Jump to ratings and reviews
Rate this book

ELITIS

Rate this book
Siapa sangka Danielle diterima masuk ke Duke’s College yang elit itu. Semuanya atas budi Uncle D. Tapi yang tak bestnya, dia kena berdepan dengan Hunter yang kekwat nak mampus! Entah macam mana dia nak sesuaikan diri dengan Hunter dan gengnya yang kaya level petik-jari-semua-boleh-dapat tu.
"Jangan naif sangat, boleh tak? Kau ingat, bila dapat melepak dengan geng Hunter tu, diorang akan terima kau masuk dunia diorang? Kau sedar tak, kita langsung tak setaraf?”
“So, kau nak cakap apa sekarang?”
“Aku nak bagi kau sedar. Bila-bila masa aje, diorang boleh campak kau macam kain buruk. Percayalah, sebab aku dah banyak kali terkena. Aku dah masak dengan perangai orang macam ni. Depan cakap baik tapi belakang, diorang kutuk macam kita ni tak ada maruah!”
Danielle bingung. Antara kehidupannya dahulu dan dunia yang baru ditempuhnya, bolehkah dia bertahan?

316 pages, Paperback

Published February 3, 2023

11 people are currently reading
164 people want to read

About the author

Nor Azida Ishak

10 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
59 (26%)
4 stars
79 (34%)
3 stars
68 (30%)
2 stars
16 (7%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 70 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
October 23, 2024
Aku dah tua untuk hadam cerita macam ni.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 29, 2024
I like this!

Elitis gives K-Drama ‘The Heirs’ vibe, also this is exactly like English YA books, except it is written in Malay.

The story centralizes on life in college, both main characters study in the same institution called Duke’s College (DC). Sounds high-end, because it is one.

MMC, Hunter Rhys - the cold, rough guy who is surprisingly the opposite once you know him (ugh I like this type of character pls don’t mind my biasness)

FMC, Danielle - Typical not-so-rich girl who gets bullied, stabbed in the back by others, only has male good friends (lol)

But overall, I enjoyed the plot. It was a nice read ✨
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
June 5, 2023
Solid 3 out of 5 star

For me vibe dia macam meteor garden boys over flowers and so on

Cerita dia straight forward

Mungkin sebab faktor usia dia tak berapa kena sangat but jalan penceritaan dia agak menarik

Plot dia yang menarik agak sedikit but for someone yang sukakan jalan cerita percintaan saya syorkan baca cerita ini

And I will buy the second book untuk tahu pengakhirannya
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
Read
August 29, 2023
'Dunia diaorang jerung, sedangkan kau tu bilis.' - Alyn

Personally saya suka dengan writing style penulis. Kalau tidak saya takkan habiskan Elitis dalam masa 1hari. Ada aura kdrama (BOF) bila baca Elitis. Vibes kolej orang kaya & student yang kekwat. Tak sangka pula ada sambungan. Nampak gaya macam makin 'pain' perginya bila baca sneakpeek di hujung m/s.

Ceritanya simple.

Toksik: Banyak benda toksik yang jadi dalam hidup D. Baik di tempat belajar mahupun di tempat kerja. Aku marah betul bila D sesenang itu saja ditindas. Macam tak percaya dalam sekelip mata saja Saffron jadi tempat paling toksik buat D. Dunia pekerjaan yang toksik memang 👎🏻. Tambah pula dapat rakan sekerja yang ignore kehadiran kau & terus percaya 100% dengan apa yang mereka dengar (gosip liar & fitnah).

Dalam masa yang sama. Silap D yang paling besar pada malam kejadian dia & Farouk ialah dia tidak menceritakan perkara sebenar yang terjadi (phone dirampas & sebagainya) pada Chef Farhana. Sebab tu, benda jadi bertambah rumit.

Aku rasa tak rugi pun D tak berkawan dengan Alyn. Bila difikirkan. Rasa macam Alyn tak mengenang budi. Sudahlah masa susah. D bantu dia tanpa fikir panjang. Bila D ada masalah. Bukan main rancak dia sound & sindir D. Patutnya D engko mintak je hutang ko dekat Alyn. Biar padan muka dia terkulat-kulat nak bayar. 🥹 Biarlah kena cop buruk siku janji orang tak pijak ko D.

Kisah Silam: Agak 'terasa' juga bila tahu cerita disebalik perilaku Hunter. For me, susah nak ubati peritnya apa yang dilalui Hunter.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 3, 2024
Aku sebenarnya jarang2 baca buku fixi, tapi tak tau kenapa novel ni lalu lalang kat wall aku. Aku pon decide beli n baca
.

Novel ni boleh dikatakan vibe orang2 kaya laa. Ala2 drama korea tu. Si hero ada nama, ada rupa, ada family yang mana empayarnya cukup gah. Yang si heroin , lemah. Anak orang miskin, kurang bergaya. Dihina dicaci tu makanan buat si heroin
.

