... Maksud yang engkau terangkat itu, amat saya setujui, itulah suatu maksud yang baik, sebab itu adalah suatu hikayat dan kejadian yang mendukakan hati dan merawankan pikiran, yang kerap kali benar kejadian dalam kalangan pemuda-pemudi kita.
... Demi bila buku itu telah selesai, kirimkanlah kiranya kepadaku barang senaskah, guna menghidangkan kenang-kenanganku kepada masa yang telah lampau, semasa kita masih bernaung DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
"Tetapi Tuan..., kemustahilan itulah yang kerap kali memupuk cinta."
Itulah yang dikatakan oleh Hamid kepada sosok 'pengarang' ketika mereka berbincang di Mekah. Hamid, seorang yatim piatu miskin berusia 23 tahun, memutuskan untuk mendekatkan diri selamanya kepada yang sublim, Sang Ilahi. Dia pergi dari Padang untuk mengasingkan diri di Mekah, ketika dirinya merasa tidak kuat menahan perih melihat dambaan hatinya ingin dipersunting oleh orang lain.
Zainab, seorang putri hartawan dari Engku Haji Ja'far dan Mak Asiah yang menjadi dambaan hati Hamid, sebenarnya memendam perasaan yang sama. Hanya saja, ketika mereka masih sering bertemu, mereka berdua hanya mampu mengucapkan perasaan masing-masing didalam hati; dan dalam pandangan mata. Alas, dalam novel ini, kisah mereka tidak dapat didefinisikan 'berakhir bahagia': ajal menjemput mereka berdua ketika akhirnya mereka mengetahui perasaan satu sama lain.
Sulit untuk menjumpai ikhwan seperti Hamid yang menerima nasibnya dalam percintaan dengan sepenuhnya menyerahkan diri kepada Ilahi. Sama sulitnya untuk menjumpai akhwat seperti Zainab yang menjaga kesuciannya sampai akhir hayatnya untuk seorang pemuda yang tak ia jumpai selama bertahun-tahun.
Hamka memang bukan penulis yang kompleks, alur ceritanya sangat sederhana, dan penuturannya realis. Novel singkat ini pun tidak banyak berisi pemikiran kritis terhadap Islam ataupun adat tertentu; novel ini lebih terarah kepada arti cinta dalam konteks yang Islami. Berbeda dengan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck yang sarat dengan kritik Hamka terhadap adat Minang.
Dibalik ketenaran novel ini, bisa dibilang, yang menyebabkan novel ini monumental adalah latar belakangnya yang bersifat religi, Islam. Ketika pertama kali terbit pada tahun 1938, Hamka tidak membahas pergolakan dunia barat dengan adat timur, seperti dalam Layar Terkembang atau Salah Asuhan : dia justru memilih mengangkat masalah pergulatan Islam Modern dengan tradisonalisme adat.
Dan pilihan itu, membawa nafas baru dalam literatur kita: yaitu 'Roman Islami'.
Karya-karya Hamka memang dah lama saya target nak baca tapi tak tahu nak cari sumber buku dia kat mana kerana asalnya dari Indonesia. Luckily PTS ada publish semula karya-karya Hamka di Malaysia pada tahun 2015 ni. So buku first yang saya baca, Di Bawah Lindungan Kaabah.
Bukunya nipis sahaja tetapi penceritaannya seakan tebal rasanya. Cukup la rasa sebak di bahagian pengakhiran cerita dia. Hampir nak nangis! Sedih dia menusuk sangat. Kalau nak tahu macam mana rasa cinta tak terucap, baca la buku ni. Sampai kesudah tak tahu nak luahkan dan masing-masing pendam rasa cinta. Bila dah bawa diri ke tempat lain untuk lupakan rasa cinta yang tak terluah, masa tu baru la kebenaran datang perlahan-lahan. Maaf, sis emo jap. Haha.
