Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jet Jonah

Rate this book
London, 2007

“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

II

1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”

Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!

IKA MADERA penulis dari Kota Singa ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara yang unik. Caranya bercerita membuat senyum melekat di bibir. Jet Jonah – sebuah kisah cinta kasih sayang yang manis berlatarkan masyarakat Melayu di Kota London.

528 pages

First published November 22, 2010

1 person is currently reading
50 people want to read

About the author

Ika Madera

14 books54 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (26%)
4 stars
36 (33%)
3 stars
36 (33%)
2 stars
5 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
June 5, 2017
3.75 bintang

Akhirnya, selesai sudah hikayat Jet dan Jonah. Dari kecil berkawan baik (partner in crime lebih tepat), berpisah selama 22 tahun dan berjumpa semula di Kota London sehinggalah bergelar suami isteri dan kemudiannya abah dan umi. Cukup pelbagai rencah, yang menjadikan pengalaman membaca kisah ini penuh dengan rasa dan perisa.

Dan unik. Begini ke cara orang Singapura bertutur? Sama macam zaman filem-filem dari Studio Jalan Ampas. Sehinggakan saya merasa seperti berada di zaman itu, bukannya tahun 2007 di Kota London!

Buku yang telah lama diintai, tapi entah kenapa hati tidak terbuka untuk menghampirinya selama ini. Dan akhirnya, terlaksana juga. 😊😊
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
April 16, 2013
Novel ini dicari selepas Cik Pah baca Dapur Wawa. Wawa ada bagitau mereka bertemu Jet dan Jonah semasa honeymoon di London dan percintaan mereka turut ditulis oleh Ika Madera. Saya memang suka novel yang ada watak-watak yang dikaitkan dalam novel lain kerana kehidupan kita memang kadang-kala tidak terduga akan bertemu dengan orang yang ada tali persaudaraan atau kenalan saudara-mara atau teman-teman lama mahupun teman siber. Seperti karya Noor Suraya yang sering membawa watak Dr Aqmar Aziz dalam NTS bersaudara atau menjadi kenalan dengan watak dalam novel-novelnya yang lain.

Membaca kisah Jet Jonah teringat kisah kanak2 Cik Pah dengan Mr H. Walau pun tak senakal Jonah dan Jet, tapi setiap kali zaman kanak2 mereka diimbas, Cik Pah turut terkenang zaman kanak2 Cik Pah. Cuma yang beza zaman kanak-kanak kami, Mr H tak pernah pula menyimpan perasaan pada Cik Pah macam Jet sayangkan Jonah.Ops korang bukannya nak tau pasal Cik Pah & Mr H kan yang sekarang menjadi my hubby.
Blushing Hello Kitty

Kisah diimbas ketika mereka berusia 7 tahun di Kampung Ayam Berjambul dan diselang-selikan dengan kehidupan Jet dan Jonah di London yang sekarang berusia 29 tahun. Kenapa di London? Ada kisah yang perlu kita ikuti disebalik pelarian Jonah ke London. Walau bagaimanapun pelarian tersebut mempertemukan kembali Jet kepada insan yang masih bertahta dihatinya walaupun 22 tahun tidak bertemu.

Tiada ayat-ayat gula dan renungan-renungan yang menyebabkan pembaca turut tersipu malu. Tetapi kejutan-kejutan yang dibuat mereka mengeratkan hubungan mereka suami isteri. Walau pun suka dengan cerita bersahaja IM tetapi agak terasa sedikit kurang umph . Hanya perasaan Jet sahaja diceritakan kerana sedari kecil sememangnya Jet telah menyimpan perasaan terhadap Jonah. Sedangkan Jonah pula seolah-olah tiada perasaan seperti wanita kebal. Jet nak panggil sayang, B, darling pun Jonah tak bagi. Mungkin IM mahu pembaca menebak sendiri rahsia hati Jonah kerana Jonah bukan minah jiwang. Ahaks. Selanjutnya IM membawa kita meneroka dan meneladani kehidupan masyarakat Melayu di London dan ukhwah yang terbina di perantauan.

Yang penting dimana pun kita dicampak, adat dikendong, budaya disanjung dan agama dijunjung.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
October 20, 2013
I read this book after reading Dapur Wawa and frankly speaking I like Dapur Wawa more.

To be honest... this book is cliché but on the opposite side. Boy fell in love with girl during their childhood. It's normally the girl who falls for the boy tapi this time, boy pulak yang terkenang2 the girl. However, even tho cliché, the olahan is different. I do not know in what way it's different coz I am not a writer but to me it's different. There's no conflict, no antagonist, no mushy stuff... So, why do I like it??? Because it's fresh! I simply like this book.