Danielle Lim. Dia ditawarkan oleh Uncle D untuk sambung belajar di Duke College selepas kematian ibunya. Dia yang mulainya menolak kerana dia sedar Duke College bukan kolej yang biase2. Hanya anak2 orang ternama yg berpeluang belajar di situ. Tapi dek teringatkan impian ibunya, dia menerima tawaran Uncle D
.

Hunter, anak Uncle D. Danielle diminta untuk tinggal dirumah Hunter atas permintaan Uncle D. Pada mulanya Hunter agak sukar menerima kehadiran Danielle. Kerana ada satu rahsia yang membuatkan Hunter tidak menyukai Danielle
.

Tipikal anak2 orang kaya. Berlagak. Sombong. Dorang anggap anak2 orang miskin ni macam sampah. Terutama Nadia. Kawan si Hunter. Tapi sebenarnya dia cemburu dengan layanan Hunter terhadap Danielle. Dia sanggup menjatuhkan maruah Danielle
.

Novel ni tergantung sebab penulis bakal menerbitkan Elitis 2. Jadi banyak lagi rahsia2 tentang siapa Hunter, siapa Uncle D tidak terjawab dalam naskah ini. So boleh get ready la untuk mendapatkan jawapan dalam next naskah
.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews428 followers
April 15, 2023
In a world filled with glam and glitz - comes the darkness behind the fame and wealth, hidden through fake smiles and different scars.

"Kau akan sedar yang dunia in bukan semua hitam dan putih. Tak semua orang kau boleh anggap baik atau jujur. Ada masanya kau akan berdepan dengan orang yang kelabu. Baik di depan, tapi simpan satu ribu rahsia di belakang.


Sebuah cerita yang aku kira agak senang untuk dibaca. Mungkin target audiensnya adalah kepada remaja 20an ke bawah yang akan suka dengan genre buku ini. Tentang cinta, dunia yang nampak seperti bahagia tetapi tidak semestinya dan tentang kepercayaan dua individu untuk meneruskan kata hati mereka sendiri.

This is definitely not a book that I will pick up on my own, but in some ways, it was a good buffer read, especially when it reminded me so much of the K-Dramas that I used to watch. It brought me back to the year 2010, where Boys Over Flowers came out, and me thrashing on Geum Jam Di and Gu Jun Pyo cause lord both of them are equally annoying - and I LOATHED Geum Jam Di so much back then - and the feeling is pretty much the same when I read this book cause lord I can't stand the female mc :')

The Plot of the book is pretty straightforward. Its of Danielle who was sent to KL to study at an elite college by her mother's old friend after her mother passed away. There, she was sent to live with Hunter, the mysterious son of Uncle D who loathed her the soon she stepped into his home. Of a story where two worlds collide, love and mostly showing that humans, no matter their status are just humans at the end.

For a debut novel, it wasn't a bad read, but it didn't entirely WOW'ed me either. Considering that its the author's first book, I am looking forward to more of her books. I'd definitely just enjoyed this book as something that really made me reminisce the time where female leads can be so bloody annoying (very pick-me girl vibes) and the male mc is giving tsundere vibes. It was kinda cute but mostly, I was actually hoping for something more? The writing for me was a bit abrupt at some parts, and I do feel that most of the characters are pretty unlikable except for my boy Noah ; hence why I felt it was kind of a shame as everything seemed to end with a good note without a really proper transition to each part. But again, since its a debut novel, I feel that it will get better as it goes, and the fact that his book ACTUALLY HAS A SECOND BOOK - so yeah, I will def read Elitis 2 just to know what the heck is actually going on with Danielle's life :')

For me, most of the problems in the book were pretty much unresolved ; but in a way I kind of get it as the author is building up for the second book. Pacing-wise was okay but again - there are parts that felt too abrupt. The Romance was pretty okay. If you're a fan of K-Dramas, you'll just go LOLOL at certain parts cause, really, its GIVING the energy. Hunter reminds me of Lee Jae Wook in Extraordinary You - with the anger issue and the secrets and the daddy issues (LOL) - sorry bb i still love you - .


Overall, this was a light read that made me smile, lol'ed at parts, and mostly just had fun with it. A good buffer read as I'm in between two heavy books and it did its part. Apart from the transition to some parts, I would say, with its target audience, its a book that I feel a lot will enjoy. At the end of the day, some of the topics that the author had brought forward had showed how much our actions can affect the person's life journey and that not everything that we see on the surface are actually the truth - especially if we're judging a person's character . No matter how much privilege each person gets - at the end of the day its YOUR PERSONALITY that matters. Being rich is a given, but if you're pretty broke WITH a shitty personality , boo that's definitely on you. At the end, as humans we can learn to be thankful with what we have and look through people to more than just the shields that they wear outside. You might never know what you can stumble into.

Definitely can't wait for Part 2 of the book (cause I'm curious). And again - shoutout to Noah in this book cause he's definitely my favourite character in here haha.