Kisah seorang lelaki bernama Hamid yang kematian ayahnya sejak kecil dan tinggal bersama ibunya. Hidup mereka cukup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dengan menjual kuih. Kegigihan Hamid telah mencuri perhatian hartawan Haji Ja'far dan Mak Asiah, yang akhirnya mengambil keputusan untuk menyara pendidikan Hamid. Dalam diam, anak perempuan hartawan tersebut yang bernama Zainab, menyimpan rasa suka kepada Hamid. Sama juga Hamid tetapi tak pasti dan tak terluah. Akan tetapi, Zainab akan dijodohkan dengan anak menakan Haji Ja'far. Membawa hati yang lara, Hamid ke Tanah Suci. Disitu dia bertemu Saleh yang rupanya suami kepada Ros, teman baik Zainab. Dari situ terbuktilah kebenaran dan makna sebuah perasaan.
Ending part tak perlu la saya cerita kat sini. Saya recommend baca buku ni sampai habis dan rasa sendiri perasaan sebak tu macam mana ya. Lepas ni saya wajib tengok movie Di Bawah Lindungan Kaabah juga. Untuk menghayati storyline buku ni. Salam dari Malaysia!
Kisah cinta klise namun disampaikan dalam susunan kata yang cukup indah. Barangkali saya juga harus mengulang baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan ketika itu hanya menikmati laras bahasanya semata.
Ceritanya ringkas, tetapi menyentuh jiwa. Karya yang sangat-sangat baik dan layaklah antara yang terkenal berbanding buku Buya Hamka yang lain.
Tuhan, membaca kisah Hamid dan Zainab memang menyentuh hati. Mesejnya sampai pada aku sebagai pembaca.
Zainab dilakarkan seorang wanita yang sopan, baik budi pekertinya begitu juga Hamid seorang laki-laki yang berjiwa besar.
Hamka yang mengkritik tentang kelas sosial, perbezaan asal-usul dan juga harta benda dalam buku Di Bawah Lindungan Kaa'bah mungkin nampak asing pada tahun² moden tetapi hal inilah yang Buya Hamka mahu ketengahkan dan ingin ubah supaya anak muda pada zaman setelahnya tidak terikat dengan adat-adat yang memusnahkan impian serta cita-cita, agama dan cinta.
Isu pendidikan buat wanita, kasihan bagi mereka yang terpaksa berkurung dan mengasingkan diri dari dunia luar sedangkan ilmu itu untuk semua tanpa mengira jantina.
Air mata tak sudah turun pada saat² terakhir muka surat buku ini. Semuanya terkesan di hati. Semoga Allah rahmati Hamka atas usaha² nya suatu ketika dahulu.
"Allah adalah Maha Adil. Jika sempit dunia ini bagimu berdua, maka alam akhirat adalah lebih luas dan lapang, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan tonil."
Ada baiknya pembacaan kita diselang-selikan dengan bacaan karya-karya yang halus dan sopan tutur katanya. Ia akan membuatkan kita ditarik semula ke dalam budaya pertuturan masyarakat suatu ketika dahulu yang kaya dengan budi bahasa, dan mengingatkan kita agar tidak terbawa-bawa dengan lenggok bahasa dan budaya moden masyarakat kini yang tidak semestinya baik untuk jiwa kita. Bacaan ini pendek namun padat, berfokus kepada satu tema namun bukannya bacaan picisan sepertimana karya bertemakan cinta pada masa kini. Sarat dengan mesej-mesej yang terpulang kepada pembaca, bagaimana mahu tafsirkan. Adakah baik pengakhirannya sebegini? Mungkin juga.
Yeay..! Seronoknya baca Di Bawah Lindungan Ka'bah. Saya habiskan dalam masa dua hari walaupun sepatutnya boleh dihabiskan dalam masa 2-3 jam sahaja. Saya ulang baca, dan ulang, dan ulang. (Reviu filemnya juga telah saya ulas dalam sebuah blog pasukan kami.)
Pembacaan saya ini didorong oleh rasa ingin menghayati ketokohan Hamka selain mahu mendekati budaya Minang (namun, tak begitu banyak aspek sosiobudaya yang terdapat dalam novel ini.) Saya tak berniat untuk mengulas panjang tetapi saya saaaaangat tertarik dengan pengkaedahan secara sederhana yang dilakukan oleh Hamka untuk mendekatkan kita dengan nilai tasawuf dan akidah dalam novel ini.
Ah, watak Hamid begitu ideal. Tampak manis, tak terbeban masih. Begitu Hamka bijak mencernakan ideologinya secara berpada.