Jet - a nice boy yang terus menghilangkan diri lepas kena tambat dengan yah after his rendezvous with Jonah on top of Pak Abu or Pak Ali's Rambutan tree. He, who never forget his best friend. He, who promise his mom that he will love his best friend forever. Alahai schumelnya budak Jet ni. He kept his word and his heart as well and jodoh tak kemana, walau tidak di Malaysia, di London bertemu jua.

Jonah - Alahai minah brutal ni.... It seems like dialah hero di zaman kanak2 dulu. Kerana satu rahsia, dia mencampakkan dirinya ke London setelah putus percintaan dengan lelaki hampeh... Takpelah... Jet is much much much better....

Altho no mushy2 feeling, their marriage still harmonious. Maybe because both of them likes to surprise each other. Some surprises are nice and some are not. But that's their marriage recipe.

All in all this book is simple and santai but the death of Pak Kassim n Yah really touched me. I felt how sad Jonah is especially when she can't kiss Pak Kassim goodbye. Nice book. Can't wait for her next book... :)

Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 15, 2025
Underhyped.

Overall story best, cuma rasa macam boleh pendek lagi kot cerita ni.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
June 4, 2015
Another brilliant work from my fellow Singaporean author. Asyik baca novel hasil Ika Madera. Jet & Jonah adalah pasangan penuh kejutan. I suka cara Jet propose kat Jonah dan how they live their life day by day. Jet & Jonah, that bonnie & Clyde of this world. satu lagi, Jonah un ladylike nature buat aku suka baca. she so normal. Lenggok bahasa yg mudah dan aku yang mengambarkan kota London dengan cara aku, finding it very interesting & beautiful.. next quest, cari novel dapur wawa.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
May 17, 2012
Sebenarnya ini kali keberapa aku baca kisah Jet Jonah ini. Tak mahu untuk berhenti dari membaca bait- bait ayat dalam novel ini. Seakan- akan ada daya penarik terhadap aku. Sebab? Bagi aku, percubaan pertama novelis dari Kota Singa ini sangat berjaya.

Jonah dan Jet sebagai watak utama, kenalan dari kecil lagi. Selalu memeningkan kepala Yah dan Pak Kassim; ibu bapa Jonah dan Tuan Ali; ayah dan emak Jet dengan kenakalan mereka. Jonah lagi nakal sebenarnya. Kira macam Jet ni partner in crime la.

Kejadian di mana Jet dan Jonah diikat di sebatang pokok rambutan yang dipenuhi dengan kerengga akibat mencuri buah di kebun Pak Dollah telah membuatkan Jet merajuk dengan Jonah. Lama tidak bertegur sapa sehinggakan Jonah berpindah dari Kampung Ayam Berjambul ke Kuala Lumpur pn Jet masih lagi berdiam diri.

Selepas 22 tahun berpisah, Jet mengambil keputusan untuk mencari balik Jonah melalui Facebook. Tak sangka apabila Jet berjaya menemui si Jonah. Lepas tu, facebook menjadi penghubung. Yang paling Jonah tak sangka, Jet turut sama berada di Kota london selama mereka berhubung! London? Kenapa jauh sangat?

Jonah merajuk dari keluarga. Yah, Pak Kassim dan Abg Karim. Kerana menyembunyikan hal sebenar bahawa Jonah hanyalah anak angkat kepada keluarga Yah. Anak saudara lah kiranya kerana ayah kandung Jonah adik Yah. Paling malang sekali, Jonah tak jadi melangsungkan perkahwinan apabila pihak lelaki mengetahui hal bahawa Jonah anak pelacur, tapi bukan anak luar nikah.

Jet pula, bekerja di sana. Bila dah asyik berjumpa dengan Jonah, Jet makin parah! Parah kerana gilakan Jonah. Rupa- rupanya, Jonah ialah cinta pertama Jet, iaitu sewaktu berumur tujuh tahun.

Kehadiran Jet telah menyedarkan Jonah tentang keluarganya. Akhirnya, setelah setahun terputus hubungan, Jonah mengambil keputusan untuk berhubung balik dengan keluarganya.

Lama- lama, Jet mengambil peluang untuk berkahwin dengan Jonah. Masa majlis kahwin tu lah Jonah baru tahu bahawa pak cik yang menghadiahkan Jonah lukisan sewaktu pameran lukisan merupakan bapa kandungnya.