Personal Ratings : 3.5🌟
Profile Image for Nik Natia.
62 reviews3 followers
May 7, 2024
Banyak persoalan yg belum terjawab, kena tunggu sambungan..
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
December 27, 2023
Perbezaan antara Hunter & Danielle sangat ketara. Perginya ibu Danielle membuka ruang kepada Danielle berkenalan dengan Uncle D. Siapa Uncle D? Nama yang sering disebut pada awal buku ini tapi orangnya tak muncul pun.

First time Hunter & Danielle jumpa pun dah bermasam muka, boleh berkawan ke mereka berdua ni? Noh, tak payah nak berkawan sangatlah sebab Hunter & Danielle memang dah start feeling ‘something’ bila Hunter mula tunjuk caringnya dia pada Danielle 😌

Agak termenung lah juga zu lepas baca buku ni sebab the ending is not clear 😩 hatiku meronta nak lagiii hshshs 😤 lagi satu, buku ni kind of mystery sebab zu tertanya macam mana dengan Hunter waktu dulu 🧐 mesti ada something ni yang…

⋆ ˚。⋆୨୧ ⁺˚⋆。°✩

“𝗡𝗼𝘄 𝗜'𝗺 𝗵𝗲𝗿𝗲, 𝗛𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿.”

“𝗗𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗽𝗽𝘆 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗻𝗶.”

GUYS HUNTER NI SWEET!!! Dia panggil Danielle dengan panggilan manja, zu yang terasa butterfly 😳😳🦋 rasa macam hunter panggil zu, eh bukan eh?

⋆ ˚。⋆୨୧ ⁺˚⋆。°✩

Disebabkan buku ni meninggalkan banyak persoalan pada zu, zu memang excited nak baca Elitis 2. Dalam buku ni ada sneak peek Elitis 2, ada bau bau pain disitu 😭😭 kena get ready ke ni? 💔

Bila dapat photocard Hunter dengan Danielle ni lagi mengindahkan imaginasi zu masa baca buku Elitis ni tau. Watak lain dalam buku ni pun menarik. Noah single tak? 🫣 saya volunteer ni kak azida 🙋🏼‍♀️

𝓣𝓱𝓮𝔂’𝓿𝓮 𝓯𝓲𝓷𝓪𝓵𝓵𝔂 𝓯𝓸𝓾𝓷𝓭 𝓮𝓪𝓬𝓱 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 3, 2023
1. Buku ni cerita pasal Danielle, gadis biasa golongan B40 yg dapat sambung belajar kat kolej elit dgn bantuan Uncle D, kawan mendiang ibunya. Uncle D suruh si Danielle ni tinggal dgn anak dia Hunter yg belajar kat kolej sama. Turns out Hunter ni pulak student yg paling famous kat kolej tu.

2. Macam biasalah bila orang miskin masuk sekolah orang kaya, teruk la si Danielle kena buli. Hunter ni ada geng, si Noah dan Nadia. Noah jela paling baik dgn Danielle. Hunter pulak kadang2 ok kadang2 tak. Nak tahu apa jadi dgn life Danielle kat kolej tu, boleh ke dia berkawan dgn Hunter korang kenalah baca buku ni 😁

3. Serius, masa mula2 baca buku ni aku teringat cerita Hana Yori Dango, Meteor Garden, Boys Over Flower, F4 Thailand. Hero kaya, heroin miskin, sekolah elit. Moment2 kelakar, romantik, memalukan, kecewa semua ada. Memang best gila baca. Sekali hadap je habis 😂

4. Cara penulis ceritakan golongan elitis tu memang tepat gila, tak jauh dengan realiti kehidupan seharian. Penulisan yang santai, ringkas dan tak meleret memang favourite aku la.

5. Overall aku memang enjoy baca buku ni. Definitely akan jadi one of my comfort book! Tapi tengok nota penulis macam ada nak sambung lagi? aku nak tahu apa business Hunter dan Uncle D. Well I can't wait for Elitis 2.
Profile Image for Azizah Alwi.
77 reviews6 followers
July 14, 2023
Ermmm aku rasa macam baca cerita k-drama.maybe pada orang lain best tapi pada aku meh.

Mula-mula aku ingat danielle ini lelaki.lepastu aku aku macam tak suka dangan si danielle ni sebab aku rasa macam agak clumsy and macam dalam dunia dia sendiri.

Alah kalau korang layan boys over flower tu si danielle ni lebih kurang macam jan di tulah. Hidup susah mula-mula but then tiber hidup senang dan berkawan dengan anak orang kaya.

Not my cup of tea lah Elitis ni.Cerita dia pun agak straight fowards.Aku habiskan buku ini pun sebab dia fast path and nak tamatkan goal reads aku. Hahahaha!


Aku harap penulis boleh improve better dari segi penulisan, perkembangan watak dan jalan cerita dalam elitis 2. Sekian.
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 23 books260 followers
March 3, 2023
ELITIS nukilan Azida Ishak tebalnya 313 mukasurat. Novel FIXI sudah terkenal dengan rupa & gayanya yg standard tapi ada surprise! ELITIS dihiasi 4 ilustrasi romantis watak utama mcm gaya kdrama My Roomate is a Gumiho!

