Mereka berkawan baik sejak di usia kecil. Tanpa sedar, Lana mencintai Ali. Namun yang menjadi masalah, hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Hati Lana remuk apabila Ali cuba memungkiri janji mereka untuk belajar bersama.
“Aku nak pergi sana, sebab nak dekat dengan dia.”- Ali
Belum sempat Ali menunaikan impiannya ke luar negara, Lana ditimpa musibah. Dan sekaligus membuatkan Ali nekad untuk menjaga Lana.
Permintaan Ali membuatkan Lana semakin dibebani rasa bersalah. Tidak mahu lelaki itu mengorbankan perasaan sendiri, dia rela berundur.
“Kan aku dah janji nak tunaikan apa saja permintaan kau kalau kau sudi tolong aku.”-Ali
“Nantilah aku tuntut. Tak ada tarikh luputkan?”- Lana
10 tahun memisahkan mereka berdua. Dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Takdir sekali lagi menemukan mereka tetapi Lana kecewa apabila Ali seolah-olah tidak mengenalinya.
Walaupun dilayan dengan dingin, Lana tetap mahu mendekati Ali sehinggalah rahsia Ali terbongkar. Dan kali ini Lana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama Ali.
“Awak pernah cakap, takkan ada tarikh luput untuk tunaikan permintaan saya. Kita kahwin.”- Lana
Mampukah Ali menerima Lana yang sejak dulu dianggap sebagai sahabat? Dan adakah cinta Lana bakal ditolak sama seperti dulu?
Ali & Lana bersahabat baik sejak sekolah rendah lagi. Kemana-mana sentiasa berdua. Tapi orang kata, lelaki perempuan tak boleh berkawan baik sebab salah sorang akan jatuh cinta. Lanalah orang itu. Dengan sikap protective dari Ali, mustahil untuk Lana menidakkan perasaanya.
Tapi Lana decide untuk buang perasaan dia bila Ali buat pilihan untuk sambung belajar ke luar negara. Tak sempat Ali nak pergi, tragedi hitam menimpa Lana. Ali nekad untuk jaga Lana. Tanpa mahu menyusahkan Ali, Lana undurkan diri. Siapa kita nak menyangkal, mereka bertemu semula after 10 tahun. And you know what? Ali tak ingat siapa Lana & dia berubah jadi panas baran and dingin fuh. Tapi apa jadi kat Lana? Apa jadi kat Ali?
"𝐀𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢. 𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐚. 𝐀𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢.." ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Caya tak Ad baca buku ni within 2 hours? Buku kak Mia tak pernah mengecewakan 😫 Ad mengaku if baca blurb from her tak pernahlah tak rasa nervous, sebab pain woo. But, trust me worth your time! Tak cliche, roller coaster feelings, character development all chef kiss 🤌🏻 Sangat impress how kak Mia create this story so smooth and nice. Kena sangat with my taste.
Lana seorang yang sangat kuat untuk apa yang jadi kat dia. Trust me if korang tau apa yang jadi dekat dia korang akan banjir. *i'm crying so much* 😭 tapi the way dia handle emotions dia WOW girl i wanna hug you so bad. Dia tak lemah walaupon life dia omg sumpah sedih.
Ali, saya nak awak. Tu je 🤣 kalau ada kawan macam awak, Ad pun terjatuh jatuhh cinta 🤭 Tapi perubahan Ali bersebab. Rahsia yang Ali simpan tu Ad kesian dekat dia. Luar nampak keras tapi dalam lembut. That's him 🤍
Tolong baca siapa ada. Kalau takde, bolehlah adakan 😝 penat impress sebab best sangat. Ad nak baca semua buku from kak Mia lepasni. Baca eh korang. Happy reading 🧸
Bagi sy plot boleh diterima.. kadang² kita x sedar yg kita cinta dan syg pada org yg selalu ada dgn kita.. once they go, baru kita sedar akan hilang rasa itu..
