Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?
Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’!
Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh?
3 Jantung Hati adalah kisah ketabahan seorang wanita yang mengharungi hidup selepas kematian suami. Kisah kegigihan seorang ibu yang harus berjuang demi kelangsungan hidup bersama anak tunggal yang menjadi jantung hatinya.
Dunia ini adalah pentas perjuangan dan dugaan adalah cabaran yang harus ditempuhi. Selepas kematian suami tercinta, segala-galanya adalah di atas pundak Nadira. Dialah mami, dialah babah pada Ensha Hani yang sedang membesar.
Bersama sahabat baik, Oya –Saforah– yang sama-sama membesar di rumah anak yatim Baitul Saadiah, mereka mengusahakan O&D Party Planner, sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengurusan majlis. Kerja-kerja yang memerlukan kreativiti dan ketelitian dalam memastikan setiap majlis yang dianjurkan berjalan selancar mungkin. Dengan misi ‘menimbulkan rasa bahagia pada setiap yang hadir ke majlis yang diraikan’ sebaik mungkin mereka akan memastikan agar satu-satu majlis yang dirancang dan dilaksana, memberi kepuasan pada pelanggan. Sekaligus menjadi sebutan pada tetamu yang hadir. Walaupun hakikatnya ada waktunya mereka harus berdepan dengan pelanggan yang cerewet.
Melalui kerja-kerja inilah mereka kenal golongan ‘atasan’, golongan korporat, golongan Puan Sri, Datuk, Datin yang pelbagai ragam dan karenah. Yang ada kalanya hanya pandang mereka –golongan marhaen– sebelah mata.
Perkenalannya dengan Nadim Syah dalam situasi yang tak dijangkakan. Mereka bertemu ketika Nadira dalam kesusahan dan perlukan bantuan walaupun hakikatnya dia tidak suka dibantu. Nadim yang terlebih baik hati menghulurkan bantuan. Nadira yang cuba 'jual mahal'. Nadim yang seakan tidak mengerti pada tindak tanduk Nadira yang bermaksud TIDAK. Pendek kata mereka tidak sehaluan walaupun arah tuju yang sama. Ingin meraih bahagia bersama orang tersayang.
Melalui O&D Party Planner inilah Nadira mengenali Puan Sri Suhaida yang menggunakan khidmat mereka untuk meraikan ulangtahun kelahiran anak terunanya. Kecilnya dunia ini. ‘Birthday boy’ yang diraikan adalah Nadim Syah yang sering membuatkan Nadira rasa nak marah tak tentu fasal.
Agaknya bila rasa cinta sudah merasuk di dada, orang waraspun boleh lakukan kerja gila demi menawan hati orang yang disukai. Itulah yang berlaku pada Nadim. Di usia 38 tahun, dia bagaikan anak muda belasan tahun yang baru kenal erti cinta. Dia sukakan Nadira yang sudah punya anak satu. Nadira yang berstatus ‘SM’ –single mother. Sedangkan bondanya sudah punya pilihan lain yang dia rasa lebih sesuai untuk anaknya yang masih bujang.
Pelbagai dugaan melanda. Semakin jauh Nadira cuba melarikan diri, semakin dekat Nadim menghampiri. Semakin jauh Nadira cuba lontarkan rasa hatinya terhadap Nadim, semakin kuat rasa itu melekat di tangkai hatinya. Semakin gigih Nadira cuba lenyapkan seorang Nadim Syah daripada kamus hidupnya, semakin kerap Nadim hadir dalam mimpi dan anganannya. Bagaimana lagi harus Nadira lakukan, apabila segala usaha bagaikan tiada hasilnya? Bukan dia tidak berusaha, hanya Nadim yang tidak mengenal erti putus asa.
Tidak sukar bagi seorang Nadim Syah memancing perhatian Nadira kerana dia ada si hunny bunny sebagai umpannya. Tidak sukar bagi Nadim Syah meneroka kotak rahsia si jelita kerana kuncinya ada pada si anak. Inilah yang namanya, andai ingin pikat hati si ibu, ikat dulu hati si anaknya. Geliga sungguh akal si Nadim!
Berjayakah seorang Nadim menjulang trofi bahagia apabila laluannya tidak semudah yang disangkakan. Dan dapatkah diraih rasa suka Puan Sri Suhaida apabila awal-awal lagi dia sudah beri amaran “I don’t like her, and will never like her!!”