Cerita: Sebelum anda baca tinggalkan resah gelisah anda kerana ELITIS ialah novel bergenre escapism romantis. Ia kisah Danielle yang mendapat tajaan seorang hartawan untuk belajar di Duke's College, all expense paid! Di situ, Daniella mendapat reluctant bodyguard-knight bernama Hunter (anak hartawan).

Hidup Danielle yg ada sedikit pathos kerana kematian ibu & sebatang kara tidak menghadapi masalah besar kerana Hunter selalu muncul tepat pada masanya seperti Edward Cullen untuk Bella Swann. Jadi, perhatian & tenaga Danielle ditumpukan untuk merungkai sikap hot & cold Hunter.

Rasa: Cerita ini menyenangkan. Danielle yg beberapa kali dipuji cantik & dicemburui mendapat perhatian Hunter yg merupa instafamous, model kacukan Sino-Netherlands. Danielle juga disukai ramai lelaki & dicemburui ramai wanita, for better or worse. Kecantikan fizikal menjadi isu utama dalam kisah ini atas sebab genre escapism yg saya sebutkan.

Extra: Cerita ini tiada langsung typo & bahasa Inggerisnys tepat drpd segi tatabahasa. Pembacaan anda akan lancar tanpa gangguan. Jika anda suka kisah romantis yg tidak memeningkan kepala & menyesakkan perasaan bacalah ELITIS.
Profile Image for farinedda.
14 reviews
June 18, 2023
i think buku ni best je but maybe i tak rasa jiwa i boleh ngam dengan jalan cerita dia. too cliche yes :))
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
May 25, 2024
Comel sebenarnya novel ni haha! Walaupun aku memang tahu ianya agak klise, tapi mungkin sebab aku sendiri dah lama tak baca genre sebegini, jadi banyak moment yang buat aku rasa nak tepuk-tepuk bantal, lepas tu sembunyi dalam selimut, dan senyum sorang-sorang. Novel ni ada vibe Boys Over Flowers, Meteor Garden, dan Elite! Semua tu dalam bentuk drama, tapi berjaya diolah ke dalam bentuk novel dengan berkesan oleh penulis. Dibantu pula dengan set playlist Elitis di Spotify. Berlainan sungguh dengan tema yang selalu dibawa Fixi. Jadi Elitis:2 bila?
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
October 18, 2023
Tbh buku ni tak kena dengan jiwa aku sangat. Probably sebab sekarang aku dalam fasa SoL dan juga fantasy, so aku macam tak masuk sangat bila baca light romance.

Tapi buku ni sesuai kalau;

💛 FL B40 yang tak delulu sangat (+ independent gurlie)
💛 ML yang acah tsundere tapi dalam hati ada taman (pakej kuat cemburu)
💛 Light romance yang konflik tak kompleks
sangat
💛 Ada vibes highschool kdrama
💛 2nd lead yang green flag (oh alexa play london boy by taylor swift
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
Read
January 15, 2024
Kisah cinta tiga segi di kolej ternama yang mana pelajarnya kebanyakannya T20 kecuali watak utama, Danielle.

Agak straight forward. Sesuai kalau cari bacaan ringan dan yang suka trope enemies to friends to lovers. Yang suka plot twist berganda, buku ini mungkin bukan untuk anda.
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
July 15, 2023
Trope: enemies to lovers?(kinda), College romance, found home.

Check the tw!

(mature reader only) ⚠️

Elitis mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Danielle Lin yang kehilangan ibunya kerana sakit. Semangat Danielle jatuh tetapi ada Uncle D yang selalu menemaninya dan mengembalikan semangatnya sedikit demi sedikit untuk meneruskan cita² yang ingin digapai Danielle iaitu belajar di luar negara. Bersisa semangat yang masih sedikit Danielle terima tawaran uncle D untuk belajar di Duke's College iaitu college untuk para elitis dan tinggal bersama anak Uncle D iaitu Hunter Rhys. Pada mulanya Hunter cuba untuk menjauhi Danielle tetapi lama kelamaan Hunter dan Danielle tidak boleh menolak tarikan magnet diantara mereka.

