Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.
Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.
Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!
Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...
Saya membeli buku Anarkis ini pada 7 Februari 2011 di Kedai Buku Popular Selayang Mall pada pukul 4:04 petang. Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana saya pernah membaca ulasan mengenainya di beberapa buah blog di internet. Anarkis merupakan sebuah novel thriller yang padat dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Novel ini mengisahkan Sarjan Awai Anak Gamung sebagai watak utama. Perjuangannya untuk menegakkan kebenaran dan membersihkan nama baiknya menjadi intisari utama pengkisahan novel ini. Pada pendapat saya,novel ini merupakan sebuah novel yang menarik. Amat jarang sekali,terutamanya pada hari ini,kita dihidangkan dengan sebuah novel yang padat dengan aksi-aksi yang bersifat 'thriller'. Malah,pada pertama kali saya membaca buku ini,saya seperti sedang membaca novel aksi Inggeris yang dimelayukan! Malah,aksi-aksi yang mendebarkan dan menarik seperti adegan tembak-menembak dan pertempuran lebih banyak menghiasi penceritaan novel ini. Berani untuk saya katakan hampir 100% tiada kisah cinta di dalam novel ini,tidak seperti novel-novel bahasa Melayu yang lain. Namun begitu,terdapat beberapa perkara di dalam penceritaan novel ini yang pada hemat saya mempunyai sedikit kelemahan. Sebagai contohnya,terdapatnya sindrom pengaruh 'Rambo' di dalamnya. Hal ini dapat diperhatikan apabila dengan seorang diri sahaja,Awai berjaya menumpaskan beberapa orang musuhnya pada satu malam sahaja. Hal ini pada saya agak kurang logik. Namun begitu,saya tetap beranggapan kelemahan ini tidak menjejaskan mutu persembahan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis novel ini secara keseluruhannya. Sebaliknya,saya amat mengalu-alukan lebih banyak karya yang seperti ini. Malah,saya difahamkan,penulis ini juga telah menerbitkan dua buah buku yang merupakan kesinambungan dari novel Anarkis ini iaitu Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang berminat dengan novel aksi,sila dapatkan novel ini di pasaran. Anarkis sememangnya sangat berbaloi untuk dijadikan bahan bacaan kepada mereka yang dahagakan novel aksi sepertinya yang ditulis di dalam bahasa Melayu dan tidak rugi dijadikan koleksi untuk menghiasi rak buku anda. :)
akak risau. akak risau penulis sehebat begini lenyap bilamana karya hebat mereka tidak dipedulikan. hanya segelintir yang minat genre sebegini sahaja yang baca. beb, serius. novel AKSI ini sangat best!
anarkis, maksud mengikut kamus dewan - orang yang suka menimbulkan keadaan kucar-kacir. dalam novel ini, betul. sarjan awai dari mula kepulangan dia ke malaysia memang dah menimbulkan keadaan huru hara dan kucar kacir. awalnya dia di penjara di croatia selama lima tahun kerana ditangkap di kawasan sempadan dalam keadaan mencurigakan. walhal dia sebenar telah menembak mati seorang anggota tentera yang dalam tahanan dan mahu dipindahkan.
setelah bawa balik ke malaysia, awai dapati dia kehilangan isteri terus bila marina dah pun berkahwin lain. itu sikit je. huru hara mula timbul bila dia mengaku dalam soal siasat berkenaan tentera yang mati ditembak dan rupanya ada satu kisah lain yang diluar pengetahuannya yang buatkan dia menjadi sasaran. lebih teruk bila sarjan awai dituduh mengakibatkan kematian wakil jabatan hal ehwal urusan luar negara britain dan peguamnya sendiri!
akak suka baca kisah imbas kembali yang terselit di antara bab-bab tertentu. kisah sewaktu perang di bosnia dan keadaan perang sewaktu itu. banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya. bila penulis berjaya mengaitkan semua situasi yang pernah berlaku dengan kisah aksi yang hendak disampaikan, you did a great job, man!
haa... korang bayangkanlah kalau kisah ini di adaptasi. kita yang suka kisah aksi pasti terpaku dengan fast move movie, campur dengan adegan tembak menembak, aksi kejar mengejar di lokasi yang sibuk, dekat lrt, belum aksi serang hendap, dengan dialog yang keras, body language, muka hero yang tak ada perasaan bukan setakat hensem je ya.
ok. akak nak teruskan pembacaan bahagian dua. novel ni bahagian satu je. jarang akak suka baca novel yang bersambung. next!
