Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.
AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.
Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.
Pertama kalinya tak faham kenapa guna tajuk Masih Setia.. Keduanya, geram pula dengan watak si Miera tu.. Tapi ada jugalah yang bagusnya novel ini terutama sekali part gempa di Indonesia dan misi keselamatan.. Seksa juga nak habiskan novel ini..
Novel Masih Setia ini macam kurang perencah dan rempah ratusnya. Cerita yang slow walaupun ada jalan cerita namun semuanya terasa hambar dan tidak berkembang. Watak utama Miera tidak dapat menarik perhatian saya. Begitu juga dengan Malik Zikri. Kisah cinta mereka suam-suam kuku saja dan kurang menyerlah. Watak sampingan Kudin dan Rudi sebagai lelaki-lelaki yang menyintai Miera dan mahu berkahwin dengannya pun tidak dapat menyokong jalan cerita. Keseluruhan cerita yang agak meleret dan ada sesetengah bahagian yang berulang-ulang juga agak membosankan. Bagaimanapun saya suka dengan tema kekeluargaan yang diterapkan dalam karya ini. Begitu juga dengan gempa bumi di Padang yang penulis kongsi bersama pembaca.
Kak aisya sofea salah seorang penulis kegemaran. Tapi entah mengapa, novel ni tak seperti sy jangka. Something lack somewhere. Mungkin kak aisya nak jalan cerita yg simple, tak complicated. Tapi bagi saya ending dia tu, agak cepat
Miera terpaksa memilih antara cinta pada Malik yg sudah bertunang dan Rudy, seorang pemuda berdarah campuran Belanda yg meupakan pilihan keluarga. Tiada watak tipikal lelaki kaya dlm cerita ini. Paling penting, happy ending.
mmg best...cita mengenai sorang gadis yg takde hati pada lelaki dan akhir nya jatuh cinta pada lelaki seorang doktor bernama malik....beli 24 sept 2011