My thoughts 💭

My first book from kak Azida and my first fixi book 😱🫶 I lurve this book.. Banyak rahsia banyak persoalan yang belum terjawab omg I loikeee this kind of book 😜💋 setiap dialogue dalam ni kadang2 buat aku rasa mixed feelings kejap marah kejap sedih kejap malu 🙊🙈 and then membangkitkan trust issues aku.. Dialogue diorang macam 'something' je especially certain of characters kat dalam buku ni hahaha idk if its just me.. Tapi ini yang aku rasa 😂 untuk characters aku suka Hunter Rhys dia mysterious gitu.. 🌚🙈 And Chinese mix Belanda? OMFG 😭wadda HOTTIE HOTTIE 🔥😭 and can we talk about nama Hunter? Cantik gilerrr! Pandai kak Azida pilih😍 I approved 😂 Danielle she's strong but sometimes can be very annoying 😌 Noah! He's so sweet and kind towards Danielle I loved him🥺🫶 Zach pula mula² don't really like him sebab macam mengacau je relationship Hunter dengan Danielle tapi last² I love him sebab seorang yang mature and bukan jenis nak rampas² pasangan orang lain. 🥹🫶 Alyn dasar kawan tak pandai menghargai! Huh korang bacalah sendiri kalau nak tahu😒 and I hate Nadia So Much! 👹 TAK SABAR NAK TUNGGU BUKU ELITIS 2 tengok teaser tu pun dah... Haih😩 okay overall nice book Kak Azida keep it up! 🫶
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
December 8, 2023
Okay. I enjoyed this so much.
Jujur.

At first macam ada kdrama vibes the heirs + boys over flowers sikit, i thought its going to end up that way. And then cerita dia makin menarik sampailah ke penghujung.

And this is my first fixi book btw. Yang aku baca di app Cereka.

Danielle Lin, watak perempuan yang baru saja kematian ibunya, kemudian di panggil oleh Uncle D untuk datang ke KL untuk tinggal bersama anaknya, Hunter Rys. Belajar bersama di kolej DC.

Setting lebih kurang macam typical your leads going to college together, cuma kurang lah interaction mereka je. I mean, takdelah nampak the leads asyik bertekak je 24/7 macam ada dekat buku lain.

Nadia tu annoying nak mampus. Cuma nak tutup karakter dia ni aku tak puas hati sikit. Harapnya dia dapat balasan setimpal. Yang pasal Allyn ni aku pun tak faham. Bitter ke perempuan ni? Macam ada something je dengan watak dia ni yang macam tetiba jadi macam tu.

Lets go to the main leads. Watak Danielle tak annoying. Common sense dia tinggi weh. And she’s matured at handling things in her own way. Hunter, aku fikir dia akan jadi watak male lead yang kerek, cold, sarcastic sampai habis but he’s a lover boy in silence. Noah is a best man <3 i love this guy!! And Zach pun baik :( Justice for Zach.

Kita masih tak tahu siapa ayah Danielle. Aku fikir bila nak sampai ke penghujung akan ada reveal tapi nope, it created suspense. And my assumptions also exactly as Danielle. Hahaha. Ada history rupanya between the adults. Gave me quick a heart attack jugaklah.

I’m waiting for book 2! Will get to see more of lovey dovey scenes between Danielle and Hunter!
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
July 8, 2023
✨Review (13)✨

"𝐈𝐭'𝐬 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐟𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧 𝐢𝐧 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐲𝐨𝐮, 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥𝐥𝐞."

Rate : 9.5 / 10 🌟

𝐇𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐑𝐡𝐲𝐬 💗 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥𝐥𝐞 𝐋𝐢𝐧

💌💌💌

𝐄𝐥𝐢𝐭𝐢𝐬, siapa nak masuk Duke College aka DC pastikan anak perdana menteri 😆 tak adalah gurau. Maksudnya, kena kaya dan ada pangkat setinggi-tinggi langitlah ya. Ada kuasa apa semua. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi golongan T20.🤪 kali ni Latte tak salah pilih buku dikala emosiku tidak berapa stabil. Elitis banyak menghiburkan Latte.

🔑Kisah Danielle Lin seorang gadis cina yang baru saja kematian ibu. Adanya Uncle D memujuk dia untuk masuk ke DC dan bermulalah dari situ kisah dia berjumpa dengan jejaka dingin beku sombong lagikan angkuh bernama Hunter Rhys.

🔑Tak cukup jumpa dengan Hunter, dia berkenalan dengan Noah bff Hunter dan Nadia - tak berapa nak bff Hunter dan Noah. Kenapa tak berapa? Sebab Nadia ni actually syok sendiri. Hunter tak ada cakap apa apa keistimewaan tentang dia pun. Perasan aje lebih. Hunter melayan kegedikan dia pun bersebab. Jumpa pula dengan Zach dan Ryker.

Sumpah Zach matang gila! Latte nak Zach boleh tak author 🙏 Ryker pun nak sekali. 😋

🔑Storyline Elitis sangat sempoi, tak ada rollercoaster, tak ada emosi melampau dan berbelit. Mudah faham dan simple sangat ceritanya. Konflik dia pun, biasa aje. Berkaitan kisah silam Hunter.

Danielle memang seorang yang kuat. Ibu dah tak ada. Terkontang-kanting tiada saudara mara yang peduli. Mujur ada Uncle D. Dan kerana Uncle D, dia mengenali ramai orang dan memberikan dia banyak kenangan yang manis. Dan ada juga yang pahit. Latte tunggu Part II untuk menjawab persoalan yang tidak terjawab lagi! 💗 dan Latte nak merasa masuk DC 🤪 kisah dekat DC buatkan Latte teringat kisah Latte dekat kolej dulu. Standard sangat kes buli-membuli ni. Ada yang sampai sanggup jatuhkan maruah orang. Ya, Latte perli watak dalam Elitis. Siapa dia? Try to find who is it!