Cerita perang yang best. Tak sabar nak baca sekuelnya!
Tema yang diangkat ada beberapa tapi saya suka bagaimana penulis mengenengahkan isu kemanusiaan melalui diri Awai. Banyak kali juga sifat ini ditunjukkan oleh Awai dalam penceritaan. Saya juga suka apabila Awai berdepan dengan persoalan falsafah berkenaan dengan prinsip kemanusiaannya.
Serius ea. kenapa Yam tak tahu pasal Anarkis ni? Auto happy plus tak menyesal sbb beli. Thanks Big Bad Wolf buat even kat Lotus Tebrau, JB. Walaupun Yam beli murah masa tu tapi karya ni mahal. Jalan cerita, aksi, emosi, watak semua A. Yam rasa mcm tengok drama but in my mind🤪
Ehhh, biar betul! Takkan la habis macam tu saja. Macam baru pertengahan cerita, masih tak tau apa yang terjadi kepada Sarjan Awai. Ke buku yang saya baca ni tak lengkap? Pinjam dari PNM...
Saya agak terkejut bila mengetahui bahawa buku ini sebenarnya buku yang telah diterbitkan oleh PTS Fortuna pada tahun 2010 lagi dan diterbitkan semula oleh Penerbit X pada tahun ini (2016). Gaya bahasa dan kekemasan plotnya amat berbeza berbanding bukunya yang terkemudian bersama Fixi. Mungkinkah ini yang dikatakan pengaruh editorial dan rumah penerbitan?
PS - Semoga ada yang sudi memberi pencerahan terhadap 'ending' yang tergantung itu. Seperti buku bersiri, dan ini adalah buku pertama.
Cerita peerjuangan seorang sarjan dalam menyelamatkan diri dari konflik yang tak disangka.. Suka dengan aksi dan pengalaman askar misi pengaman.. Memang ohsem..
superb.. novel aksi terbaik pernah dibaca..penuh aksi dan teka-teki.walaupun banyak imbas semula tapi dari situ kita dapat semua jawapan pada persoalan2 dalam kepala semasa membaca novel ni. lepas ni pasti akan ikuti penulis ni. next target pastinya Gergasi.
ANARKIS ini adalah satu falsafah yang membawa maksud cara hidup yang menolak kedaulatan kerajaan ke atas seseorang. Bila selesai membaca novel ini, baru kita akan faham kenapa tajuk ini dipilih.
Bab awal menceritakan sedikit sejarah peperangan Bosnia, siapa Sarjan Awai dan bagaimana dia membunuh Jeneral Revan. Aku terfikir, apa yang menyebabkan bacaan ini diteruskan? Erm, aku pun tak pasti. Bunyi tembakan hanya bergema sekali dua dalam 3 bab ini. Jadi penulis berjaya menarik perhatian pembaca at least 50% untuk terus membaca. Momentum bacaan terus meningkat, emosi turun naik, debaran di sana sini. Ada ketika plot cerita jadi kelakar dengan sedikit cubit manja antara Arman dan Anne. Begitu juga ada diselitkan konflik keluarga antara Dr. Jason, Marina dan Sarjan Awai. Novel ini telah dimasak dengan pelbagai rempah ratus bagi menghidangkan juadah yang menyelerakan kepada peminat genre thriller.
Buku ni best. Rasa macam baca movie, penulis pula sangat teliti dalam perincian data dalam penulisannya. Macam segala jenis senjata, sejarah perang, cara membidik musuh, fuh rasa membara je hati bila baca. Bila dah habis baca buku ni, dinasihatkan baca terus sambungan buku ni iaitu anarkis bangkit, sebab ending buku ni memang tergantung dan kena sambung terus buku kedua.
Review aku bersambung di buku kedua, sebab aku tak berapa ingat buku 1, masalah utama aku bila baca buku yang bersambung sambung macamni.
"Hadapi dan selesaikan masalah yang ada di tangan kamu satu per satu. Apabila segalanya selesai, mulakan pula hidup baru. Semua orang berpeluang untuk mencuba buat kesekian kalinya untuk hari esok. Hidup tidak pernah tidak adil kepada kita. Kita yang selalunya bersikap tidak adil kepada diri sendiri." - Anarkis, Khairul Nizam Khairani
Buku pertama penulis yang aku baca. Aku jenis yang jarang baca buku yang berunsurkan aksi dan yang bertemakan ketenteraan macam ni. Tapi jujur, buku ni sangat best bagi aku dan tak mengecewakan. Dengan setiap plot yang disusun dengan kemas, dan juga teknik imbas kembali yang tak mengelirukan. Pendek kata, aku memang enjoy setiap baris ayat yang ada dalam buku ni.