Saya sayangkan kandungan dan segala nilai yang ada dalam novel ini. :)
NOVEL yang sederhana sebenarnya mengungkapkan makna cinta di tengah-tengah tradisi dan budaya Melayu yang dikawal oleh kesantunan dan ketertiban. Ia memang kisah cinta yang tragis kerana demi penghormatan dan kehormatan, keghairahan cinta yang memang dipendam oleh rasa hormat terpaksa dipadamkan. Barangkali, ia jauh lebih tenang daripada kemahuan dan kehendak cinta generasi kini yang mahukan kobarannya sehingga memamah diri sendiri dalam erti kata yang penuh negatif.
Tanpa memahami latar budaya dan agama di ranah tanah Minang, kita mungkin menyangka Di Bawah Lindungan Ka'abah sangat stereotaip tetapi semakin kita menyelongkar tradisi yang mekar pada suatu ketika dulu, barulah kita akan memahami keindahan yang cuba disampaikan oleh Buya Hamka ini.
ku sangka novelnya sama dengan filem, jadi lamalah diperap di dalam bungkusan. tapi hari tu saja boring² baca, tak sangka lain drp filem. filem lebih over. huhu. dan tak sangka juga mampu mengalirkan airmata. iyalah, urusan hati, perasaan, kadang² kita rasa kita boleh kawal tapi orang yg menanggungnya sahaja yg tahu sakitnya mcm mana. pura² takde apa² tapi org yg melihat keadaan diri kita yg lebih tahu kita ok atau tidak. huwaaaa..
habis baca, aku sedekahkan alfatihah buat buya hamka, hamid dan zainab. entah, aku rasa kisah itu kisah benar..
Cerita cinta pendek yang boleh dihabiskan dalam beberapa jam. Pendek tetapi punya makna dan erti.
Kisah yang berlaku hampir seratus tahun lalu. Pada waktu kapal menjadi pilihan untuk mengembara ke negara asing. Pada waktu surat sebagai alat komunikasi jarak jauh. Pada waktu adat dan darjat dihormati kerana mungkin itulah yang terbaik. Mungkin kalau bertukar waktu pada masa kini, kisah ini tak akan berlaku.
"Tetapi rupanya, di mana jua pun di atas dunia ini, asal ditempati oleh manusia, kita akan bertemu dengan yang tinggi dan yang rendah, kita akan bertemu dengan kekayaan dan kemiskinan, kesukaan dan kedukaan, tertawa dan ratap tangis"
Ini buku kedua Hamka yang aku baca, selepas Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Dan seperti TKVDW, ini juga hasil yang lara.
Aku baru perasan malam ni yang rahsia menikmati karya Hamka, kena baca dalam keadaan terima seadanya, jangan berfikir melebih-lebih. Nikmati sahaja semua perkataan, semua perjalanan rasa. Tinggalkan sahaja semua persoalan logik sebab persoalan2 kau itu tak membantu. Kau jadi pasrah dengan rela hati je bila baca.
Buya Hamka melalui karya-karya sastera klasik Indonesia, sulit dilupakan.
Novel ringkas ini tidaklah seringkas yang disangka. Di sela-sela kesibukan, aku memilih novel ini kerana nipis, tapi aku tak sangka aku memerlukan lebih masa untuk dicuri kerana kisah ringkas ini bagai menusuk-nusuk hibanya saat aku membacanya.
Hamid, ia pergi kerana sedar diri. Zainab, ia tetap dan berkeras memegang pendiriannya. Tapi, Allah jualah yang menyatukan dan memisahkan manusia.
Suasana Haji zaman dahulu, terasa peritnya berbanding hari ini. Kerana zaman itu, komunikasi masih bergantung pada surat dan telegram agaknya...
Aku tahan saja air mata saat Hamid bertanya, surat apakah yang cuba disembunyikan rakan se-jemaahya di Arafah... Tuhan... Betapa hibanya kisah ini!
This is my first Hamka book. It was beautifully written. A love story between 2 souls, Hamid and zainab but they only knew it at the end of their lives. Definitely, not any typical love story. And the book actually reflects that sometimes we tend to gain something that in the end its never ours, its all from Allah.