* * *
Jika dibaca pada ringkasan cerita saya, anda pasti beranggapan bahawa, 'Oh! kisah cinta yang mendapat tentangan daripada keluarga'. Benar! Tapi itu hanya sebahagian kecil yang menjadi perencah. Sebetulnya cerita ini ada lebih banyak lagi rencah-ratusnya selain rencah 'cinta'. Ada rasa bahagia, ada rasa sedih, ada juga lawaknya.
Ini kisah bagaimana Nadira bangkit apabila dahan tempat dia bergantung harap pergi mengadap ilahi. Kisah bagaimana peritnya dia harus menongkah arus kehidupan dalam dunia yang dia tak punya sesiapa melainkan sahabat baiknya Oya dan anaknya Ensha Hani. Di usianya 34 tahun, dia harus tabah mengharungi setiap cubaan dan dugaan yang mendatang.
Dengan anak kecil yang perlukan perlindungan dan perhatian. Anak kecil yang masih naïf akan makna hidup. Anak kecil yang dahagakan belaian kasih seorang lelaki sosok si ayah. Anak kecil yang tidak faham makna TIDAK pada setiap jelingan dan kerlingan mata si ibu. Apa yang Ensha Hani tahu, dia suka dan dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan terlaksana apa yang dia inginkan. Walaupun adakalanya dia harus berdrama dan berkomplot dengan ‘musuh’ si ibu. Saya pula yang terasa geram!!
Adakalanya saya terbayangkan Ensha Hani itu bukan anak berusia 8 tahun tetapi belasan tahun! Dan adakalanya saya merasakan tindak tanduk Nadim (adegan panjat pagar rumah) terlalu ‘berani’ dan agak tidak masuk di akal. Gila!
Apa-apapun saya sangat enjoy ketika membacanya. Pada saya ia sebuah karya yang sungguh manis berkrim. Membaca 3 Jantung Hati membuatkan saya terimbau saat-saat manis zaman bercinta dulu. hehehe *tutup muka*
Oh! bukan. My Sirman bukanlah seorang yang romantik apatah lagi nak kagumkan saya dengan tindak-tanduknya yang tidak terjangkakan. Dia bukan Mat Bunga apatah lagi Mat Jiwang, jadi tiada adegan-adegan yang tak masuk di akal sebagaimana kisah dalam 3 Jantung Hati ini. Dia juga tidak pandai mengungkap rasa cinta lewat bicara atau ayat-ayat puitis kerana dia seorang yang praktikal dan teknikal yang hanya kenal t-square dan technical pen. Cuma yang sama (mungkin) adalah ‘rasa manis’ saat dalam hati penuh taman bunga dan kupu-kupu cinta! cheeehhh!!
Dan yang paling saya suka, penulis bijak meng‘ayat’ hinggakan saya yang membaca turut sama merasa tempiasnya. Hati saya jadi kembang setaman, pipi saya turut blushing sama. Penulis berjaya membuatkan jiwa saya kembali terasa muda. Beri peluang pada saya untuk jiwang sekejap!... hehehe
PS: to my Sirman... Yes! I want to grow old with you!!
Selamat membaca... moga kita berkongsi rasa yang sama... :)
Kisah yang cukup sederhana, disampaikan dengan cukup sederhana. Tiada watak yang memeningkan kepala. Tiada watak tambahan yang menyerabutkan plot cerita. Nisyah dan sentuhannya -- cukup mudah. Tapi mungkin ini karyanya yang pertama, aku perasan catatannya tak seindah Abang Gibranahaksss..
Aku suka dengan naughty si Hang Nadim. Si lelaki yang menjadi gila-gila, seakan anak muda bila saja menyimpan hasrat untuk menggoda Nadira. Watak Nadim ternyata digarap dengan penuh baik oleh penulis.
Aku suka kesederhanaan Nadira. Senang dengan Nadira yang penuh dengan sifat keibuannya, ditambah dengan skill memasaknya. Tidak mudah goyah bila saja ada pengganti yang hampir setara dengan arwah suami. Perfect.
Dan, aku suka Ensha Hani itu. Si keletah yang penuh agenda dramanya. Ada saja taktik dan teknik untuk melunturkan keegoan si ibu. Penuh muslihat dan si anak yang cukup mengerti. Ensha Hani ternyata penggerak cerita yang paling comel.
