Bekas pelajar – pelajar Sekolah Sri Bangsar berkumpul kembali! Kali ini, kesemuanya sudah meningkat usia 28 tahun. Ada yang sudah berumah tangga seperti Farah dan Fahrin. Ada yang masih tercari-cari matlamat hidup seperti kebanyakan ahli The Wannababes yang lain. Semua menumpang gembira dengan kebahagiaan Fasharina binti Tan Sri Hisham yang mahu mengikat tali perkahwinan dengan Amir. Oleh itu, rancangan dan persiapan mula rancak dibuat.
Namun, tiada sesiapa menyangka pada saat akhir bahagia, Syarikat Impiana Sdn. Bhd. menjelma kembali! Kali ini, syarikat itu kekal bergerak walaupun berada di bawah pengawasan ketat pihak polis. Masih dengan misi dan mottonya yang sama iaitu mahu merealisasikan impian kliennya dalam masa tiga bulan walau dengan apa-apa pun cara. Semua bagaikan terlupa ada lagi tiga orang bekas pelajar Sri Bangsar yang belum bebas daripada cengkaman iaitu:
Nana Ilyana binti YusmanMohd
Faezal bin Rahiman
Fasharina binti Tan Sri Hisham
Ketiga-tiganya masih diburu, dikejar dan direncanakan untuk menerima pembalasan. Dapatkah mereka melepaskan diri dan mampukah mereka menumpaskan organisasi yang sebesar Syarikat Impiana?
Yes pasti. Impiana 3 lebih thrill dan menggegar Jiwa dengan risau tahap giga. Fasha dah berubah ke lebih baik. Masih suka glamorous dan gedik sikit-sikit, sangat mementingkan kesempurnaan, suka semua yang pink... tapi dah matang, tak lagi memilih bercakap dengan orang yang classy saja, considerate, baik hati, penyayang dan tersipu - sipu menerima kasih luas bak lautan biru Amir. Amir yang biasa-biasa, bukan orang kaya atau popular.
Mimi Monira dan impian nya. Nana dan Paei yang impiannya belum di settle oleh Syarikat Impiana. Akhirnya semua akan mati? Takut tau, suspense. Baca lahhh
sambungan dari impiana 1 & 2. kalini kita akan tahu lebih lanjut apa jadi dengan nana, paie dan fasharina memandangkan mereka bertiga sahaja yang masih belum capai impian mereka. akan tetapi, masa semakin suntuk buat syarikat impiana apabila pihak polis mula menjejaki mereka. apa kaitan mimi monira dalam kisah ini? betul ke dia punca semua ini berlaku?
────୨ৎ────
love teruk. best yang ampun tak tahu nak habaq lagu mana. btw kalau in impiana 2 kita dah tahu dengan siapa fasha bercinta hihi 🤭🤭🤭 kalini ha fasha akan melayari bahtera bahagia pula. suspens ye !! start page je dah berlaku tragedi mendebarkan. highly recommend ! tapi compare to other two, i suka the first one lagi 🫦
Pembacaan dipecut laju sementelah saya ada angan-angan untuk menghadiahkan kepada seseorang.
Kisah bersambung dari bagaimana Fasha sanggup mendaftar dengan Syarikat Impiana untuk membantu melepaskan Paie dan Nana. Fasha kemudiannya diculik oleh Syarikat Impiana di atas sebab tertentu. Penculikan Fasha menyebabkan kehidupan Wannababes tunggang langgang! Mimi Monira, musuh ketat Wannababes semasa sekolah, menjadi dalang di sebaliknya. Namun, ada kejutan yang menanti.
Saya terpikat untuk membaca siri Impiana, kerana Impiana #1 ibarat satu thriller. Fast paced, berlainan dengan siri Ain Maisarah yang ditujukan kepada golongan remaja, siri Impiana adalah sekitar watak-wataknya sudah dewasa.
Kesinambungan kisah Impiana ini saya kira masih ada beberapa tempat yang boleh diperkemas lagi. Contohnya, kisah Linda yang mengalami dejavu. Saya kira sekali sekala terjadi mungkin mencukupi, namun terlampau kerap siri dejave berlaku, seolah-olah tiada thrill untuk mencari Fasha berada di mana.
Mimi Monira yang sangat kejam, dan terkadang boleh dipersoalkan rancangan jahatnya kerana agak tidak realistik.
Ataupun Syarikat Impiana sendiri yang seolah-olah hilang taring di awalan cerita lagi.