Go grab Elitis now guys! Serius berbaloi 🧡🧡🧡 ceritanya sangat santai dan Latte memang suka! Nipis ,ada 312 mukasurat tapi menyeronokkan 💝

080723
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
May 7, 2024
Semoga cepat sikit second book keluar, banyak tergantung lagi ni hahahah
Profile Image for Layli Chee.
74 reviews4 followers
June 8, 2023
Wow. Aku habis baca buku ni in a span of 3 hours je?! Gila betul. Is this a good sign? Yes indeed! Jalan penceritaan yang cliche tapi aku hanya manusia biasa, dan aku manusia yang suka baca benda cliche ni aaaaaaa.

Suka plot dia, walaupun ade cringe sikit tapi BANYAK PARTS AKU SQUEALED AND SCREAMED SO HARD SEBAB COMEL GILA AAAAAAAAA LURVE SANGAT

Boleh cuba baca ni kalau nak cerita yang ringan, ada cinta cinta, teen bully scenes and misteri kekeluargaan with a hint of trauma, this is for you.

This is not your normal Fixi themed but it’s refreshing and I welcome it to the Fixi Family <3

Profile Image for zan.
4 reviews
November 11, 2023
too cliché for me. unless if you are into drama-melayu-pukul-7 typa plot where the poor girl and rich-arrogant guy fell inlove, then this is it.
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 11, 2024
Cerita ni bagi I quite cliche dan agak mendatar. Mungkin target audience dia lebih kepada minors, students. So untuk yang dah sedikit tua ni dia rasa sedikit remajalah.
Profile Image for tto-book-kie.
22 reviews
December 10, 2024
𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 ˏˋ°•*⁀➷

Danielle Lin, gadis biasa daripada keluarga biasa, dapat peluang untuk sambung belajar di Duke's College. Peluang ini diberikan oleh Uncle D, satu figura yang banyak membantu Danielle setelah ibunya meninggal dunia.

𝐌𝐲 𝐓𝐡𝐨𝐮𝐠𝐡𝐭𝐬 ˏˋ°•*⁀➷

the book is nothing like I expected? hahahah sebab buku fixi kan. I thought it would have similar vibe macam Gantung. like full on drama but in an academic setting. instead, this book is super straightforward.

I personally rated this book a solid 3 out of 5 on goodreads. i ada stars indicator and 3 means it's a good read! others would love it but not for me.

It's a bit childish to my liking (as someone in her early 20s). Totally did not expect this kind of writing from a senior writer (not in a bad way! i genuinely terkejut 🤣). I think 18 y/o readers and below would totally enjoy this sebab plot dia tak thick sangat. gaya bahasa is super easy to read too! i biasa paling cepat habiskan novel dalam masa 10 hari but it took me 6 days with this one. also ada some illustrations in the new version. sangat lurve <3

Now why this book isn't for me? I tak suka watak utama 🥲 i rasa Hunter sangat red flag and Danielle pulak too naive and terlalu baik tak kena tempat (the way she keeps on trying to reconcile with Alyn) it's getting annoying. i tak dapat the chemistry between these two. bila i baca, i rasa cam they only fell in love because the other one is good looking. Zach pun I tak minat.. mungkin sebab I ada deep hatred for white people going for SEA women 😭🤣

but NOAH!! I LOVEEEE NOAH!!! he's actually cooler than Hunter and Zach combined but y'all just don't get him like I do.

Another thing, when I said it's a bit childish, I refer to the drama. I rasa watak Nadia and her two friends sangat secondary school coded. they talked like a bunch of 15 y/o and english diorang too kaku for an elitist.

Lastly, I had hoped the author incorporate Danielle and Hunter's chinese heritage in the story. Both acted like a pure malay hahahahah. The author also used the word 'rezeki' while narrating Danielle when I think 'tuah' would be more befitting.

would i recommend this book to others? if they are 18 and below yes! would i buy Elitis 2? 50/50
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
33 reviews1 follower
July 5, 2024
Finished this book in less than 24 hours, which is a first time for me! I think? HAHAHAHA

Anyway... disebabkan author akan keluarkan the sequel to Elitis, I've decided untuk tuliskan my opinion about this book — up to author nak ambil atau tak, I don't actually mind ❤️

The plot is amazing. No lie. I love the flow, the twist, the suspense and paling penting sekali, I love LOVE Zach! Tapi sayang, penulisan Azida dalam buku ni lack details sampai bawa kekeliruan kepada pembaca (or just me).

I'm not a writer myself but I write during my free time so waktu baca Elitis, I did A LOT of proofreading for my own reference. I'll try to make it short but just in case it's too long, I'm so sorry.

First: no characters introduction. I honestly tak tahu Danielle ni perempuan and Chinese. Maybe my bad? But for sure I'm not the only one so maybe next time cuba bagi latar belakang sikit pasal watak-watak tu (ideas: what their age, races, tinggi and their appearance), dalam satu rangka je pun takpe.