Cuma ternyata segalanya tak mudah buat pasangan ini. Halangan yang paling besar datangnya daripada ibu Nadim sendiri. Apa pun, scene pertunangan-tak-jadi Nadim tu sangat mengujakan. Rasa macam nak jerit ‘boo’ kat telinga Puan Sri Suhaida tu hahaha.
Jadi, apa kesudahan sejoli ini? Jangan risau, kesudahan yang manis pastinya. Yalah, kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Phewitt...
Judul: 3 Jantung Hati Penulis: Nisyah Penerbit: Jemari Seni Publishing ISBN 978-967-5118-50-0 Harga: RM19.00 / RM22.00 M/S: 452 Cetakan 1 - Disember 2011
"menahan diri daripada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung"
Sinopsis:
Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?
Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata 'ya' di dalam, di luar tetap mengaku 'tidak'!
Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh.
NISYAH menulis tentang hati seorang perempuan yang tersepit antara kenangan cinta lama dengan munculnya 'orang baharu' yang begitu mengharap cintanya. NISYAH begitu berhati-hati membuat keputusan dalam 3 Jantung Hati untuk mengubah hidup Nadira selamanya.
Kak Chik menukil:
Tergerak hati untuk order novel ni dari JS selepas ramai yang mengatakan novel ni best. Dan memang betul pun best dan sungguh mengujakan untuk dibaca sehingga mengadap dia sampai tak sedar rupa-rupanya dah subuh...
Nadira, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang puteri kecil bernama Ensha Hani. Kerja Nadira ni sebagai 'party planner'. Bisnes yang dikongsi bersama teman karib, Oya yang sama-sama membesar di rumah anak yatim. Nadira yang asalnya seorang akauntan terpaksa berhenti kerja selepas suaminya Dr Imran meninggal dunia di Acheh. Tapi tak dijelaskan pula bagaimana Imran meninggal di sana. Kena tsunami or 'something else'? Perkara tersebut masih lagi bermain di kepala hingga saat ini...:(
Pertemuan secara tak sengaja dengan Nadim & dalam keadaan uzur itu dia terpaksa menerima bantuan lelaki itu. Lalu bermulalah perhubungan yang pada awalnya cuba ditepis dan dielak oleh Nadira. Bagi Nadira, dia selamanya hanya mencintai Imram. Lalu bagaimana dia bisa menerima cinta lelaki lain selepas Imran?
Tapi yang syoknya, Nadim ni punya la mahu sangat kat Nadira hingga pelbagai usaha dia buat tapi perkara pokoknya dia sudah berjaya menawan hati Ensha, kata orang mahu mak pancing anak la gaya si Nadim yang gentleman ni. Dan Nadim ni juga sungguh la romantik walaupun kadang-kadang rasa macam melampau la juga perangai dia macam rasa tak manis kan bila dia sesuka hati jer masuk rumah Nadira walaupun Ensha tu ada. Agak-agak boleh kena tangkap basah tak?...heheheheh...
Dalam suka duka olahan karya Nisyah ni tetap ada yang kelakar. Yang tak boleh lupa 'nightmare' yang dibuat Sofea pada Puan Sri Suhaida tu. Memang tak terjangka la...kalau nak tahu kena baca novel ni...sebab kisah tu buat Kak Chik ketawa sorang-sorang.
Dan kejutan yang dibuat oleh Puan Sri Suhaida & Datin Muhaini memang tak tak terduga langsung kerana sungguh la pandai Nisyah menyembunyikan watak Puan Sri tu. memang terkejut betul bila jadi macam tu....
Sangat suka watak Ensha yang sungguh pandai & keletah. Dan dia juga seorang anak yang sungguh membantu babah Nadim dalam memikat mami dia...
Untuk sesuatu yang sungguh manis memang berbaloi untuk mendapatkan karya Nisyah ni...
Done reading 3 Jantung Hati by Nisyah. This is her 1st novel that i read. It has been listed in my ‘must read’ novel long time ago, tapi tak sampai ke sudah, tak berpeluang nak beli dan baca. So, a big thanks to pnm.elib.com.my for allowing me to borrow it. Seriously, this is SUPERB!!!