Hidup selepas kahwin banyak kejutan yang dilakukan oleh Jonah dan Jet sendiri. Hidup mereka di Kota London juga bahagia dikelilingi oleh keluarga Kak Yasmin, Kak Mastura dan Kak Melati. Tak lupa juga kepada Ikhwan merangkap kawan serumah Jet yang banyak menyedarkan dia.



Jet sanggup berhenti kerja kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan mereka; 'bed and breakfast'- JJ's House dan dibantu oleh Ikhwan dan Abg Shah, suami Kak Mastura.

***********

Bagi aku, plot- plot penceritaan oleh Ika Madera ini sangat menarik. Menarik dengan bahagian imbas kembali zaman kanak- kanak antara Jet dan Jonah hinggalah saat di mana sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Tahniah Ika Madera!


Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 27, 2020
it was fun! ceria sepanjang perjalanan cerita.

jet - muhammad izzat yang bersahabat dengan jonah - jannah. ada saja kenakalan mereka sewaktu kecil. kepalanya si jonah. jet selalu ikut je sahabat baiknya itu.

selisih cerita. akak suka yang ini. masa kini berselang dengan kisah lampau. ia melengkapi jalan cerita. jonah yang 'melarikan' diri ke kota london bila tahu siapa sebenar dirinya. jet pula sememang mencari rezeki di sana. mereka bertemu. mulanya jonah malu dengan cerita dirinya tapi jet menerima diri jonah seadanya. itulah sahabat baiknya yang terpaksa berpisah tiba-tiba setelah diikat di pokok rambutan suatu masa dulu.

penulis tidak kedekut dengan pengalaman diri. beliau membawa pembaca berjalan-jalan di kota london, persekitaran, manusia dan keadaan hidup di sana. komuniti melayu sememang ada saja di mana-mana. bila tahu keadaan minoriti lagi buatkan ikatan itu kuat. cuma segelintir yang lupa jati diri dan asal usul.

mereka menikah. jet yang memang dari kecil sukakan jonah berjaya akhirnya memiliki gadis itu. hubungan mereka selepas berkahwin juga warna warni. sedih sedikit bila ayah dan ibu angkat jonnah meninggal dan betapa ayah kandung dan ibu tirinya mengambil berat tentang diri jonah.

sebuah kisah yang berdiri pada paksi realiti kehidupan. ada pahit, ada manis. banyak kenangan yang mendewasakan dan banyak peristiwa yang boleh diingat sepanjang usia.

kehidupan.

itulah dia.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
August 21, 2017
Tahun bila entah aku baca buku ni.
Apa yang aku ingat dari buku ni selain babak2 romantis yang aku tak gemar ialah sambal telur.
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
Read
March 29, 2014
Cerita ini bertemakan kasih sayang dua sahabat yang akhirnya berubah kepada rasa cinta. Jet atau Izat telah berkawan dengan Jonah atau Jannah semenjak kecil lagi. Mereka terpisah setelah keluarga Jet berpindah dan tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Jet yang idak pernah melupakan Jonah mencuba untuk mencari Jonah di laman sosial Facebook dan pencariannya berjaya, dan rupa-rupanya mereka berdua berada di tempat yang sama- Kota London! Cerita disampaikan berselang-seli dengan imbasan masa lalu zaman kanak-kanak Jet dan Jonah yang tersangatlah nakal. Ketika membaca part2 flashback ni, saya terfikir bagaimanalah kalau berada di tempat ibu dan bapa Jonah, nakal sungguh anak perempuan mereka tu, macam anak laki-laki lagaknya!

Apabila sampai di bahagian-bahagian Jet mengikut usul sahabatnya, Ikhwan dalam memastikan perasaannya dan Jonah, serta aksi-aksi merajuk dan cemburu Jet kepada Ikhwan, saya tak dapat menahan daripada tersenyum sendiri, haha, lantaklah orang sebelah seat saya nak fikirkan apa!

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan cerita Jet Jonah, ada tawa, ada air mata dan ada juga perkara yang boleh dijadikan renungan oleh pembaca. Paling saya sukai ialah settingnya di Kota London, kota impian yang teramat ingin saya kunjungi suatu hari nanti, jika diizinkan Tuhan :)
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 14, 2014
Mcm biasa J & J dibeli sbb terpikat dgn tajuk krn itu adalah cara dan pilihan saya!!!

J & J ni bila dh mula baca rasa tk mau lepas…lg baca lg nk tau apa jd setrusnya…tk senang hati nk ‘simpan’… kisahnya Jet & Jonah sahabat dr kecil.. mereka sepakat dan bersama dlm apa2 juga yg dilakukan..jalinan kasih sayang kemudian beralih rasa menjadi cinta…perjlanan mereka hingga terbit rasa cinta tu sgt2 best!