Second: lack of details. Moving from situasi A to situasi B perlukan detail yang banyak. Contohnya Danielle buat apa dekat spot A untuk pergi ke spot B? Mengorak langkah? Berlari anak? Apa expression dia? Gelisah? Gembira? Keliru? I'm so bad at explaining this but maybe boleh cuba belek-belek novel lain untuk dapat the idea.

Third: bahasa rojak. I don't mind kalau it's a dialogue or monologue dari charaters. Tapi ni bahasa rojak dari third pov, which is dari penulis sendiri kepada pembaca. Ini antara yang caught my eyes... 1) Dari pintu dapur, Danielle ternampak seorang gadis tinggi lampai sedang berdiri dekat SINK. 2) .., pasti suasananya akan membuatkan Danielle rasa OUT OF PLACE.

Lastly, just nak ingatkan yang semua ni datang dari opinion saya semata dan tak semestinya penulis perlu ikut sebijik-sebijik tentang apa yang saya bahaskan heheh. I'll look forward to Elitis 2 in the future!
Profile Image for Hn.ssss.
56 reviews1 follower
June 23, 2024
𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐩𝐮𝐭𝐢𝐡. 𝐓𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐛𝐚𝐢𝐤 & 𝐣𝐮𝐣𝐮𝐫. 𝐀𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮. 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠.

🐥 Danielle kemurungan selepas kematian ibunya. Uncle D - ayah Hunter muncul menghulurkan bantuan dari segi kewangan & hantar Dr Fadzliah untuk bantu Danielle keluar dari kemurungan.

🐥 Bila dah okay, Uncle D suarakan niat nak Danielle sambung study dekat Duke’s College. Kolej elit yang tak pernah terlintas difikiran Danielle dia akan menjejakkan kaki ke sana. Senang cerita Danielle ni jadi anak angkat Uncle D - semua keperluan ditanggung tapi Danielle ni bijak, dia buat part time untuk tambah duit belanja.

🐥 Pindah ke KL , Danielle duduk serumah dengan Hunter tapi kedatangan dia tak dialu-alukan. Hunter layan dia dingin.

“𝐊𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐧𝐢.“ - Hunter

🐥 Tapi bila dah serumah sekolej takkan putik bunga tak berputik kan? Ofkoslah adaaaa! Tapi Hunter ni ego , at the sama time dia rasa kehadiran Danielle ni cuma menambahkan beban fikiran. 𝒪𝒽 𝓎𝒶𝒶, 𝒶𝓀𝓊 𝒾𝓃ℊ𝒶𝓉 𝒟𝒶𝓃𝒾ℯ𝓁𝓁ℯ 𝓃𝒾 ℳℯ𝓁𝒶𝓎𝓊 𝓇𝓊𝓅𝒶𝓃𝓎𝒶 𝒞𝒾𝓃𝒶 😅

🐥 Long short story, Danielle kenal dengan Zach. Anak menakan Dr Fiennes. Depa jadi rapat. Pastu si Hunter ni apa lagi jeles laa 😏 tapi takmau confess. Aishhh, dah la over protective 💁‍♀️

““𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐡𝐮𝐫𝐭 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧𝐜𝐡 𝐨𝐟 𝐡𝐞𝐫 𝐬𝐤𝐢𝐧, 𝐈'𝐦 𝐠𝐨𝐧𝐧𝐚 𝐫𝐢𝐩 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐬𝐩𝐢𝐧𝐞 𝐨𝐮𝐭.“ - Hunter

🐥 Kemain warning Zach 🙄 tapi bila Nadia buli Danielle sampai jatuhkan maruah dia takmau rip her spine out pulak! 😠 mangkuk ayun jugak Hunter ni. Padahal yang layak kena lumat malam tu Nadia bukan Zach! Argh 😪

☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️☁️
Overall plot okay cuma kita tak boleh nak bagi 4⭐️ sebab kat pertengahan kita macam ‘lost’ - eh pasai apa cerita ni. Nak cerita lifestyle depa ka? hujung-hujung baru nak reveal tu pon tak puas 😔

1 review
May 29, 2025
Cerita menarik. Vibe drama Korea boys over flower. Kisah si kaya giller tajir melintir dan si miskin.

Tapi aku terlalu tua untuk hadam cerita2 mcm ni. Buatkan aku jenuh nak habiskan. Padahal tipis jak buku ni. Bukan salah novel. Tapi salah umur aku. kalau yang muda remaja yang baca . Konfirm suka giller.

Cerita x berat. sesuai lah untuk bacaan ringan.

Penulisan simple jak. Tak cringe. Tapi aku x dapat merasakan keindahan gaya bahasa. sebab aku suka novel2 yang bahasanya indah2 belaka 😊. ( tapi ada jgak beberapa ayat yang indah. tapi bole kira )

Perkembangan watak Hunter kurang menarik bagi aku. yang lain semua ok.

