Aweks KL ialah koleksi penulisan bahasa Melayu (dan beberapa kerat puisi bahasa Inggeris) yang majoritinya ditulis perempuan Melayu. Cerpen-cerpen dan puisi-puisi dalam antologi ini mengizinkan kita imbasan selayang pandang minda perempuan Melayu kontemporari yang, seperti sekilas peha, selama ini terpinggir ke belakang masyarakat, seperti anak-anak yang hanya boleh dilihat tapi tak mahu didengari.
Buku ni buku yang rare. Himpunan kisah-kisah yang mungkin real atau sekadar fiksyen. Terselit juga puisi-puisi. Helaian muka surat puisi aku skip je pasal memang aku tak minat sangat. Cerpen-cerpennya pun ada beberapa yang aku skip. Sebab tak tercapai dek akal aku. Filosofinya macam tinggi sangat. Lebih-lebih lagi karya yang diterjemah. Hahaha... Overall not bad lah.
Penuh dgn cerpen2 mengenai kisah2 REALITI wanita zaman sekarang. Ader 2 3 cerpen ak skip pasal tak mampu nk baca ayat2 Melayu yg terlampau tggi sgt n byk falsafah. But still worth to read. :)
Yang membacanya beroleh laba. Sungguh. Makanya, sayang kalau tidak dibaca.. Realiti dalam Aweks KL pasti meruntun pemikiran. Kita diajak untuk menjarah ideologi secara lebih mendalam. Pembaca lain mengklasifikasikan ada penggunaan bahasa tinggi dalam Aweks KL. Saya pula lebih senang untuk melabelkannya sebagai 'suatu bentuk pengimplisitan bahasa'. Plot-plot dalam Aweks KL cerdas dan disampaikan dengan cergas.
cerita-cerita yang realistik, sangat berpijak di bumi yang nyata. walau aku akui, ada beberapa cerita yang sangat tinggi bahasa melayu nya, sehingga aku mengambil masa yang agak lama untuk memahami isi hati penulis.