Jump to ratings and reviews
Rate this book

BLOGOFOBIA

Rate this book
Demi memikat si gadis jelita di tingkat satu, Ahmad Soleh sanggup mengetepikan sikap penakutnya. Bermula dari satu cerita, blog kisah seram miliknya mula mendapat perhatian. Tidak hanya cerita yang diketahuinya, tapi satu per satu rakan turut sama menyumbangkan cerita untuk Ahmad Soleh muatkan di dalam blognya. Semuanya demi Cik Orked.
Sikap Ahmad Soleh yang khayal dalam dunia kisah seram itu merunsingkan teman baiknya, Abu Seman. Apatah lagi selepas dia menerima satu berita kematian yang mengejutkan. Siapa yang mati dan apa kaitan kematian itu dengan Ahmad Soleh dan blognya?

272 pages, Paperback

Published February 3, 2023

2 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Shield Sahran

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (20%)
4 stars
16 (36%)
3 stars
16 (36%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
Read
July 22, 2023
".... Kenapa awak tak buat blog? Saya nak baca cerita dan jadi follower awak" -Orked

Perbualan mereka mengenai topik cerita seram pada hari tersebut telah menyebabkan Ahmad Soleh sanggup buat blog khas untuk cerita seram. Padahal Ahmad Soleh penakut ‼️ Tapi hanya disebabkan dia nak impress gadis idamannya (Cik Orked) . Dia keluar dari ketakutannya dan mula mengumpul cerita seram dari kawan-kawan rapatnya. Terutama sekali cerita dari Mat Ila.

Tapi, Ahmad Soleh tidak sedar. Yang dia semakin leka dengan blog. Hingga banyak perkara penting yang berlaku di sekelilingnya -- DIABAIKAN. Apa yang berlaku disekeliling Ahmad Soleh?

Ada few parts dalam Blogofobia ini sudah boleh dijangka. Saya taknak sentuh bahagian ini sebab risau akan jadi spoiler besar. Tapi, for those yang biasa tengok cerita seram & baca buku seram. Perasaan thrill itu kurang. Ada beberapa pengulangan ayat yang kerap. Kita macam kecewa sikit sebab kita ingatkan penulis akan letakkan cerita seram yang diceritakan kawan-kawan Ahmad Soleh. Tapi tak ada.

Watak utama Ahmad Soleh sumpah annoying, poyo & selfish ✋🏻 Cara dia palau si Abu memang mintak penyepak. Haha. Dan dia terlalu taksub nak kumpul cerita hantu sampai abaikan kerja hakiki. Macam tempat kerja tu bapak dia punya.

Kita masih suka dengn writing style penulis. Tapi kalau tanya pendapat kita. Kita lagi suka Niqab dari Blogofobia. Tapi apa pun. Satu percubaan yang baik.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
May 15, 2024
Aku tertarik dengan muka depan novel ni yang direka sendiri oleh penulisnya. Memang nampak ada vibe seram dan angker. Namun aku sedikit kecewa, walaupun disertakan beberapa cerita pendek seram (hasil perkongsian teman sekerja Ahmad Soleh), tapi hampir kesemuanya tidak terlalu seram dan boleh diagak. Cuma perwatakan Ahmad Soleh betul-betul menjadi, dia punya level of ignorance tu, rasa nak cepuk je. Dahlah jawatan penting, tapi tak buat kerja sangat! Plot untuk penghujung nampak macam sedikit laju, tapi syukur semua teka teki tentang itu ini dijelaskan dengan baik.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
September 13, 2024
Pergh!! Penamat dia memang tak dijangkalah walaupun keadaan antara Orked dan Soleh tu dah boleh dijangka.. Nice ceritanya walaupun berselirat hubungan mereka..
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
December 27, 2023
Pada awalnya,watak utama sangat takut akan makhluk halus,tapi demi gadia yang diminatinya dia rela cuba untuk menghilangkan rasa takutnya dengan bermacam cara.Dia mula menulis blog seram,ceritanya dikumpul dari pelbagai sumber termasuk sahabat lamanya.Di penghujung tu,tak sangka rupanya dia tu sebenarnya tu..Boleh dikatakan seorang watak memainkan peranan penting terhadap punca kepada semua yang terjadi.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
May 23, 2024
Terlalu banyak kebetulan atas nama "dunia ini sangat kecil" sampai rasa bosan, hilang wow factor buku ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
November 12, 2023
I liked the writing. Cuma berharap penulisan di 1/3 terakhir & plot ditulis dengan lebih baik.
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
January 28, 2024
Jalan cerita ringkas, tapi agak menarik jugak ending penceritaan buku
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for nuranami.
13 reviews
July 9, 2024
Pada aku, buku yang bagus bila buku tu dapat buat pembaca rasa hooked. Pembaca tak sabar2 nak tahu apa plot seterusnya & buku ni memenuhi kriteria tu.