Atas sebab itu dan harapan saya sendiri yang memang mengharpkan elemen thriller itu akan muncul dan mampu membuatkan hati saya berdebar-debar (tetapi tidak muncul juga!), akhirnya saya hanya mampu memberi 3 bintang untuk novel ini
Bekas pelajar – pelajar Sekolah Sri Bangsar berkumpul kembali! Kali ini, kesemuanya sudah meningkat usia 28 tahun. Ada yang sudah berumah tangga seperti Farah dan Fahrin. Ada yang masih tercari-cari matlamat hidup seperti kebanyakan ahli The Wannababes yang lain. Semua menumpang gembira dengan kebahagiaan Fasharina binti Tan Sri Hisham yang mahu mengikat tali perkahwinan dengan Amir. Oleh itu, rancangan dan persiapan mula rancak dibuat.
Namun, tiada sesiapa menyangka pada saat akhir bahagia, Syarikat Impiana Sdn. Bhd. menjelma kembali! Kali ini, syarikat itu kekal bergerak walaupun berada di bawah pengawasan ketat pihak polis. Masih dengan misi dan mottonya yang sama iaitu mahu merealisasikan impian kliennya dalam masa tiga bulan walau dengan apa-apa pun cara. Semua bagaikan terlupa ada lagi tiga orang bekas pelajar Sri Bangsar yang belum bebas daripada cengkaman iaitu:
Nana Ilyana binti YusmanMohd
Faezal bin Rahiman
Fasharina binti Tan Sri Hisham
Ketiga-tiganya masih diburu, dikejar dan direncanakan untuk menerima pembalasan. Dapatkah mereka melepaskan diri dan mampukah mereka menumpaskan organisasi yang sebesar Syarikat Impiana?
Sejujurnya saya nak sangat bagi 5 stars before reading the book. But unfortunately i know i'm not the intended reader for this book. I used to love reading Ain Maisarah books in high school. Mungkin memang Ain Maisarah nak tulis untuk pembaca yang lebih muda.
I really love the idea of this evil syarikat taking over their client lives just to reach the client's goals. But, Penulisan beliau sangatlah baku dan saya hampir tertidur masa membaca buku ini kerana saya rasa sangat bosan sepanjang buku. Saya rasa buku ni tidak perlu ditulis pun sebab terlalu banyak sangat scene yang tak perlu ada pun.
Point dimana saya letak buku ni dan mengeluh ialah apabila rakan Fasha, si Linda ni boleh nampak 'bayangan' apa yang berlaku pada Fasha. 'kelebihan' baru Linda ni macam cara penulis untuk mempercepatkan jalan cerita yang sangat-sangatla lambat.
Did i regret reading the book? No because i read the book and just noticed that my reading taste has change. Great.
Do i recommend the book? A big fat NO. Pergila baca buku terakhir terus, buang masa aja baca buku ni. Mungkin lebih menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
~~~ macam nak gile cari buku ni kat kedai buku....hampir semua kedai buku berdekatan diredah namun x jumpa jgk....hampir putus asa tapi last2 terjumpa kat pameran MPH alamanda....suka sgt....heee
took me a while to finish this book 3. i guess i need to sit back and read another book before i come again to the finale of Impiana (yep you dont joke on this "young adult" novel).
anyway, i rated Misteri Terbongkar lower by 2 stars than the previous two books. it just didnt hit well. so many repetitions, too slow. the errors done on this edition are wayyy toooo much compared to book 1 & 2.
when you dont have that many action (book 2), at least the humor in it werent dry. thats what i love about book 2 and hate in book 3. daaaa...
REVAMP VERSION: Gotta be honest, this one felt a bit “draggy” read. Tak seintense and exciting as buku 1 & 2. The cuteness between Farah & Fahrin and Fasha & Amir saved this book for me.
Putting “Fasha disahkan meninggal dunia” in the first chapter is crazy though 🥲
Kesinambungan dari Impiana II, dalam buku ini segala aktiviti sayrikat Impiana kembali muncul untuk melunaskan impian mereka yang belum selesai. Kali ini mangsanya ketua kumpulan Wannababes.. walaupun ceritanya menyerlahkan watak2 yang diambil dari novel2 beliau sebelum ini namun setiap cerita yang dipaparkan mempunyai kekuatannya sendiri. Pengajaran yang cuba disampaikan pun tidak rumit untuk kita faham
Sesuai untuk kanak2 bawah 12 tahun. Dengar2nya Ain menangis nak menghasilkan buku ini tapi aku menangis bila baca buku ni. Dialog kaku mungkin disebabkan mengikut bahasa melayu tinggi. Baru tahu ada perkataan 'membising'.
Aku tak perasan ini buku siri yang ke3. Tapi ini last aku baca buku dia kot