Liku-liku Pencarian Nur Islam ini memaparkan koleksi kisah benar yang dihimpunkan oleh Saudara Sulaiman Dufford daripada pengalaman sahabat handai dan kenalan beliau yang memeluk Islam di Barat.
Kisah perjalanan dalam mencari cahaya kebenaran ini dimantapkan lagi dengan analisis dan komentar beliau tentang semua kisah berkenaan. Buku ini memaparkan betapa sukarnya liku-liku yang dihadapi oleh saudara baru dalam perjalanan mereka memeluk Islam.
Buku ini turut menunjukkan sesuatu yang mungkin tidak pernah disedari atau difikirkan oleh mereka yang dilahirkan dalam Islam, iaitu betapa gembira dan tenangnya roh manusia setelah menemui kebenaran Islam.
Satu perbualan menarik yang telah berlaku di Markaz Nizamuddin, India.
Lelaki tua : Nabil, kenapa mengapa kamu berada di sini?
Lelaki Tua : Sebenarnya, saya dijemput oleh kumpulan dari Afrika Selatan untuk menghadiri majlis pada pagi ini.
Lelaki Tua : Bukan, bukan, bukan itu maksud saya. Mengapakah kamu berada di sini, berada di muka bumi ini, bernafas, hidup, bangun setiap pagi? Apakah tujuan semua ini?
Nabil : (Bingung)
Lelaki Tua : Kamu berada di sini untuk melaksanakan tugas yang begitu besar - tugas yang paling besar dan paling mulia. Kamu di sini untuk mengetahui Dia yang Satu dan yang paling Mulia. Yang Memberikan segala-galanya yang kamu ada - setiap apa yang kamu ada,yang sudah ada dan apa yang kamu akan ada. Kemudian, kamu perlu memberitahu semua orang tentang Dia yang satu itu. Sekiranya kamu melaksanakan tugas ini, kamu berjaya. Sekiranya tidak, kamu telah gagal untuk memenuhi tujuan kamu dicipta!
Kemudian Nabil, yang merupakan shiah ismailliyyah terus memeluk islam dan kembali ke Kanada lalu berdakwah kepada rakan2 sekelasnya di sekolah dan berjaya mengislamkan beberapa kawannya. InsyaAllah Allah terima usaha Nabil dan Nabil berjaya dunia dan akhirat!
Di atas adalah di antara kisah2 menarik tentang pengislaman orang2 barat di seluruh dunia. Memang seronok membacanya dan membuatkan kita yang kononnya islam asal ini terasa malu bilamana kebanyakan saudara2 baru ini lebih baik keislamannya dari kita (seperti Firdaus Wong, Ustaz Muhammad James, Ustaz Hussain Yee). Mereka mengkaji dan mengkaji tentang islam sehingga islam masuk ke dalam diri mereka. Sedangkan kita ini banyak lagi pasal islam yang kita tak tahu.
Antara perkara menarik dalam buku ni ialah kesilapan terjemahan kumpulan "Five-Percent Nation" kepada lima peratus, membuatkan pembaca yang tidak pernah dengar tentang kumpulan ni akan berasa pelik tentang frasa 5 peratus tu, sepatutnya diterjemahkan kepada "Kumpulan 5 peratus" atau gunakan sahaja nama asal inggerisnya iaitu "Five-Percent Nation". Ini adalah kumpulan serpihan "Nation of Islam" yang pernah dianggotai Muhammad Ali dan Malcolm X. Masih wujud hingga sekarang di Amerika.