Aku suka jalan penceritaan yang tak meleret dalam buku ni. Unsur2 suspen & seram buat aku teruja nak tahu plot seterusnya.

Untuk watak utama, Sol. Jujurnya pertama kali aku tahu ada rupanya orang nak mengorat guna teknik bercerita seram & berpura2. Hahaha tak penat ke berpura2 sedangkan diri sendiri trauma & penakut. Rupanya si Sol ni ada trauma dari kisah lampau.

Unik juga kisah silamnya & aku belajar sentiasalah buat baik dekat orang, ingat apa2 yang kita buat jahat dekat orang akan buat orang tu ingat & boleh mempengaruhi masa depan dia.

Untuk twist cerita ni boleh tahan. Aku tak sangka twistnya begitu. Cukup rasa pada aku, tak terlalu rushing. Cumanya aku terfikir semua kejadian tu jadi waktu Sol cuti rasa macam banyak sangat sedangkan Sol cuti 5 hari je.

Oh ya, untuk kisah2 seram Mat Lila cerita tu penulis tak nyatakan pun kisah2 tu. Kalau ada mungkin boleh tambah rencah lagi pada novel ni. Aku tertunggu2 jugak sebenarnya kisah2 tu sampai si Sol sanggup pi jumpa Mat Lila tiap malam semata2 nak kutip cerita seram.

Akhir sekali, banyak pengajaran yang aku dapat dari novel ni. Pertama, bersederhanalah dalam mencintai sesama makhluk. Kedua, sentiasa lah fikir dosa & pahala yang akan dihisab di akhirat nanti. Ketiga, janganlah bagi tamak menguasai diri. Banyak lagi sebenarnya, cukuplah tu aku list.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
September 5, 2023
Saya tak sangka plot twistnya begitu twist.

Saya tak suka watak Abu Soleh ini, sombong dan mementingkan diri sendiri and i think Abu Seman deserve better.

Sejujurnya sedih sangat2 dengan apa yang dah jadi tapi aku berpuas hati gila baca buku ini sampai boleh habiskan 🤣.

Okaylah, tahniah author 🩷
Profile Image for jasminebloom.
24 reviews
May 31, 2024
Plotnya dapat dijangka. Satu yang bikin jengkel. Ahmad Soleh. Ketepikan sifat dia yang terlalu penakut sebab itu memang dah penyakitnya. Tetapi attitude-nya sangat menyakitkan hati. Terutama sekali bila dengan Abu Seman serta apabila dia memarahi caisher starbuck kerana ada pelanggan lain yang mengambil tempat duduk kesayangannya.

Keseluruhannya, cerita ini masih sedap dibaca.
Profile Image for Nabilah.
29 reviews
April 16, 2023
mystery & thriller tapi tak seram sangat. plotnya pendek je tapi ada banyak cerita hantu ringkas. dan buku agak cliche & banyak repeat benda sama.
Profile Image for mon.
2 reviews
September 10, 2025
4.5/5 🌟
Pada mulanya aku rasa penulisan pada awal-awal penceritaan agak ‘kebudak-budakkan’ atau term yang lebih sopan maybe simple sangat. So, dia buatkan aku agak ambil masa sikit untuk teruskan pembacaan sebab penulisan macam tu buatkan aku bosan. Tapi saya tetap teruskan bacaan, and guess what, makin best pulak ceritanya walaupun dah boleh expect the plot twist. Dari awal dah tahu yang sebenarnya Cik Orked tu hantu. Part akhir tu berjaya la jugak buat aku rasa sedih, tak tahu nak kata happy or sad ending 🥹.

Tapi sedikit rasa cam kenapa Soleh tu langsung tak baca mesej2 Seman? Macam tak logik pulak, maybe sebab nak panjangkan cerita kut hahaha. Yer la kan, kalau dia baca mesej or angkat call Seman, awal pulak kantoi watak2 yang dah mati.

Agak kecewa sikit part koleksi2 cerita seram blog Soleh tu, most of the cerita tak dapat bangkitkan aura keseraman time membaca. Maybe author patutnya lebihkan penekanan or panjangkan sikit part seramnya. Walaupun cerita2 tu tak memberi sebarang impak pada storyline tapi why not kan at the same time pembaca enjoy baca cerita2 seram tu.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
September 8, 2024
3.5 untuk naskah ini. Ada keseramannya sedap dibaca. Tapi, rasa terlalu pendek dan jalan ceritanya sudah boleh dijangka.

Cumanya plot twist nya tidak terjangka. Karya ini masih sedap dibaca dan tidaklah sampai tahap bosan dan susah nak hanis baca. cumanya bila habis baca tidak ada rasa puas cuma rasa "ok, sudah habis."
1 review
June 28, 2025
full of short stories and like unexpected twist at the end can actually skip the stories and enjoyable too
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.