ZACK: Nama sebenar... Sofi Zarill Muhammad. Nama panggilan... Zack. Penampilan... rambut pendek, t-shirt, cap dan seluar jean. Pernah menjadi kegilaan Sabariah (house mate zaman belajar di universiti) dan Arin (pembantu rumah.) Suka hati aku dengan cara penampilan aku... janji aku tak buat dosa dengan Tuhan.
ABANG DIN : Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
AZIM: Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi.
Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalh seorang lelaki? Adakah Azim akan bersara daripada menjadi kasanova?
Masa mula-mula tengok novel ni kat kedai, rasa macam ntah ape-ape aje tajuk dia. Nak beli tu memang tak nak. Tapi lepas tu ada orang kate best ditambah pulak dengan ada orang nak belanja. Terus je la ambik tanpa berfikir panjang lagi. Sebelum tu kita tengok definisi TOMBOY: budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan. Ok, dah faham maksud tomboy.
“Suka hati aku la dengan cara penampilan aku. Janji aku tak buat dosa dengan Tuhan.” Saya berminat untuk highlightkan petikan sinopsis di atas dan saya sertakan sebuah hadith di bawah ini;
Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)
Adakah anda boleh berfikir?
Novel ini mempunyai gaya bahasa yang sempoi. Tapi ada juga ayat-ayat yang pada saya agak kurang enak untuk dibaca. Tapi mungkin pada orang lain biasa, yang penting saya kurang berkenan. :-) Penulis ada juga menyelitkan hadith di atas supaya pembaca dapat melihat kebenaran. Mungkin juga saya baru tahu inilah cara hidup seorang tomboy. Jika benar, marilah kembali kepada Tuhan yang Esa.
First time baca buku ni masa Form 2, tahun 2011. Masatu rasa buku ni lawak sangat, jadi belilah semula untuk dibaca tahun ni.
Baca buku ni buat kali kedua, ternyata taste ku dalam pembacaan sudah berubah. Karakter utama buku ni sangat2 la tidak menarik untuk teruskan membaca. Watak Abang Din yang menarik, tapi kisahnya sikit sangat. Ada banyak juga bahagian yang lawak, tpi lagi banyak bahagian yang kurang menarik. Tapi buku ni buatkan saya sedar yang saya lebih gemarkan buku yang karakter driven. kalau karakter utama buku tu x best, maka x best la buku tu. Penat untuk habiskan buku yang tebal ni
Watak utama dalam cerita ini ialah Zack atau nama sebenarnya Sofi Zarill Binti Muhammad, anak tunggal Datuk Muhammad aka Richard, lelaki bermata biru dan Datin Mas aka Datin Gold.
Mereka berdua memang menginginkan seorang anak lelaki. Sebaliknya, Datin Gold melahirkan seorang anak perempuan. Zack pun dibesarkan seperti seorang lelaki yang lasak yakni seperti seorang tomboy.
Kisah selanjutnya. Apabila beg Zack dicuri, bermulalah perkenalan Zack dengan Abang Din yang bekerja di gerai makan. Abang Din kasihan dengan Zack dan memberi pertolongan kepadanya. Mereka menjadi mesra walaupun baru beberapa pertemuan tetapi kemudian berpisah.
Arin, pembantu rumah Zack jatuh hati dengan penampilan Zack yang juga sangat prihatin akan diri Arin. Setelah mengetahui Zack seorang perempuan, Arin cuba melupakan perasaannya pada Zack yang telah menganggap Arin seperti adiknya. Kita dibentangkan juga dengan imbasan hidup Zack semasa di kolej. Sabariah, teman baiknya telah jatuh cinta dengan Zack tetapi Zack hanya anggap Sabariah tidak lebih dari seorang teman karib. Keluarga Sabariah, setelah mengetahui perkara tersebut terus memaksa Sabariah untuk berkahwin dengan lelaki pilihan mereka di kampung.
