Jump to ratings and reviews
Rate this book

Imam Imam Yang Benar #5

Imam Hanbali: Penegak Kebenaran

Rate this book
Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”. Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat Al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu.

Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail. Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al Makmun meninggal dunia diganti khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan. Dalam usaha memujuk Imam Hanbali, Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

272 pages, Paperback

Published April 22, 2010

3 people are currently reading
98 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (63%)
4 stars
24 (27%)
3 stars
6 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
February 10, 2021
Imam Hanbali merupakan salah seorang ulama’ yang menderita akibat diseksa dan dilayan dengan begitu kejam oleh beberapa golongan yang bernaung di bawah kerajaan Muktazilah. Namun , sebagai seorang insan yang sangat mencintai agamanya dan tidak mudah patuh dengan pemerintah yang zalim menjadikan dia sebagai ulama’ yang disanjung tinggi oleh setiap masyarakat. Segala bentuk ketabahan , kegigihan dan kehambaannya dalam mengharungi setiap dugaan hidup diceritakan dalam novel ini.

Semoga menjadi inspirasi bagi setiap pembaca agar terus mencari ilmu tidak mengenal erti lelah dan sentiasa bersangka baik terhadap segala ketentuan Allah sebagai Tuhan yang Maha Mengatur dan Mentadbir alam.
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
February 1, 2024
■ Walaupun kandungannya telah diolahkan semula menjadi novel sejarah agar mudah difahami lebih ramai pembaca, namun, bunga penceritaannya masih agak “rigid” dan tona yang mendatar. Mungkin memang gaya hidup masyarakat setempat pada zaman Hanbali itu memang begitu, jadi sang penulis tak dapat mengubah sangat dan sengaja menyerap dan melontarkan “sisi gelap” sejarah Islam kita sebegitu. Yang penting, buku ini banyak menyentuh golongan Mutazilah dan sedikit Kawarij, yang saya rasa, banyak orang Malaysia kurang ambil tahu.

■ Sebenarnya, fakta yang terkandung dan niat penyampaiannya bagus, cuma mungkin kerana saya memang kurang gemar genre yang banyak dengki-mengdengki dan satu pihak selalu beralah, so saya sekadar baca sampai habis sebab saya nak tau sejarah, bukan sebab tertarik dengan kisah hidup beliau. Sebab ketokohan Imam Hanbali yang terkenal penyabar dan “full of wisdom”, kurang menyerlah dalam novel ini. Tapi, dipandang dari sudut yang lain, kita dapat lihat kekuasaan Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa, di mana, pihak yang benar pasti akan lebih damai dan sejahtera, pengakhiran yang baik intinya.

• Ditambah lagi pula, jenaka-jenaka orang Arab yang pada mereka kelakar, adalah juga diselitkan beberapa kali dalam buku ni, yang sebenarnya tak buat saya geli hati, tapi menyampah. Tapi tu lah, dah budaya mereka kan. Lain orang lain “taste”.

• Dan kita memang tahu zaman dulu orang kuat perang. Tengok je lah sejarah Britain -- “The Terrifying Tudors”, lebih kejam! Tapi, penulis-lah yang perlu pandai ambil hati pembaca, terutama yang tak minat sejarah.

■ Pendek kata, buku ini walaupun disifatkan sebagai Novel Fiksyen Sejarah, lebih berasa macam buku teks sejarah yang ditulis dalam bahasa mudah. Untuk bacaan umum dan pengenalan, ok je. Berbaloi untuk dibaca. Yang penting, mesti ada minat!

Terima kasih penulis atas usahanya! Jazakallahu Khairan Kathira!
Profile Image for Arina Sohod.
6 reviews
April 30, 2018
I love it, it was a very light approach for us to understand more about Imam Hanbali journey as a Muslim.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
May 16, 2022
Baik untuk pemula dan pelajar bagi medalamkan minat membaca , ada beberapa kekeliruan mengenai nama tokoh yang tidak diterangkan dengan jelas siapa beliau.
Profile Image for Mina.
2 reviews
February 25, 2022
Suka buku ni. Banyak ilmu dapat, ada part yang saya selalu ulang² baca sebab menarik dan berilmiah sangat. Segala emosi yang disampaikan dalam buku ni, pembaca sendiri dapat rasa seolah² benda tu jadi dekat diri sendiri.

Buku ni pun sebenarnga dapat hadiah sebab pencapaian akademik sekolah menengah dulu. Dah lama ada buku ni, berkurun dah, sekarang pun nak grad dah. Tapi baru terasa nak bagi rating. Apapun 5 STAR WORTH IT.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.