Trigger yg x suka adalah bila MFC getting raped ( serius speaking to me, sy x suka bila benda rog*l selalu ada dlm novel utk membuat seorg wanita napak lemah and then treat mcm wanita itu tiada maruah) cehh.. situ je yg sy x suka dlm this novel.. Dan saya rasa tak perlu kot plot and scene kena ada.. Mecacatkan cerita.. Kalau tiada this kind of plot sy rasa boleh lagi tinggi ranking dapat bagi..
The other, sy suka cara MMC yg cuba berubah and control his mental problem dgn berjmpa dgn yg pakar and open about his problem (even awal² pun cuba sembnyikan)
Rate : 3.5/5 ⭐️ (Cause happy ending 🤭) Then, sapa yg suka cerita dari best friend to stranger then fall in love di rekomen la utk baca dan beli)..
This entire review has been hidden because of spoilers.
To be honest, I fall in love with Lana. Perkembangan karakter dan konflik tertumpu kepada dia sejak STPM sehingga 10 tahun kemudiannya. Ujian menimpa di mana abahnya selalu mendera fizikal dan mental Lana bersama ibunya. Ayah dia banyak berhutang, kaki arak, sanggup pula tu nak jual anak. I swear kalau I in her shoes, tak mahu hidup dah gamaknya. Lana sejenis tak mahu bergantung harap atas pertolongan org lain, lebih-lebih lagi Ali, rakan karibnya. Segalanya dipikul sendiri.
And that's why I salute her.
The thing yg I tak berapa berkenan is the way the relationship goes between Lana & Ali. Mungkin zaman I dah berlalu untuk cerita yg berkisar tentang wanita yang selalu tersakiti. I don't blame the story and the author. Sometimes we need story like this to remind ourselves to be strong like Lana. Dan realitinya, ada wanita diluar sana seperti Lana. It just my opinion.
Cuma I rasa Lana banyak kena gaslight. Bila Lana sedang berdiri teguh dgn pendiriannya untuk tidak menyalahkan diri atas apa yg berlaku, tiba-tiba dgn ayat 'questioning her reasoning', dia jadi lemah longlai. Dia mula menyalah diri balik. In relationship, it was not healthy at all. Ali pun ada masa I suka dgn apa dia buat untuk Lana, ada masa, I pangkah dia. I prefer they go deep in solving Ali's behaviour although he was clearly under unhealthy condition. Sebab apa jadi dkt Ali pada masa kini, affected Lana. So yeah
However, I berharap buku ni memberi pengajaran kepada org ramai juga atas apa terjadi kpd Lana & Ali. I would still baca karya daripada penulis ni 🤍✨
what you need to know about this book: best friends to lovers lovers in denial unrequited love unequal social status second chance romance mental health rep
My thoughts?
Buku kedua hasil tulisan Mia Azwari yang aku baca selepas Takkan Berganti. Surprisingly aku enjoy baca buku ni walaupun female lead dia tak banyak character development. Aku lebih suka strong/badass female lead berbanding damsel in distress.
Comel je Ali dan Lana pada awal-awal cerita tu walaupun dua-dua indenial. Oh yeah, she falls first. Ali pulak pada awalnya sunshine bertukar jadi grumpy after something happened that affected his life. Banyak konflik yang kena hadap along the way but no worries, buku ni happy ending.