Diteruskan cerita, Datuk Muhammad dan Datin Gold bercadang agar Zack ditunangkan dengan Azim kerana Azim dan Zack sudah saling mengenali dari kecil. Zack enggan kerana dia tidak mencintai Azim dan paling Zack tidak suka sebab Azim seorang kasanova. Tidak disangka semasa Zack pergi bercuti, dia bertemu semula dengan Abang Din. Zack mula menyayangi Abang Din dan memberitahu akan dirinya yang sebenar. Abang Din terlalu gembira kerana cintanya berbalas, lalu melamar Zack. Azim yang telah mula mencintai Zack dalam diam, terus menarik diri dan mendoakan kebahagiaan temannya itu.
Tetapi jodoh Zack dan Abang Din tidak panjang. Sehari selepas akad nikah, Abang Din meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori besar dan meletup di tempat kejadian. Zack pula terselamat kerana dia tercampak keluar dari kereta semasa kemalangan tersebut. Selepas tersedar dari koma, Azim yang masih mencintai Zack, berkahwin dengan Zack.
Cerita romantik komedi ini sedikit sebanyak memberi kita kesedaran tentang perasaan seorang tomboy. Seorang tomboy tidak semestinya berterusan keadaannya begitu sebab dengan sokongan orang-orang di sekelilingnya, seorang tomboy boleh menjadi seorang perempuan yang normal. Setiap babak ada juga yang meleret tetapi bahasa yang digunakan mudah, tidak berbunga-bunga dan senang difahami. Cuma saya terkilan sebab akhir cerita sedikit drastik. Zack dan Azim sudah ada anak kembar yang berusia lima tahun. Kalau boleh diceritakan sedikit detik-detik hidup Zack sebelum mendapat anak kembar, amat bagus sekali sebab Zack bukan asal gadis yang lemah lembut dan bersopan santun. Bagaimanapun, syabas kepada penulis kerana memberi kelainan pada novel ini.
Selepas menghabiskan bacaan Bini Aku Tomboy Ke? tulisan Arisa Eriza ini, hamba bertanya sendiri dua soalan ini: 1. Suka ke tak? 2. Puas hati ke tak? ~ Entah kenapa, sampai sekarang hamba masih belum boleh memberi jawapan kepada soalan hamba sendiri sehingga terpaksa hamba lewatkan menulis reviewnya.
Novel ini membekalkan dua perasaan berbeza kepada hamba.
Suka dan puas hati: 1. Kerana novel keluaran Kaki Novel ini agak baik kualitinya yang mana jarang-karang hamba akui untuk kebanyakan novel keluaran penerbitan ini yang sudah hamba baca. Gaya bahasa dan penulisannya cukup santai dan cara penceritaannya juga menarik serta tidak membosankan. 2. Tidak tipikal - hamba puas hati kerana jalan ceritanya tidak tipikal. Penulis berjaya mencipta kelainan itu untuk novel sulungnya ini. 3. Benar/real - ketika membaca kisah Zack ini, hamba terasa bagaikan diberi gambaran sebenar tentang kehidupan seorang tomboy. Maknanya, penulis berjaya menulis wataknya dengan berkesan.
Tak suka dan tak puas hati: 1. Kerana hamba tidak merasakan watak Abang Din diberikan penamat yang adil oleh penulis. Mungkin ini salah hamba sendiri yang awal-awal sudah mereka penyudah tak bertulis untuk watak kegemaran hamba ini. 2. Babak-babak 'perasan' antara Zack-Erin dan Zack-Sabariah sangat menganggu hamba. Hamba jadi geli-geleman sendiri kerana selalunya babak-babak sebegitu 'dilakonkan' oleh watak berlainan jantina. Tetapi jangan bimbang, novel ini bukan bertemakan cinta songsang ya.
