melindungi Afi dan perlu sentiasa menjaga Afi 24 jam, Rif mengusulkan mereka menikah untuk menjaga maruah Afi. Afi terkeliru sedangkan arwah Najmi pernah berpesan jangan sesekali jatuh cinta pada Rif.

Dan setelah segala kekeliruan terungkai, apakah jodoh mereka tetap kekal? Afi merasakan tertipu kerana selama ini Rif merahsiakan sesuatu yang sungguh berharga padanya. Dan ikatan perkahwinan mereka juga terikat bukan kerana kehendak Rif. Apakah pengakhiran perkahwinan tanpa cinta ini?

Nota kaki: Sungguh teruja untuk mengetahui pengakhirannya. Kita dihidangkan dengan kerjaya yang jarang-jarang dipaparkan kerana kerjaya tentera memang mempunyai banyak cabang dan komando merupakan salah satu unit yang terpenting dalam ATM. Sebuah kisah romatic thriller yang menyebabkan jantung sentiasa berlari kencang.

LiFe iS a Long JouRNeY
-Kak Chik-
(^_^)
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
January 18, 2013
Novel yang di kategorikan sebagai gnere Romantik Thriller ini sangatlah memuaskan berbanding dengan Rindu Belum Berhenti sebelum ini...boleh di katakan elemen Romantik & Thriller nya seimbang...50-50...cuma aku akui memang aku tak boleh nak hadam bila masuk bab-bab romantik ni...
sebab elemen emosi (cinta) yang di sampaikan oleh penulis aku rasa terlalu panjang@terlebih2...kekadang membuatkan graf pembacaan aku sedikit menurun...bila aku membaca, tiada jiwa bilamana masuk bab romantik nie...tapi aku rasa penulisan yang meleret-leret ini mungkin trademark penulis kot...

Thriller kali nie di paparkan Rif & Jimmy (Najmi) sbg Komando...Afi adik kepada Najmi terpaksa kahwin dengan Afi di sebabkan langkah-langkah keselamatan, kerana ada orang yang memburu Afi untuk dapatkan suatu maklumat...Elemen2 Komando di selitkan bagi menggambarkan suasana tempur secara komando...cuma ralatnya bila Bab 62, m/s 407 Tengku Azhar terlepas dalam serbuan yang di lancarkan hanya di paparkan oleh penulis melalui siaran Radio..jika penulis memperincikan plot ini rasanya lagi thrill novel ini...

Begitu juga dengan kisah Roslan, bapa saudara kepada Afi & Najmi, perihal tanah pusaka...tiada penjelasan di situ...adakah di jual@sebaliknya..setelah hubungan Afi & Najmi dgn Atuknya kembali pulih...malahan sehingga Bab 46 baru di jelaskan secara terperinci hubungan Afi & Najmi adalah kembar tak seiras...walaupun ada "hint2" sebelum ini menggambarkan diaorang satu kelas...

Bagi penggemar cerita Romantik yang ada unsur2 thriller...novel ini memang boleh di jadikan koleksi...kekadang ada sedikit lucu & kelakar tatkala Afi bertengkar dgn Rif...

& sya akui genre Romantik Thriller bukan kegemaranku..sekian

17 reviews1 follower
May 30, 2022
banged my head, woke up then banged again. after months of slump, this is such a great book.

penulisan by dhiya zafira is topnotch. as someone who is deeply interested w action romance, her explanation is detailed yet easy and it pulls u in. so for new readers who wants to start reading action romance, i HIGHLY suggest u pick up this one indeed very satisfying.

character wise: god i loveee every single character in here. the dynamic just builds and it latches onto u. rif pls I NEED HIM IN MY LIFE. flawed characters have a special spot in my heart n *sighs*. love this character a lot sbb u can see him being cheeky, serious, angered, sad etc. it feels very humane n not just some made up serious robocop.

afi AAAAA. first of all the fact that her job is rare and special deserves a standing ovation cus A LIBRARIAN??? THIS IS RARE AND SOMETHING ELSE. THIS IS WHAT WE WANT. humane and passionate. she's clear w her feelings, she doesn't beat around the bushes, she's fast to pick up and she did it all brilliantly.

jimmy, eddie, luqman, helmi. is the dream team. love that for them. jimmy esp guess I'll be seeing u around hehehe.

overall, plot twists? yes. writing style? yes. YES.
2 reviews1 follower
May 17, 2024
My rating: 3.5/5

Buku pertama yang aku baca dari penulis Dhiya Zafira. Sejujurnya meletakkan harapan yang agak tinggi terhadap cerita ni memandangkan ramai bagi rating tinggi novel. Sebabkan teracun so aku beli ketiga² siri komando.

Permulaan cerita aku rasa agak perlahan dan mendatar bila baca banyak juga misteri yang aku sendiri pening apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Bila dah masuk tengah² bab buku aku dah rasa seronok dengan jalan cerita dan perlahan-perlahan misteri terungkai. Namun begitu aku rasa scene aksi dalam novel sangatlaa kurang umphh memandangkan novel ni thriller action tapi aku tak rasa semua tu.

Apa-apa pon good job author sebab cerita still menarik untuk dibaca sampai habis. Keep it up author!
Profile Image for Seorg Wanita.
8 reviews
September 10, 2012
Buku pertama yang membawa saya jatuh cinta dengan tulisan Dhiya Zafira dan seterusnya mencari semua novel Dhiya.

Baca berdasarkan komen pembaca yang disiarkan di blog Dhiya. 1st time baca tak rasa feeling, mungkin sebab baca untuk mencari part2 yang diceritakan oleh kebanyakan pembaca yang komen tetang buku ni.

Baca kali kedua barulah boleh hayati cerita Afi dan Rif, seterusnya terus berminat dgn semua watak-watak yang diceritakan dalam novel-novel Dhiya. Semua heroin bermula huruf 'A'.

Cerita-cerita komando.. :-) komando handsome pulak tu.. hehehee..

Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.