Buku terbaru karya kak is ary/mia azwari. Kali ni kisah tentang 2 org kawan baik dri kecik sehingga dewasa . Kisah ali & lana . Lana yg simpan perasaan kat ali tp last2 frust bila tahu tujuan ali nk smbg bljr ke london . Tragedi hitam yg jd kt lana tuh sumpah mcm whyyyy kak is ?? Katakan tidakkk berlakuuuu 🥹 … huhuhu .. tp kalau dlm realiti benda ni ad ja berlaku . Blm lg ayah lana yg mmg tk boleh pakai lgsung . Dh jd bru nk nyesal . Tp lana sumpah kuat dia tk meraung tak melalak . Boleh lg bising bila ali tk bawak buah tngan . Hahaha . Ali pun haishh . Lama betul yaa nk sedar . Lana dh hilang bru hegeh2 . Lps 10 tahun kak is buat sy rsa tertanya kenapa ali jd mcm tuh . Rupanya dia pun tersakiti . Smpai sakit2 . Kesian diorang . And ending opkos laa happy dik nonnnn ☺️and Mmg buku ni tk sama mcm yg sebelum2 ni . Semua ad kisah sendiri . Sy sendiri tak sdr tahu2 eh dh hbsss 😅 .. tp tuh la baru nk mtk kisah abg am sekali kak is dh bg ending baik utk dia .. apa2 pun tahniah kak is utk karya terbaru ni . Semoga dikurniakan idea yg melimpah utk hasilkan karya karya terbaik 🥰
Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan baik. Salah sorang pasti akan terluka akhirnya. Tapi untuk Ali dan Lana, keduanya terluka teruk. Masing² takut untuk meluahkan kerana tidak mahu hubungan yang rapat akan putus. Tetapi tanpa mereka sedar diam itulah yang akhirnya meracun jiwa mereka berdua.
Kerana terlalu sayangkan Ali, Lana mengalah. Dia pergi sebab jelas yang Ali mahu meraih cinta Dila. Lagipun dia tidak mahu menjadikan Ali itu kambing hitam untuk menutup kekotoran yang ada pada dirinya. Namun bila Lana pergi, hidup keduanya seakan mati. Tiada kegembiraan seperti zaman persekolahan dulu.
10 tahun berlalu banyak yang telah berubah. Ali semakin dingin dan keras. Barannya bila² sahaja akan muncul sementara Lana pula dari seorang yang keras berubah kepada lembut. Mudah untuk dibuli oleh rakan sekerja dan akhirnya diri dia difitnah teruk oleh orang sekeliling.
Hidup ini sebenarnya tidak sukar jika kita buang segala ego. Jika Ali dan Lana boleh communicate dengan baik sudah tentu salah faham tidak akan berlaku. Bila masing² memendam itulah yang membuatkan orang lain mudah untuk mengambil kesempatan.
KHK. Permulaannya memang saya senang dengan keakraban antara Ali dan Lana. Tetapi bila musibah melanda, perasaan tu jadi puting beliung. Kesian Lana. Salute dengan Lana yang kekal tabah. Prinsipnya cuma mahu memudahkan urusan orang sekeliling tetapi sebenarnya dalam masa yang sama Lana lah penyebab Ali hilang dirinya yang dahulu. Ermm sedih😭😭😭
Dalam beberapa buku penulis yang aku baca kebelakangan ini, ni antara yang paling menyentuh hati aku. (Ada banyakkk lagi buku MA yang aku belum baca) .
Ali dan Lana berkawan baik sejak kecil. Ali selalu tolong Lana dan dia tahu yang keluarga Lana ni huru hara disebabkan ayah Lana yang selalu berhutang. .
Dan Lana ni sukakan Ali, sedangkan Ali hanya menganggap Lana ni kawan. .
Ada satu tragedi yang menimpa Lana yang membuatkan Ali nekad untuk berkahwin dengannya. Bagaimanapun, demi masa depan Ali, Lana melarikan diri. .
Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali. .
Masa ni, Ali dah berubah jadi baran dan dia pura-pura tidak mengenali Lana. Tapi Lana ni persistent. Bila dia tahu punca Ali berubah, Lana pujuk la pulak Ali untuk kahwin dengannya. .
Okay, overall, ceritanya menarik. Cumanya, aku rasa buku ni fast-paced, buatkan aku tak sempat nak menghayati kisah cinta mereka ni. Rasa macam makan terlalu laju, sampaikan nasi dah habis, tapi perut masih ada ruang. hahah .
It was good enough for a 1 time read. Actually read it because of the childhood friends to lover setting.