3.Keseluruhannya, novel ini berjalan agak perlahan bagi hamba mungkin kerana kisah Auntie Maria dan suaminya yang menakutkan itu turut diselitkan sekali dengan kisah Zack-Abang Din-Azim. Sampai sekarang hamba tidak faham perlukah kisah Auntie Maria diangkat sebegitu penting dalam novel ini. 4. Nilai-nilai pengajaran tentang budaya 'tomboy' agak kurang dijelaskan oleh penulis untuk pembaca sama-sama dapat mengambil iktibar. Hamba mengharapkan ada perubahan ketara dan jelas untuk watak Zack di penghujung cerita dan kerana itu hamba turunkan bintang. Maaf.
Penceritaan yang menfokuskan kepada kehidupan Zack, seorang tomboy yang pernah menjadi kegilaan Sabariah (bestfren zaman universiti) & Arin (pembantu rumah). Perkembangan cerita bermula saat Zack ditimpa musibah dirompak dan diselamatkan oleh Abang Din. Juga diselitkan dengan kisah watak sampingan seperti Auntie Maria ( aku xpaham knp kisah auntie maria nampak mcm penting tp sbnrnya xpenting pun) ,Azim (kawan sepermainan Zack) dan beberapa watak lain. Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad) Sebelum itu aku jelaskan dulu definisi tomboy mengikut kefahaman aku sendri, budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan. Hadis diatas juga merujuk kritikan aku kepada watak Zack yang mengeluarkan statement,“suka hati aku la dengan cara penampilan aku. Janji aku tak buat dosa dengan Tuhan.” Cara penceritaan yang menggunakan gaya bahasa sempoi dan santai sesuai di baca serta mudah difahami. Plot cerita yang menarik serta sedikit twist. Aku paling suka part Abang Din ingat dia gay sebab minat dalam diam kat Zack hakikatnya dia xtaw Zack tu sebenarnya perempuan. Buku ini juga bukan berkisarkan kisah cinta songsang, kehadiran Sabariah & Arin yang pernah menggilai Zack sekadar watak sokongan yang menambahkan sedikit konflik bagi mewarnai jalan cerita (walaupun ada babak yang aku geli geleman). Sedikit sebanyak dapat menyelami kisah dan cara hidup seorang tomboy, pemikiran serta bagaimana hubungannya dengan Tuhan. Kadang-kadang gaya penceritaan agak meleret dan pengakhiran cerita agak drastik. Bilamana Zack terus ada anak kembar. Kisah komedi romantik yang boleh kata cukup asam garam (part abang Din meninggal tu sedih la jugak) menarik juga dibaca petang lepas hujan.
Terus berusaha. Zarill (Zack) suka berpenampilan bersahaja dengan jean dan t-shirt. Dia selalu disangka sebagai lelaki sehingga ada perempuan yang tertarik dengan dirinya. Azim adalah seorang teman yang baik tetapi dia juga seorang kasanova yang suka bertukar-tukar pasangan. Azim sentiasa mahu menolong dirinya kerana mahu mendekati dirinya. Tetapi hati Zack telah terpaut pada Abang Din yang walaupun hidup susah tetapi jujur dan suka menolong orang. Dia telah menolong Zack semasa Zack ke KL dan ditimpa kesusahan. Tetapi Abang Din telah tersalah sangka tentang Zack. Dia ingatkan Zack adalah seorang lelaki. Bila Zack berterus-terang mengenai dirinya, Abang Din rasa begitu lega. Mereka akhirnya bernikah. Tetapi belum sempat mereka dapat hidup bersama, Abang Din terlibat dalam satu kemalangan dan terus meninggal dunia. Zack yang ada bersamanya waktu kemalangan itu cedera parah. Azim sentiasa ada disisi Zack untuk merawat dirinya. Azim sanggup untuk hidup bersama Zack lalu mereka pun berkahwin. Zack telah serba sedikit berubah tetapi Azim sentiasa ada untuk dirinya dan anak-anak mereka. Mereka bahagia bersama.