Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Tak Jangka!

Rate this book
Yang Marean merupakan seorang eksekutif pemasaran yang bekerja selama lima tahun secara kontrak di The Care. Dia seringkali dibuli oleh Hardin Nuh yang merupakan ketua jabatannya. Disebabkan satu kesilapan, Hardin Nuh menyuruh dia mendapatkan Leo Gabriel sebagai duta untuk produk baru.

“Make sure dia datang dan sign dengan kita, Marean. Kalau tak...”

Satu hal tentang Yang Marean, dia suka menyibuk hal orang. Gara-gara nak tangkap peragut, kasut yang dia baling tersasar terkena kepala Leo Gabriel sehingga pengsan. Yang Marean hampir terlepas peluang besar untuk menjadi pekerja tetap. Mujurlah dia seorang eksekutif pemasaran. Dia ada banyak idea dan strategi untuk lepaskan diri.

Tapi... Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.

Yang Marean kantoi!

“Awak kena uruskan saya macam yang John selalu buat sewaktu saya ada kerja dengan The Care. Uruskan maksud saya... Uruskan from A to Z!”

Tak pasal, dia kena denda disebabkan menipu Leo Gabriel!

“Aku ingat aku dah settle hal Hardin, tapi muncul pula LG yang perangainya... Saling tak tumpah macam Hardin! Apalah nasib aku? Keluar mulut buaya, masuk mulut naga!”

Belum habis pening dengan Hardin Nuh yang suka membuli. Tambah lagi seorang Leo Gabriel yang suka mengarah.

“Okeylah tu. Kalau satu, kau susah nak buat keputusan. Jadi, Tuhan datangkan yang nombor dua... Mudah untuk kau buat pilihan. Agak-agaknya, yang mana satu yang bakal menambat hati Yang Marean...”

Bagi Yang Marean, soal hati tak pernah mendapat tempat dalam perancangan hidup dia. Hardin Nuh atau Leo Gabriel... Dua-dua dalam perancangan kerja bukannya cinta. Dia tak pernah terfikir untuk jatuh cinta dan terpaksa berdepan dengan banyak pilihan.

“Aku nak tau, apa yang akan terjadi kalau aku menyimpang sikit daripada apa yang aku dah pelan. Jadi, suka atau tak... Kita kena teruskan pelan kita ni, Soph.”

Tapi, apa yang Yang Marean tak tahu...

The best things happen unexpectedly!

544 pages, Paperback

Published September 1, 2022

5 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books538 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
3 (60%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 21, 2024
Nak ending tu agak bercelaru tapi cute story!
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
September 8, 2024
Watak Yan ni cam gelabah sikit. Dengan F sekali ikut gelabah cam dia 😅

Dari dulu kan F memang suka watak ayah dalam buku penulis. Sebab ayah selalu digambarkan ada otak yang geliga selain dari watak lead 😄
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 2, 2023
yang marean ni hidup dia penuh perancangan. kemas, superb. semua semata nak dapat jawatan tetap di syarikat tempat dia bekerja. walaupun dia selalu dibuli dengan bos dan banyak kali kata nak berhenti, hakikat sebab sukakan kerjanya, dia bertahan.

sebab satu hal, dia terpaksa jadi pembantu untuk leo gabriel, duta untuk produk baru syarikat mereka. hal apa? hal dia baling kasut ke arah penyangak yang mencopet tapi tersasar kena kepala leo sampai lelaki itu pengsan dan dimasukkan ke wad. gila tak hebat balingan yang marean?

watak dia ceria tapi suka overthinking. kadang over sangat. tambah-tambah dirinya yang memang suka menyibuk. yang utama dia sibukkan kenapa kakaknya, yang maream tak nak kahwin. siap ugut nak lari kalau paksa. si yang marean ni memang fikir bukan-bukan ah. tambah bila dia tak yakin kakaknya itu rela hati nak ditunangkan. sangat mustahil untuk manusia sedegil kak yam!

turun naik emosi sepanjang pembacaan. itu belum masuk gelak-tak-sempat-cari-tisu terus sedut... errr... kihkih. puan penulis tak pernah culas untuk buat pembaca sama berfikir, kenapa dan kenapa. penyampaian yang bukan straight forward tu buat makin teruja nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

macam yang marean dan leo gabriel la. dahla mereka bertunang pun ada dramanya. ada kesilapan tapi kesilapan yang beri peluang untuk gabriel tunaikan rasa hati. bila dah bertunang, mula-mula okeyla tapi sebab satu hal, si yang marean ni boleh pula konon-konon hilang ingatan. hardin punya pasal la. siapa hardin? bos yang menyimpan rasa hati terhadap yang marean.

dan jadi tiga penjuru. hardin-yang marean-leo gabriel. tak tinggal, chairyna yang tiba-tiba muncul.

jodoh ni kan rahsia. sehebat mana pun perancangan, tetap Yang Maha Kuasa punya rancangan lagi hebat.

akak sukakan hubungan mesra adik beradik, yang maream, yong marwan dan yang marean. yong marwan sangat menjaga dan manjakan adik kembar dia yang sangat banyak songeh itu. kakak mereka pula, yang maream pun sangat rapat dengan kedua adik kembarnya. cuma bila dia lari di majlis pertunangan, masing-masing memang tak boleh buat apa sebab dia sejenis batu dari planet pluto! keras wooo... ayah mereka sangat sporting dan sebab ayah nak naikkan tiga-tiga anaknya serentak atas pelamin, maka jadilah macam-macam kisah. mak aje yang cool...

jangka tak jangka, kalau dah cinta - jaga dan hargailah sebaiknya.

boleh?
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.