Roman pendek. 55 halaman. Novelet. Kalau dicetaknya dengan huruf kecil” tau deh jadinya berapa halaman. 20 kali. Menggunakan orang ketiga serba tahu. Orang pertama yang bercerita pada si narator. Kisah cinta yang pilu. Liat sinopsis belakang sampulnya sih, kirain 2 muda yang sedang jatuh cinta lalu bercinta lalu terjadi tragedi sehingga mereka harus keluar dari kampung. Lalu mereka berpisah. Lalu mereka ketemu lagi di bawah lindungan Ka’bah. ...Keseluruhannya mirip dengan ‘Kasih Tak Sampai’-nya Padi… sepasang adik-abang (asuh—sedari kecil, macam GN-OTA gitu deh. Bapaknya si cewek tajir trus dia ngebiayain sekolah anak orang miskin tetangganya, cowok) di Padang… saling mencintai namun tak mengetahui perasaan masing”… cinta mereka terhalang oleh perbedaan derajat dan…tahulah… ...Tanpa mengetahui perasaan masing”—apalagi si ceweknya mau dinikahin ama saudara jauhnya gitu, pake minta bantuan si cowok buat membujuk lagi—akhirnya mereka berpisah… makin lama cinta itu makin kuat hingga menggerogoti jiwa… batin dan lahiriah… (ingat kembali novel Salah Asuhan-nya Abdul Muis), hingga tubuh mereka yang saling merindu itu semakin lemah dan lemah. Dua”nya meninggal. Yang perempuannya meninggal duluan, di rumah, ternyata dia nggak jadi nikah demi pujaan hatinya itu. Disusul lelakinya, yang sedang menunaikan ibadah haji (entah sudah berapa tahun dia tinggal di sana). Inalillahiwainaillaihirojiun… sedih sih. Tapi ya sudahlah. Kenapa ya, orang jaman dulu itu, begitu cintanya dia sedemikian rupa hingga maut menjemput. Orang jaman sekarang mah… ya… seperti sudah tidak ada lagi cinta yang murni. Alah. Cinta yang sejati itu hanya milik Allah… (begitulah mestinya…).
"Di Bawah Lindungan Ka'bah" sesungguhnya adalah sebuah novel yang teramat sederhana. Bukunya tipis, mungkin terlalu tipis bagi kebanyakan orang, sehingga bisa dituntaskan dalam satu kali perjalanan di bus atau kereta saja.
Akan tetapi, alur cerita dan penuturannya begitu memikat. Kesan yang ditinggalkannya dalam benak pembaca begitu mendalam, sehingga membekas abadi. Meskipun kisah ini sejatinya adalah sebuah kisah tragedi, namun di dalamnya terdapat begitu banyak keindahan dan riak-riak kehidupan yang dituturkan dengan sangat baik oleh Buya Hamka.
Siapa pun yang menghendaki bacaan ringan namun menyejukkan hati, terutama sekali para penikmat sastra klasik Indonesia, wajiblah setidak-tidaknya membaca novel ini barang sekali.
Hikayat tentang dua insan yg tidak kesampaian cintanya didunia kerana berbeza darjat bagaikan langit dan bumi. Lebih berat takdir menguji nya apabila sang jejaka di jatuhkan perintah oleh ibu sang gadis pujaan hati dengan suatu pekerjaan yang sangat berlawanan dengan hatinya : iaitu memujuk pujaan hatinya menikahi lelaki lain.
Dengan hati yg patah, dan penuh beradab serta berakhlak mulia, sang jejaka membawa diri ke Mekah.
Walaupun tanggapan dunia yg mahaberat dan berbekalkan hati yg kecewa dan patah, mereka berpisah, mudah-mudahan roh mereka bertemu dan bahagia di akhirat.
Di bawah lindungan Ka'bah dia dijemput untuk bersama sang kekasih dan keluarga tercinta yg telah lama meninggalkan dia menjadi anak yatim piatu sebatang kara.
Buku ni mengharukan.. nak nangis tapi ini bukan utk ditangisi malah utk dicontohi. Kerana cinta mereka berlandaskan Tuhan, cinta bagaikan embun yg menitis ke tanah yg subur, mekar hingga ke syurga. Kalau nak baca buku light tapi memberi pengajaran tentang cinta yg sebenar. Apakah reaksi kita apabila kehilangan keluarga dan cinta hati.