Kedua, kenyataan penulis buku ini, Sulaiman Dufford yang mana beliau mendapat islam hasil dakwah Muhammad Subuh Sumohadiwidjojo. Penulis banyak kali memuji Bapak Subuh ini kerna metod dakwahnya yang toleran. Tidak memaksa-maksa, lebih bersembang secara santai dari berdebat, dengan cara ini Bapak Subuh, daie kelahiran Jawa Tengah Indonesia telah mengislamkan 20 ribu jiwa di 80 negara pada sekitar 40-80an. Tak pernah kita dengarkan? Biasanya kita dengar Hamka sahaja figura agama dari Indonesia silam. Rupa2nya bila aku selidik sikit tokoh bernama Muhammad Subuh Sumohadiwidjojo ini. Ajaran tarikat sufinya yang dikenali sebagai Subud (Susila Budhi Dharma) telah difatwakan sesat di Malaysia jadi tidak hairanlah tokoh ini tidak disebut2 namanya. Penulis sendiri turut menyatakan bahawa Bapak Subuh sangat2 menghormati ajaran lain dan membenarnya ahli2 non-muslim menyertai tarikat sufinya. Dengan metod toleransi antara agama ini telah menyebabkan ramai pengikutnya akhirnya turut memeluk islam. Jadi, aku rasa antara faktor tarikat sufi Subud ini diharamkan di Malaysia adalah seperti menyatakan bahawa semua agama itu sama, walaupun sebenarnya ini adalah taktik Bapak Subuh untuk menarik mereka kepada islam. Kalau kau google, artis hollywood pun pernah join Subud ni.
Konklusi daripada buku ini, aku rasa silibus pelajaran Pendidikan Islam Malaysia patut memasukkan bab "Cara2 berdakwah" secara terperinci kerna penulis merasakan layanan buruk beberapa muslim asal kepada non-muslim yang seperti menganggap diri mereka lebih hebat dan mulia telah menjauhkan orang2 non-muslim untuk mendekati islam dan menimbulkan fitnah kepada islam sendiri. Dah la tak nak berdakwah, jadi asbab non-muslim bencikan islam pula. Pishang!
p/s: banyak kali nama Malcolm X dizikirkan sebagai asbab hidayah kepada muslim amerika. Rasanya aku ingin menyantuni susuk figura ini dengan lebih rapat InsyaAllah. Tidak lupa juga kepada Muhammad Subuh Sumohadiwidjojo.
Buku ini menceritakan kisah mereka yang telah di pilih oleh Allah untuk di beri hidayah. Bagaimana mereka mencari nur islam bermula dari zero knowledge dan di momok pula oleh media tentang islam yang begitu negatif. Namun atas sifat ingin tahu dan kemahuan serta inisiatif, mereka belajar, mengkaji dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari. Oleh sebab itu mereka lebih menghayati dan memahami islam dari kita yang telah sedia islam yang mana kita mengambil ringan dan merasakan tidak perlu mencari, mempelajari lebih-lebih lagi mengkaji al-quran itu sendiri.
Setiap kali musim cuti panas, dia ke laut.Bekerja sebagai penangkap ikan moden di Alaska.Hasilnya dia mendapat pendapatan yang lumayan, beribu-ribu.Tapi ia memperoleh pelajaran di luar di kampus yang lebih menarik iaitu belajar dari kekuasaan dan keindahan alam semulajadi--badai, angin,hujan,ombak,air,dan petir--semuanya menunjukkan kekerdilan manusia dan berharap pada satu kekuasaan bila digoncang kuasa alam di laut agar selamat.
Menelusuri perjalanan saudara baru sememangnya memberi kesedaran kepada penganut asal Islam bahawa iman itu bukan diwarisi. Adakala kita terlupa betapa bertuahnya dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi sedikit yang mahu menghargai kurniaan ini.
"..melihat seorang lelaki yang begitu khusyuk berinteraksi dengan Tuhan, tanpa menyedari kehadiran saya..,"
"..pada waktu-waktu tertentu setiap hari, dia akan meminta izin untuk keluar dan tiba-tiba muncul semula kira-kira 15 minit kemudian. Apakah yang begitu penting yang membuatnya berhenti tatkala kami sibuk membuat persiapan. Dia solat. - Perasaan marah saya cepat-cepat reda lalu digantikan dengan perasaan kagum dan hormat. Saya juga ingin mempunyai perasaan mengagungkan Tuhan dalam hidup saya..,"
xx
All these feelings while reading the book. Terima kasih Allah untuk nikmat menjadi seorang Islam.