Kisah cinta janda beranak satu dan teruna yang mendapat banyak sangat tentangan, kerana perbezaan status dan keturunan. 1. I love Nadim. I believe sape sape yang baca novel ni, mesti suka giler kat Nadim. I love the writing style. Penulis tak perlu nak describe how handsome he is physically, tapi as we read through, mesti akan jatuh cinta dengan Nadim’s charm. Dia pandai memikat hati Nadira dan his hunny bunny. Walaupun bondanya menentang hubungan mereka, tapi Nadim tak pernah tinggikan suara pon kat bondanya. He is really cool. Dia sangat teguh pertahankan cinta mereka. And yes, he is not perfect. Jarang rasanya watak hero is a smoker. 2. And i love Nadira. Dia seorang yang tegas. Walaupun banyak masalah timbul dalam hubungan mereka, dia akan membuat keputusan setelah meletakkan dirinya dalam position as a mother. Sebab tu, dia banyak mengalah dalam hubungan mereka. 3. Watak Ensya Hani, Oya dan Sofea banyak membantu menyatukan NadimNadira. 4. Serius, menyampah giler ngan Puan Sri Suhaida. Ingatkan dia betul betul dah berubah, tapi rupanya ada udang sebalik mi. Konflik cerita yang sangat unexpected. 5. I really love the epilogue. Part ni mampu buatkan saya menangis terharu. Seriously, novel ni banyak turun naik emosinya. Awal cerita, asyik tergelak dengan dialog spontan mereka. (tahniah, saya tipikal yang mudah terhibur dengan lawak spontan, tapi kalau orang buat lawak beria, saya rasa hambar). Part tengah, dah start cair dengan Nadim. Part last, ada rasa nak nangis beria, ada yang nangis terharu sambil senyum. 6. Kekuatan penulis ialah pada gaya bahasa dan dialog yang digunakan. Dialog yang selamba. English yang tepat penggunaannya. Serius, i read word by word. Sangat best...
This novel is highly recommended for those; 1. Yang suka watak janda dan teruna. 2. Yang suka konflik, basically from family lelaki yang kaya raya dan mementingkan status. 3. Kalau ikutkan, jalan cerita sebenarnya agak cliche, tapi her writing style made this masterpiece special in its own way. 4. Kawan saya selalu cakap, “biasanya kalau baca buku JS, confirm tak menyesal sebab buku JS tak merepek”. Tahniah!!!
p/s: saya curious, 3 jantung hati tu sebenarnya refer kat sape/apa?
Nadim... Sweet guy. He knows what he wants n he goes for it. Tanpa mengenal penat lelah. For that, I salute him. Walaupun ade sikit off track but he got back on track and finally won. Such a romantic guy.
Nadira... Too much IFs in her life. Shouldn't have too much IFs in life or the IFs will hold you back. Once she let go of the IFs and Nadim took over, she found happiness.
I like this book. The conflict's still there but not too much. Only one antagonist part and maybe that's why I like it. I especially like how the author let us in the happily ever after lives of Nadim and Nadira. She let us grow old with them. Knowing that they lead happy lives give me peace. Its a very good closure for me.
Suka buku ni. Betapa gigihnya Hang Nadim ni mengejar cintanya. Yang buat sayu baca buku ni, bila mana budak bertuah si Ensha tu 'buat drama'. Dia nanges sikit, I yang nanges banyak... achaner tu!
Tapi kan, apa yang terlintas dalam hati ni bila baca buku ni... satu je la... ish, nantikan, kat Akhirat esok, Nadira tak dapat jumpa Imran... sebab dia dah kahwin dengan Hang Nadim... huwaaaaa... sedih gilos...
Mengisahkan Nadira yang sudah kematian suami menjadi ibu tunggal membesarkan Ensha Hani. Dia mempunyai sahabat baiknya-Oya (Saforah) yang membesar bersama-sama dengannya di rumah anak yatim- Baitul Saadiah.
Nadira dan Oya adalah rakan perniagaan sebuah syarikat- O&D Party Planner bersama. Hendak dijadikan cerita satu pagi ni, Ensha mengajak Maminya berbasikal di FFRIM. Kerana sedikit kecuaian, Nadira kemalangan dan kakinya terseliuh.