Buku ni disertakan 4 ilustrasi menarik. tapi kenapa x da ilustrasi yang Danielle pakai gaun hitam di pesta tu??

RECOMENDED ATAU TAK?? . bergantung pembaca. bagi aku recomended bagi yg masih muda remaja. Kalau mcm aku da capai usia 30an & suka kelainan dlm novel. Cerita ni x sesuai.

TERKESAN SELEPAS MEMBACA?? jawapannya tidak. Sebab ini bacaan ringan saja 😊

AKAN JADIKAN KOLEKSI ATAU TAK??
Ya, sy tetap jadikan koleksi. Sbb yg muda remaja bolehla pinjam. Kompom dorang suka 😊

AKAN BELI KARYA NOR AZIDA ISHAK LEPAS NI??
In shaa Allah akan beli kalau ada novel yg menarik.

Akan ada novel kedua. tak tahu bila. tapi x bfkir utk baca sambungannya. tapi nak tahu jgak kisah silam Hunter.

Semoga penulis dapat perbaiki kelemahan2 dalam novel ni di Elitis 2 nanti 😊
Profile Image for wardah.
38 reviews
October 6, 2025
💸🏝️🚙😮‍💨🤯
genre & tropes: romance, miscommunication, you can't touch her, possible love triangle

my opinion:
buku ni mengisahkah tentang hunter (mmc) dan danielle (fmc) yang seorang dari keluarga yang senang + atas usaha sendiri dan seorang dari keluarga yang susah + tiada siapa-siapa. one day, fmc was offered by uncle D untuk sambung belajar dekat uni swasta yang only elits could go in 😵‍💫 and finally met mmc (anak uncle D) and found out yang mmc tu seorang model yang famous dan influencer berjaya on instagram gituh.

what i do like:
1. noah, kawan hunter. the only person yang acted kinda normal and not snobbish walaupun dia kaya.

what i don't like:
1. jalan cerita yang menunjukkan akan ada buku kedua, tergantung endingnya.
2. characters yang semua unlikable especially both fmc and mmc. perangai tak matang masing-masing dan hunter pulak fikir everything could be solved with money.
3. romance dia agak fell flat on me, macam rushed and forced upon pun ada.
4. fmc gives a very pick-me-girl vibes; ada "hunter, stop it! this isn't you!!" kind of scene. haih.

overall, not for me and i don't think i'll be picking the 2nd book up, not too curious on the mystery disebalik uncle D & emak fmc etc 😮‍💨

rating: 2.1 / 5

wardah ꨄ
Profile Image for wee socks.
2 reviews
August 5, 2023
Ada spoiler —




First of all let's start with the main character,
Danielle.

When I first read this, I was like.. "Oh this is kinda good.." But nope. It went downhill after that?!

Considering ni actually debut book is kinda make sense lol! I don't know but Danielle kinda annoyed me. So much for being "not like other girls" for once I really want to see a genuine friendship between women. I really hope Nadia (is that her name?) Actually a good person, but nope! Kinda disappointed tbh..

Let's not start with Hunter Rhys. Seriously, his name? Hunter, like a real hunter? (Pun intended) also kinda pissed me off. He's like every cold male leads out there. Boy probably have some family issues (he does) which is kinda predictable.

One line that give me an ick, "Hunter is like the famous guyyy he's the hottest, etc.." Holy shit who talks like that irl? I was cringing and giggling at the same time. That scene was funny.

Basically everyone in this story is — the only character I like is Noah. He's so sweet?!

Surprisingly I'll buy the second book because this book got me hooked up
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
November 15, 2024
Danielle Lin dibantu oleh Uncle D untuk masuk Duke's College kerana terhutang budi dengan ibu Danielle dahulu. Danielle tinggal bersama Hunter Rhys berdekatan Duke's College. Dan bermulalah drama mereka di rumah, kolej sehinggalah membawa ke Pulau Pangkor.

Noah sebagai rakan baik Hunter pula agak menyenangkan sikapnya terhadap Danielle. Nadia yang pernah mempunyai sejarah silam bersama Danielle begitu membenci Danielle kerana merasakan Danielle tidak setaraf atau sekaya mereka. Zach yang datang kemudiannya nyata melayan Danielle dengan begitu budiman sekali.

Novel ini nyata membawa kisah cinta remaja kolej antara dua darjat, antara jejaka kaya dan gadis miskin. Selain itu, isu kejujuran dalam percintaan juga turut diketengahkan dalam kisah ini. Andai tiada kejujuran, mana mungkin cinta kan bersemi lebih utuh.

Cerita ini tidaklah terlalu berat. Konflik yang muncul agak senang difahami. Alur cerita juga agak jelas. Jika kalian meminati genre young adult dan cinta remaja kolej, buku ini mungkin sesuai buat anda.

Saya menantikan Elitis 2 untuk menyudahkan kisah Danielle dan Hunter, juga untuk mendapatkan jawapan bagi perkara yang belum terjawab dalam Elitis ini.
Displaying 1 - 30 of 70 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.