Plot yang agak mendatar. Tiada apa yang istimewa bagi buku ini. Namun seperti biasa, teknik dan lenggok bahasa dalam penceritaan Hamka sangat puitis dan lazat dibaca.
“Apakah keuntungan dan bahagianya cinta yang tiada berpengharapan?” tanya saya dengan tiba-tiba kepadanya.
“Bukankah cinta itu sudah satu keuntungan dan satu pengharapan, Hamid?” tanyanya pula.
Di masa seperti saat ini, layak diragukan jika masih ada pelajar sekolah yang mau meluangkan waktunya membaca karya sastra Bahasa Indonesia yang telah menjadi klasik. Patut disayangkan karena pengajaran Bahasa Indonesia di sekolah-sekolah tidak lagi mengharuskan para siswa membaca karya sastra untuk sungguh-sungguh mendalaminya, dan bukan sekedar mencari sinopsis cerita karya sastra tersebut dari berbagai sumber di internet yang belum tentu bisa dipercaya 100% kebenarannya.
Namun hal ini bukan hanya terjadi di negara kita saja. Jika Anda menonton film jenaka Easy A, di situ pun diperlihatkan bagaimana mayoritas para siswa sebuah sekolah menengah atas di Amerika Serikat memilih untuk menonton film The Scarlett Letter yang dibintangi oleh Demi Moore – dan yang notabene memiliki penceritaan yang berbeda – ketika diminta mengulas novel klasik karya Nathaniel Hawthorne tersebut.
Kembali pada buku ini, Di Bawah Lindungan Ka'bah adalah sebuah novella klasik karya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah – yang lebih dikenal sebagai HAMKA – yang berkisah tentang sebuah kisah kasih tak sampai. Tersebutlah Hamid – seorang anak yatim yang orang-tuanya jatuh miskin karena kegagalan dalam berdagang sehingga diasingkan oleh sanak saudara, membuat ibunya memutuskan untuk pindah ke kota Padang agar tidak ada lagi kerabat yang mengenali mereka – pemuda rajin dan cerdas yang terpaksa berjualan gorengan demi membantu menghidupi keluarganya. Suatu hari, dagangan Hamid dibeli oleh satu keluarga kaya raya di Padang, dan ini menjadi awal perkenalannya dengan sang putri tunggal, Zaenab.
Seperti dapat ditebak, perbedaan kelas ekonomi dan sosial yang terlalu jauh di antara keduanya, membuat kisah cinta mereka terasa sangat mustahil untuk dipersatukan. Karena putus asa, Hamid pun memutuskan pindah dan tinggal di Tanah Suci, Mekkah, setelah sebelumnya dari Medan ia mengirimkan sebuah surat yang mengungkapkan isi hatinya sejujur-jujurnya kepada Zaenab, sang pujaan hati yang tetap tinggal di Padang.
Rasanya tidak perlu menceritakan apa yang selanjutnya terjadi pada Hamid dan Zaenab, karena seperti hampir semua novel yang ditulis di zaman tersebut, hal-hal tragis kerap menimpa para tokoh protagonis.
Di Bawah Lindungan Ka'bah adalah salah satu karya sastra paling singkat dan paling bagus – bayangkan, lebih dari 80 tahun sejak diterbitkan pertama kali, ceritanya masih sangat relevan dengan masa kini – yang pernah saya baca.