Ha, masa itulah heronya datang-Nadim Syah. Dia menawarkan diri untuk membantu Nadira yang sudah mengerang kesakitan. Selepas mengambil kotak first-aid dan membersih dan membalut kaki yang bengkak seadanya, Nadim mahu membawa Nadira ke klinik. Dari siutlah mereka berkenalan. Ensha si kecil yang sangat periang dengan mudah menyesuaikan diri dengan lelaki yang bari dikenalinya itu. Nadim. Hatinya sudah jatuh terpaut dengan Nadira saat memandang matanya Nadira. Namun segera dia mengingatkan diri sendiri, yang ditenung di hadapannya itu adalah isteri orang.
Ketika itu mereka mahu ke tempat parkir kereta, Nadim menjadi manusia yang terlalu peramah manakala Nadira sebaliknya. Dia jadi tidak selesa dengan pandangan curi-curi lelaki yang baru dikenalinya itu. Menurut Nadira, entahlah! Hatinya terasa lain macam. Dek kerana rasa lain macam, seboleh-bolehnya dia menolak tawaran Nadim yang mahu memandu keretanya ke klinik kerana dia tahu Nadira tidak boleh memandu dengan keadaan sebegitu. Nadim akhirnya mengalah dengan mengikuti kereta Nadira dari belakang.
Sejak pulang dari membawa Ensha ke KFC, Nadim sudah menjalankan misi senyapnya untuk mengenali Nadira dengan lebih dekat lagi. Dia pun sudah tahu yang Nadira adalah ibu tunggal dan Ensha sudah kehilangan bapanya.
Sejak mendapat nombor telefon Ensha dan Nadira, Nadim tak habis mengganggu hidup Nadira anak beranak. Bermula dengan pemberian bunga lili (rahsia yang dibocorkan Ensha sendiri) dengan coklat buatan luar negara khas untuk si manis Ensha. Sejak itu bermulalah acara pikat-memikat. Bak kata Nadira- Pikat anak dapat mak. Semakin hari Nadira semakin lemas dengan kehadiran lelaki. Oya ternyata senang dengan Nadim yang dirasakan kacak. Manakala Ensha memang dah awal suka dekat Uncle Nadimnya itu yang seemangnya sangat pandai melayan kerenahnya dan sangat penyayang. Bagi Ensha- Nadim itu tidak ubah seperti babahnya yang sudah pergi.
Ada sedikit rasa yang menjalar di hati Nadira tetapi dia keras menafikannya. Dia hatinya itu masih ada cinta buat sang suami yang telah lama pergi. Walau sudah pergi cintanya tetap di hati. pada masa yang sama Nadim sedikit demi sedikit menunjukkan perasaanya kepada Nadira. Tapi, kalau Nadira tak ada perasaan dengan Nadim, kenapa senyuman manis jejak itu selalu bermain di fikirannya? Kan?
Hati Nadira sayu bila Ensha mulai merindui babahnya. Kata Ensha- Uncle Nadim seperti bapanya. Dia sudah tahu Ensha sudah lama jatuh suka dengan Uncle Nadimnya itu. Oya memberi nasihat tetapi Nadira bertegas cintanya buat Imran masih menebal di hati. Dia belum bersedia menerima yang lain. Dia teringat kata-kata Oya- jangan tamak, Ensha masih memerlukan kasih-sayang seorang bapa. Dan kata-kata itu mulai mengganggu fikirannya.
Pada masa yang sama Nadira sedang menguruskan sebuah party di rumah Puan Sri Suhaida dan Tan Sri Nordin Syah. Ketika party dilangsungkan memang Nadira terperanjat sangat apabila party yang dia buat itu adalah untuk Nadim sendiri. Nadim pula bila dah nampak Nadira asyik tak mahu berenggang saja. Sampaikan Puan sri menjeling tajam kepada Nadira. Puan Sri Suhaida amat tak suka dengan apa dia nampak. Hatinya tidak tenteram. Kata Puan sri- Nadira itu janda birah. Jadi dia tidak akan membiarkan hubungan itu melarat.
Saya sukakan watak Nadira. Penulis memotretkan dia ini sungguh comel, cantik, mudah naik angin dan cepat cuak. Tak dapat nak bayangkan masa Nadim melamar dia untuk menjadi isterinya dalam gelap. Memang romantik. Nadira pula mukanya dah macam nak pengsan pula. Tak terkata. Seorang yang sayang anaknya dan juga suaminya yang telah lama meninggal dunia. Saya dapat merasakan betapa cinta lama sangat sukar dilepaskan apabila ada cinta baru mengetuk hatinya.
