Jump to ratings and reviews
Rate this book

Srikandi-Srikandi Yang Benar

Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

Rate this book
Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

268 pages, Paperback

First published January 1, 2010

21 people are currently reading
252 people want to read

About the author

Zahiruddin Zabidi

28 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
82 (58%)
4 stars
33 (23%)
3 stars
18 (12%)
2 stars
4 (2%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
June 6, 2011
Hebatnya Rabiatul Adawiyah, ikhlasnya dalam beribadah, bukan syurga yang dikejar. Hanya redha Allah yang diharapkan.
Jauh sangat kedudukan Rabiah dengan kita (saya), yang ada kalanya, nak beribadah pun nak berkira.
Bagus isi buku ini, cuma saya fikir kalau memang dapat digali isinya dari buku2 asal dalam bahasa Arab, berbanding dari buku2 terjemahan.
Komen dari sudut persembahan fizikal buku - Kesalahan2 ejaan dalam buku ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran bacaan. Senarai Rujukan sepatutnya dimasukkan dalam muka surat lain, jadi bahagian belakang bahan tidak terlalu sesak.
Profile Image for Farahmn Mn.
2 reviews107 followers
March 20, 2013
Sungguh.

Kisah yang sangat memberikan inspirasi. Cinta Rabi'ah kepada Ilahi amat tidak dapat dibandingkan dengan kita. Rabi'ah teguh menyemai dan membaja cinta kepadaNya. Seluruh hidupnya diserahkan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.

Andai diri mahu mencari di mana inspirasi untuk mengenal cinta Ilahi, bacalah. hayatilah, dan renungilah kisah Rabi'ah.
Profile Image for fazira.
6 reviews
August 6, 2012
buku yang membuat saya berfikir dan mempunyai manifestasi yang berbeza tentang apa itu syurga dan neraka. berbeza dari apa yang dipelajari di buku dan diajarkan ustazah di sekolah.

baca dan anda mungkin dapat melihat dan faham dengan lebih baik berbanding saya, kenapa rabiah mahu membakar syurga dan memadamkan api neraka.

:)
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
March 23, 2021
Rabiatul Adawiyah ialah seorang wali Allah yg makamnya dikatakan melibihi taraf malaikat. Kisahnya bermula tika dia lahir, tika dia terpaksa berpisah dengan tiga kakaknya, perjalanannya dakam menimba ilmu daripada ahli sufi dan ulama tersohor tika itu, hinggalah ke nafas terakhirnya.

Rabiatul Adawiyah mengisahkan tentang cinta yg cukup sempurna dan abdi terhadap Allah. Cinta yang mungkin tidak akan difahami manusia biasa. Banyak juga diselitkan kritikan atau anggapan orang sekeliling Rabiah dan kisah sirah serta hadis nabi berkenaan situasi Rabiah.

Sy perasan buku ni terdapat beberapa kesilapan ejaan. Dan sirah serta hadis nabi yang disebutkan dalam kisah ini sebaiknya ada 'footnote' lah sbb kadang bila sy cuba untuk mencari sumber kisah tersebut, atau kata-kata nabi (hadis), malangnya tak terjumpa. Penulisan penulis amat mudah dan senang dihadam.

Kisah Rabiatul Adawiyah amat sesuai bagi sesiapa yang mahu memahami para wali dan makna cinta kepada Allah yang sebenar.
Profile Image for Reading Bee.
55 reviews1 follower
Read
February 28, 2017
Nama ni memang tidak asing, sebab sejak zaman sekolah Ustaz & warga pendidik akan bagitahu aku siapa Rabiatul Adawiyah. Tapi bermula aku betul-betul mengenali pemilik nama satu-satunya perempuan dari kalangan wali Allah ni adalah dari buku Tazkiratul Auliya' hasil tulisan Sheikh Fariduddin Akhtar. Apa kaitannya buku lain dengan buku yang aku baca kali ni. Nama pun sirah, mana mungkin ceritanya bisa berbeza 360 darjah. Tapi tak bermakna taiada perbezaan langsung. Contohnya bila Hassan Al-Basri mengajak Rabiah solat di atas air, dalam Tazkiratul Auliya' digambarkan reaksi Rabiah adalah marah atau digambarkan keriakkan Hassan, sebaliknya dalam Perindu Cinta Abadi, tiada riak sombong atau marah kedua-duanya. Lagi satu ketika binatang-binatang lari dari Hassan, latarnya berbeza, dimana satu dikatakan di rumah Rabiah dan satu lagi di padang pasir. Perbezaan emosi sewaktu membaca dua buah buku ini juga berbeza, aku menangis berjurai-jurai air mata waktu membaca Tazkiratul Auliya' - ini tak penting, sekadar berkongsi; mungkin cara tulisan yang satu lebih menginsafkan. Tetapi aku ada rasa sedikit kecewa sebab aku mengharapkan lebih, banyak yang aku nak tahu tapi dari kedua-dua buku ini tiada jawapan; antaranya, apa jadi dengan kakak-kakak Rabiah, dan kesahihan dialog-dialog yang ada, apa ditokok tambah? (kalau iya perlu atau tidak disclaimer dari penulis (?)) Aku rasa Rabiah ni misteri, sampai harini cerita tentang Rabiah tak begitu banyak berbanding wanita-wanita solehah lain.
Profile Image for Nur Hidayah.
3 reviews
April 16, 2015
This book is really good for Muslimah who wants to do heart purification. The story about Rabiatul Adawiyah on how she worshipped Allah, loved Allah for 80 years unconditionally will give you a heartbreak.
Profile Image for Shahidah.
13 reviews36 followers
July 19, 2013
Love it! So inspirational a story of one who is close to her Rab <3
2 reviews
November 3, 2016
Indeed, it is a great story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.