1. While I was never in FL's position, I just wished she'd communicate more with the ML and his father after the incident. But, maybe it'd be difficult after that kind of trauma. And running away was an understandable action. I just wish she'd at least tell the father or leave a note.
2. ML ni gedik. Why do men always biar je another woman get so physically close with them? Linking arms bagai. ML should've also clarified his business relationship with the other woman, instead of ignoring it under the assumption that FL knows and understands. Supposedly 1 of the many duties of a husband.
Triggered la. Especially when we're surrounded by people yang still traditional, where housework and childcare falls on the wife. And the husband gets away just because he's the financial provider. Dah kalau tak reti buat kerja rumah or jaga anak, at least jaga la hati isteri. Tak makan duit pun. Takat spender pun tak reti cuci. Haa, giteww.
Bff since skolah.. Abah Ali da pesan, perempuan dan lelaki tk bole berkawan mesti ade perasaan.. Lana mmg da suke ngn Ali.. tp die pendam kn sbb tk nk ape² jdi kt hubungan dorg..
Lepas Lana dpt musibah, Ali ajk die kawin.. tp Lana tk nk sbb die igt Ali nk kawin ngn die sbb simpati.. lepas tu Lana lari.. die settle kn hal die pastu die hidup sendiri..
10thun berlalu.. dorg jumpe balik.. tp Ali ‘sakit’.. die trauma dgn ape yg jdi.. lepas Lana tau ttg sakit Ali.. die ajk nye Ali kawin… Lana sedikit sebyk ade laa tackle si Ali nie..
Ali & Lana dah berkawan sejak zaman sekolah. Lana dah lama sukakan Ali tapi perasaan tu bertepuk sebelah tangan lah pulak. Ali pulak time tu dia ingat dia sukakan orang lain.
Disebabkan musibah yang menimpa Lana, Ali akhirnya ambil keputusan untuk jaga Lana. Tapi tak sempat dia nak jaga Lana, Lana larikan diri. Maka berpisahlah Ali & Lana selama 10 tahun.
10 tahun kemudian, Ali & Lana bertemu kembali. Dan atas sebab2 yang di mention dalam novel ni, Lana menuntut Ali untuk tunaikan permintaan Lana.
Setiap kali baca part apa yang jadi dalam masa 10 tahun tu, mesti keluar perkataan “kesiannnya, kesiannya, kesiannya”.
Ali - sunshine to grumpy. Ikutkan sedih sebenarnya bila hilang best friend ni, macam hilang separuh nyawa. Because of that Ali jadi grumpy. For me his characteristics okay je grey flag. At first tu geram jugak sebab macam gunakan Lana untuk study overseas but when he realised the truth terus take action, takde stay denial. Tak pentingkan ego.
Lana - lurveee, cepat je dia sedar dia sukakan Ali, help and take action sebab dia sedar salah dia bila Ali jadi grumpy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
•kahwin paksa & perkahwinan rahsia •merajuk tak tentu hala •tipu perasaan sendiri •kahwin, pastu mengandung pastu bergaduh duk asing2, pastu adegan memujuk entah apa-apa •konon ada awareness about mental health •dialog 97% •plot klimaks menjadi-jadi spt kena 🍇, pastu ada adegan tembak-tembak, bun*h dan lain-lain utk mengerakkan jalan cerita yg sendu •cinta? U cari cinta? Takdop..for me tak berbekas lgsg pasal cinta •selingan sikit kahwin ngn CEO resort chuolls
Cerita dia tentang 2 kawan baik yg berkawan dr sekolah rendah sampai stpm. Bagi saya cerita ni best. Fast pace, penuh emosi dan konflik yang sedang elok je. Cuma saya nak juga tahu lebih details punca trauma dan accident tu dan juga kenapa Ali bekerjasama dgn Dila. Sebab cam x puas part2 ni. Tapi saya recommend novel ni. Tak meleret rasa laju je. Dan x sabar nak baca cepat habis sebab nak tau cerita sebenar.