Nadim penulis potretkan begitu bersahaja. Saya sukakan Nadim yang lawak dan gemar mengusik dengan ayat-ayat manisnya terhadap Nadira. Dia juga sangat bertanggungjawab terhadap Ensha Hani dan juga Nadira. Menggemari kanak-kanak dan senang menerima Ensha Hani dalam hidupnya. Wataknya banyak yang buat saya tersentuh hati, misalnya dia sanggup menggantikan tempat babah (Imran) kepada Hani. Menganggap Hani bagai anaknya sendiri dan mencurahkan kasih dan sayang dan sentiasa ada disisi Nadira dan Hani tidak kira apa jua keadaan sekalipun.
Ensha Hani pula dipotretkan sangat comel dan petah berkata-kata. Merindui babahnya dan mendambakan kasih sayang seorang bapanya. Amat menyayangi Nadim dan mengharap lelaki itu bakal menjadi bapanya. Bolehkah kalau ada Puan Sri yang suka mengganggu itu?
Puan Sri Suhaida tidak suka akan Nadira. Baginya Nadira itu anak yang tidak tahu asal-usul kerana membesar di rumah anak yatim. Baginya janda itu langsung tidak taraf dengan dirinya. Lalu kerana tidak merestui hubungan itu dia merangka rancangan lain dengan Datin Muhaini. Datin Muhaini pula memang ingin bermenantukan Nadim bersama anaknya Sofea. Namun Sofea dan Nadim tidak mencintai satu sama lain. Namun dia sudah nekad untuk mengupah Midon untuk menghapuskan Nadira kalau perlu.
Penggunaan bahas yang sangat simple dan ayatnya biasa dan senang difahami. Terus terang saya kelaskan cerita ini sebagai lawak romantik. Kerana banyak perkara yang diusahakan oleh Nadim untuk memikat hati Nadira yang malu tapi mahu itu. cukup rasanya-ada masam, manis dan pahitnya. Novel ni memang buat saya ketawa seorang diri.
Tahniah buat penulis Nisyah atas naskah yang manis ini. Cerita yang simple tapi banyak rencahnya. Lawaknya juga slumber. Teruskan menulis. Saya tak sabar nak memantikan novel yang seterusnya.
Thumbs up untuk watak Hang Nadim. Memang terbukti kegentlemannya (sama ada dalam dialog atau monolog dalamannya). Jiwa seorang balu (Nadira), dikupas dengan baik sekali. Kekosongan jiwa anak yatim (Ensha) digambarkan dengan cemerlang.....
TAPI...
(For me) aku lebih sukakan bahasa yang digunakan dalam Bawah Pohon Sena. Lebih matang dan tersusun ayatnya. Ayat dalam 3JH agak mentah. Mungkin kerana ini karya pertama daripada penulis.
DAN... pening membaca bila 'terjumpa' dengan ayat 'rojak' berulang kali dalam novel ini. Wajarkah dalam satu ayat dicampurkan perkataan Melayu dan English? Mungkin lebih baik jika penulis menggunakan bahasa Melayu atau English sepenuhnya untuk satu ayat yang ingin digunakan. Masih boleh diterima......
Ceritanya tidak terlalu berat, membuatkan saya tidak perlu berfikir banyak sepanjang membaca buku ini. Saya sukakan watak Nadira yang sangat tebal sifat keibuannya dan sangat pandai memasak, terhibur dengan gelagat Nadim Syah yang angau ibarat remaja 18 tahun setelah jatuh cinta pada Nadira walhal usianya sudah 38 tahun, dan jatuh kasihan pada Ensha Hani anak kecil yang sangat rindukan kasih seorang ayah. Pada awalnya saya sedikit jengkel dengan Nadim Syah, yalah, belum pun lama kenal dah panggil sayang kat Nadira. Namun lama-kelamaan rasa jengkel itu hilang sedikit demi sedikit apabila dia sangat pandai mencuri hati Nadira dan Ensha Hani. Huh, si Nadim ni memang kategori pencuri hati kelas satu lah, mulut manis dan tak kenal erti putus asa, kalau saya pun boleh cair rasanya, hahaha.