Olahan dan bahasa mudah yg ‘menjadi’…buat saya jd faham dan ikut sama ‘rasa’ dgn watak2nya… imbasan semula masa dorang kecik … keadaan Jonah yg hidup di bumi asing krn rajuk hati… semua mcm ‘dekat’ dgn kita dan rasa mcm ‘masuk’ dgn situasi dorang!!!

Keseluruhan? J & J mampu buat saya senyum, ketawa dan menangis! Kisah ini ada isu dan isi yg dikongsikan…menarik dan sesuai bacaan umum!!!
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
June 18, 2015
hihi ..tak sangka enjoy juga membaca J n J nie .kelaka dengan Jet yg beria ia angaukan Jonah .ini cerita yg simple xada babak2 romantik , watak gedik2 , pompuan jahat ke mmg xada sgt .lega membaca .selain throwback zaman kecil2 di Kg ayam berjambul , London mnjdi background cerita ini .kagum dgn masyrakat melayu yg saling membantu disana.
Profile Image for Nadiah Zaidi.
76 reviews93 followers
August 29, 2018
I really love this book ! Always and always read this
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 11, 2012
Nur Jannah 'Jonah' Ismadi & Muhammad Izzat 'Jet' Ali Amsyari

1985 - Kampung Ayam Berjambul

Jet: "Emak.. Onah tak datang ke?", tanya Jet sebaik sahaja dia sedar daripada tidurnya. Terasa denyutan sakit selepas disunat siang tadi.

Emak: "Dah datang tadi, Izzat dah tidur. Esok dia datang lagi ye?"

Jet: "Emak.. Jonah sayang Izzat kan?" Jonah tu, mesti ada di mana Jet ada. Bukan hanya kawan sepermainan tetapi pada Jet lebih daripada itu.

Emak: "Sayanglah, dia kan kawan baik Izzat?"

Jet: "Izzat harap dia sayang Izzat sampai bila-bila. Izzat akan sayang dia selama-lamanya." Bersungguh-sungguh Jet meluahkan apa yang berlegar-legar di fikirannya. Bila gembira, main bersama, Jonah selalu ada. Bila sakit, Jonah tetap ada. Susah senang, sama-sama!

Emak: "Sampai bila-bila?"

Jet: "Ya, sampai bila-bila!"

Benarlah, jodoh di tangan Tuhan..
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
June 1, 2011
Jet Jonah mengisahkan cerita Izzat & Jannah yang berkawan dari kecil, namun akhirnya terputus hubungan apabila Jannah @ Jonah meninggalkan kampung mereka. Dengan era zaman teknologi maklumat, Izzat @ Jet berjaya menjejaki Jonah yang berada di kota London.

Untuk percubaan pertama, syabas diucapkan kepada penulis! Tulisannya mampu menarik minat saya untuk membacanya, walaupun ada beberapa plot yang saya kira boleh dikembangkan seperti:

1. Cerita asal-usul Jonah & tunang yang lari meninggalkannya. Cerita ibu Jonah seharusnya dikembangkan dengan baik.
2. Jonah yang kuat merajuk & membawa diri lari ke London
3. Cerita Jet & Jonah yang agak mendatar setelah mereka bernikah, mungkin patut dimasukkan cliff hanger dan konflik-konflik kecil supaya jalan cerita lebih menarik.
Profile Image for Farah Adila Abdullah.
23 reviews2 followers
January 25, 2012
Jet dan Jonah bersahabat baik sejak kecil. Namun terpisah kerana keluarga Jonah berpindah ke KL. Setelah sekian lama berpisah, mereka diketemukan di tempat orang, Kota London. Menarik kerana saya sukakan watak Jonah yang anat bersahaja dan mencuit hati. Manakala Jet pula seorang yang agak lembik berbanding Jonah. Setelah dewasa, keadaan merubah segalanya.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
August 13, 2013
Story yang sangatlah simple. Memang santailah baca cerita ni. Its just that this book mmg sangatlah kurang dinamiknya which makes it kurang umphhh. Story ada tapi author mungkin kurang pandai untuk mengolah ayat ceritanya. For example, part Yah and Pak Kassim meninggal dunia. Popped up macam tu saja ~ langsung tak terkesan dalam hati rasa sedih tu. Apa pun ~ like I mentioned just now Jet Jonah ~ ada its personal touch. I like it and rated this book as 3 ⭐⭐⭐
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.