Buku ni kan menceritakan tentang seorang anggota tentera Malaysia, iaitu Sjn. Awai yang tidak habis-habis diburu oleh mereka yang ingin menjatuhkan dia. "Pemburuan" ini berlaku semasa Sjn. Awai telah pulang ke Malaysia setelah lima tahun dipenjarakan di penjara Croatia. Serius, masa aku baca buku ni aku ingatkan disebabkan kesalahan dia yang telah membunuh Jen. Tanovic dan seorang anggota SAS. Rupanya bukan. Dia dipenjarakan sebab dia gagal membuktikan pengenalan diri dia yang sah semasa dia ditangkap tu. Ok, masa Sjn. Awai pulang ke Malaysia pula, dia telah dituduh membunuh seorang anggota pegawai tertinggi Britain dan peguamnya sendiri. Masa tu dia panik, dan hanya dengan melarikan diri ja yang dapat selamatkan diri dia. Dengan melarikan diri ni lah yang buatkan diri Sjn. Awai ni nampak dia yang bersalah, padahal dia sendiri pun tak tahu apa yang berlaku.
Tetapi "pelarian" ni juga lah yang sedikit demi sedikit telah membuka banyak rahsia dan konspirasi. Rahsia dan konspirasi yang ingin dibongkarkan oleh Sjn. Awai sebab dia tahu bukan dia yang bersalah. Orang macam Sjn. Awai ni bukan orang yang biasa-biasa wehh. Semua ilmu, semua skill yang dia belajar dalam ketenteraan tu mengambil masa yang lama untuk dia pelajari. Ilmu dan skill yang dia ada tu lah yang telah menyelamatkan dia daripada bahaya. Aku salut sangat!
Buku yang sangat sesuai juga untuk meningkatkan semangat patriotik, hehehe.
It was quite an entertaining storyline, with a Malaysian character as the 'suppose PTSD' patient to lead the book with packed actions involving guns, murders, tactics, and... more guns. A negative point is my utter disappointment with the characters' portrayal by the writer as the depths of characterization weren't there to begin with. To cut short, the characters seems to have the same personality..
Actually I read this, unbelievably, in one sitting, but to be astounded by the ending - you will be left hanging! Buy or borrow Anarkis and Anarkis:Bangkit at the same time if you put the series in a wish-list-to-read shelf!
The book is far from perfect, with evident loopholes scattered, but it is indeed nice to read a thriller story in Bahasa Melayu language.
Okay, ni buku aksi. Ada sambungannya iaitu Anarkis Bangkit tapi sampai ke sudah tak habis baca. Bukan sebab tak best, tapi aku menyalahkan reading slump. hahaha. .
Okay, kisahnya Sarjan Awai, seorang penembak hendap yang dihantar untuk misi kemanusiaan di Balkan. Kerana satu peristiwa yang mana dia membalas dendam atas kematian kawannya, dia terbunuh seseorang yang baginya tidak berdosa. .
Akibatnya, dia merelakan dirinya dipenjara disana sehingga dia dibawa balik oleh ATM ke Malaysia. Tapi, baginya, dosanya itu tidak terampunkan. .
Setibanya di Malaysia, dia telah hilang keluarganya. Bahkan dia akhirnya menjadi buruan polis akibat tuduhan membunuh pegawai diplomat Britain dan peguamnya. Sedangkan dia tidak bersalah. .
Dan dia menjadi pelarian. Tapi bila keselamatan keluarganya terancam, dia menjadi pemburu. Dia menghapuskan orang-orang yang memerangkapnya. .
Neh buku kedua dari @penerbit_x yang aku baca.. Sebaik mengikut napsu membeli masa di Negara Buku aritu, kalau tak akulah antara manusia yang rugi tak dapatkan buku neh.
Nak sambung Anarkis Bangkit. Amik napas dulu. Tak sabar nak tau apa jadi dengan Sarjan Awai seterusnya.
Puas hati, pelik la kalau pembaca genre thriller action tak suka baca buku neh. Apa jadi dengan Arman Ghani.. Heeeee.. Nak sambung Anarkis Bangkis, Kbai!