Konflik berlaku apabila ibu Nadim Syah, Puan Sri Suhaida menghalang perhubungan Nadim dan Nadira kerana beliau ingin menjodohkan Nadim dengan anak Datin Muhaini, Sofea. Huh, nasib baik la si Sofea ni tak suka kat Nadim (sebab dia dah ada orang lain), menjadikan cerita ni tak sama dengan cerita-cerita lain yang ada watak perempuan lain nak merebut hero daripada heroin. Saya seronok sangat dengan hal yang terjadi semasa majlis pertunangan Nadim-Sofea, rasa nak gelak kuat-kuat kat Puan Sri Suhaida dan katakan ‘padan muka’ kat dia, hahaha. Oppss, Nadim dan Sofea bertunang? Saya tak nak jawab, anda bacalah sendiri ya J
Dari segi gaya bahasa penceritaan, bagi saya Nisyah sudah menulis cerita ini dengan sebaik mungkin. Cuma pada pendapat saya (ini pandangan saya saja, ya) sekiranya Nisyah menyingkap lebih banyak rasa kasih Nadira yang masih utuh buat arwah Imran, dan betapa dia rasa berbelah bahagi untuk menerima Nadim kerana ingin terus setia kepada Imran, emosi pembaca akan jadi bertambah tersentuh.
Secara keseluruhannya, saya suka 3 Jantung Hati, dan jika ada karya seterusnya daripada penulis ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkannya :)
Mula tu baca sebab novel ni tentang seorang ibu tunggal anak satu yang cuba buka hati untuk terima orang baru. Tapi entah kenapa, saya rasa Nadira dan Nadim yang masing-masing dah berumur 30-an tu macam budak-budak dalam ni. Sorang suka jump to conclusion, sorang pulak agak memaksa sampai saya rasa annoying. Selain annoying, saya pun tak dapat menahan rasa cringe dengan cara si Nadim. Hubungan diorang ni 'bermasalah' bila mak Nadim tu tak restu, konon Nadim tak layak dapat wanita dah pernah berkahwin dan yatim piatu. Aduhh kolotnyaa pemikirann mak Nadim ni walaupun pangkat Puan Sri😭 Then, masuk pula konflik bapa Nadim kahwin artis tanpa pengetahuan isteri sendiri yang mana for me, tak perlu masukkan benda ni pun takpaaa😮💨
Novelnya memang klise dan full of drama😐 cuma satu je babak yang buat den takjub sikit, babak pertunangan paksa di hujung², udah macam sinetronnn bhaii😭
Unfortunately, this book is not my cup of tea. Nak dnf, tapi sejenis yang tetap habiskan novel fiksyen juga walaupun tak sukaa😭
Have read this book a while back. First time baca novel melayu, started by reading this story dalam forum and continued to follow this author when she published her book. Have to say this remains to be one of my favorite author, and favorite local book. Sweet, not too complicated plot, nice flowing language, pendek kata cukup rasa buat siapa yang suka nak baca buku santai2. Highly recommended
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Ku sangkakan melodrama, tapi rupa-rupanya tidak. Most of the time it was just way too sweet, which makes it a bit annoying. Or maybe N kurang suka dengan ceirta ni because N tak suka dengan watak Nadim yang terlalu pushy (almost manipulatively so).
"My Love, I want to share the rest of my life with you, and only you."
"I love you from the day we met, I love you today, will love you tomorrow, and will will love you forever till the time comes when we say our final goodbye."
"Please accept me, Nadim Syah who is ever so crazy with the one and only woman, my woman, you, Nadira."
Its sweet courting story between Nadira & Nadim. senang nak imagine as Nadim nie sebaya dgn suami aku. Ensha pulak sebaya anak aku. jalan cerita tak berat. org kata boleh handle lagi. novel nie buat aku nak mkn cupcakes, carrot cake & everything sweet. The epilog was strong between Ensha & Nadim. Sweetness overloaded
antara novel yg xde konflik berkaitan watak ketiga..hehe..konflik cuma si mak Nadim yang x suka kan Nadira sbb Nadira ni janda ank satu lepas tu x tau asal usul then nak jaga nama baik keluarga ternama dia...sampai sanggup buat apa saja...tp last2 jodoh antara Nadim & Nadira tetap kuat
Jalan cerita sangat menarik! Mengisahkan tentang seorang single mother bersama anak tunggal dan seorang lelaki CEO. Nadim ingin rapat dgn Nadira tetapi Nadira ingin menjauhi. Ensha Hani (anak kepada Nadira) sayang kepada Nadim, tetapi Nadira tidak. The story is very interesting dan terdapat banyak pengajaran.