di bawah lindungan ka'bah, hari kedua pembacaan baru dapat dihabiskan walaupun hakikatnya buku ni nipis ja. Hamid adalah watak utama dalam novel ini, keberuntungan penulis bertemu Hamid seorang penuntut ilmu yang tabah mengharungi ranjau hidup. Rezeki yang diberikan Tuhan apabila Hamid bertemu dengan keluarga Haji Jaafar,orang kaya yang banyak menabur budi kepada saudara yang miskin. Perjalanan hidup Hamid dirundung duka dengan kematian yang berturut-turut dan cintanya ke atas Zainab yang tidak kesampaian. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh pak Hamka,antaranya di sini ialah, tanggungjawab ke atas saudara yang kurang bernasib baik. Tersentak dengan satu baris ayat "TETAPI SAYA SEBANGSA ORANG YANG TIADA TAHAN MEMEGANG RAHASIA...". sindirannya ini diberikan kepada orang sebangsa yang pecahnya amanah dalam menyimpan rahsia dapat kita renungkan kembali dalam realiti hidup yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Dalam novel ini juga Hamka menegaskan bahawa cinta tak semestinya bersatu di dunia. Dari segi tema percintaan, perjalanan novel ini boleh dikatakan hampir sama dengan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk di pengakhirannya, namun Hamka bijak dalam menyusun kata untuk memberi mesej-mesej berguna melalui karyanya yang dapat membuka mata hati para pembaca. Susunan bahasa yang diaturkan juga tidak pernah mengecewakan, novel ini amatlah disarankan kepada rakan-rakan yang gemar membaca karya-karya sastera, tak terlalu berat untuk difahami, jalan cerita yang mudah dan tidak meleret. -AZ-
Perasaan cinta yang tidak terucap dibatasi darjat dan pangkat antara Zainab dan Hamid. Hamid membawa diri ke Mekah setelah Zainab hendak dijodohkan dengan sepupunya. Takdir telah menemukan semula rasa mereka hanya melaui tinta, namun kedua-duanya pergi mengadap yang Esa tanpa sempat menzahirkannya. Jom baca!
Berjalan-jalan di daerah pertokoan lama Parit Besar Pontianak menemukan toko buku jadul, dan menemukan 2 buku karya Hamka Dibawah Lindungan Kabah dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijk. Baiklah...bungkuus. Sekarang menunggu untuk dibaca.
Bacaan pertama 2020. Sebuah karya pendek dari Buya Hamka dan sy ambil masa 4jam shj utk habiskan pembacaan (4jam yg byk gap sebab bekerja sambil curi masa utk membaca)
"cinta itu adalah jiwa; antara cinta yg sejati dgn jiwa tak dpt dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak memperbedakan di antara derejat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa"
Menampilkan watak utama Hamid dan juga Zainab di mana mereka berdua ini saling mencintai antara satu sama lain tetapi hanya membukukan perasaan masing² di dalam hati lantaran kerana darjat dan juga keturunan.
Hamid seorang yatim yg kematian ayahandanya ketika berusia 4tahun. Tinggal bersama ibunya di sebuah rumah seakan² pondok kecil yg usang. Waktu kecilnya byk dihabiskan bersama ibunya drpd bersuka ria dgn teman sebaya yg lain. Dia faham akan kedaifan dan disebalik senyuman ibunya tersembunyi airmata yg merisaukan keadaan masa hadapan anaknya.
Suatu hari ketika Hamid menjaja kuih,seorang hartawan dari dlm rumah memanggil akan jualannya dan bertanyakan siapakah ayah dan bondanya dan dimanakah ia tinggal. Isteri hartawan (makcik Asiah) berhajat utk berjumpa dgn ibu Hamid. Dari sini,bermulalah kehidupan Hamid di mana hartawan Hj.Jaafar iaitu bapa Zainab ingin menanggung segala perbelanjaan sekolahnya hingga ke menara gading dan berjayanya Hamid sebagai individu yg berpelajaran-telah menganggap Hamid sbg anaknya sendiri dan pertalian dia antara Zainab dianggap sbg adik beradik.
Hamid melarikan diri selepas makcik Asiah menyuruhnya memujuk anaknya utk berkahwin dgn saudara bapanya. Dlm masa yg sama,Hamid sedang menaruh perasaan terhadap Zainab walaupun dia terpaksa korbankan perasaanya utk melihat pengharapan makcik Asiah. Dia mengirimkan surat kpd Zainab menyatakan isihatinya selama ini. Begitu juga Zainab tetapi balasan surat itu terpaksa Zainab kuburkan lantaran Hamid tidak diketahui mana tempat tinggalnya utk mengirim jawapan surat itu. Akhirnya, Zainab wafat di tanah air dgn kedukaan utk berjumpa dgn Hamid tidak kesampaian dan Hamid pula wafat ketika dia mengerjakan haji. Mereka akan berjumpa di "alam" sana selepas bermacam dugaan dan juga kesabaran mereka diatas dunia ini.