Untuk penulis terima kasih kerana mensajikan makanan sedap ini! Akan aku cari buku buku lain penulis neh.
sebuah karya yg mngagumkn,smpai sy x tau mcmna nk ulas. cerita nya padat wlpn permulaan nya slow sikit. sarjan awai menjadi pelarian di negara sendiri sebaik sj dibebaskn setelah 5 thn dipenjarakan. ada dalang yg mahukan dia mati demi menutup kebenaran. tp sarjan awai x mudah utk ditumpaskn,shgga dalang itu sendiri mnyerah nyawa,stlh byk nyawa tumpas di tgn sjn awai.
😅😅 ambk ms yg pjg utk mnghdam setiap bab..feel bc nya lain mcm dgn bunyi heli berlegar2 di udara. terbayang2 tragedi hitam di lahad datu.😢😢
Fuhhh. Sungguh aku tak sangka, buku ini sangat best. Bertemakan ketenteraan, ianya penuh dengan aksi. Babaknya berselang seli dengan tembak menembak, kombat secara dekat, ditambah lagi dengan konspirasi. Walaupun setiap babnya panjang, tapi disebabkan plotnya yang teratur, pembacaan aku jadi laju. Sungguh ini lebih baik dari Lawan.
One of the book yang membuatkan saya tak boleh nak berhenti baca! Setiap scene dalam buku ni membuatkan jantung saya dupdapdupdap sangat laju sebab semuanya ada unsur suspens, dan pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan terjadi selepas ini? Itu yang tak boleh stop baca tu!
Oh ye, saya juga dapat ilmu berkaitan senjata2, cara tentera bekerja (serba sedikit) ah sangat intense!
Mengisahkan seorang penembak hendap dari pasukan elit ATM. Dia dalam buruan polis Malaysia dan Britain atas tuduhan membunuh seorang anggota mereka ketika di Bosnia. Novel thriller yang banyak adegan-adegan mendebarkan. Sebab pengakhirannya tergantung, terpaksa cari buku sequelnya nanti.
Awai Anak Gamung. Seorang Sarjan yang tersepit dalam konflik. Kisah amukan Awai dalam menuntut keadilan sangat mendebarkan. Plot-plot menarik semasa pertembungan Awai dengan Pasukan Khas memang berbaloi untuk digambarkan didalam minda. Bayangan pertempuran bertaraf “Hollywood”.
Sebuah nukilan yang membawa kite ke alam penuh tipu daya... Yang ingin menolong rupernyer ade tersirat agenda tersendiri.. Ia juga membuat kan saya sebagai pembaca tertanya tanya... Mungkin jiwa anarkis ada dalam setiap jiwa kita sama ada ia merupakan satu permasalahan kecil ataupon tidak
aku beli buku ni sebab aku peminat buku kruparanormal by writer. mungkin expectation aku tinggi sangat kot. aku tak salahkan writer. cerita ni 'kurang masuk' pada aku. aku yang salah kot. haha. tapi buku writer kalau seram memang power.
Sinopsis :- Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.
Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.
Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!
Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...
ANARKIS!
sebuah cerita PROLONG bagi sekuel KUDETA, watak Sjn Awai yang diperincikan didalam novel ini. bagi peminat peminat novel thriller, pastinya novel ini tak menghampakan. Padat dengan aksi pertempuran, taktikal yang akan memacu debaran hingga keakhir mukasurat..
Kemahiran penulis mengolah watak dan kisah Sjn Awai dari diburu menjadi pemburu setelah apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. percaturan demi percaturan dibuat oleh watak watak sampingan jugak membuatkan saya susah nak berhenti membaca hingga penghujung cerita...
Syabas buat bro Khairul Nizam Khairani kerana menghasilkan novel ini 5* untuk anda
plot cerita thriller yg mnarik...berbeza idea dari ram...lebih mendalam kisah2 n cerita mengenai ketenteraan dan polis....bagaimana operasi keselamatan di malaysia...aku harap kisah ni leh buat filem ala2 kisah bourne identity versi malaysia yg unik dan berlainan... setiap plot dan babak sgt mnarik dan agak mendebarkan gak..teliti dan menggunakan bahasa melayu tinggi...hehe..
kisah perajurit yg sentiasa menegakkan kebenaran...amat menarik dan sesuai dibaca oleh semua..like..