Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah

Rate this book
Mengenali dengan lebih akrab tokoh besar di dalam gerakan islam seperti Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam di Acheh, Gerakan Islam di Sudan dan gerakan Islam di Malaysia seperti Hizbul muslimin dan PAS..

Permulaan penuh motivasi perjuangan zaman Ikhwan dan Berkobar dengan semangat ulama' Acheh dan diakhiri dengan sebak kisah pimpinan Hizbul Muslimin dan PAS..

338 pages, Paperback

First published June 1, 2010

3 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Saari Sungib

8 books5 followers
Saari Sungib memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur (1964-1969).

Beliau adalah antara pelajar terbaik Selangor ketika itu dan telah dipilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1970-1976). Seterusnya beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan dengan kepujian dari University of Aston in Birmingham (1982) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA with distinction) dari Unversity of Hull (1993). Beliau juga mempunyai Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1984).

Saari Sungib berumah tangga dengan Aliza Jaafar. Mereka dikurniakan 7 orang anak, mempunyai lima orang menantu dan sehingga kini mempunyai 17 orang cucu. Keluarga beliau telah menetap di AU 2C, Keramat sejak tahun 1979. Sekembalinya dari menuntut di United Kingdom, beliau telah memberikan khidmat dan kebajikan kepada masyarakat sekitar Hulu Klang.

Beliau adalah seorang juruperunding pengurusan dalam pembangunan organisasi, perancangan strategik dan sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Menubuhkan antara syarikat perunding pengurusan bumiputera yang terawal pada tahun 1988 dan telah memberi khidmat perundingan kepada pelbagai organisasi awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Antara organisasi di negara ini yang telah mendapat khidmat perundingan beliau termasuklah Petronas Carigali, Kemaman Supply Base, Toshiba, NEC, JVC, PERNEC, Proton, Perodua, TNB, Telekom Malaysia, PNB, BIMB, DBP, LKIM, JKR, JBA, JPS, KWSP dan LUTH.

Beliau merintis sistem dan institusi pendidikan Islam bersepadu dengan menubuhkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin (1986)dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin (1990).

Beliau menaja penubuhan pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada 1989 dan menjadi Presiden JIM (1990-1999). JIM adalah sebuah gerakan dakwah, sosial dan kebajikan. Beliau juga telah membangunkan rangkaian tadika-tadika Islam dan kelab-kelab remaja.

Dalam bidang kebajikan, beliau bergiat cergas dalam membangunkan program-program khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, motivasi keluarga bahagia dan pembangunan warga kilang.

Walaupun berkelulusan sebagai seorang jurutera, beliau berusaha meningkatkan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Berbekalkan Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau terlibat aktif memberikan ceramah motivasi dan agama, kuliah-kuliah di beberapa surau dan masjid di sekitar Hulu Kelang.

Pada tahun 2001, Amnesty International telah memberi anugerah khas di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi manusia. Seterusnya pada tahun 2007, beliau telah diberikan penghormatan untuk melancarkan Amnesty Report bagi peringkat Malaysia.

Beliau telah diundang oleh beberapa pertubuhan di London, Dublin, Belfast, Jakarta, Tehran dan Cape Town, Afrika Selatan untuk menyampaikan ucapan di samping ditemubual oleh stesen-stesen radio dan TV dari Republik Korea, Australia, Singapura, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (41%)
4 stars
10 (58%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
February 21, 2011
Buku yang bagus untuk rujukan segera gerakan Islam. Saya suka bahagian sejarah tokoh Ikhwanul Muslimin dan tokoh gerakan Acheh.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
November 12, 2010
Gerakan Islam yang penuh pancaroba diceritakan melalui kisah-kisah para pejuang tokoh gerakan yang terkenal. Penulis, Saudara Saari Sungib memulakan penulisan dengan menceritakan bagaimana Fiqh al-Waqi' melalui kisah dan pengalaman gerakan Islam terdahulu.

Kemudian buku ini berkembang dengan menceritakan tokoh dari era revolusi Iran terus kepada tokoh gerakan Islam di Sudan. Lebih menarik mursyidul am Ikhwanul muslimin dari yang pertama sehingga yang terkini diceritakan kisah mereka di dalam buku ini. Penuh Semangat!

Kemudian Cerita tentang para Ulama' Acheh yang penuh semngat Jihad menentang Belanda melalui gerakan gerila benar-benar menarik. Melalui dayah dan pondok mereka membina fikrah bangsa. lebih menarik teungku Fakinah seorang perempuan diletakkan sebaris dengan nama tokoh besar ulama' di Acheh. Wah, Perempuan Acheh nyata kuat semangat dan tegar..

Di akhiri dengan kisah para pejuang Gerakan Islam di malaysia, nama seperti Dr Burhanudin Helmi, Prof Zul dan sebagainya agak sebak jika dibaca dengan teliti. Peristiwa Memali turut disentuh sedikit.. Kisah pemergian Ustad Fadzil Noor dengan kehadiran 50 000 manusia semasa pengebumian beliau bagi saya sangat menyayat hati..

http://farizahrin.blogspot.com/2010/1...
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.